Wednesday, June 23, 2021

MCO 3.0 : Yellow-Poom-Black

MCO 3.0, sehingga 28 Jun 2021. Since MCO yg kononnya full MCO, Mumi terpaksa WFH lebih banyak berbanding WFO. Seriously & honestly, Mumi rasa WFH is double triple letih & stressful berbanding WFO. Walaupun Mumi happy dapat banyak spend masa dengan Pa & boys, monitor their PdPR sambil2, tapi... tak ada me time, tak ada lunch time. Maka, tak adalah masa Mumi nak tulis diary dalam FRAN...

Hari ni Mumi agak 'burn-out', demotivated dan rasa stress dgn WFH nature plus kerenah orang2 tertentu di office. Tapi Mumi dah malas nak fikir. Mumi baru sudah upload homeworks baby ke dalam Google Classroomnya. 

Dan skrg Mumi perlu divert rasa stress Mumi dgn cara simpan few memories, mana yang sempat malam ni... dlm FRAN. Supaya memori tu tak hilang bersama ingatan Mumi yg makin lama makin tak berapa nak clear sgt ni.. mungkin PKP ni buatkan Mumi rasa something wrong somewhere je bila terkurung dan terbatas pergerakan.

Oh ya, utk weekends dalam MCO 3.0 ni, Master Fauzan masih conduct TKD training. Ya, secara online je. Tak apalah, asalkan terisi masa mereka dengan sesuatu yang bermanfaat. Dan Baby dah upgrade dari White Belt ke Yellow (1) Belt. Didik dah naik Poom, Babang settled at black belt. Alhamdulillah...  keep it up, dear boys. 

This is among the things I wanted to do in my life, tapi tak kesampaian. Maka kamu bertiga tolong sampaikan cita2 Mumi ni ya... go higher as you can. PaMi will always support full heartedly...


Babang after 8 years and Didik after 6 years in TKD with Master Fauzan's guidance.


Pa bawa Baby collect sijil grading & his Yellow (1) Belt di rumah Master Fauzan slps online TKD training. Mujur rumah Master tak jauh... sebelah TPR2, rumah lama kami je...

Mumi happy sangat lihat boys dalam uniform TKD dan belt yang berwarna-warni. Rasa tercapai impian kecil dan komitmen PaMi terhadap jadual TKD mereka since 15 years ago.

Latihan TKD secara online. Babang & Didik di hall utama. Baby di hall tengah. 

"Take thing as they are. 

Punch when you have to punch, kick when you have to kick."


#tkdonlinetraining
#blackbelt
#poombelt
#yelow(1)belt

Tuesday, May 11, 2021

DAMAI

Malam tadi, awal 29 Ramadan 1442H.

Semalam Papa sampaikan pesan Mak tentang kemungkinan 'kedamaian' malam tadi.
Dan pagi tadi, we both agreed suasana pagi memang 'damai'.

Melewati waktu di pejabat pun, cuaca di luar tingkap pejabat Mumi kelihatan dan terasa teduh dan damai juga. Walaupun jika dilihat tempohnya yang diriwayatkan adalah dari masuk mahgrib hingga terbit fajar je...

Mumi tak berani berharap, sbb kekurangan diri sendiri ni tak melayakkan Mumi untuknya. Jika dapat menyedari dan merasa 'kedamaian'nya pun dah cukup rasa tenang.



Mumi masih di pejabat hari ni. Cut off time tugas2 Mumi sebelum cuti Eid-in-PKP-V2 :-)
Office dah lengang. Tinggal beberapa orang, itupun dari jabatan kami je. 

Hati Mumi dari semalam sedih. Bukanlah sebab kena Raya dalam PKP Versi 2 sangat. Tapi... ntah... sedih. Smlm tengok makanan pun sedih. Walaupun Mumi hanya masak kuey teow je utk berbuka tapi rezeki dari Bik Mah dan jenjiran, sampai penuh meja. Sampai ke malam pun masih ada. Sedih pula... kita kat sini direzekikan makanan sampai tak boleh nak makan dah. Tapi, ada saudara2 kita yang jangankan makanan, nyawa pun di hujung tanduk. Apalah daya nak membantu...?

Pun, bila serve utk berbuka semalam.. tengok Pa, tengok anak2... lagilah sedih. Banyaknya nikmat Allah. Mumi minta dalam hati, sebagaimana Allah masih izinkan pinjaman utk Mumi, moga adik2 Mumi juga diberi keizinan yang serupa atau lebih baik. Mumi rindu diorang...

Hari ni, 2nd last day of Ramadan this year. Esok masing2 majoriti akan bermandiri dan berdikari buat persiapan menyambut raya hu hu. 

Mumi tengah pening ni fikir macam mana lah Mumi nak masak rendang. OTW ke office tadi Pa kata rendang Mumi selepas beberapa hari dipanaskan baru rasa sedap. Huhu.. ya, Papa mmg awal dulu trauma dengan rendang Mumi :-)

Nantilah Mumi fikirkan. Harap2 Mumi tak back off la dari keberanian untuk mencuba lagi masak rendang raya kesekian kalinya ni...



Moments di hujung 28 Ramadhan 1442H. Pa hadir khataman Quran secara online dengan V86ers nya selepas balik dari terawikh berjemaah di surau.

Dan boys pula berdikari terawikh bertiga. 
Mumi? Mumi otw... :-) 
Moga dapatlah Mumi manfaatkan peluang 2 hari terakhir Ramadan ini sebaiknya...




Rasulullah menegaskan bahawa :

"Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, 
nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah bulan Ramadan."



#lailatulqadr
#penghujungramadan1442H

Monday, May 10, 2021

HOI HOI YA OI


credit video : Ayong NZAN


Hidup perlu diteruskan. Ukhwah & silaturrahim perlu dikekalkan.
Hati dan semangat pun tetap perlu dipelihara, supaya tak jadi depression atau mental disturb.
Apapun, dalam pada live our life, we should and will always be adhered to the SOP given.
Semoga Allah sentiasa pelihara kita dalam keselamatan dan iman...



#takrentasnegeridandaerah
#PKP3.0
#throwbackbukapuasa26ramadan1442H

Friday, May 7, 2021

Our Ramadan & Early 'Eid' of 1442H

Hari ni, Jumaat terakhir dalam Ramadhan kali ini. 25 Ramadhan 1442H. Another 5 days berbaki, moga Mumi dapat kejar hari2 terakhir Ramadhan tahun ini...

Plus, we're in PKP3.0 now. 06/05/2017-17/05/2017. As expected :-) Raya PKP sekali lagi. Tak apalah... moga ia adalah untuk kebaikan bersama. 

Ramadan ni, Alhamdulillah... dapat sekali sesi bersama Ibu di Sepang & Mak di Sabak. 

Dan, satu kali sesi unplanned family's gathering di rumah kecil kami @ 04/05/2021 baru ni. Gather mana yang ada & sempat je. Pun dah happy sangat kami sebagai tuan rumah. Dan Mumi tau Pa lagi happy sebab dia berpeluang beri happiness pd Mak yg nak sangat anak2 menantu2 & cucu cicitnya semua berkumpul Ramadhan ni untuk tahlil. Tapi nak berkumpul semua sekali mmg agak tidak berapa digalakkan dalam keadaan pandemik yang masih cari peluang utk bervariasi & bermutasi waktu manusia leka SOP ni.

Okay... Mumi simpan moment ni dalam diari FRAN je ye...


Tahun ni, Pa  bertugas sebagai Bilal (take turns) di Surau. Happy sangat dia sebab itu peluang utk terawikh berjemaah di surau walaupun dengan pematuhan kepada syarat SOP C-19. Maka di rumah, Babang kena jadi Imam terawikh kami. Tapi budak2 ni kalau tak ada Pa, culas juga kekadang :-)

Todate juga, alhamdulillah tak penah lagi kami tak bersahur walaupun baby selalunya lelap di meja makan :-) Walaupun juga sebenarnya tahun ni kudrat Mumi sgt banyak kurangnya. Letih teramat. Tua mengejar...


On 04/05/2021, TH37 kami yg kecil ni menyambut family dlm keadaan berjaga2 bersama. Dapat berbuka seadanya, dan diberkati suasananya dengan jemaah Isyak yang dilanjutkan dengan terawikh. Alhamdulillah... Mumi happy sangat walaupun agak penat terkejar2 masak balik kerja.

Zuhair yg tercicir dari saf yang dah penuh, solat sendirian di bilik Didik. Dan Mumi kat meja tengah, dapat dengar bacaan surahnya. As usual, Mumi adored him. Moga2 anak2 Mumi ni dapat mengikut jejak abang2 sepupu mereka, Aaamiin...


Alhamdulillah juga, ada izin Allah dan kesempatan usia Mumi utk lihat & served moments ni di rumah kecil kami. Sambut birthday yg lahir dalam bulan April & Mei. Bukan semua dapat bersama malam tu... tapi rumah tetap penuh & meriah. 

Being able to see this again and again, Mumi bersyukur sangat2. So many things we've gone through. Tapi Allah tu Maha Baik. Jika ini yang Allah beri pada permintaan Mumi, terima kasih Ya Allah. Mumi terima dgn hati penuh kehambaan. Kerana, dalam waktu sukar Mumi dulu, hanya satu perkara yang Mumi minta... 'Jika diriku baik untuk agama & akhirat mereka, dekatkanlah kami semula. Jika tidak, aku terima & reda apa jua yang Engkau tentukan buatku."

 

Dan malam tu lorong TH sedikit riuh dengan suara anak2 buah & cucu2. Moga jejiran ampunkan kami... sekejap je. 

Malam tu Mumi paksa juga Pa keluar kejap cari bunga api. Appo kumpul2 bebudak tak main bunga api, Mumi yang rasa tak best hu hu. Kerana PKP3.0 kami tak mungkin dapat sama2 pada 1 Syawal. Maka, Mumi ingin anggap moment ni sebagai early Eid kami. 

Dan... Mumi terbayang satu masa nanti, TH37 kami ni akan riuh dengan suara anak2 menantu2 & cucu2 kami... Family kakak, family AB, family Babang, family Didik & family Baby. Erk, family Kakak sampai ke Babang tu mcm insyaAllah boleh dijangkau akal fikiran. Family Didik, nyaris2 kot dgn umur Mumi. Family Baby... alahai... jauh sungguh Mumi berangan :-)

Apapun, insyaAllah... Aaamiin... 
Dah terlalu banyak nikmat Allah beri pinjam untuk dirasai sehingga kini, Alhamdulillah.


Walk to remember

Waktu Pa nak hantar Mak ke rumah SIL, she said, "Moga hubungan terus macam ni. Kalau mak dah tak ada nanti pun... teruskan..."

Adeh, Mumi telan airmata simpan dalam hati. Minta ampun ya Mak... saya banyak kelemahan & kekurangan, tak mampu jadi menantu sempurna & baik serba serbi untuk Mak. Apapun, terima kasih yg tak tau banyak mana nak cakap, for all this blessing I have in life because of you too...



"Memangnya kenapa jika hidup ini tidak sempurna? Hidup ini bukanlah syurga." 
-Nouman Ali Khan-



Monday, May 3, 2021

Tua Mengejar...

Mumi officially dah getting older, mid 40-series 27 April 2021 @15 Ramadhan 1442H lalu. Sedih pulak rasa. Umur makin bertambah, tapi bekalan akhirat masih sangat bertatih. Tapi yg makin bertambah dengan ketara ialah, berat badan. Wa wa wa! Cane nak kurus semula pun tak tau la...

Walaupun dah terbiasa dgn birthdays yg meriah sbb anak-anak biasanya suka sambut birthday, tapi Mumi dah lama rasa mcm nak skip je birthday sendiri. Tiap kali sampai birthdate tu tandanya bertambah umur yang telah utilized dan semakin kurang usia untuk di'utilize' di dunia. Scary pula rasa... hari2 ingat mati.

Tapi, yg best waktu birthday ialah bila ramai yg wish & doakan kita. Aaamiin kan doa mereka, semoga yg baik2 itu ada yg Allah perkenankan untuk kita dan juga dikembalikan kebaikan yg sama utk orang yang murah hati mendoakan itu. :-)


During iftar (simple je that day, nasi ayam adhoc sbb start masak pukul 6 lebih), they asked me to pakai tudung. Adeh, ingat BF @ calon menantu nak dtg buka puasa sesama. Rupanya mereka kekunun surprisekan Mumi. Anyway, terima kasih Pa, Kakak, Babang, Didik & Baby. Mumi tak minta material pun, yg Mumi minta kita semua bahagia sama-sama dalam rahmat & kasih sayang Allah. Terima kasih atas ingatan, atas kasih sayang, selalu doakan Mumi, sokong & bantu Mumi dlm perjalanan hidup Mumi untuk jadi hamba Allah yang baik ya...

Terima kasih juga 4 my niece & grandsons, for the delivery of gift set dgn kek. Surprise delivery juga, a day after, waktu Mumi dah otw nak ke Alice & Wonderland.


All the chocolates & cakes sekejap je hilang direbut boys. Makanlah nak... Mumi happy tgk semua anak2 Mumi happy... alhamdulillah.

Alhamdulillah, terlalu banyak nikmat Allah untuk Mumi dalam hidup ini. Dugaan dan ujian tu, Alhamdulillah... Mumi sedar ada di antaranya peringatan, kifarah, penghapus dosa malah juga teguran kasih sayang Allah. Tanda Allah ingat pada Mumi yg kecil tetapi banyak salah ni.

Terima kasih abah dan ibu yang bawa Mumi lahir lihat dunia.

Terima kasih Pa terima segala kekurangan dan always willing to put up with me.

Tq anak2 yg sentiasa menjadikan Mumi, ibu yang sentiasa berusaha buat dan dapatkan yg terbaik semampu kudrat Mumi utk kamu semua.

Moga2 angka-angka usia yang Mumi tinggalkan di belakang, menyimpan walau sedikit kebaikan untuk Mumi bawa sebagai bekal nanti. Dan Mumi berharap masih dipinjamkan usia... sbb ada banyak lagi hasrat dan impian Mumi dalam hidup ini demi hidup yg kekal tu nanti.

Aamiin...


#45on15ramadhan1442H
#thankyouAllah

PAGEVIEWS