Thursday, October 25, 2018

Menjunjung Rindu Syurga

Prosedur rawatan ibu dipercepatkan seminggu dari tarikh asal.
Alhamdulillah. Rasa lega sbb dpt juga jadual awal. Ibu pun memang menunggu prosedur ni. Mungkin dah tak tertahan sakitnya lagi. Pagi2 dah mohon Allah permudahkan prosedur.

Dlm OT, bP ibu cecah 200. Belum ada izin Allah. Prosedur kena tangguh. Kini di zon kuning utk pemantauan. 

Ya Allah, izinkan kesembuhan buat ibu. Kurangkanlah kesakitan Ibu dengan ehsan-Mu. Izinkan Ibu lalui hari-hari yang masih dipinjamkan ini dengan senyuman dan bahagia.

Dan izinkanlah sedikit lebih waktu buat kami menjunjung syurga kami. 



Sentiasa dalam jiwa. Sayangku dalam caraku yg tersendiri...


Mesej atr adik2 menggugurkan airmata. Pd usia ni, diri sendiri pun selalu ingat hal 'pergi'. Umur bukan ada guarantee sekian-sekian tarikh luput. Bila2 masa pinjaman boleh ditamatkan. Bersiap-sedia utk bekalan....

Mlm tadi, sdg belek che-che di OMG, baby MAHAN kata (utk kesekian kalinya minggu ini), 'Ummi, baby rindu Nenek Yam lah...'.

Berderau rasa. Airmata dah bergenang, "Ummi pun rindu sgt dgn nenek. Nanti Disember ni kita gathering lagi ya..."

Tak sabar tunggu Disember. Mesti ibu suka tgk Our Mini Green. Dan nanti Along masakkan Nasi Beriani dan choch-moist cake my version kesukaan Ibu ya! 


Walk to remember:
Wajah ibu berseri. Bahagia barangkali bila anak bongsunya yg meladeni. 
Adakalanya, pengorbanan itu perlu, untuk beri ruang kepada yg lebih afdhal.
Terima kasih Dik, kerana membahagiakan Ibu.
Moga Allah beri yang baik2 utk kamu dan kita semua...

#diariRAN
#ibu
#hatiseorangkakak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS