Malam tadi, awal 29 Ramadan 1442H.
Semalam Papa sampaikan pesan Mak tentang kemungkinan 'kedamaian' malam tadi.
Dan pagi tadi, we both agreed suasana pagi memang 'damai'.
Melewati waktu di pejabat pun, cuaca di luar tingkap pejabat Mumi kelihatan dan terasa teduh dan damai juga. Walaupun jika dilihat tempohnya yang diriwayatkan adalah dari masuk mahgrib hingga terbit fajar je...
Mumi tak berani berharap, sbb kekurangan diri sendiri ni tak melayakkan Mumi untuknya. Jika dapat menyedari dan merasa 'kedamaian'nya pun dah cukup rasa tenang.
Mumi masih di pejabat hari ni. Cut off time tugas2 Mumi sebelum cuti Eid-in-PKP-V2 :-)
Office dah lengang. Tinggal beberapa orang, itupun dari jabatan kami je.
Hati Mumi dari semalam sedih. Bukanlah sebab kena Raya dalam PKP Versi 2 sangat. Tapi... ntah... sedih. Smlm tengok makanan pun sedih. Walaupun Mumi hanya masak kuey teow je utk berbuka tapi rezeki dari Bik Mah dan jenjiran, sampai penuh meja. Sampai ke malam pun masih ada. Sedih pula... kita kat sini direzekikan makanan sampai tak boleh nak makan dah. Tapi, ada saudara2 kita yang jangankan makanan, nyawa pun di hujung tanduk. Apalah daya nak membantu...?
Pun, bila serve utk berbuka semalam.. tengok Pa, tengok anak2... lagilah sedih. Banyaknya nikmat Allah. Mumi minta dalam hati, sebagaimana Allah masih izinkan pinjaman utk Mumi, moga adik2 Mumi juga diberi keizinan yang serupa atau lebih baik. Mumi rindu diorang...
Hari ni, 2nd last day of Ramadan this year. Esok masing2 majoriti akan bermandiri dan berdikari buat persiapan menyambut raya hu hu.
Mumi tengah pening ni fikir macam mana lah Mumi nak masak rendang. OTW ke office tadi Pa kata rendang Mumi selepas beberapa hari dipanaskan baru rasa sedap. Huhu.. ya, Papa mmg awal dulu trauma dengan rendang Mumi :-)
Nantilah Mumi fikirkan. Harap2 Mumi tak back off la dari keberanian untuk mencuba lagi masak rendang raya kesekian kalinya ni...
Moments di hujung 28 Ramadhan 1442H. Pa hadir khataman Quran secara online dengan V86ers nya selepas balik dari terawikh berjemaah di surau.
Dan boys pula berdikari terawikh bertiga.
Mumi? Mumi otw... :-)
Moga dapatlah Mumi manfaatkan peluang 2 hari terakhir Ramadan ini sebaiknya...
Rasulullah menegaskan bahawa :
"Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan,
nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah bulan Ramadan."
#lailatulqadr
#penghujungramadan1442H
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.