Saturday, January 31, 2015

It's Always : Jan or Feb?

Haiya...
Sentimental dari malam semalam sehingga tengahari tadi.

Tiap tahun saya selalu akan confuse whether it is on January or February? Tahun ni pun dalam hari-hari itu, I was fighting for life. AB, seriously you owe Umi & Papa. Sampai sakit Ummi jadinya tau, stress sbb kamu.  

Last nite wasap :  
U : Pa, kita lupa anvsry kita tahun ni
U : Mcm ingat 27. Tapi confuse Jan ke Feb
U : Yg ingat 27/01 tu si Firas nye besday...
P : Pa buat2 lupa pasal ayang tak sihat
P : Your life is more important for me... (it is just a date...)

Please la RAN... from this year onward, remember it is January!

Ya lah... faham. I could never blame him. Papa is getting busier. He has new career life since he left his comfortable job few years ago yg dia dah joint since he was young. Office politics yang always see the fake shine-brights, heh.

Tambah busy bila adakalanya saya tak sihat and he has to take over many of my routines. Kasihan Papa... yet he still remembered.

Tq dear... kerana took care urusan sekolah anak-anak & some house chores bila saya sakit during that days. Non-stopped awak uruskan kami. Tanpa sedar, itulah hadiah & ingatan anvrsy dari awak. Saya... belum beri awak apa-apa kot kan...?

Sebelum Papa berangkat ke airport tengah hari tadi, waktu meneman dia sudahkan kerja2 koperasinya, saya kata sambil peluk bahunya: 

"Sian Papa busy... so many things to attend. Papa happy ke macam ni? Tak penat?"

And he said softly, "Nak buat macamana Yang... Pa keje... sorry ya, Pa tak dapat teman & tolong ayang selalu-selalu..."

"Umi faham. I just hope Pa happy... at least now you can flexibly do what you loves to do in one time and at any time. You meet many people, make friends, opportunities all over you. And you go to many places... kan Pa...?

Ya, honestly I hope he is happy & satisfied. He is doing what he loves now. He has his own time at his own convenience and fly here & there. Growing bigger in life experience ya dear. Tak lah terkongkong dgn waktu pejabat, full day operational n admin works & mcm tak boleh nak berkembang. Hu hu...

And I hope ia antara cita-cita saya untuk awak, yg telah dimanifestasikan, sedang atau akan dimanifestasikan. 

Ya, ia CITA-CITA. Bukan JANJI. Please get the defination correctly. Kalau janji pun, saya sertakan ia dgn kalimah Insya-Allah. So those bad mouths yg out loud mengungkit 'mana janji-janji' saya di belakang saya (I heard & I knew it, dgn izin Allah), kalau tak reconcile di dunia, I'll see you guys there, di sana ya. Sehingga saat ini saya masih berdoa Allah beri taufiq & hidayah utk saya memaafkan sebelum saya menutup mata walau kalian tak meminta maaf pun.

Erk! Awat la RAN... takkan la hang nak amek hati dgn orang2 yang sel-sel otak mereka tak berhubung tu...? Hish! It's your anvsry few days ago anyway. 

Alhamdulillah, masih bertahan seadanya dgn izin Allah. So why bother with them barking & scratching? Ajal, maut, pertemuan, perpisahan ketentuan Tuhan. Hati manusia pun milik Tuhan. Maka biarlah DIA yg menulis jurnal takdir itu. 

Kita? Kita kayuh je la pelan-pelan. Pelan-pelan pun penat pe... pakai enjin turbo je lah, tak boleh ke?


My dear other half, 
It is said that 'no relationship is all sunshine, 
but if two people can share an umbrella, 
they will INSYAALLAH  survive the storm together'. 
Hopefully we are that two people, 
Semoga jodoh ini diizin Allah berkekalan hingga syurga. 
Selamat ulang tahun ke-9 on last Jan 27th ye... 
sorry ye, it's belated hu hu...


A walk to remember:
Okay, tutup cerita Januari 2015. 
Dah sebulan dah tahun ni kan...

Thursday, January 29, 2015

Ontah apo-apo lah...

My 3rd day on med leave. Hari ni doc prescribed me w stronger dose of antibiotic. Mmg stronger lah kot... muntah dlm kereta, balik ke rumah melilau. Kepala, tekak, perut semua dah pusing-pusing-pusing nak terbalik.

I should have taken my rest by now. Tapi baring2 dari kul 2 lebih tadi, mata tak mau lelap. Ingat office, ingat manuskrip, rindu my boys, rindu chebunga AC (kalau sebut pasal chebunga, mata Papa juling ke atas. Awak jgn Pa, nanti satu hari ditakdirkan Allah masin kot mulut saya, baru awak tergolek kat pelamin hu hu...), risaukan ibu, kesiankan Papa yg take over byk tugas saya selama tak sihat ni. Semua bercampur dlm kepala. Mana nak lelap?

Sesambil tengok Bukan Menantu Pilihan ni (for how many times? But I still adore it...), aiyo... awat handsome sgt si Zul Ariffin ni? Sejak dua menjak MC ni, since last story yg ada dia sampailah yg baru ni Istikharah Cinta (I miss UUM so much), mcm adores sgt dgn dia. It's not just about his look, tapi mcm 'ter'notice his kind of smiling & acting... mcm comel jerr...? 

Erk! RAN!? Last year, adored sgt dgn Aidit Alfian, keluar MAHAN yg senyum ala-ala dia (Papa katalah...). La ni adore pulak dgn Zul Ariffin, apa cerita pulak dah? Jgn buat lagi ye... 

Sakit kepala dah... nothing to write... just nak simpan few aksi MAHAN dlm umurnya 10-11 bulan ni.

Dia asyik panjat tangga naik ke bilik atas nak main benda alah ni... bawak turun ajelah. Dah bawak turun dia jadikan pelantar pijak nak capai barang atas meja. Tarik itu ini, jatuhlah laptop atasnya... pecah sikit. Nanges tak bunyi Umminya...

he loves playground
jadi line boy Papa @ badminton court

Dari Asia menjelajah dunia, moh doreh kito poi mengaji yo...
(PU Azman)

MAHAN... jaga-jaga hanger tu... akta baru rotan is on the way... 
Kang Ummi dgn Papa pulak yang kena hu hu...

Erk! Dah 4 lebih? Off, I go.  Belum boleh berkuat n kepala pusing n tekak mual sangat, larat ke ni nak masak bihun goreng campur udang kapas (teringin pulak tekak... adoi... bahaya ada simptom2 teringin ni). Kuarkan roti paratha dari freezer ke... cukuplah as dinner kot ye Pa & kids? Ummi nak pi berurut malam ni.

Pa... kawan saya suh pi spa utk release stress ni, boleh ke...? 

Ontah apo-apo lah...

Sunday, January 25, 2015

Tulis Nama Atas...


Hobi baru Didik sekarang. Menulis & menconteng menggunakan marker.

Babang terjerit suatu malam ketika dia hendak baring tidur di atas sofa kegemarannya di depan TV, "Ummi! Tengok ni adik conteng sofa! Ummi kena hentikan perbuatan dia! Jauhkan marker dari dia! Habis semua dia conteng!"

Amboi, amboi Babang... Ummi kena hentikan perbuatan Adik ek?! Hu hu...

One day, sangat impressed lihat ada nama tertulis di atas botol & tupperware. Papa macam tak percaya Didik yg tulis nama atas...

As 5 year (coming to 6 sooner) old boy, tulisan Didik atas botol ni boleh tahanlah. Keep it up boy!

My 2nd child... Didik.
Bila saya masih panggil dia adik, ramai yg akan senyum & usik, "Panggil adik lagi? Kan dah ada baby nye?"

Didik kata panggilan adik tu tetap untuk dia. Okay lah Dik... Ummi n Papa pun memang dah terbiasa lidah panggil awak Adik. Especially Ummi lah... you will always be 'adik' in my heart... hu hu...

MAHAN kita panggil baby je lah sampai besar nampaknya. Tak pun kalau dia malu dipanggil baby, kita tukar panggilan tu jadi 'baby adik'. Hu hu..

Selain buku, sofa & belon-belon yg dia tulis, lukis & conteng, si STOOPEE, d'only bear teman tidur MAHAN (hadiah dari kawan Papa sewaktu MAHAN warded dulu) jadi mangsa kreativiti Didik. Haiya...

D : Baby, sorry ya about your STOOPEE...
B : Tak de hal la Didik. Janji ganti dgn STOOPEE yg laaaagi besar. Okay!

Wednesday, January 21, 2015

1st PROJECT : Karipap Berinti Kentang & Ayam

Cuti sekolah lalu, Babang & Didik berhantu dgn siri Karipap Strawberry. Siang-malam-pagi-petang mengulang. OST nya bukan setakat Babang & Didik je nyanyi. MAHAN pun terjangkit. Bila dengar je Cinta Suka Sayang Kamu, tergedik2 dia. 

Dulu waktu belum boleh duduk, sambil baring MAHAN kayuh kaki ikut rentak lagu. Bila dah duduk, mulalah tangan, kepala, badan & punggung pun goyang2. Sekarang dah berdiri & nak berjalan... haru je bila mula nak menari.

Babang suka makan karipap. Didik suka makan strawberry. MAHAN... setakat ni tengok dia bedal je apapun offer padanya. Eloklah tu...

Dulu masa kecik, Ibu suka buat karipap untuk kami. Mula klim tangan, lepas tu pakai acuan. Saya tak pernah pandai kelim. Buatnya lagilah tak pernah.  Tapi bila tengok Pak Su Hairi tu adun doh macam senang je, tergedik2 rasa nak buat juga. 

Apatah lagi Babang dah berabad suruh buat. Balik kampung baru ni, neneknya buat karipap. Makan sepinggan. Bila saya goreng (maaf lah tak sabar menggoreng dgn api kecik), maka terlajak sawo matanglah kulit karipap. Didik pandang terkebil & tanya, "Ummi tak pandai buat karipap ye?". Hadoi...

AB pon bising juga suruh try. Nak-tak-nak, Sabtu lepas dah siap beli barang. Walaupun Papa belum balik dari 3 days outstationnya jaga students di Utara, tetap berazam nak buat. Pot-pet-pot-pet this single handed mom dgn kerenah anak2 & MAHAN yg tak boleh berenggang, Ahad tu berkecah juga dapur dgn projek karipap pertama. Papa terkebil-kebil je tengok gelagat saya & AB di dapur, hu hu...

Meh simpan dalam FRAN. Esok lusa kalau nak buat lagi, boleh refer. Practise make perfect. Mana tau satu hari nanti saya boleh buat karipap sambil tutup mata. Kan....? Ye la tu...


Bahan untuk inti:
  • 6 biji kentang sederhana besar (potong dadu)
  • 2-3 biji bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • Daging ayam potong kecil (better daging ayam kisar)
  • 3-5 sb cili kisar 
  • 3-5 sb serbuk kari
  • Daun kari
  • Minyak masak, garam & gula secukup rasa
 
 Cara buat inti karipap:
  1. Rebus kentang yg dipotong dadu hingga 3/4 lembut.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. 
  3. Tumis bebawang kisar. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar, serbuk kari & daun kari.
  4. Bila dah pecah minyak, masukkan daging ayam hingga separuh masak.
  5. Kemudian masukkan kentang & tambahkan 2-3 cawan air untuk empukkannya.
  6. Tutup kuali dgn tudung periuk supaya kentang cepat empuk
  7. Bila dah masak rata, sejukkan.
Sementara tunggu inti sejuk, jom buat doh kulit karipap....

Bahan-bahan doh :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 senduk kecil marjerin / buttercup + 2 sudu minyak masak (dicairkan)
  • 1 mug air yang dilarutkan dgn sedikit garam
  • Sedikit air sejuk dari peti ais 

Ada resepi yg kata kalau nak kulit karipap rangup, campur dgn 1/2 senduk nasi tepung ubi & 1/2 senduk nasi tepung beras. Tak pa... next time saya cuba.

Cara buat doh kulit karipap :
  1. Masukkan tepung dlm bekas menguli. Kalau campur tepung ubi & beras, gaul sebati. 
  2. Buat bulatan di tengah2 tepung.
  3. Tuangkan butter/minyak cair ke dlm bulatan & gaul bersama tepung.
  4. Uli doh sikit-sikit dgn air yg dilarut garam hingga doh tak melekit di tangan & di bekas.
  5. Jika masih melekit, tambah sedikit tepung & uli lagi.
  6. Biarkan 10-15 minit (ada yg biar hingga 1/2 jam).
  7. Uli sekali lagi, bulat-bulatkan doh sebelum dicanai.
  8. Masukkan inti & kelim tepi karipap. Orang kata kalau tak moh kelim tepi terbuka bila digoreng, sapukan bahagian kelim tu dgn air masak sikit. Tapi kelim tangan jarang terbuka kan?

Jom goreng karipap!
  • Panaskan minyak. Bila dah panas, padamkan api seketika. Ini untuk elak 1st batch karipap ni berkulit sawo terlebih matang hu hu...
  • Masukkan karipap yg hendak digoreng. Then baru buka api semula. Maintain api kecil.
  • Selain daripada tidak berlebihan guna air ketika menguli doh, menggoreng dgn api yg kecil & rajin balik-balikkan karipap dlm kuali ketika menggoreng boleh jadikan karipap cantik & rangup. Betul... my biras goreng karipap comel je. Tapi kalau saya yg menggoreng, hangit!


Mula2 AB je yg buat kelim. Saya takut. Tu karipap pertama yg AB kelim. Tapi bila dah cuba sekali, AB pun jealous tengok kelim saya makin lama makin comel, hu hu. Hari itu dlm sejarah. Kalau ibu tengok mesti dia tak caya anak dia ni boleh kelim karipap!


Projek pertama. Huish... macam-macam saiz ada! 
Bermula kurus lonjong, jadi gemok gedempol, hingga jadi comel. 
Bila tangan dah lembut, menjadi juga karipap saya. Kecil-kecil je.
Saya memang tak suka benda yg besar-besar hu hu. Sebab tu saya pelik tengok karipap gedabak @ bahulu gajah hu hu... 
Alhamdulillah. Utk 3 adunan doh, dapat 60 biji karipap. 
My very 1st time experimental home-made karipap!

Saya pun baru tahu juga doh tu boleh guna berkali-kali. Waktu nak simpan, masukkan dalam plastik & letak di freezer. Waktu nak guna nanti, nyah bekukan secara semulajadi. Doh ni pon boleh jadi Roti Bom Goreng (makanan orang India)! Hmmm.... nanti lapang-lapang saya nak cubalah.

Malangnya, karipap ni belum dapat tarik perhatian Babang & Didik. AB je kata inti tu sedap. Kulit karipap pula ada 2 versi. Experiment kan...? So, next time dah tahu lah yg mana akan produce better karipap, hu hu...

Hmmm, susah sungguh nak alih perhatian budak2 tu dari karipap mak cik gerai kepada karipap Ummi mereka ni. Tak pe... nanti bila ada mood & kelapangan, Ummi akan cuba lagi sampai master.

Ye... buat karipap je pun. Tapi for the 1st timer macam saya, bila berjaya hasilkan edible karipap,  haiya... perasaannya sama macam dapat terbit lagi sebuah buku! :)) Suka sangat! Hu hu...

    Monday, January 19, 2015

    1st week, done!

    Am watching New Police Story. Tapi rasa sedih & bekas airmata dari rancangan TV3 tadi tentang banjir di Manik Urai masih berat. Sedihnya lihat keadaan sekolah begitu. Tambah sedih lihat anak-anak yg tetap hadir ke sekolah walau lumpur & selut masih basah di kaki.

    Hectic week. Menyebabkan saya rindu FRAN. Akan beginilah sehingga hujung tahun. Relax sedikit may be, bila cuti sekolah. Tahun ini uruskan Babang & AB.  Berpusing bentuk 8 dgn urusan ambi l /hantar anak2 3x sehari di samping rushing sempurnakan amanah di pejabat. 

    Tahun depan kalau ada izin Allah dapatlah saya lihat Didik masuk tahun 1. Kena urus 3 orang pula nanti. Babang & Didik akan berselang sesi SKS7 & Al-Amin.  Tak tau lah macam mana...

    Alhamdulillah, dalam pada hati berat dgn simpati pada nasib anak-anak yg dilanda banjir, 1st week persekolahan di sini berlalu seadanya walaupun sekeluarga tak sihat. Papa yg mula2 demam, batuk & serak suara, kemudian mengikut semua. Saya pun baru baik dari bleeding nose. Batuk & semput masih ada walaupun kurang. Last 2 weeks, inhaler tahan seminggu je. Haish, macam manalah nak hadapi 'musim sejuk' tak lama lagi ni?

    Babang & Didik walaupun batuk agak teruk, gigih pergi sekolah. Mandi air shower yg sejuk kedekang, lewat2 pun 6 pagi setiap hari. Sedih saya... terkenang kemudahan mereka di No.5. Tak apalah... at least we have better life here compared to those yg hilang kediaman, harta benda & even orang tersayang mungkin. Nanti ya nak... kalau ada rezeki kita pindah masuk rumah sendiri bila tenant No 23 keluar selepas dua tiga bulan nanti, Papa pasang semula heater kamu ya.

    MAHAN pun asyik meragam sepanjang malam minggu lepas sebab batuk. Awal malam tadi ni pun dia muntah habis baju, bantal & cadar. Kepala masih sakit on & off. Kalaulah boleh keraskan hati untuk tinggalkan urusan pejabat, ambil MC & berehat. Unfortunately I can't...

    This is life. Everybody go through it... cuma dalam versi cerita berbeza je. Apapun dugaan mendatang, redha melaluinya.

    Even penat, rushing & kadang stressful, ia tak terbanding dengan bahagia melihat anak-anak pergi & balik sekolah dgn ilmu & pengalaman yg mereka perolehi. Apapun, menyekolahkan anak-anak adalah pelaburan paling besar dlm hidup ibubapa. Saham sampai akhirat, insya-Allah. 

    Babang, Didik... belajar rajin-rajin ye. Kami tak ada harta & nama besar untuk diwariskan. Ilmu tu je Ummi & Papa dapat tinggalkan sebagai bekalan kamu. Kami menumpang je jika ada ingatan & kasih sayang kamu terhadap kami sesudah kami tinggalkan dunia & transit di alam barzakh nanti.

    Okay... tak larat nak sesayu lagi. Biar ia ada dalam hati & dalam doa. Chill! Nak simpan memori pre & post hari pertama persekolahan 2015. And hopefully anak-anak yg mengalami musibah banjir, terus tabah hadapi dugaan. InsyaAllah akan ada izinNya melalui doa, kasih sayang & bantuan ramai, kamu semua menyambung semula sesi persekolahan seperti ada sebelumnya.

    Last weekend b4 sekolah bermula... tak sabar nampaknya nak ke sekolah.
    D'day teman Ummi mereka jumpa dentist utk cabut geraham. Seminggu gusi berdenyut, hu hu...
    Babang tukar kelas utk tahun 3. Belajar rajin2. Tougher academic fight this year...
    Papa salah tarikh... Didik pi sekolah on the 2nd day...
    semua cikgu dok tanya awat Amir Zafri tak datang 1st day... hu hu...

    Dan, lega sangat rasanya bila KTVH juga selesai lalui fasa final-edit. Dah juga serah via email kepada editor pada hari pertama persekolahan bermula. Hanya menunggu khabarnya sahaja. Kalau ada rezeki saya untuk lihat ia jadi baby ketiga, adalah nanti...  kalau masih belum, as always & as usual, saya akan sabar menanti hu hu...



    Semoga dipermudahkan Allah, anak-anak melalui persekolahan 2015. Dan semoga dipermudahkan jua  untuk KTVH makes her way. Aaamiin...

    PAGEVIEWS