Tuesday, December 24, 2019

'Robin Hood' Weekend with Champs

FRAN,
Mumi belum sempat nak sambung tulis diari Hatiku di Haramain. Minggu ni, minggu closing akhir jabatan di pejabat. Nanti dah agak ringan, baru boleh duduk diam2, utilize free time utk tulis diari. For time being, interlude sekejap.

Me time during lunch break ni, Mumi nak simpan gambar2 weekend bersama Champs. Since Friday, jadi staff Papa di Midvalley for Christmas Carnival. 12 hours per day, sejuk kejung. 

Angkut boys sekali. Selain dpt bonding time together ketika PaMi cari rezeki tambahan, boleh juga latih anak2 dgn sifat empathy & tanggungjawab. Walaupun sebenarnya, main je kerjanya bebudak ni...

Tak apalah... janji anak2 depan mata. Lagipun kat situ ada je aktiviti yg anak2 boleh sertai utk spend masa mereka. Dan mereka, especially baby, happy je...  :-)


Babang sedang susun produk. Training ye bang... As Sofi tu pun Pa tubuhkan sempena nama kamu. Maka, kamulah kena jadi orang kuat yg tolong Pa bila perlu ya. Grow up, son. U're my eldest, kamu harapan PaMi sekiranya jadi apa2 pada kami nanti...

Belajar & fahami dulu erti hidup, amanah & tanggungjawab. Susah payah cari ilmu & rezeki. Jangan nak syok2 layan awex je. Perempuan yg baik ialah bila awak kejar dia, dia lari. Bukan yg jenis kejar awak tak henti2. Sekolah pun tak habis lagi, jgn nak ngada2 ye. Awak tahu spesifikasi Mumi dlm memilih 'menantu'. Awak pun kena belajar jadi lelaki yg soleh & berhati insan. Baru faham apa erti ehsan & tanggungjawab.

Eh, tetiba pulak Mumi emotional. Kesan dari kejadian-kejadian kehidupan yg sekarang viral macam2. Akhir zaman. Kena usaha & hati2. Yang lain urusan Allah. Nak cari yg baik  & solehah zaman ni, macam payah. Ibarat cari sebutir permata halus di pantai pasir yg panjang.

For that day, harga sebotol vitamin (selected) boleh dapat RM8. Ada  yg boleh dpt dlm RM15. Great discount. Hmm... banyak benefit juga bila Pa jadi vendor ni. Paling tidak, dah ada source utk vitamin anak2. Kalau tak, biasanya kena beli sendiri ikut harga pasaran. Kat klinik panel pun, tak cover charge utk vitamin :-)

Indeed, rezeki itu dlm banyak cara... alhamdulillah.


Di booth Citibank, ada program mewarna. Baby asyik nak mengulang mewarna tapi saya cuma benarkan sekali je. Tak tahu FOCnya untuk berapa kali. Segan nak tanya ttg hal tu & tak sampai hati nak ambil kesempatan sbb mewarna tu gunakan material. Semua tu kos bagi mereka. Lagipun, ramai orang lain nak mewarna juga. So, just utilize your own slot je ye nak...

Tapi, acara paling baby suka - archery di booth Decathlon. Hari2 & almost everytime bila tak ada orang, dia yg conquer. Kadang dia tlg entertain org2 yg dtg booth Decathloon. Sampai salesman kat situ dah anggap dia 'lil brother'. Adeh... part ni mmg tak boleh nak control baby. Tiba2 lesap, tiba2 lenyap. 

Ada sekali memusing dewan Pa, Babang & Didik mencari dia. Rupanya pandai keluar dewan pi main 'salji'! Mumi balik solat, jantung rasa nak berhenti bila diberitahu Baby hilang! Grrrrrr.


Baby dgn 'personal coach' dia... :-)

They said baby was sweet, nice boy & getting better in his archery skill. Mumi happy kalau orang puji yg baik ttg anak2. Semoga kamu terus jadi anak2 yg baik ye supaya bukan hanya orang sekeliling je yg senang & sayang, tetapi yg penting Allah lebih sayang & berehsan dgn kita.


Pa kata Baby practice nak jadi Robin Hood :-)
Takat nak ambil inspirasi as skilled archer & swordsman tu, Mumi tak de masalah. Boleh je...
Tapi, kalau bab jadi heroic outlaw tu, tok sahlah kot. Mumi ni principally is a person by law, kekadang je menyimpang, tapi tak la memudharatkan :-)


Di sekolah, Didik masuk kelab memanah. Tahun depan dia nak cuba masuk pertandingan katanya. Ya lah Dik... PaMi ikut je apa yg kamu suka selagi tak mudharat & bertentangan dgn apa yg beri kebaikan. Lagipun memanah ni diriwayatkan sebagai sukan kesukaan Rasulullah.

Bersabda Rasulullah SAW, "Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu. " (Riwayat Bazzar & Thabarani).

Nanti PaMi cuba survey archery set tu berapa harganya di Decathlon esok ya sbb mmg plan nak pergi utk redeem bag. Esok  pun nak settlekan kelengkapan sekolah mana yg perlu. Kalau rasa mampu, PaMi cuba dapatkan satu. Kalau rasa belum mampu, kita buat tabungan dulu ya. Disember ni, semua kena bajet berhemah hu hu...


Kalau tak memanah, Baby akan main benda alah roda dua tu. Tetiba tak ingat namanya. Lately bila dos ubat doktor naikkan, memori saya jadi agak hanky panky. Kadang nama orang pun tak keluar dari kepala. Mujur, adik2 & rakan2 di pejabat faham, tolerate je. Bosses pun selama ini baik je, selalu 'pampered' me & tolerate tak mahu bagi stress lebih2. Itu juga rezeki... alhamdulillah. But that doesn't mean I can go overboard. And me is not the type to go overboard lah. InsyaAllah masih boleh boleh bezakan atr tanggungjawab atau ambil kesempatan. 


Bila dah ada booth MPH berdekatan, baby requested for pencil colours & drawing book. Sabar je lah PaMi... mujurlah kamu my sweetheart bongsu! Ha, colour buku tu ya! Jgn buat 2-3 ms lepas tu boring! Pa pulak entertained his boys with jersey & hats. Topi lagi? Kadang... haish, malas nak cakap. Sometimes Mumi can be sangat berkira, you know that, boys!


Having this opportunity to see you laugh & smiles, is everything for me.
Time cenggini, okaylah. Time buat perangai, adeh rasa nak terbalik dunia!
Kamulah vitamin PaMi yang manis & kadang2 pahit hu hu...
Apapun, I love you sons sampai syurga.


#midvalleychristmascarnival
#flavettes
#champs
#vitamin
#robinhood

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS