Wednesday, January 21, 2015

1st PROJECT : Karipap Berinti Kentang & Ayam

Cuti sekolah lalu, Babang & Didik berhantu dgn siri Karipap Strawberry. Siang-malam-pagi-petang mengulang. OST nya bukan setakat Babang & Didik je nyanyi. MAHAN pun terjangkit. Bila dengar je Cinta Suka Sayang Kamu, tergedik2 dia. 

Dulu waktu belum boleh duduk, sambil baring MAHAN kayuh kaki ikut rentak lagu. Bila dah duduk, mulalah tangan, kepala, badan & punggung pun goyang2. Sekarang dah berdiri & nak berjalan... haru je bila mula nak menari.

Babang suka makan karipap. Didik suka makan strawberry. MAHAN... setakat ni tengok dia bedal je apapun offer padanya. Eloklah tu...

Dulu masa kecik, Ibu suka buat karipap untuk kami. Mula klim tangan, lepas tu pakai acuan. Saya tak pernah pandai kelim. Buatnya lagilah tak pernah.  Tapi bila tengok Pak Su Hairi tu adun doh macam senang je, tergedik2 rasa nak buat juga. 

Apatah lagi Babang dah berabad suruh buat. Balik kampung baru ni, neneknya buat karipap. Makan sepinggan. Bila saya goreng (maaf lah tak sabar menggoreng dgn api kecik), maka terlajak sawo matanglah kulit karipap. Didik pandang terkebil & tanya, "Ummi tak pandai buat karipap ye?". Hadoi...

AB pon bising juga suruh try. Nak-tak-nak, Sabtu lepas dah siap beli barang. Walaupun Papa belum balik dari 3 days outstationnya jaga students di Utara, tetap berazam nak buat. Pot-pet-pot-pet this single handed mom dgn kerenah anak2 & MAHAN yg tak boleh berenggang, Ahad tu berkecah juga dapur dgn projek karipap pertama. Papa terkebil-kebil je tengok gelagat saya & AB di dapur, hu hu...

Meh simpan dalam FRAN. Esok lusa kalau nak buat lagi, boleh refer. Practise make perfect. Mana tau satu hari nanti saya boleh buat karipap sambil tutup mata. Kan....? Ye la tu...


Bahan untuk inti:
  • 6 biji kentang sederhana besar (potong dadu)
  • 2-3 biji bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • Daging ayam potong kecil (better daging ayam kisar)
  • 3-5 sb cili kisar 
  • 3-5 sb serbuk kari
  • Daun kari
  • Minyak masak, garam & gula secukup rasa
 
 Cara buat inti karipap:
  1. Rebus kentang yg dipotong dadu hingga 3/4 lembut.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. 
  3. Tumis bebawang kisar. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar, serbuk kari & daun kari.
  4. Bila dah pecah minyak, masukkan daging ayam hingga separuh masak.
  5. Kemudian masukkan kentang & tambahkan 2-3 cawan air untuk empukkannya.
  6. Tutup kuali dgn tudung periuk supaya kentang cepat empuk
  7. Bila dah masak rata, sejukkan.
Sementara tunggu inti sejuk, jom buat doh kulit karipap....

Bahan-bahan doh :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 senduk kecil marjerin / buttercup + 2 sudu minyak masak (dicairkan)
  • 1 mug air yang dilarutkan dgn sedikit garam
  • Sedikit air sejuk dari peti ais 

Ada resepi yg kata kalau nak kulit karipap rangup, campur dgn 1/2 senduk nasi tepung ubi & 1/2 senduk nasi tepung beras. Tak pa... next time saya cuba.

Cara buat doh kulit karipap :
  1. Masukkan tepung dlm bekas menguli. Kalau campur tepung ubi & beras, gaul sebati. 
  2. Buat bulatan di tengah2 tepung.
  3. Tuangkan butter/minyak cair ke dlm bulatan & gaul bersama tepung.
  4. Uli doh sikit-sikit dgn air yg dilarut garam hingga doh tak melekit di tangan & di bekas.
  5. Jika masih melekit, tambah sedikit tepung & uli lagi.
  6. Biarkan 10-15 minit (ada yg biar hingga 1/2 jam).
  7. Uli sekali lagi, bulat-bulatkan doh sebelum dicanai.
  8. Masukkan inti & kelim tepi karipap. Orang kata kalau tak moh kelim tepi terbuka bila digoreng, sapukan bahagian kelim tu dgn air masak sikit. Tapi kelim tangan jarang terbuka kan?

Jom goreng karipap!
  • Panaskan minyak. Bila dah panas, padamkan api seketika. Ini untuk elak 1st batch karipap ni berkulit sawo terlebih matang hu hu...
  • Masukkan karipap yg hendak digoreng. Then baru buka api semula. Maintain api kecil.
  • Selain daripada tidak berlebihan guna air ketika menguli doh, menggoreng dgn api yg kecil & rajin balik-balikkan karipap dlm kuali ketika menggoreng boleh jadikan karipap cantik & rangup. Betul... my biras goreng karipap comel je. Tapi kalau saya yg menggoreng, hangit!


Mula2 AB je yg buat kelim. Saya takut. Tu karipap pertama yg AB kelim. Tapi bila dah cuba sekali, AB pun jealous tengok kelim saya makin lama makin comel, hu hu. Hari itu dlm sejarah. Kalau ibu tengok mesti dia tak caya anak dia ni boleh kelim karipap!


Projek pertama. Huish... macam-macam saiz ada! 
Bermula kurus lonjong, jadi gemok gedempol, hingga jadi comel. 
Bila tangan dah lembut, menjadi juga karipap saya. Kecil-kecil je.
Saya memang tak suka benda yg besar-besar hu hu. Sebab tu saya pelik tengok karipap gedabak @ bahulu gajah hu hu... 
Alhamdulillah. Utk 3 adunan doh, dapat 60 biji karipap. 
My very 1st time experimental home-made karipap!

Saya pun baru tahu juga doh tu boleh guna berkali-kali. Waktu nak simpan, masukkan dalam plastik & letak di freezer. Waktu nak guna nanti, nyah bekukan secara semulajadi. Doh ni pon boleh jadi Roti Bom Goreng (makanan orang India)! Hmmm.... nanti lapang-lapang saya nak cubalah.

Malangnya, karipap ni belum dapat tarik perhatian Babang & Didik. AB je kata inti tu sedap. Kulit karipap pula ada 2 versi. Experiment kan...? So, next time dah tahu lah yg mana akan produce better karipap, hu hu...

Hmmm, susah sungguh nak alih perhatian budak2 tu dari karipap mak cik gerai kepada karipap Ummi mereka ni. Tak pe... nanti bila ada mood & kelapangan, Ummi akan cuba lagi sampai master.

Ye... buat karipap je pun. Tapi for the 1st timer macam saya, bila berjaya hasilkan edible karipap,  haiya... perasaannya sama macam dapat terbit lagi sebuah buku! :)) Suka sangat! Hu hu...

    3 comments:

    1. una pon hantu karipap...hari2 beli rm1 utk dia, dptlah 4 ketul. tgk resepi mcm senang..tapi bab kelim tu mmg failed! wida mmg x reti nak kelim2 ni, samada kelim karipap..baju..huhu.

      ReplyDelete
    2. Saya pernah buat sekali jer karipap. Edible, tapi tak disukai ramai..hahahaha. Lepas tu saya give up. Yang nak makannya 2-3 orang jer...nak membuatnya sampai slip disc saya sakit balik. Dah sudah....sekali tu jer la...hahahaha

      ReplyDelete
    3. mamawaiz : una boleh geng dengan babang! Hu hu...

      aziela : slip disc? serius? Hmm... mmg tak boleh buat karipap la tu sis, apapun janji edible & not harmful hu hu...

      ReplyDelete

    Note: Only a member of this blog may post a comment.

    PAGEVIEWS