Friday, October 15, 2021

Qada Raya 2021

Semalam balik kerja, jalan agak lengang. Cepat je Mumi sampai rumah. Hari ni office pun lengang. Mungkin dah rama yg rentas negeri balik jumpa ibubapa yg lama tak jumpa. Ya, rentas negeri dah dibenarkan hu hu. So... lunch break ni Mumi rentas masa sekejap jumpa FRAN la :-)

As for us, we're Selangorian. Maka tak de lah excited mana nak rentas negeri. Tapi, walaupun sama negeri, sebelah Pa baru last weekend semua berkumpul di rumah mak di SB bila semua age 18 above dah lengkap vaksin. Itupun Mak requested utk semua balik, masak2 macam sambut raya. Dan pakai baju raya...

Sbnrnya waktu grup wasap family Pa sebut ttg request Mak utk semua balik beraya, Pa worry ttg Mak... tapi... insyaAllah tak ada apa2. Semua atas ketentuan takdir Allah. Dah lama sgt semua tak berkumpul di kampung, raya bersama pun tak, sebab tu la Mak request begitu...

Ibu pula bila tahu kami nak balik 'beraya' ke SB, dia pun nangis nak ikut. Sebab nak minta kami drop kan di rumah Dik Sah di Sekinchan. Ya, Ibu dah rindu cucu2nya di Sekinchan tu. Makanya Sabtu pagi 9 Oktober tu Naha sampai bawa Ibu ke rumah kami. Tak boleh nak halang atau tangguh dah keinginannya nak ke rumah Dik Sah. Ya lah.. kami sampaikan je hajat Ibu :-)


Sabtu tghari potong seekor kambing, sponsored by family Bang Em, perhaps juga sempena promotion K.Mah :-) Kami tak sempat sampai utk lihat sembelihan. Pa ada appointment dgn client pagi tu, bukan salah Mumi ye :-) 
Sbnrnya pun Mumi pagi tu sibuk uruskan Atot ke hotelnya :-)
Barbeque malamnya sambil kids main bunga api & mercun.




Sambil sambut birthday Decemberians juga. Rasa mcm bebaru ni pun dah potong kek juga, berapa kali mau jamak birthday pun tak tau hu hu. Bertuah sbb baker & bakery mmg in d'house :-)


Panas lit-lit tghari tu nak susun kedudukan photoshoot raya :-) 
Mumi dah peluh-peluh... redhokan je la... huhu...

Photoshoot ikut keluarga :-)
Dah besar anak-anak. Tak sangka Mumi dapat sampai ke umur mcm ni  & dapat tgk momen begini, 
tak lama lagi Mumi tumpang sambut menantu2, insyaAllah huhu...
We're all there... doa bertahun yg mcm jadi nyata... Alhamdulillah...

Anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu, cucu2 menantu, cicit Mak @ 2021


Selamat Hari Raya Aidilfitri ft Hari raya Aidil Adha 2021 
yang 'diqada & dijamakkan' di bulan Rabiul Awal 1443H :-)



Lama tangguh bagi duit raya demi nak tunggu raya bersemuka juga huhu... 


- Remember d'moment, cheris d'story & celebrate this life coz life is a collection of happy moments -

Friday, September 17, 2021

Ada Baby dalam Perut

Hari ni Mumi WFH. Tapi disebabkan ramai yang ambil cuti sempena Fasa 2 kehkehkeh, Mumi pun relalah masuk juga ke pejabat utk cover apa yg perlu. Lagipun petang nanti kami ada Exit ISO Audit. Betterla Mumi masuk ke pejabat selepas clearkan urusan di rumah utk tinggalkan Pa & anak2 sekejap.

Mumi ada banyak nak tulis... tapi waktu rehat ni Mumi plan (plan je, entah berjaya ntah tak) nak habiskan my 6th course in Percipio. Ini antara tugasan PnP yg terpilih bagi tahun 2021-2022, attend & take exam dan habiskan training hours yang diwajibkan. Utk 2021, dateline adalah 10 Disember 2021 dengan 22 courses (with exam) to attend. Mak aiiii pengsan Mumi...

Mumi baru selesai 5 courses (satu course scored 100%, the rest dapat 80 plus je, markah lulus 70). Itupun bertatih2 menyambil dgn urusan dan kerja hakiki. Kursus yg ke-6 ni Mumi start since 10 September. Sampai hari ni belum sempat nak habiskan. Ada je yang interrupt fokus Mumi. Maka Mumi ingat nak selesaikan hari ni. Tapi dah ada pulak tu PnP yang completed semua. Serius lah?

Oleh sebab itu hari ni Mumi jumpa FRAN sekejap je la ye FRAN...

Mumi cuma nak simpan moment ni. Awal pagi tadi masak utk lunch Pa & boys sebelum Mumi ke pejabat. Mumi masak yg simple je, sup ayam ala Thai mix Mumi dengan goreng ikan (supaya Anthony boleh makan juga). Last sekali Mumi goreng sayur campur.

Bila Mumi nak belah si Capsicum tu, Mumi terkejut sikit sebab ada baby dalam perut dia...


Mumi tak tahula kalau perkara ni biasa dan dah selalu orang lain jumpa. Tapi... Mumi baru pertama kali ni potong Capsicum dan jumpa Babynya dalam perut.

Dulu2 Mumi tak suka rasa Capsicum atau Lada Benggala ni. Tapi since PKP started last year, entah kenapa Mumi wajib ada stok Capsicum ni dalam freezer. Mumi suka letak dalam sayur goreng sebab mereka cantik & warna-warni : merah, kuning & hijau. 

Selalunya Mumi amek yg merah je. Sbb boys tak makan pun Capsicum. Kalau Mumi letak dalam kuah spagethy pun, alamatlah boys tak usik kuah tu. Jangankan capsicum, kalau Mumi letak sosej pun mereka bising. Jangankan sosej, kalau si kakak yang masak spageti pun budak2 ni komplen 'siapa masak? tak sama rasanya.' Mereka tetap mau Mumi juga yg masak kuah spageti tu ikut cara Mumi yg asal tanpa ubah2pun resepinya. Adeh...

Sebenarnya bila tengok baby Capsicum tu, selain Mumi rasa ia comel, Mumi pun rasa kesian pulak dengan dia... sampainya hati Mumi belah perut dia yg sedang ada Baby  di dalamnya. Maafkan Mumi ya Capsicum yang cantik...

Capsicum ni kalau baca kat Google, berasal dari kawasan Mexico yg merupakan negara pengeluar utamanya. Kat Malaysia pun ada ditaman - contoh kawasan penanaman utama di Cameron Highland, Kundasang (oh my... I miss Sabah... hopefully we can once again be there), Lojing Kelantan & few others.

Capsicum yang biasa Mumi nampak kat market warnanya merah, kuning & hijau. Rupanya ada warna putih, coklat, oren, ungu dan hitam! Seriously? Mumi nak cari Capsicum Hitam la hu hu...

Apa khasiat Capsicum?

(1) Kurangkan tahap kolestrol & rendahkan tekanan darah
(2) Mampu tingkatkan kadar metabolik tanpa naikkan tekanan darah & kadar denyut jantung
(3) Bantu kurangkan berat badan
(4) Ada Vitamin C yanng bantu serap zat besi serta cegah anemia.
(5) Rangsang peredaran darah & tingkatkan aliran darah.
(6) Legakan kesakitan ulser
(7) Kandungan karotenoidnya mampu bantu penglihatan yang sihat
(8) Bantu hasilkan kolagen bagi mendapatkan kulit sihat & anjal
(9) Mengandungi antioksidan dan fitokima yg dapat bantu kulit kekal muda.

Wah wah wah... banyaknya khasiat Capsicum. Hmm... nnt Mumi nak cari benih la, nak tanam kat OMG. Dah lama Mumi tak bercucuk tanam ni.. sejak ada WFH & PdPR boys ni mmg tersangatlah busy & hectic & letihnya.

Kalau tanam sendiri boleh makan banyak2. Kalau beli.. erk... mahal tu harga Capsicum ni... mahallah bagi Mumi... so beli pun takat nak guna cecomel je hu hu.

Okay, Mumi nak solat zuhur sat lepas tu kita attend Percipio sebelum masuk ISO Audit Exit jam 3.30 pm nanti.

Oh ya... hari ni Pa dapat Solat Jumaat di masjid... dia happy sgt... alhamdulillah... semoga Allah masih terus melindungi kita semua.


Sabda Rasulullah SAW:

"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia (Gugur jemaah, tapi wajib jumaat): hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).


#capsicum
#babycapsicumdalamperutmakcapsicum
#percipio
#PPNFasa2

Wednesday, September 1, 2021

September Throwbacks...

It's September already. 
Alhamdulillah... masih diberi lanjutan tugas, amanah & tanggungjawab di dunia.

Still dalam PPN Fasa 1. Tapi pun kalau dah Fasa berapa2 sekalipun, perhaps nak ke mana2 bercuti tu PaMi masih hesitate. We might need to wait for sometimes longer ya boys...

So... kita throwbacks je la beberapa memori yg sempat Mumi rewind malam ni untuk hilangkan kerinduan kpd aktiviti jalan-jalan :-)


Family Trip to Melaka 
15-17 September 2012

Rindu Ibu, my nieces & nephews...



FLORIA Putrajaya
02092018



Cruising in Putrajaya
15 September 2019

Jerebu-jerebu pun kita redah... 
Tapi COVID-9 ni apakan daya... tak boleh redah. Kalau redah, maunya padah... erk!?



Hari ni jumlah kes baru C-19 turun kepada RM18,762 kes. Selangor dah 2 hari bawah paras 4k. Hari ni 3,711 kes saja. Alhamdulillah... semoga terus pulih, terus berkurangan. 

Hold on stronger, dear all. Stay safe together... moga Allah sentiasa lindungi kita semua...


#septemberthrowbacks
#familytriptomalacca
#floria2018
#cruisinginputrajaya
#jerebudiputrajaya

Throwback Aug : War On Dengue & Zika

Bila ada masa sikit2 mcm ni, Mumi lihat semula draft2 FRAN yg dah ditulis tapi tak sempat2 posting up. Jumpa yang ni dah tulis tapi terlupa tentangnya terus...

Therefore, I wish to keep this here as continuation of  Nyamuk Datang! diary :-) 
Lagipun Mumi tetiba nak tulis diari throwback few memories secara bulanan hu hu... harap2 tak la jadi hangat2 tahi ayam je nanti. 

Mumi nak throwback aktiviti sekolah Babang tahun 2016. Program sekolah Babang di Perkampungan Orang Asli @ Bukit Bandaraya Shah Alam pd 28/8/16. Gambar ni ada muka Babang di dlmnya huhu. Tq pd yg ambil & share gambar ni... 





Mumi rasa happy lihat Babang joint his school program in Dengue Patrol. Their effort to create awareness about the hazardous of aedesmosquitous among community is something others should follow.

Mumi ingat lagi, waktu tu Babang asyik nyanyi killer song Nyamuk Datang tu setiap hari :-) 
Pa kata 'Dah habis dah programnye bang...' :-)

Sekarang Babang dah besar panjang... Mumi pun dah rasa makin tua...






Tuesday, August 31, 2021

Meteor Perseids for Aug 13th

His eldest shares the same date of birth with him. 13/8. Sweetnya anak sulung berkongsi tarikh lahir dengan Papanya. Sometimes Mumi bila terpandang Pa & kakak... terfikir... jika apa yg pernah terjadi dalam kehidupan mereka dulu tu tak terjadi, they might have their life tanpa Mumi seperti sekarang. Mungkin yg berada di sini bukan Mumi. Tapi... setiap yg berlaku adalah apa yang ditentukan dan dikehendaki oleh Allah.

I was there dulu, terima ketentuan Tuhan walaupun dihadirkan dengan alternatif yg lain. Entah mengapa walaupun ada yang cuba menghalang malah ada juga yg mengatakan laluan hidup Mumi tak akan mudah, tapi terdorong hati hanya untuk kehidupan yg sedang Mumi lalui sekarang. Mumi terima apa yg orang lain tidak perlukan dlm hidupnya. Dgn niat utk jadi pendokong semangat & pembina hidupnya, kerana Allah. Phewww... it's hard... indeed.

Benarlah... laluan kehidupan kami tak mudah. Pernah dalam jiwa bergenang airmata darah walaupun kononnya Mumi boleh jadi kuat macam Kenny Remy Martin nyanyi, '...ku petik bintang-bintang, biarpun banyak halangan, rela tempuhi segalanya, onak yang ku pijak bagai tak terasa...'

Tapi tahun2 kebelakangan ni, Mumi bersyukur sangat dengan kehidupan kami. Mungkin benar kot, time heals... dan kita hamba Allah ni, jika tak mampu nak buat semuanya sendiri, tak mampu membela diri disaat disalah-erti, disakiti & teraniaya, mengadu doa sajalah yang termampu oleh daya. Akan tiba saatnya Allah beri izin pada apa yang kita harap dan pinta...

....ku sedar sejak mula, tiada jalan yang mudah, 
tapi ku yakin di dalam hati, akhirnya terkota jua sumpah dan janji...


Happy birthday Pa & Kakak... 
semoga terus bahagia dan sejahtera dalam rahmat dan kasih sayang Allah,
bertambah iman dan taqwa dalam jiwa.
Sama-sama kita cari jalan ke syurga Allah...
Ampun ya, Mumi tak pandai nak buat majlis, nak plan surprises... ni je la yang mampu Mumi buat... :-)


Malamnya Abby datang bawa kek & makanan. Udahlah penuh meja & dapur kecil kami. Cepat2 Mumi agih2 & edar ke rumah jiran2 terdekat sblm malam meningkat waktu. Ampunlah... makanan bebanyak mcm tu takut tak termakan, berdosa je kalau membazir huhu.

Tq juga Kakak Najihah atas ingatan... order delivery Popis utk Pa & Ayong. 

Mumi tahu Pa happy kalau anak2nya semua berkumpul mcm ni...
tapi tak boleh selalu2, kita masih dlm situasi berjaga2 dgn C-19 huhu...



Menjelang midnite nak masuk 13 Ogos tu kami 3 beranak naik ke rooftop. Ikut berita, katanya ada fenomena pancuran meteor Perseids @ tahi bintang bermula lewat malam Khamis 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos 2021. Wah! PaMi pun excited la sangat, kot2 boleh jadi hadiah harijadi Papa kan... huhu... padahal Mumi mata dah segaris dah nak lelap :-)

Mumi baru tau fenomena meteor Perseids ni berlaku setiap tahun antara 17 Julai hingga 24 Ogos bola bumi beredar mengelilingi matahari merentas laluan orbit komet Swift-Tuttle. Baby je yg interested nak tengok. Babang-Didik-Kakak tak kuasa :-)

Tapi... tidaklah Mumi mampu bertahan. Mumi keletihan. Memang selalunya Mumi dah lama ikut Alice to Wonderland kalau waktu2 begini huhu. Dah lepas midnite pun tak nampak juga. Ada cuma... sebutir bintang nun jauh  tu je. Bintang apa pon Mumi tak tau huhu. Agaknya bucu buruj Perseus yg belum lengkap kot. Nama Meteor Perseids tu kan merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor di kawasan buruj Perseus di langit...



...walau sukar bagi kita, sayang
perjalanan menyakitkan
tapi hadapilah dengan kesabaran
akan tiba kebahagiaan... insyaALLAH...

...tiada batasannya usia ataupun rupa
KITA BERSAMA MEMULAKANNYA
SEHINGGA KE AKHIR KITA TERUS BERJUANG (BERDUA)...


#13ogos
#happybirthdaypapaayong
#meteorperseids
#kupetikbintangbintang

PAGEVIEWS