Tuesday, May 17, 2011

SOFI DAN SUKAN!

Hari ni Public Holiday for Wesak. Happy Wesak for those yang menyambutnya. Hari ini juga hari sukan tahunan PASTI Al-Mawaddah yang ke-11. Hmm... what a sweet conincidence. Exam pertama Sofi dia dapat nombor 11, sukan tahunan pertama Sofi pun adalah  sukan tahunan sekolah yang ke-11. Suka hatilah nak...

So, pagi-pagi kami dah bangun bersiap nak pergi sukan Sofi. Bila pakaikan kasut sukan yang kami beli malam tadi untuk Sofi, tiba-tiba tak muat pula. Hmm... betullah tekaan saya malam tadi, the sales-girl salah ambil size. Masin kata hati...

Okay, selingan.. malam tadi pergi cari kasut sukan untuk Sofi. Sampai di satu kedai ni, alhamdulillah ada saiz yang sesuai untuk dia. But we were very dissappointed since the sales-girl was not very helpful AT ALL! Muka masam macam kereta baru kena tarik dengan bank, bila kita tanya langsung tak bercakap, bila bagi barang pakai campak. Hish, kalau biasa ni memang dah kena sound maximum ni... tapi malam tadi rasa malas pulak. Nak juga pi cakap dengan tauke kedai tu, "Kalau itu orang letak dalam kedai, memang no luck at all, orang China kata SUWEI!", tapi malas nak banyak cerita. Mungkin baru lepas kena cerai dengan boyfriend 7 lautan dia kot! Dah kena 7 hari masam muka macam tu... Lantak hanglah labu...

Pagi ni bila nak sarung kasut tu kat Sofi, hmm... rupanya Didik yang ada rezeki nak pakai kasut baru. Dan abang pun pergilah sukan dengan kasut sukan dia yang buruk tu... kasihan anakku tapak kasutnya dah haus. Alhamdulillah ada juga kasut. Lepas je sukan tadi terus buang... tapi terima kasih juga untuk kasut sukannya itu sebab abang habis juga menyempurnakan semua acaranya.

Seronok hari ini dapat lihat anakku bersukan sekolah kali pertama dalam hidupnya. Sofi nampak happy dan cergas. Alhamdulillah, anakku sihat. Sihat bagai johan! Cahaya wajah dan semangatnya nampak berkobar-kobar untuk melaksanakan tugasnya. Begitu tenang berbaris menunggu giliran bila melakukan acara sukan berkumpulan. Sudah siap-siap angkat tangan macam pengakap nak berikrar, untuk ambil batton walaupun kawan dia baru saja start. Lucu sangat...

Sofi and his friends main sukan dengan seronok. Walaupun yang dewasa ini bersorak bagai nak rak, "Cepat abang!", "Cepat hijau!",  mereka lari dan main ikut rentak sendiri, because for children I believe, they enjoy the moments, not only the meaning of winning a game. Lagipun sudah fahamkah anakku tentang menang dan kalah? Dia memang selalu hendak menang tapi belum benar-benar mengerti apa itu erti kemenangan dan implikasinya dalam hidup insan.

So, everthing went just nice, walau hari panas tapi rasa macam berbahagia. Dan anak-anak sekolah yang berumur 5 dan 6 tahun itu dalam warna-warni rumah sukan mereka nampak begitu jujur dalam semangat kesukanan. Tak ada pulak yang mengelat dan main tak aci. Mak bapak dan cikgu-cikgu je yang lebih-lebih sorak. Pun ada acara ibu-ibu, bapak-bapak dan suami-isteri. Hari ini saya dan team menang nombor satu acara ibu berkumpulan dan papa pun menang acara berkumpulan. But very sad sebab kami kalah dalam acara suami-isteri walhal we were supposed to make it the most outstanding spouse kan.. huh huh... buat lawak.

My husband marah dalam gelak, "Kan dah kata ikut cakap abang! Tengok kan dah kalah.".
Uh, sorry... tadi niat nak tolong menangkan tapi dek degil sangat terus kalah tipis! Ceh... pujuk husband, "Papa marah ke? Alah, tak pe... kita boleh buat banyak aksi lagi kat rumah. Dah tentu-tentu menang." Ni memang nak naya punya hal...

Saat melihat Sofi bawa diri dan bergaul dengan kawan-kawan, pandai ambil air dan duduk minum bila dahaga dan pandai ikut kata cikgu, rasa terharu sangat dalam hati. Anakku dah besar... one day dia akan punya kehidupannya sendiri. Kalau hari ini dia menangis ada Ummi dan Papa yang sapukan airmata, kalau jatuh kami yang bangunkan, kalau buat salah Ummi Papa nasihat dan rotan, kalau kecewa ada kami yang gembirakan, kalau ada kemahuan kami yang cuba penuhkan.

Tapi bila dewasa nanti, Sofi kalau menangis kena simpan dalam hati ya nak. Kalau jatuh, Sofi kena cuba gagahkan diri untuk berdiri semula, kalau kecewa Sofi harus kuatkan semangat dalam dada, kalau bersalah cepat-cepat minta maaf dan ampun, remedy it! Kalau ada yang Sofi mahukan, berusahalah untuknya. Berbakti dan berkorban itu mulia, cuma waspada dan berpada-pada. Jangan sampai terpedaya hidup dalam cubaan dunia. Satu hari nanti Ummi dan Papa pasti tidak akan ada lagi di sisi kamu. Pandai-pandailah kamu bawa diri di dunia ini... peganglah ilmu dan ajaran, ingatlah Tuhan yang satu, tinggikan peribadi dan rendahkanlah hatimu... Ingat, Ummi dan Papa akan selalu sayang pada kamu, always... dan akan sentiasa mohon dari Allah hanya yang terbaik untuk kamu.

Ok, tak banyak nak cerita... sukan, is just a normal things for everybody. Sukan dan riadahpun memamg sunnah Rasulullah s.a.w. Just to share few beautiful words related to our topic today, sport & recreation.

Pepatah Arab:
Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat
(hmm... patutlah akalku kurang sihat... sebab badan asyik tak sihat ye...)

Muhammad Ali
Champions aren't made in the gyms. 
Champions are made from something they have inside them - 
a desire, a dream, a vision. 

Howard Cosell
Sports is human life in microcosm



belon-belon yang dlepaskan oleh ketua-ketua kontinjen (anak-anak umur 6 thn) sbg perasmian awal sukan

Abang dalam acara Saya Anak Malaysia!

Hish, sampai hati betul cikgu depa nih... lepas ni kena lompat meja tu pulak!
ada yang jadi kura-kura terus bila bangun meja masih ada di belakang, comelnya... 


Sofi d'Nasir junior  & acara lari dalam guni
Nasir & acara bapa lari dalam guni
 
Perhatian! Setiap kumpulan sepatutnya ada sepuluh pemain sahaja ya!
Adik sibuk juga nak tarik...

Come on Imam Kecil sekalian! Tarik!!!!

Adik cuba photography skill yang mana ni dik? Ambil gambar own shadow?

Terima kasih daun keladi!



Abang nak sukan lagi tahun depan okay!



Link to this post :
www.freewebs.com/unitdakwah/arkibartikel.htm


Monday, May 16, 2011

MAAFKAN CINTAKU -3

“Kau pergi Pedu nanti tak?” soal Black saat bertemu untuk sesi teh tarik mereka petang itu.

Memang sekali dua dalam seminggu mereka akan minum petang bersama di restoran Mamak ini bila berkesempatan. Lagipun pejabat Black, rakan sekelasnya di kolej itu terletak di dalam bangunan yang bersebelahan.

Alah, walau bangunan pejabat mereka bersebelahan pun, bukan selalu juga mereka bertemu muka. Kalau bukan dia yang out-station, Black pulak yang selalu ke luar negara. Bila masing-masing duduk di pejabat dan rasa kepala dah berat benar, teh tarik bila diminum bersama akan mengusir lelah. Pun boleh juga borak-borak hal lelaki luar dan dalam. Heh. dengan Black, Azif boleh bercerita segala benda kerana Black amanah orangnya. Sejak dulu. Ya, sejak zaman dedulu itu…

Bila Azif masih berteleku, Black mengukir senyum. Sepertinya sudah mampu membaca gelora dalam hati lelaki itu. “Awat? Dah tak reti nak fikir dah? Pecah kapla?” tanya Black sambil senyum.

Azif ketawa pendek. Memusing-musingkan gelas teh tarik yang sudah tinggal suku. Lengan kemeja sudah dilipat ke siku. Santai sajalah, bukan hendak masuk pejabat lagipun. Sekejap lagi akan mereka order pula gelas kedua. Selalunya begitulah.

“Tak payah fikir banyak Zif. Kau buat mana yang kau rasa betul je sudah.”

Heh Black ni, kalau bercakap selalu saja hit target walau dia bukan tahupun perkara yang sebenar. Black ini kalau diasah bakat luarbiasanya itu ada potensi jadi pewaris Nujum Pak Belalang. 

“Apa yang betul… aku pun dah tak tahu. Tak pernah tahu pun.”

“Jihan tak nak pergi?”

“Entah, lain macam je perempuan. Sakit kepala aku dibuatnya.”

“Kenapa dia tak nak pergi?

Azif tegakkan badannya lalu menyandar ke dada kerusi. Kotak Dunhill yang ada di tengah meja dia capai. Diketuk-ketuk sekali dua ke muka meja lalu dibuka penutupnya. Sebatang rokok dia capai. Malas hendak Azif jawab soalan itu. Kalau dia kata tidak tahu jawapannya, macam tidak logic. Kalaupun Azif rasa dia tahu jawapannya, entahlah…

“Adelia dah balik?” soal Black sambil menerima huluran sebatang rokok dari Azif. 

Pandangan mata mereka bertembung seketika dan pada hujung soalan itu Azif larikan pandangannya. Satu lagi soalan Black yang Azif tidak tahu hendak jawab apa . Adelia dah balik? Entah, bagaimana mungkin dia tahu. Sudah lima tahun perempuan itu hilang tanpa khabar berita. 

Zaman ini bukan setakat telefon wireless saja yang ada. Internet, facebook, WAYN dan macam-macam. Bukan sesusah nak hantar telegram macam zaman dulu. Adelia tinggalkan dia tergapai-gapai tak sampai langit, tak jejak bumi. 

Tapi perempuan itu macam hendak kata kolot sudah belajar sampai over-sea. Kerja pun kat ¬over-sea juga. Tapi langsung tak nampak batang hidung dekat Facebook atau WAYN. Ke ada lagi teknologi yang Adelia guna tapi dia tidak tahu?

Hendak dia tanyakan pada Jihan, taubat dia tidak mahu lagi. Mahu naik pejabat Kadhi kalau dia sebut nama itu di depan Jihan. Walaupun dia tidak mampu entertain Jihan di waktu malam, tapi tidaklah sampai hendak runtuhkan masjid yang telah susah payah dia bina. RM9000 serba satu tu… lagipun abah dengan emak akan bunuh dia kalau suka-suka hati dia hendak ceraikan Jihan.

“Dia dah balik ke?” alih-alih dia pula yang menyoal Black sampai lelaki itu tersenyum lebar hingga hujung sana dan hujung sini sudah hampir mencecah telinga.

“Dua minggu lepas aku ada jumpa dia.”

Automatik Azif angkat muka. Muka Black yang masih manis dengan senyuman the most eligible bachelor itu dia tenung dalam-dalam. Aduhai, bergejolak rasa ingin tahu Azif kala itu. Jumpa Adelia? Kat mana? Apa dia cakap? Ada tak dia tanya pasal aku?

Macam-macam hendak dia tanya dengan Black, tapi terasa segan pula saat itu. Takut Black akan kata dia sudah duduk sendeng dalam hidup. Selama lima tahun inipun hanya beberapa kali sahaja nama Adelia menjadi subjek perbualan mereka. Tapi perbualan atas subjek Adelia untuk beberapa kali itu terlalu mendalam dan sukar untuk dia lupakan selagi hayat.

“Aku jumpa dia masa aku pi audit branch kat Swiss. Sihat je nampaknya dia, makin cantik pulak. Dia dah bertudung tau. Alhamdulillah kan, duduk kat negara orang putih pulak baru dia bertudung.” 

Black tenung Azif yang memandangnya tidak berkedip. Dalam hatinya ada belas untuk sahabatnya itu. Dia tahu apa yang sebenarnya ada dalam kisah Azif dan Adel. Dulu dia selalu usik dua manusia itu dengan panggilan laki-bini Azdel. Tapi panggilan itu hanya dia seorang yang guna. Pun dia guna di antara mereka bertiga sahaja. Orang lain tidak pernah tahu pun, hatta Jihan sekalipun. Tak tahulah kalau Adelia pernah cerita dengan kawan belangkasnya itu.

“Dia geng aku, the most eligible and available lagi,” kata Black lagi sambil menyalakan api pencucuh ke mulut. Sejak tadi dipegang tak dibakar-bakar lagi. Malah rokok di antara jari Azif itupun masih begitu.

“Kami tak sempat nak borak panjang pun. Sekadar tanya-tanya khabar macam tu je…”

Okay, pernyataan paling sopan Black untuk beritahu Azif yang Adelia tidak sebut tentang dia. Adelia memang tidak tanya satupun tentang Azif. Sudah lupakah Adelia padanya, pada mereka?. Takkanlah tentang Jihan pun tidak Adelia tanyakan? Baiknya Black berkata begitu untuk menenangkan hatinya, untuk melindungi maruah dan egonya. Dan Adelia? Sampai hati…

“Jihan macam mana?”

Azif menghela keluh lalu menurut langkah Black tadi menyalakan api di mulut rokok. Kala gusar begitu, rokok menjadi penenang sementara. Paling-paling tidak, beberapa perkara boleh dia lupakan.

“Korang ni okay ke tak?”

Azif angguk. Habis hendak buat apa lagi? Takkan hendak menagis meraung depan Black. Black! Kau rasa aku ni impotent ke? Nak mampus!? Yang satu ini saja dia belum buka depan Black. Satu lagi ialah perasaannya pada Adel selepas dia hentak jabat tangan Kadhi lima tahun lepas. Lain semua share…

“Kalau okay takkan sampai nak pergi reunion yang julung-julung ni pun dah confuse satu alam? Bukan kita semua ni dapat jumpa hari-hari pun. Si Anis tu dah lama migrate, Adelia pun kerja luar Malaysia gaya tak nak balik-balik. Entah-entah nampak je single tapi dah steady dengan mat saleh. ”

Azin telan liur. Apa dia sedang fikir beberapa saat tadi selepas Black kata begitu? Hish, mulut jahat Black ni, janganlah masin hendaknya? Azif…?

Dalam konflik hati begitu sempat juga Azif menjawab, “Itulah jugak yang aku cakap dekat dia. Tapi entahlah… tak faham aku hati perut manusia spesies perempuan ni. Mak aku tak adalah kompleks sangat macam ni.”

“Itu mak kau. Manusia perempuan yang kau kata kompleks tu bini kau dengan kekasih hati kau.”

Amboi, lancangnya Black sampai Azif terpana seketika. Sudah lama sebutan kekasih hati itu tidak ada dalam lembar hidupnya sejak dia putuskan Farah Jihan adalah insan terpilih yang diratukan sebagai isterinya. 

“Kenapa kau kahwin dengan Jihan dulu?” tiba-tiba meletus soalan itu dari mulut Black. Memang sudah lama sebenarnya dia ingin tanyakan tentang hal itu pada Azif. Malah bila dia tahu Azif pilih Jihan jadi bini lima tahun dulu, Black terus jadi bisu seminggu. Sampai majlis akad nikah Azif dengan Jihan pun, bisunya tak sembuh-sembuh juga. 

Tambah lagi seminggu bisunya bila dia lihat wajah Adelia di sisi Jihan yang manis anggun dalam pakaian pengantin berwarna biru turquoise. Dan terus bisu sampai genap satu bulan bila Adelia kata, “Black, what you saw was a memory. What you see now is the reality. Please, for me… don’t ask. If you are my friend, our friend…”

Memanglah, sejak Adelia katakan itu padanya lima tahun dulu Black terus belajar menerima dan memahami ketentuan Tuhan bahawa jodoh Azif adalah dengan Jihan. Tapi sukar untuk terus memadam baris-baris soalan yang telah menjadi kanser dalam kotak tanya Black. 

Tak logik! Tak logik! Bukan dia tidak tahu Azif tu angau sebenua dengan Adel tapi alih-alih Azif kahwin dengan Farah Jihan! Betul ke? Sampai sekarang perkataan tak logik yang dia labelkan kepada perkahwinan Azif-Jihan itu dia sorok dalam kotak hati. Sebab Adelia sudah minta dia lakukan begitu. 

Black ni nampak saja brutal tapi dia pun jejaka yang ada taman bunga dalam hati. Sebab itu dia respect permintaan Adelia. Cuma dari dulu sampai sekarang tidak ada makhluk perempuan yang tahu taman bunga itu. Sebab itu sampai sekarang Black masih tunggu puteri gunung yang akan nampak bunga-bunga dalam tamannya itu.

“Kau tak pernah tanyapun dulu?” hambar saja nada tanya Azif tanpa memandang Black. Terus menghayati dan menikmati rokok nan sebatang.

“Kau pun tak pernah cerita…’

“Kenapa kau tak pernah tanya kenapa aku bukan dengan Adel, Black?”

"Kalau aku tanya sekarang?"

Black telan liur sambil membetulkan duduknya. Biar lebih tegak agar udara yang dihembus dan dihela lebih teratur. Biar kepalanya juga lebih betul kali ini. Saat memandang wajah Adelia lima tahun dulu dalam majlis Azif dan Jihan, ada sesuatu yang berlegar dalam kepala Black. Memang soalan itulah yang teringin dia cari jawapannya.

Kenapa pula tiba-tiba Azif nikah dengan Jihan? Bukankah Azif Fahmi dan Adelia Hana yang sudah lebih empat puluh kali dia panggil laki-bini itu sepatutnya bersatu? Bukankah selalu orang kata, cakap lebih empat puluh kali akan jadi doa. Dan doa yang baik bukankah akan selalu dimakbulkan?

“Jodoh…”

“Rasanya tak sama tone dengan Adelia dulu…”

Azif segera panggung muka. Matanya yang dalam itu dia luruskan memandang Black yang sedang merenungnya dengan riak tersembuyi suatu tujuan. Apa motif Black?

“What? What tone?”

“Dulu, Adelia kata kalau aku kawan dia, kawan kau… aku tak akan tanya. Jangan tanya. Kenapa? Kenapa aku tak boleh tanya?”

Kata-kata Black yang terlalu jujur itu buat Azif telan liur dengan payah. Betulkah? Betulkah Adelia pernah berkata begitu dengan Black? Bila?

“After your wedding, aku terjumpa dia walaupun aku rasa dia macam lari-lari dari aku. For seconds, we looked at each other but I couldn’t find any words then. She looked at me for minutes after minutes. I saw her eyes wet Zif. What was going on… aku nak tahu sangat. Tapi aku respect permintaan Adel, even on her last day kat airport tu pun dia still said the same, walaupun sebenarnya aku sendiri pun tak terkeluar suara nak tanya.”

Ah, kenapa semakin banyak pulak misteri yang keluar dari mulut Black? Renungan lurus Azif semakin tajam menujah bebola mata Black yang hitam. Terlalu banyak perkataan yang terbaris dalam kepala tapi mengapa tidak ada satupun yang mampu dia keluarkan? Black seolah tahu lebih banyak tentang apa yang terjadi dalam hidupnya dan Adelia lebih dari apa yang dia tahu.

“Aku minta maaf…” Black tundukkan muka. Tidak sanggup hendak bertentang dua pasang mata dengan lelaki itu. Dia tahu Azif pasti terkejut dengan satu demi satu kenyataan dan soalan yang keluar dari mulutnya.

“Memang aku tahu Adel pergi mana dulu. Tapi Adel sendiri yang minta aku untuk tak bagi tau kau Zif. I have made a promise, and I can’t break it. Tapi kau pun tak pernah tanya langsung pasal Adelia lepas kau kahwin. Aku fikir memang itu yang korang mahukan, so what can I do more?”

Mata Azif sudah bergenang air. Dia dongakkan mukanya segera agar airmata itu tertahan di situ dahulu. Malu kalau Black lihat airmatanya itu. Dia lelaki! Dia pemain bola sepak paling handal di kolej dan sampai sekarang pun dia masih boleh beraksi dengan baik di atas padang. 

Dia adalah lelaki paling happy-go-lucky yang pernah ada dalam dunia. Malah dia tidak pernah menangis seumur usianya hingga ke hari itu. Malah bila detik Adel membuang dirinya pun dia tidak menangis. Hish, takkan nak menangis sekarang ni? Lelaki boleh menangis ke? 

Aduhai Azif, kau tu bukannya Superman, kau juga bisa nangis… kan ada lirik lagu begitu?

“Kalau kau rasa nak menangis dan tak mahu aku tengok kau, aku boleh blah dulu.”

Cepat-cepat Azif gelengkan kepalanya. Berserta itu setitis dua airmatanya terus gugur dan cepat-cepat dia seka.

“Please, aku nak tahu semuanya Black… kau dah banyak sembunyikan dari aku tentang hidup aku dan hidup Adelia. Aku rasa kau lebih tahu segalanya berbanding kami. Betulkan Black?”

Black mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali. Sungguh dia mampu menyelam perasaan Azif saat itu. Perasaan yang sudah dia alami lebih dulu dari Azif. Cuma Azif sahaja yang tidak mampu memahaminya kerana Azif sudah mabuk dalam dunia Adelianya.

“Insya-Allah aku akan cuba bagi apa yang kau mahu. Tapi kau harus bagi tahu aku dulu. What was exactly happen? Kenapa kau kahwin dengan Jihan?”

Ya, kenapa dia kahwin dengan Jihan?

MAAFKAN CINTAKU - 2

“Awak nak pergi juga ke?” tanya Jihan ketika menghidangkan segelas kopi panas buat Azif yang sedang menekuni skrin komputer ribanya.

“Kenapa?” Azif bertanya sepatah tanpa memandang isterinya itu. Jarinya sedang scroll down pada lembar kertas kerja yang sedang dia siapkan itu menggunakan tetikus kecil yang comel.

Esok dia harus menghadiri mesyuarat dengan klien baru syarikat. Dan dia harus bentang konsep iklan yang telah dia reka hampir dua minggu itu. Kertas kerja ini sudah siap, cuma harus dia telitikan supaya esok kalau klien bertanya begitu dan begini dia sudah boleh memberikan rasional penjelasannya. 

Projek kali ini agak besar bagi syarikat tempat dia bekerja. Hampir bernilai RM 3.5 juta dalam tempoh penyiapan tidak sampai 3 bulan. Good money! Lagi pula syarikatnya itu betu-betul bergantung harapan agar dia dapat memenangi hati klien mereka ini. 

Jihan melabuh punggung di birai katil. Wajah suaminya itu dia pandang dari biasan kaca cermin. Azif masih tekun memandang skrin komputernya. Jihan mengeluh halus. 

“Saya ada mesyuarat penting hari tu... saya kena buat presentation untuk produk baru.” 

“Tak apalah, awak pergilah kemudian. Lepas habis meeting tu,” saran Azif bersahaja tanpa melepas pandangan dari skrin notebooknya.

Bulat mata Jihan memandang wajah itu di cermin lagi. Spontan dia kalih tubuh dan berdepan secara tepat dengan lelaki itu. “Maksud awak kita pergi asing-asing ke?” soal Jihan terperanjat.

“Habis, awak tak nak pergi? Tak sempat ke? Kalau macam tu, tak apalah…nanti saya cakaplah dengan diorang yang awak tu sibuk. Diorang faham punyalah...”

Hati Jihan terbakar dengan jawapan itu. Sudah dia duga. Azif tidak akan peduli samada dia ikut atau tidak. Atau mungkin Azif lebih suka kalau dia tidak ikut serta. Amarah dan cemburu sudah mula marak dalam ruang dada.

“Awak ni macam suka je kalau saya tak pergi?” perli Jihan.

Jari-jari Azif yang tadi ligat mengetuk papan kekunci komputer kini terhenti. Azif pandang ke dalam cermin. Memandang wajah Jihan yang mencuka. Azif tarik nafas sambil menggelengkan kepalanya. Lalu jari-jemarinya kembali mengetuk papan kekunci.

“Saya tak kata macam tu pun. Awak sendiri yang kata sibuk. Takkan saya nak paksa awak pergi pulak,” ujar Azif perlahan.

“Kalau saya kata, awak pun tak payah pergi?” cabar Jihan perlahan. Matanya tidak mengerdip memandang wajah Azif dari dalam cermin. Hendak melihat reaksi suaminya itu.

Mendengarkan nada dan patah kata soalan itu, jemari Azif yang tadi ligat bekerja mengetuk kekunci huruf notebook terhenti. Azif berteleku seketika. Kemudian dia memusingkan kerusinya. Kini berdepan dengan Jihan. Mata mereka bersatu sejenak. 

“Awak ni kenapa? Sejak dapat invitation gathering ni, awak asyik emo je. Awak dah tak ingat lagi ke dengan kawan-kawan kita tu? Kita bukannya ramai manapun, sembilan kerat ni jelah. Awak dah lupa ke macam mana kita semua ni close sangat. Siap dapat anugerah kelas paling sporting lagi. Tak ingat?”

Azif tenung lurus wajah yang kelat itu yang telah melarikan anak matanya itu. Tidak mahu lama-lama bertaut pandang dengannya. “Takkan awak tak rindu nak jumpa diorang semua? Dah lama sangat kita semua ni tak berjumpa kan. Last sekali jumpa masa kita kahwin dulu, itupun bukan semuanya ada. Waktu yang lain kahwin pulak, kita tak pernah sempat pergi bertandang.”

“Jie… masa nilah pun nak eratkan balik silaturrahim kita. Ini jelah masa untuk kumpulkan semua. Bukan awak seorang je yang sibuk, diorang pun sibuk juga. Ada yang kerja oversea pun, sanggup juga balik nak jumpa kita semua. Jie, inilah juga masanya untuk kita nak berenal-kenalan dengan family kawan-kawan kita. It’s like family day kan…”

Alah, Jihan jeling tajam. Tahulah siapa yang baru balik dari over-sea itu! Azif ni memang…

“Ye ke awak nak jumpa semua? Awak rindu dengan sembilan orang ke, atau dengan yang seorang tu? Yang dah lama duduk oversea tu?” sengaja Jihan membakar rasa Azif. Seolah imbasan memori yang telah diberikan oleh lelaki itu tidak sedikitpun menyentuh rasanya.

Azif terpempan dengan sindiran sinis Jihan itu. Dia pandang muka Jihan dalam-dalam. Wajah wanita yang sudah hampir lima tahun dia kahwini itu. Suatu masa yang begitu lama kalau dia tambah dengan masa mereka sewaktu belajar bersama dulu. Tetapi semakin bertambah tahun perkahwinan mereka, semakin Azif tidak mengenali Jihan lagi.

Bukan Azif tidak kasih pada Jihan. Jihan kan isterinya? Dan suami yang mana tidak kasih kepada isteri mereka? Tetapi Azif sedar kasihnya pada Jihan adalah kerana rasa tanggungjawab. Atas nama tanggungjawab itulah Azif berusaha untuk tidak menyakiti mahupun menyinggung perasaaan wanita yang dia telah dia peristerikan itu.

Dia dan Jihan adalah pasangan pertama dari kelas mereka yang berkahwin. Class-mate became spouse. Seingat Azif, teman-teman lain ada juga yang sudah berumahtangga. Tetapi masih ada juga seorang dua yang masih solo. 

“Awak ni kenapa?” tanya Azif dengan nada yang rendah. Dia tidak mahu kacau fikirannya dengan perkara ini kerana kertas kerja itu masih perlu dia tekuni lagi selepas ini. Esok mesyuarat jam 9 pagi, dia harus bersiap-sedia dengan rapi.

Dia terus cuba untuk mempamer wajah tenang. Tidak mahu tunjuk pada isteri bahawa hatinya telah terusik dan tersinggung dengan provokasi itu. Bukan Azif tidak tahu apa yang tersirat di sebalik pertanyaan panas Jihan.

Sebalinya kerendahan nada Azif hanya Jihan balas dengan sebuah kerlingan yang begitu tajam. Tanpa terlebih dahulu memberikan jawapan, dia bingkas menuju ke kepala katil. Lalu merebahkan tubuhnya dengan gerak-geri protes. Bentak sana dan ebntak sini, tunjuk pemberontakan kecil. Sebidang selimut yang kemas terlipat di hujung katil ditarik menutup kaki hingga ke pinggang. Jihan duduk berlunjur dalam selimut. Masih memandang Azif dengan wajah mencuka.

“Awak tak faham atau buat-buat tak faham?”

Soalan pula yang Jihan berikan sebagai jawapan. Terlalu subjektif bunyinya hingga Azif sudah mengerut kening. Selama ini dia tahankan sahaja dengan karenah Jihan. Dia cuba buat tidak faham sahaja dengan cemburu Jihan yang terlalu merimaskan diri lelakinya itu. Apa lagi salah dirinya di mata Jihan? 

Sejak awal perkahwinan mereka dulupun Azif sudah dapat mengesan cemburu melampau isterinya itu. Tapi bila mengenangkan orang tua kata cemburu itu tandanya sayang. Azif ikutkan juga. Tapi kalau sudah umur-umur begini pun Jihan masih cemburu dan sangsi dengan dirinya, Azif jadi rimas sangat. Apa lagi kemahuan Jihan yang tidak pernah dia turut? 

Sikap Jihan pada Adelia suatu masa dulu pun, walau dia tidak menyukainya namun Azif turutkan juga. Sampai Adelia membawa diri, hilang tanpa khabar berita. Rindunya pada Adelia tidak pernah dapat dia kongsi dengan Jihan walaupun Jihan dan Adelia merupakan isi dan kuku sewaktu di kolej dulu.

Tapi sejak mereka kahwin, Adelia sepi sahaja. Dan Jihan… pantang nama Adelia disebut didepannya. Rasanya kalau Azif itu boleh Jihan kikis dengan asid atau Clorox, atau apa-apa benda sekalipun untuk membuatkan dia lupa pada Adelia, akan Jihan lakukan agaknya. Jaki benar Jihan dengan hubungan Azif dan Adelia, walaupun sudah selalu dikatakan kepada Jihan bahawa mereka hanya kawan biasa.

Hah, kawan biasa? Itu memang typical word milik Adelia. Sampai hati Azif jadi parah menanah dengan perkataan itu. Sampai daging Azif sudah membusuk dengan perangai Adelia yang bangang itu. Adel!

Azif tunduk memandang lantai bilik yang berwarna coklat itu. Nafasnya turun naik perlahan. Masih tenang. Seboleh mungkin Azif tidak mahu memperpanjangkan persoalan ini. Yang lepas itu sudahlah. Dia pun tidak mahu kenang lagi. Semua itu sudah lama berlalu, Memori cinta monyet usia awal dua puluhan. Tidak ke manapun kan?

Buktinya kini mereka sudah sah bergelar suami isteri. Suami isteri... Azif termenung sendiri. Betullah tu, dia dan Jihan adalah suami isteri. Tetapi dia belum pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami buat Jihan.

Awal perkahwinan dulu, dia harus segera bertolak ke Amsterdam. Ada pembentangan kertas kerja projek terbaru syarikat mereka dengan usahasama di sana. Jihan tidak mahu ikut. Jadi dia tidak boleh berbuat apa. Kemudian setiap masa mereka dihambat kesibukan kerja. Dia sendiri harus selalu terbang ke luar negara. Terpaksa meninggalkan Jihan sendirian. Syukur juga Jihan seorang yang memahami waktu itu. Jihan faham tuntutan kareernya sebagai perunding perisian komputer untuk industri pengiklanan.

Namun masuk tahun kedua perkahwinan mereka, Jihan sudah mula merungut. Satu faktor yang Azif tidak boleh nafikan adalah kerana dirinya sendiri. Azif tidak mampu untuk bersama Jihan. Tidak tahu kenapa.

Jihan tanya apakah dia tidak mampu. Soalan itu sering Jihan lontarkan sampai kalau hatinya ini boleh dia bentang untuk tontonan, akan terlihatlah parut hirisan-hirisan itu. Dirinya seorang lelaki yang tidak mampu? Ah, kenapa harus berbahasa sopan, terus-terang sahajalah melabelnya sebagai seorang lelaki yang mati pucuk. Erectile dysfunction atau Impotency. Hendak malu buat apa? Memang istilah perubatan pun kan! 

Berkali-kali tanpa jemu Jihan pujuk dia pergi berubat. Berurut apa bagai. Banyak tempat sudah Jihan cadang dan kemukakan dengan rayuannya. Tetapi tidak pernah Azif endahkan pun. Entah, dia tidak pernah rasa mahu pergi berubat.

Lagipun untuk apa? Untuk ubatkan dirinya yang tidak mampu? Betulkah dia seorang lelaki yang tidak mampu? Apa lagi symptom lain yang menandakan seseorang lelaki itu tidak mampu selain tidak betah bersama isteri?

Bukan. Itu bukan soalnya. Azif tidak rasa dirinya seorang lelaki yang gagal di atas ranjang. Azif yakin sangat dia seorang lelaki sejati. Cuma entah mengapa dia tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya terhadap Jihan. 

Demi Tuhan dia tidak tahu. Memang Azif selalu diburu rasa bersalah dan berdosa. Meninggalkan isteri di atas hamparan tidur, kehausan. Tetapi dia tidak mampu untuk menyentuh Jihan. Kalau dia sentuh Jihan, dirinya akan disumpah hukum. 

Kenapa dia masih tidak boleh menyentuh Jihan? Apakah kerana dia tidak punya rasa kasih terhadap isterinya yang telah dinikahi dengan lafaz sah bersaksi wali, kadhi dan saksi? Masakan dia tidak punya rasa kasih untuk Jihan… kalau tidak kenapa dia peristerikan juga wanita itu?

Ya, kenapa dia nikahi Jihan?

MAAFKAN CINTAKU - 1

Beg pakaian yang masih terbentang di atas katil itu ditenung sahaja. Kosong. Pintu almari pakaian juga masih terbuka. Matanya terus memandang silih berganti ke arah beg dan pakaian-pakaian yang bergantungan dalam almari bajunya. Masih tidak pasti apa yang harus dia lakukan.

Kalau sekadar memillih pakaian yang hendak dibawa untuk percutian merangkap pertemuan rakan-rakan sekelas kolej di Pedu nanti bukanlah masalah yang besar. Dia bukan seorang yang stylish pun. Kalau ke Pedu, cukuplah sekadar menyediakan kasut sukan, track-bottom atau jeans dan T-Shirt. T-shirt nanti akan dia bawa yang berlengan panjang dan pendek. Lagipun, acara di sana nanti lebih santai. Hari Keluarga Kelas Gempaque. 

Masalah yang memberat dalam kepalanya sekarang adalah untuk memutuskan samada dia akan turut serta dalam pertemuan itu nanti. Ah, Adel… kenapa baru sekarang harus kau fikirkan soal hendak pergi atau tidak? Sudah tidak ada gunanya lagi. Namanya sudah tersenarai dalam kehadiran gathering itu nanti. Apa pula kata kawan-kawan kalau dia batalkan kehadirannya di saat-saat akhir?

Semalam, Jihan telah menelefonnya ketika dia sedang menghadiri mesyuarat syarikat di Kuala Lumpu. Alahai, Farah Jihan… setelah sekian lama, wanita itu menelefonnya buat kali pertama. Kalau tidak salah ingatannya, panggilan semalam itu adalah yang pertama sejak Jihan dan Azif mendirikan rumahtangga lima tahun lalu.
Adelia raup wajah bujurnya. Pandangannya jatuh lagi ke dalam almari pakaian. Hendak pergi atau tidak? Tanya hatinya berkali-kali. Lagi dan lagi.

“Will you be joining us in Pedu?”

Adelia masih ingat pertanyaan pertama yang keluar dari corong telefon bimbitnya. Dari mulut wanita itu. Hish, perempuan ni, kalau ye pun excited sangat hendak ber’re-union’, takkanlah terlupa langsung hendak beri salam! Terbantut rianya mendengar suara Jihan setelah bertahun sepi.

Memang kalau dilihat pada logika, tidak ada yang salahnya dengan pertanyaan itu. Cuma bagi Adelia yang sudah lama mengenali wanita itu sejak zaman kuliah, dia mampu mengesan motif yang tersembunyi dalam nada itu. Sepertinya Jihan tidak merestui kehadirannya.

“Yeah, insya-Allah. Kau dengan Azif ikut tak?” tapi Adelia masih mampu untuk terus bersikap biasa.

Jihan mengambil sedikit waktu untuk menjawab. Seolah sedang berfikir. “Entahlah... aku ni sebenarnya kalau nak diikutkan, tak sempat nak ikut. Aku busylah… tapi tulah, si Azif tu yang beria-ia sangat nak pergi.”

Kenapa nada Jihan tidak mesra. Kenapa Adelia rasa Jihan tidak gembira dengan pertemuan mereka yang julung-julung kalinya itu nanti? Adelia tidak tahu hendak cakap apa lagi. Walau bagaimanapaun dia cuba berfikiran positif, hati kecilnya terasa luka juga. Betul, nada Jihan seperti tidak punya keghairahannya untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sekelas mereka yang hanya seramai sembilan orang itu sahaja. 

Atau, apakah dirinya yang Jihan enggan ketemu? 

“Jadi, kau confirm pergilah ni?” tanya Jihan lagi. Kalau Jihan ada di hadapannya sekarang tentu dia nampak seribu kerut di dahi Jihan. Riak tidak suka dia pergi. Adel.. jangan buat prasangka negatif, tak baik. Adelia akur dengan teguran hati. 

“Insya-Allah...” suara Adelia perlahan sahaja. 

Segaris rasa terkilan menjalur di dalam hatinya dengan sikap Jihan. Dulu di kolej mereka merupakan sahabat yang paling akrab. Ke mana-mana pun berdua. Buat apapun mesti berdua. Macam belangkas. Tetapi dalam talian yang pertama kali sejak tujuh tahun itu, Jihan langsung tidak kedengaran mesra.

Kemesraan dan kehangatan yang Adelia hulurkan seperti tidak bersambut. Jihan kedengaran begitu dingin di talian. Jangankan hendak bercakap panjang melepas rindu, khabarnya pun sedikit tidak Jihan tanyakan. 

Dan dia pula tidak sempat hendak bertanya satu dua soalan. Hanya Jihan yang bertanya dan dia menjawabnya. Kemudian Jihan kata dia harus sambung tugasnya semula. Hai… sibuk benarkah Jihan hingga tidak sudi berbual sedikit waktu dengannya, teman rapatnya yang baru sahaja balik ke tanah tumpah darah ibunda ini? 

Adelia mengeluh panjang. Takkanlah Jihan masih marah padanya? Atau tak mungkin Jihan masih meragui dan mencemburui dirinya? Semua itu sudah lama lepas dari masa mereka. Dan Adelia juga sudah lama menjauhkan dirinya demi Jihan dan Azif.

Azif sudah jadi suami Jihan. Kalau tidak salah hitungan Adelia, pasangan itu sudah berkahwin hampir lima atau enam tahun kini. Tamat pengajian, mereka semua bekerja. Rasanya setahun dua selepas itu Jihan dan Azif terus mengikat tali pertunangan. Tetapi tidak lama, hanya sebulan. Kemudian mereka mendirikan rumahtangga. Macam tidak sabar-sabar hendak jadi suami-isteri. Adelia tidak kisah… kalau dah sampai seru nak berumah-tangga, Alhamdulillah.

Hubungan yang disimpul oleh Azif dan Jihan itu, Adelia restu setulusnya. Dia turut bahagia melihat senyuman yang begitu mekar menghiasi raut Jihan di hari persandingan mereka. Rasanya tidak akan ada orang yang lebih memahami betapa dalamnya cinta Jihan untuk Azif selain dirinya. Hanya Adelia yang tahu sejak detik pertama Jihan meminati lelaki itu. Ah, Jihan.. akhirnya impian sahabatnya itu dimakbulkan Tuhan. 

Dan Azif? Jihan turut gembira kerana Azif telah menemui wanita yang tepat untuk hidupnya. 

Bukankah kita harus pilih orang yang mencintai kita berbanding kita yang mencintai orang itu? Sekurang-kurangnya Jihan ada rasa yang terlalu dalam buat Azif. Dan Adelia tahu Jihan akan menjadi kekasih yang paling setia untuk Azif. Dan Azif, hidupnya tentu akan penuh dengan kasih sayang Jihan yang bertaman bunga itu.
Adelia?
Dia tumpang gembira. Tiada kebahagian yang lebih daripada itu. Betulkah Del? Adelia tersenyum sendiri bila mendengar hatinya menyoal diri. Ah, sudahlah… sekurang-kurangnya dia masih hidup tenang sehingga saat itu. Dan dia bahagia dengan kehidupannya ini. 

Kalau adapun yang kurang tentang hidupnya hanyalah kerana Adelia masih seorang yang single and available. Tapi dia tidak pernah kisah. Lagipun Adelia bukan ada siapa-siapa yang akan risaukan dirinya walaupun dia jadi andartu sekalipun. 

Lainlah seperti teman-temannya yang selalu bercerita tentang mak-mak mereka yang sudah riuh berleter bila anak dara mereka tidak kahwin-kahwin. Alahai, padahal umur pun waktu itu baru 25 tahun. Dan dia sekarang sudah jejak angka 32 tahun. Kalaupun dia masih belum berkahwin pada usia ini, apa masalahnya? Hasil usaha dalam kareernya membolehkan Adelia memiliki apa yang dia impikan selama ini. Dia ada rumah sendiri, kereta sendiri, sedikit pelaburan dalam bentuk aset tetap sebagai bekal tua dan simpanan yang tidak pernah luak. 

Dan semua itu dia capai dan perolehi sendiri. Tanpa sesiapapun. Malah tanpa lelaki. Siapa kata perempuan tidak boleh bahagia tanpa lelaki? Orang putih pun kata women don’t need men to be happy.

Atau apakah statusnya itu yang menyebabkan Jihan dingin kepadanya? Jihan tidak suka padanya kerana dirinya masih single? Masih belum berpunya. Jihan takut kalau dia akan menggugat rumahtangganya dengan Azif? Kalau begitu wajarlah Jihan tidak senang dengan kepulangannya ke tanah air kali ini.

Ah, Jihan... mengapa harus dia berfikir begitu?

Kalau dia sendiri yang mahukan Azif, Adelia tidak akan pernah membiarkan mereka bersatu sejak dulu. Tidakkah Jihan mengerti akan hal itu? 

Adelia sudah menapak ke muka pintu almari bajunya. Tangannya perlahan mencapai sehelai baju yang tergantung. Dia belek baju itu seketika lalu di campak perlahan ke atas katil. Lalu dia pilih lagi baju kedua. Dan ketiga. Dan seterusnya.

Kemudian dia duduk semula di atas katil itu. Ya, dia akan pergi  juga ke gathering itu. Dia mahu jumpa Black, Amril, Mila, Zul, Hadi, Anis, Jihan dan… Azif. Adelia ukir senyum di bibir. Tapi dia sendiri tahu senyumannya itu terlalu hambar. 

Aku pergi untuk bertemu teman-teman lamaku, itu sahaja yang ada dalam niatku... Adel pujuk hatinya.

LANGSIR BIJI REMIA



'Duha, pandanglah mataku yang berbisik...'

****************
Gembira bila dapat habiskan membaca karya
Noor Suraya dari Jemari Seni ini. 
Balik kerja, tunggu lampu merah sempat habis satu page. 
Balik rumah sebelum tidur mesti kena baca buku ni dulu. 
Menyelami perasaan Duha Hafa Bt Hud.

Saudari Noor Suraya juga adalah antara penulis yang saya kagumi. 
Betullah seperti yang dinyatakan,
Noor Suraya punya bahasa yang sangat lembut dan masuk dalam hati.
Sama seperti membaca Jaja & Din dulu, 
Langsir Biji Remia sangat simple
tetapi punya pendekatan insaniah yang luarbiasa. 
Mungkin inilah yang dikatakan penulis mencari saham untuk akhiratnya... saya nak juga!

Saya rasa macam nak nangis tapi tak tahu kenapa hendak nangis dan saya memang tak nangis pun.. 
cuma bila habis baca, saya cepat-cepat simpan,
lepas tu termenung sedetik lebih...
Duha Hafa yang bukan sekadar watak cerita,
tapi saya rasa real dan memang wujud di alam nyata.
It is not fairy tale tetapi adalah hakikat. 
Sampai saya rasa saya hendak pergi Tanah Suci sat-sat ni juga... kalaulah boleh... 
tapi memang tak boleh kerana saya masih belum lengkap bekalan..

Saya rasa saya belum mampu jadi Duha Hafa kalau saya benar-benar diuji begitu oleh Allah. 
Tapi bukankah Allah tidak akan memberi ujian yang tidak akan mampu ditanggung hamba-Nya?
Mungkin juga setiap manusia itu Allah berikan kertas ujian yang
berbeza mengikut tahap keupayaan masing-masing... 
dan bila kita mendapat test-paper kita pada masanya yang telah ditentukan, 
Insya-Allah kita akan mampu melaluinya kalau kita mampu untuk percaya wujudnya Tuhan, 
wujudnya Qadha & Qadar, dosa pahala dan pembalasan hari akhir.

Umair adalah watak yang biasa ada dalam dunia.
Lelaki memang selalu mahukan yang cantik... 
sukar untuk mencari lelaki seperti Muhsin 
yang redha kepada pinjaman Allah. 

Saya tidak marah kepada Umair walau sampai hari ini saya masih rasa 
Umair adalah manusia yang gagal dalam dunia tetapi dia sedar akan ketidakupayaannya... 
ya lah, yang menjadikan dia begitu juga adalah Allah. 
Kalau tidak sandiwara dunia tidak seronok menjadi cerita hidup...

Apapun, saya memang selalu kagum dengan karya-karya Noor Suraya. 
Wish to be like her juga...
saya memang mahu jadi semua orang dalam dunia ni kan.. 
saya hanya manusia  biasa...

LBR mengajar kita bersyukur kepada nikmat dan pemberian-Nya..

Ya, saya bersyukur menjadi diri saya... 
saya bersyukur dengan semua yang Allah telah pinjamkan kepada saya..
saya redha bila ada antara pinjaman itu Allah tarik seketika
mungkin saya masih berhutang dua tiga bulan ansurannya
Ya Allah, bantulah saya untuk lunaskan ansuran itu 
agar Kau kembalikan harta sementara itu kepadaku,
dan aku kembali memperoleh cahaya syurgaku...

Terima kasih Saudari Noor Suraya!


PAGEVIEWS