Wednesday, December 18, 2019

Hatiku di Haramain : Meninggalkanmu Madinah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...duhai Madinah yang damai...
Kami mahu kembali padamu, insyaAllah kami akan kembali lagi.
*******************************************************

Tak lama pun tempoh berada di Madinah. Sampai ke sini Rabu malam. Dan pada hari keempat, Sabtu 02 Nov. 2019 , tengaharinya kami sudah harus bersiap2 untuk berangkat ke Madinah.

Jujurnya kaki saya sudah mula sakit sejak hari kedua. Beli ubat sapu dari farmasi, macam tak lut. Tapi tetap gagahkan diri untuk to & fro Masjid Nabawi dan juga ikut program ziarah. Dari pakai sandal yg bawa dari M'sia, tukar selipar jepun beli di sini. Kemudian tukar lagi pakai selipar hotel je sebab lebih lembut. Kak Zaidah pula dah mula demam pada hari ketiga. Kesian dia...

Mujur ada ubat sapu botol kecil yg Ayong beli dari Langkawi. Sapu dengan ubat tu baru kaki ada perubahan positif. Orang Malaysia yg hanya lut dengan produk Malaysia :-)

Dalam pada sakit kaki amat sangat tu, Pa tetap heret bawa pi jejalan kedai sekitar setiap kali masa luang. Cari barang2 kiriman kawan2 pejabat.

Kami jalan sampai ke kedai2 di kawasan penempatan. Tapi cuma lihat2 je... sambil2 melihat Madinah mana yg sempat. Angin yg bertiup di Madinah bagi saya sejuk. Ada masa rasa tergigil sikit. Sebab saya memang penyejuk. Waktu tu dah mula beralih cuaca tapi Papa okay je pun. 


Habit & kesukaannya. Smoking & makan aiskrim. Pa kata aiskrim sana sedap. Hampir setiap hari Pa akan beli aiskrim. Tapi entah kenapa saya langsung tak sentuh aiskrim tu. Macam tak de keinginan pun. Jalan di luar dah lah angin sejuk. Dalam bilik hotel, langsung tak on aircond, tapi saya tetap menggigil dalam selimut. Lagi mau suruh makan aiskrim? Idoklah teman... awak makanlah. Saya teman tengok awak makan je la aiskrim tu ye...


Jalan-jalan cari sepasang dua baju untuk anak2. Alih2 Pa kena paksa dek syeikh ni pakai jubah dan serban. Peniaga-peniaga kat sini asyiklah sebut tagline 'boskur' & 'Malaysia boleh'. Adeh... tak pakai dah kot tagline tu boss :-) tapi layankan je la.



Papa excited je bergambar. Mumi yg dah tak lalu nak senyum. Dgn kulit muka yg dah rasa nak terkoyak disebabkan cuaca yg sejuk-kering & kaki yg sangat lah cramp & sakit.


Tiap kali pi tempat makan, selepas iktikaf Isya' mata mesti dah tak boleh buka. Makanannya Alhamdulillah, mewah. Tapi saya rindu telur mata, bayam brazil & sambal sardin! Apapun, kunyah & telan, kunyah & telan. Tak boleh complaint tau... :-)


Pa & Pakcik Mohd Noor, one of key person di UMP.

Rabu, 02 Nov 2019 - Selesai lunch, sempurna check out process, luggage dah masuk dlm perut bas.
Kami pun sudah siap-siap berpakaian ihram. Allahu Allah... sedih sangat sebab kami akan tinggalkan Madinah yg damai. Dalam masa yang sama, sgt excited, gembira, tak sabar, terharu dan... takut... kami akan berangkat ke Mekkah. 

Terima kasih Madinah untuk damaimu yang akan kami rindui sepanjang hayat. Semoga ada izin Allah nanti kami ke mari suami isteri lagi bersama anak2 kami...


#umrah2019
#wirasaujana
#meninggalkanmumadinah
#agarakutidaklupa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS