Am watching New Police Story. Tapi rasa sedih & bekas airmata dari rancangan TV3 tadi tentang banjir di Manik Urai masih berat. Sedihnya lihat keadaan sekolah begitu. Tambah sedih lihat anak-anak yg tetap hadir ke sekolah walau lumpur & selut masih basah di kaki.
Hectic week. Menyebabkan saya rindu FRAN. Akan beginilah sehingga hujung tahun. Relax sedikit may be, bila cuti sekolah. Tahun ini uruskan Babang & AB. Berpusing bentuk 8 dgn urusan ambi l /hantar anak2 3x sehari di samping rushing sempurnakan amanah di pejabat.
Hectic week. Menyebabkan saya rindu FRAN. Akan beginilah sehingga hujung tahun. Relax sedikit may be, bila cuti sekolah. Tahun ini uruskan Babang & AB. Berpusing bentuk 8 dgn urusan ambi l /hantar anak2 3x sehari di samping rushing sempurnakan amanah di pejabat.
Tahun depan kalau ada izin Allah dapatlah saya lihat Didik masuk tahun 1. Kena urus 3 orang pula nanti. Babang & Didik akan berselang sesi SKS7 & Al-Amin. Tak tau lah macam mana...
Alhamdulillah, dalam pada hati berat dgn simpati pada nasib anak-anak yg dilanda banjir, 1st week persekolahan di sini berlalu seadanya walaupun sekeluarga tak sihat. Papa yg mula2 demam, batuk & serak suara, kemudian mengikut semua. Saya pun baru baik dari bleeding nose. Batuk & semput masih ada walaupun kurang. Last 2 weeks, inhaler tahan seminggu je. Haish, macam manalah nak hadapi 'musim sejuk' tak lama lagi ni?
Babang & Didik walaupun batuk agak teruk, gigih pergi sekolah. Mandi air shower yg sejuk kedekang, lewat2 pun 6 pagi setiap hari. Sedih saya... terkenang kemudahan mereka di No.5. Tak apalah... at least we have better life here compared to those yg hilang kediaman, harta benda & even orang tersayang mungkin. Nanti ya nak... kalau ada rezeki kita pindah masuk rumah sendiri bila tenant No 23 keluar selepas dua tiga bulan nanti, Papa pasang semula heater kamu ya.
MAHAN pun asyik meragam sepanjang malam minggu lepas sebab batuk. Awal malam tadi ni pun dia muntah habis baju, bantal & cadar. Kepala masih sakit on & off. Kalaulah boleh keraskan hati untuk tinggalkan urusan pejabat, ambil MC & berehat. Unfortunately I can't...
This is life. Everybody go through it... cuma dalam versi cerita berbeza je. Apapun dugaan mendatang, redha melaluinya.
Even penat, rushing & kadang stressful, ia tak terbanding dengan bahagia melihat anak-anak pergi & balik sekolah dgn ilmu & pengalaman yg mereka perolehi. Apapun, menyekolahkan anak-anak adalah pelaburan paling besar dlm hidup ibubapa. Saham sampai akhirat, insya-Allah.
Even penat, rushing & kadang stressful, ia tak terbanding dengan bahagia melihat anak-anak pergi & balik sekolah dgn ilmu & pengalaman yg mereka perolehi. Apapun, menyekolahkan anak-anak adalah pelaburan paling besar dlm hidup ibubapa. Saham sampai akhirat, insya-Allah.
Babang, Didik... belajar rajin-rajin ye. Kami tak ada harta & nama besar untuk diwariskan. Ilmu tu je Ummi & Papa dapat tinggalkan sebagai bekalan kamu. Kami menumpang je jika ada ingatan & kasih sayang kamu terhadap kami sesudah kami tinggalkan dunia & transit di alam barzakh nanti.
Okay... tak larat nak sesayu lagi. Biar ia ada dalam hati & dalam doa. Chill! Nak simpan memori pre & post hari pertama persekolahan 2015. And hopefully anak-anak yg mengalami musibah banjir, terus tabah hadapi dugaan. InsyaAllah akan ada izinNya melalui doa, kasih sayang & bantuan ramai, kamu semua menyambung semula sesi persekolahan seperti ada sebelumnya.
Last weekend b4 sekolah bermula... tak sabar nampaknya nak ke sekolah. D'day teman Ummi mereka jumpa dentist utk cabut geraham. Seminggu gusi berdenyut, hu hu... |
Babang tukar kelas utk tahun 3. Belajar rajin2. Tougher academic fight this year... |
Papa salah tarikh... Didik pi sekolah on the 2nd day... semua cikgu dok tanya awat Amir Zafri tak datang 1st day... hu hu... |
Semoga dipermudahkan Allah, anak-anak melalui persekolahan 2015. Dan semoga dipermudahkan jua untuk KTVH makes her way. Aaamiin...
Sama lah di sini kak..wida ni dah sebotol makan ubat. batuk tak hilang2 lg
ReplyDelete