Hari ni, Jumaat terakhir dalam Ramadhan kali ini. 25 Ramadhan 1442H. Another 5 days berbaki, moga Mumi dapat kejar hari2 terakhir Ramadhan tahun ini...
Plus, we're in PKP3.0 now. 06/05/2017-17/05/2017. As expected :-) Raya PKP sekali lagi. Tak apalah... moga ia adalah untuk kebaikan bersama.
Ramadan ni, Alhamdulillah... dapat sekali sesi bersama Ibu di Sepang & Mak di Sabak.
Dan, satu kali sesi unplanned family's gathering di rumah kecil kami @ 04/05/2021 baru ni. Gather mana yang ada & sempat je. Pun dah happy sangat kami sebagai tuan rumah. Dan Mumi tau Pa lagi happy sebab dia berpeluang beri happiness pd Mak yg nak sangat anak2 menantu2 & cucu cicitnya semua berkumpul Ramadhan ni untuk tahlil. Tapi nak berkumpul semua sekali mmg agak tidak berapa digalakkan dalam keadaan pandemik yang masih cari peluang utk bervariasi & bermutasi waktu manusia leka SOP ni.
Okay... Mumi simpan moment ni dalam diari FRAN je ye...
Tahun ni, Pa bertugas sebagai Bilal (take turns) di Surau. Happy sangat dia sebab itu peluang utk terawikh berjemaah di surau walaupun dengan pematuhan kepada syarat SOP C-19. Maka di rumah, Babang kena jadi Imam terawikh kami. Tapi budak2 ni kalau tak ada Pa, culas juga kekadang :-)
Todate juga, alhamdulillah tak penah lagi kami tak bersahur walaupun baby selalunya lelap di meja makan :-) Walaupun juga sebenarnya tahun ni kudrat Mumi sgt banyak kurangnya. Letih teramat. Tua mengejar...
On 04/05/2021, TH37 kami yg kecil ni menyambut family dlm keadaan berjaga2 bersama. Dapat berbuka seadanya, dan diberkati suasananya dengan jemaah Isyak yang dilanjutkan dengan terawikh. Alhamdulillah... Mumi happy sangat walaupun agak penat terkejar2 masak balik kerja.
Zuhair yg tercicir dari saf yang dah penuh, solat sendirian di bilik Didik. Dan Mumi kat meja tengah, dapat dengar bacaan surahnya. As usual, Mumi adored him. Moga2 anak2 Mumi ni dapat mengikut jejak abang2 sepupu mereka, Aaamiin...
Alhamdulillah juga, ada izin Allah dan kesempatan usia Mumi utk lihat & served moments ni di rumah kecil kami. Sambut birthday yg lahir dalam bulan April & Mei. Bukan semua dapat bersama malam tu... tapi rumah tetap penuh & meriah.
Being able to see this again and again, Mumi bersyukur sangat2. So many things we've gone through. Tapi Allah tu Maha Baik. Jika ini yang Allah beri pada permintaan Mumi, terima kasih Ya Allah. Mumi terima dgn hati penuh kehambaan. Kerana, dalam waktu sukar Mumi dulu, hanya satu perkara yang Mumi minta... 'Jika diriku baik untuk agama & akhirat mereka, dekatkanlah kami semula. Jika tidak, aku terima & reda apa jua yang Engkau tentukan buatku."
Dan malam tu lorong TH sedikit riuh dengan suara anak2 buah & cucu2. Moga jejiran ampunkan kami... sekejap je.
Malam tu Mumi paksa juga Pa keluar kejap cari bunga api. Appo kumpul2 bebudak tak main bunga api, Mumi yang rasa tak best hu hu. Kerana PKP3.0 kami tak mungkin dapat sama2 pada 1 Syawal. Maka, Mumi ingin anggap moment ni sebagai early Eid kami.
Dan... Mumi terbayang satu masa nanti, TH37 kami ni akan riuh dengan suara anak2 menantu2 & cucu2 kami... Family kakak, family AB, family Babang, family Didik & family Baby. Erk, family Kakak sampai ke Babang tu mcm insyaAllah boleh dijangkau akal fikiran. Family Didik, nyaris2 kot dgn umur Mumi. Family Baby... alahai... jauh sungguh Mumi berangan :-)
Apapun, insyaAllah... Aaamiin...
Dah terlalu banyak nikmat Allah beri pinjam untuk dirasai sehingga kini, Alhamdulillah.
Walk to remember
Waktu Pa nak hantar Mak ke rumah SIL, she said, "Moga hubungan terus macam ni. Kalau mak dah tak ada nanti pun... teruskan..."
Adeh, Mumi telan airmata simpan dalam hati. Minta ampun ya Mak... saya banyak kelemahan & kekurangan, tak mampu jadi menantu sempurna & baik serba serbi untuk Mak. Apapun, terima kasih yg tak tau banyak mana nak cakap, for all this blessing I have in life because of you too...
"Memangnya kenapa jika hidup ini tidak sempurna? Hidup ini bukanlah syurga."
-Nouman Ali Khan-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.