Tuesday, October 30, 2018

Rezeki-P-KUKUS

Drpd sebulan sekali, lately check up dah jadi once in two months time. Check up hari ni - hormon tiroid stabil, bacaan kolestrol turun 0.5, gula - beautiful. Berat pun, murah rezeki. Tak brp mkn mcm dulu pun, badan ttp nak semangat. Doc pesan, more exercise ya. Jgn ambil ubat kurus. Hu hu… tak de la doc. Ubat kurus saya kalu... kena get back to hyper state la. 

Perkembangan positif. Rezeki dari Allah. Dikurniakan mgkn via pelbagai asbab. Gardening kah? Sbb gardening indeed buat saya happy. Sbb mengulam Bayam Brazilkah? Mungkin perlu teruskan ulam Bayam Brazil ni. Lihat pula nnt result utk Disember check up. 

Waktu nak balik, ada kereta block di depan. Usually, saya tolak pelan2 sbb driver tglkan kereta dlm mode Neutral. Tapi yg ni, ujian… gear di P & tak tglkan nombor pulak. Adeh…

Kepala dah ingat nak masuk pejabat je a.s.a.p. Perut dah gigil lapar. Rasa nak ke tandas pun ya. Matahari terik atas kepala. Pandang bangunan hospital dgn hati rasa mcm, aish… menapak patah semula utk minta hospital buat pengumuman.

Waktu tgh amek gambar kereta (dgn niat nak tya pendapat Pa, rerasanya blh lps tak kalau si amatur ni try cilok2 utk escape dari ruang tu), pemandunya bergegas dtg sambil mohon maaf. Ya, tak apa. Faham je kalau punya urusan di hospital dgn keadaan parking yg full-house.

Awal tadi, rasa bengang juga. Tapi teringat pernah baca satu sharing seorang doc yg rushing ttg kesukaran yg dihadapi saat keretanya blocked by another cark, saya husnudzon. Redha je Ujian kecil yg Allah beri ni, tentu ada sbb. Terima kasih doc, sbb sharing doc tu bantu saya kawal emosi hari ni. 

Rindu anak2 pula tetiba (terus sedekahkan Al-Fatihah). Teringat last Friday, when I reached home after 10pm, sbb ulung kali terpaksa organize meeting jam 6pm-10pm (rasa serik, terus kelmarin set 4 tarikh utk 2019 & book schedule semua board members).

Parked je dpn rumah, anak2 dah sambut. Baby dah lari2 dtg hug. Paling ‘kelakar’ si Babang dgn nada mengelehnya, ‘Ummi, knp lambat sgt balik? Saya rasa mcm dah tak ada Ummi dah…’. Eleh…

Sejak tinggalkan private sector & lecturing job, tak pernah lagi balik lewat dari pejabat. Sbb tu anak2 rasa pelik bila tetiba, saya blk lewat mlm cenggitu. Atau rasa kehilangan? Aloh, tu belum pi kursus luar daerah sehari dua… cane nak dpt ‘me time’ nih? J

To make it up, esok paginya Pa ajak sarapan di KUKUS. Dah few times nak pi, ntah knp terhijab. Baru sempat pergi je Sabtu lalu :-)

Pi during breakfast. Weekend buka 930am, dah ramai yg tunggu buka pintu. Que  to be seated lagi. Biar sungguh? Ramai yg suka, Tia (officemate) pnh sebut psl KUKUS ni sometimes ago...  tapi, pd saya... okaylah... bolehlah kot... kekdg saya ni, utk certain things, mcm agak cerewet juga kot :-)

Kalau nak lunch di KUKUS, next month lah pula kot. Menjelang year end to new year ni byk peruntukan perlu dijaga hu hu.

Dialah ubat, dialah penawar. My dear Baby Tweety d'Sweety.
Bila masa Pa & baby pakat shoot this pic? Blkg Ummi pulak tu! Haish...
Didik d'Batman. Mlm tadi dah beli mask Zorro (tu je yg ada kat kedai). Dah pesan kalau ad ayg tanya
'Awak ni Batman ke Zorro? Adik jawab je saya Zobat, anak sedara Zorro & Batman'. Alih2 hari ni dia tertinggal
mask Zorro kat umah. Maka jadilah dia Batman tak siap. 

Hari ni, sekolah buat jamuan akhir tahun & sambutan Hari Kanak2. Tema Superhero & Fairytale. Didik beria nak pakai baju Batman (warisan Bang Cik Lan nya) sbb dia masuk team menyanyi lagu OST Amar & Opie. Babang tak kuasa nak bersuperhero katanya hu hu.

Saya tak berupaya nak masak menyumbang menu. Maka mlm tadi belikan sedikit coklat utk Babang & Didik bawa ke sekolah. Enjoy your time, dear sons!

Hmm... moral of d'diary, andai terpaksa block kereta orang, cubalah utk tak lupa tinggalkan no hp. Ya, yg ni saya selalu praktiskan sbb takut sgt susahkan org lain. Plg penting, bila terpaksa block kereta org, cubalah utk ingat agar tak park kereta pd gear P ya...

Peace!


#thyroidcheckup
#bayambrazil
#tweetysweety
#zorrobatman

Thursday, October 25, 2018

Menjunjung Rindu Syurga

Prosedur rawatan ibu dipercepatkan seminggu dari tarikh asal.
Alhamdulillah. Rasa lega sbb dpt juga jadual awal. Ibu pun memang menunggu prosedur ni. Mungkin dah tak tertahan sakitnya lagi. Pagi2 dah mohon Allah permudahkan prosedur.

Dlm OT, bP ibu cecah 200. Belum ada izin Allah. Prosedur kena tangguh. Kini di zon kuning utk pemantauan. 

Ya Allah, izinkan kesembuhan buat ibu. Kurangkanlah kesakitan Ibu dengan ehsan-Mu. Izinkan Ibu lalui hari-hari yang masih dipinjamkan ini dengan senyuman dan bahagia.

Dan izinkanlah sedikit lebih waktu buat kami menjunjung syurga kami. 



Sentiasa dalam jiwa. Sayangku dalam caraku yg tersendiri...


Mesej atr adik2 menggugurkan airmata. Pd usia ni, diri sendiri pun selalu ingat hal 'pergi'. Umur bukan ada guarantee sekian-sekian tarikh luput. Bila2 masa pinjaman boleh ditamatkan. Bersiap-sedia utk bekalan....

Mlm tadi, sdg belek che-che di OMG, baby MAHAN kata (utk kesekian kalinya minggu ini), 'Ummi, baby rindu Nenek Yam lah...'.

Berderau rasa. Airmata dah bergenang, "Ummi pun rindu sgt dgn nenek. Nanti Disember ni kita gathering lagi ya..."

Tak sabar tunggu Disember. Mesti ibu suka tgk Our Mini Green. Dan nanti Along masakkan Nasi Beriani dan choch-moist cake my version kesukaan Ibu ya! 


Walk to remember:
Wajah ibu berseri. Bahagia barangkali bila anak bongsunya yg meladeni. 
Adakalanya, pengorbanan itu perlu, untuk beri ruang kepada yg lebih afdhal.
Terima kasih Dik, kerana membahagiakan Ibu.
Moga Allah beri yang baik2 utk kamu dan kita semua...

#diariRAN
#ibu
#hatiseorangkakak

Friday, October 19, 2018

OMG : Portulaca Grandiflora (iii)

Hari Jumaat.

Hujan sikit tadi. Now, nampak matahari dah. Sejuk sangat kat office.
Agak rasa stress bila planning di pejabat jadi beyond control. Tapi tak moh stress! Tak boleh simpan stress! Hadap je.. lalu je. InsyaAllah, dipermudahkan.

Babang dah tak panas badan. So, tak perlu repeat blood test utk denggi. Maka, ada masa utk tulis diari sekejap.

Nak simpan memory Rose Jepun yg bloom tghhari ni walaupun pagi tadi kat rumah hujan...






Dalam awan ada air nampaknya tu :-)

Nak turun, turunlah hujan
Siramlah bungaku di dalam pasu
Hati yang kecil selalu hairan
Kenapalah selalu merasa rindu...?

Today, the colour brings the sweetest moment
For tomorrow, it will become a memory of yesterday ...  

Tak sabar tunggu esok! Weekend getaway to OMG je... itu pun dah beri bahagia.

Terima kasih Tuhan utk izinkan RJ bloom ...

#rosejepun
#freezing
#iamhappy
#diariRAN

Wednesday, October 17, 2018

OMG : Matahari

Saya tanam bunga matahari ni dari benih 'kuaci' yg beli di kedai Eco. Excitednya sbb follow dari biji benih, hingga tumbuh hinggalah berbunga.


Yang sulung bloom. Pa asked, 'Kenapa tanam dlm pasu?'
'Tak pe lah... experiment. Lagipun tak sabar nak tgk bunganya. Nanti kalau dah mati, bolehlah guna pasu tu utk bunga lain pula' :-)

Sebabnya, satu pokok matahari ni hanya keluarkan satu bunga je. Nanti bunganya layu, slowly the whole plant akan layu. Bolehlah racik halus, jadikan kompos. Pasu tu recyle utk bunga atau sayur lain pulak :-)

Yg lain kat luar tembok, belum nak berbunga. Asik kena balun dgn bola dek bebudak ni :-)
Yang di tepi pagar, belakang Rueilla, pun mcm lambat naik. Tapi dah nampak satu pokok sdg menguntum.

Bunga matahari ni dari keluarga Asteraceae. Nama botaninya Helianthus Annuus. Nama yg terhasil dari gabungan bahasa Greek = 'helios' iaitu matahari & 'anthos' bermaksud bunga.

Petang 141018, saya perasan bunga matahari ni tetiba termengadap ke dlm rumah. Pelik. Kot2 bunga tu berpaling sendiri padahal via reading, saya tahu bunga ni akan mengadap cahaya matahari.

Betulkan pasunya semula. Kemudian Pa tanya, 'Awak terbalikkan pasu ke?'
'Ye lah, nape?'
'Ala... abang nak test tengok esok ke mana mukanya mengadap'.

Sabo je lah! Janganlah dera bunga saya. Patah pulak leher sunflower tu kang, naya je!

Tuesday, October 16, 2018

OMG - Portulaca Grandiflora (ii)

Dlm banyak2 warna che RJ, yg merah ni kalau bloom, mesti breath-taking. Pernah sekali, asyik belek che merah di tengah hari panas, sambal terung saya hangit di dapur.

Hangit terung tu tak apalah... mmg salah sendiri sbb ralit dgn Che Merah. Tapi yg tak boleh digest tu, sbb nampak Pa berdiri depan dapur dok perhati kuali yg sdg hangit dgn sambal terung. Pa kata, dia tak tahu nak buat apa... sbb saya tak pesan apa-apa. Adoi... 

Kesian terung...

Nak simpan RJ Che Merah & kengkawannya yg bloom pd 15102018 hari tu dlm FRAN...


Cerek kesayangan, lama dah dia berkhidmat. Tetiba di TH37 dia bocor. Sayang nak buang. Minta Pa tebukkan lubang di bawahnya utk aliran air & jadikan pasu tanam RJ Che Merah Solo.
Che Merah yg cantik sangat warnanya. Sampai hangit sambal terung di dapur... :-)
RJ Che Pink Purple ala-ala carnation yg solo bloom. Replant dlm bekas sabun yg Pa potong, tebuk & basuh.
Che Merah & Che Purple berdua baru replant dlm bekas sabun
Che Pink & Che Merah sebekas di tembok rumah. Mulanya dpt direct sunlight, sihatlah mereka. Bila jiran dah siap pasang bumbung penuh porch sampai luar pagar... terus teduh. Hmm... kena fikir mana pulak nak alihkan mereka ni...
My heart melt tengok kebahagiaan mereka... grow healthily & happily ya...
RJ Che Merah One Layer dgn petal kuning di tengah ni rajin sgt berbunga.  Maaf kan sarung2 yg bersidai. Cuti ingat nak bedrest, tapi habis sgl sarung bantal & sarung sofa dibasuh. Manfaatkan matahari yg bersinar di tgh musim hujan ni... 



Bunga ni asalnya terdampar di tempat buangan sampah waktu pi open house raya new owner of No 5. Kesian pulak tgk dia berkeratan tergolek kat tanah tu. Saya minta Pa amekkan. Bawa balik, cucuk dlm pasu... rawat dia sbb dia asik keguguran daun. Rawat pun  tak rawat mana... sbb tak tahu cara rawat @ ubatnya... letak je open space, dgn harapan nature will heal her. Alhamdulillah, so far masih berbunga walau nampak togel cenggitu. Bak kata Papa, biarlah hingga ke akhir nafasnya...

Terbaca status FB kak Novelis Maria Kajiwa 'Plant Your Own Garden, Decorate Your Own Soul'.
Indeed, gardening is my happiness theraphy at this age.

Mana pergilah mood menulis... hopefully akan berwarna semula mcm warna-warna che RJ ni...

#rosejepun

PAGEVIEWS