Wednesday, October 17, 2018

OMG : Matahari

Saya tanam bunga matahari ni dari benih 'kuaci' yg beli di kedai Eco. Excitednya sbb follow dari biji benih, hingga tumbuh hinggalah berbunga.


Yang sulung bloom. Pa asked, 'Kenapa tanam dlm pasu?'
'Tak pe lah... experiment. Lagipun tak sabar nak tgk bunganya. Nanti kalau dah mati, bolehlah guna pasu tu utk bunga lain pula' :-)

Sebabnya, satu pokok matahari ni hanya keluarkan satu bunga je. Nanti bunganya layu, slowly the whole plant akan layu. Bolehlah racik halus, jadikan kompos. Pasu tu recyle utk bunga atau sayur lain pulak :-)

Yg lain kat luar tembok, belum nak berbunga. Asik kena balun dgn bola dek bebudak ni :-)
Yang di tepi pagar, belakang Rueilla, pun mcm lambat naik. Tapi dah nampak satu pokok sdg menguntum.

Bunga matahari ni dari keluarga Asteraceae. Nama botaninya Helianthus Annuus. Nama yg terhasil dari gabungan bahasa Greek = 'helios' iaitu matahari & 'anthos' bermaksud bunga.

Petang 141018, saya perasan bunga matahari ni tetiba termengadap ke dlm rumah. Pelik. Kot2 bunga tu berpaling sendiri padahal via reading, saya tahu bunga ni akan mengadap cahaya matahari.

Betulkan pasunya semula. Kemudian Pa tanya, 'Awak terbalikkan pasu ke?'
'Ye lah, nape?'
'Ala... abang nak test tengok esok ke mana mukanya mengadap'.

Sabo je lah! Janganlah dera bunga saya. Patah pulak leher sunflower tu kang, naya je!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS