Saturday, February 26, 2022

The Humble 8th Birthday

13 Feb. 2022 lalu, my youngest son @ Baby turned 8 years old. Alhamdulillah...

Tapi masa tu Mumi masih dalam fasa anxiety menyiapkan skrip IQKC yang sepatutnya diserahkan kepada Producer sebelum 15 Feb. Maka Mumi tak mampu nak concentrate untuk buat sesuatu yang more exciting for Baby's birthday yang ke-8 ni. Maafkan Mumi ya Baby... insyaAllah Mumi will pay you back somehow...

In fact masa tu, kerja rumah pun banyak Babang & Didik take over. Makan keluarga pun Papa yang tolong fikir dan sediakan. Teruknya la Mumi menghadapi pengalaman pertama siapkan skrip telemovie IQKC ni... nanti2 Mumi simpan diary tentang IQKC journey.

Untuk birthday Baby yang ke-8 tahun ni, Mumi cuma sempat order Brownies dari next door neighbour je. Lilin-lilin semua tak de, sian Baby.

Dan kebetulan Atok Jamalinya dah tanya ttg birthday Baby, maka PaMi decide kita raikan sederhana je la di luar dengan Atok Jamali dan Nenek Imah.

Baby dan Nenek Imahnya...
Brownies from the next door princesses mommy's 'BAKED BY BABY' for BABY :-)



Happy 8th Birthday my youngest Baby...

Semoga Baby sentiasa dalam rahmat Allah dari dunia hingga akhirat.
Semoga hanya yang baik-baik sahaja Allah kurniakan pada Baby.
Sesungguhnya Mumi sentiasa reda ke atas setiap seorang anak-anak Mumi hingga akhir nafas Mumi.
Sayang Baby sampai syurga!



#baby's8thbirthday

Di Sana Gempa, Di Sini Juga Terasa

Dah nak hujung Februari 2022. Mumi rasa macam dah lama sangat tak tulis diari dalam FRAN. Banyak peristiwa dan memori yang Mumi perlu kejar masa untuk simpan kat sini selepas ni.

Pagi semalam, 25 Februari lebih kurang jam 9.39 pagi waktu  tempatan, berlaku gempa bumi di wilayah utara Sumatera, Indonesia dengan magnitude 6.1 skala Richter. Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, pusat gempa berada 76km dari Payakumbuh dengan kedalaman 10km di bawah dasar laut.  Disebabkan gempa tu, gegaran sampai di bahagian barat Semenanjung Malaysia. 


Mumi semalam di pejabat sebenarnya sangatlah busy. Tengah2 deep in work tiba-tiba kecoh di luar bilik dengar staff semua bergerak keluar. Katanya diarahkan untuk kosongkan bangunan Canseleri. Mumi yang tak tau apa2, tertanya2 dah kenapa?

Rupanya ada di antara kami yang rasa gegaran tu. Samada terasa gegar, kepala pening, kerusi bergoyang dan pasu bunga atas meja bergoyang kata mereka. Erk!?


Ini je gambar yg Mumi sempat ambil semalam semasa kami semua diarah berkumpul di luar bangunan Canseleri. Itupun sebab nak update status wasap :-)

Gempa bumi berlaku di Indonesia, tapi sampai ke negara kita terasa gegarannya. Andai saja kalau di negara kita pun ada gempa bumi, entah bagaimanalah agaknya. Apapun, Mumi bersyukur kita semua baik2 je. Dan untuk saudara-saudara kita di Indonesia, moga2 mereka dalam peliharaan Allah.

Cuma tadi bila terbaca satu posting di FB Cuepacs Penjawat Awam, Mumi rasa perlu nak simpan dalam FRAN memori ni. 


Pandangan sinis macam ni memang dah biasa dari dulu. Honestly dulu Mumi sebelum joint statutory body ni pun Mumi ada sceptical view juga pd penjawat awam dan kakitangan kerajaan. Sebab kita mungkin pernah melalui some unfavaourable experience dengan certain pejabat / jabatan / kakitangan kerajaan.

Tapi selepas Mumi sendiri berkhidmat dengan badan berkanun, Mumi rasa tidak adil masyarakat beri pandangan pukul rata begitu. Ya, mgkn ada sebilangan yang tidak mempunyai attitude perkhidmatan yang baik. Again, ia bergantung kepada sikap kita sebagai individu dan manusia.

As for Mumi, sejak berkhidmat dengan badan berkanun ni 11 tahun lalu, Mumi rasa kadang di pejabat tak cukup masa nak bernafas. Kadang, makan minum pun miss. Kalau makan minum pun, depan komputer je. Ya, mgkn ada certain department yg heavy work load while others, ada yg ringan ada yg sederhana. Kadang weekend pun memang kena 'bekerja'. Itu pekerja bawahan macam Mumi. Kalau yang gred tinggi2 tu, percayalah mereka ada banyak meeting during weekends. Even sampai ke malam... kesian juga pd mereka. Tapi tak pe lah kot, paid :-)

Dan Mumi respect statement yang dibuat oleh individu seperti keratan di bawah ni. Indeed, Mumi agreed with him... sebab Mumi pun pernah kerja swasta, GLC n now serves statutory body.



Moral of story... dan pengajaran untuk diri Mumi sendiri juga tambah2 bila Mumi dah tua2 sekarang ni... Mumi tak kuasa nak cakap banyak2. Nak condemn banyak2 pun lagi dah tak kuasa. Setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas sifat, sikap dan tindakan masing-masing. Dan tak perlu nak sinis2 dengan rezeki dan bahagian orang. 

Buat kerja dan urusan masing-masing sebaiknya. Sebab kerja tu adalah ibadah yang perlu ditunaikan sebaik mungkin.

Jaga diri sama-sama je la.... saling tegur-menegur dan ingat mengingati sesuai masa dan situasinya je la.


#gempabumiindonesia

Wednesday, January 12, 2022

IQKC @ Tulen, Bang...

Dalam diary Calendar 2022, Mumi tulis yang Mumi dah mula tak ada keinginan lagi nak pursue impian dalam scriptwriting. Cepatnya putus asa? Tak juga... mungkin lebih kepada rasa doubtful utk keupayaan diri. 

Sebabnya Mumi kadang2 rasa tak mampu be in the industry. Nak cari idea utk proposal, nak cari producer yang boleh bawa proposal tu kepada stesen TV, nak tunggu keputusan, nak pergi pitching, meetings, nak buat segala benda berkaitan dengan storyline, treatment dan kemudian skrip.... tu belum dgn maccam2 isu dan sepak terajang dunia kreatif tu. Tetiba Mumi rasa bimbang tak larat nak hadap semua tu.

Walaupun ada coach SSAG yg bantu, tapi sampai bila la Mumi nak susahkan dia? Coach pun ada urusan sendiri. Untuk Mumi berdikari sendiri sepenuhnya, I doubt that. Mumi tak mungkin selalu ada waktu untuk urusan2 dengan producer la pitching la meeting la. Kerja dan urusan sekolah anak2 akan selalu buat Mumi hectic. Alasan kan? Tapi... it is just not a reason. Itu realiti kehidupan Mumi...

Jumaat lepas, balik kerja nak dekat Maghrib. Letihnya mmg macam biasa la walaupun dah lama bersederhana dalam urusan kerja kat pejabat. Dah tua2 ni tak mahu sangat mengejar kerja. Kejar kenaikan gred lagi Mumi dah tak kuasa huhu...

Settle Solat Maghrib, tengok2 ada mesej dari Coach. Bila baca, rasa macam salah baca. Macam tak faham pun ada huhu...



Proposal telemovie IQKC ni tajuk asalnya Tulen, Bang...

Tapi sifu pertama Mumi tak luluskan proposal ni utk diberi kepada producer. Sifu kedua Mumi ni pula, tak berkenan tajuk asalnya huhuhu. Walaupun sbnrnya Mumi ada reason & justification kenapa Mumi guna tajuk tu sebab ia bukan seperti typical assumption. Tapi, tak moh derhaka, Mumi pun tukar jugalah tajuknya kepada IQKC.

Coach SSAG kata dia hantar proposal ni pada producer @ April 2021 walaupun proses semakan draft dengan coach dah berlaku since Aug'20 huhu. Less than a year dah dapat jawapan, coach kata 'syukur'. Ya, she knows better how the industry works.

Panjang lagi sebenarnya proses IQKC ni. Takut juga Mumi nak lalui proses2 tu sebab ini pertama kali bagi Mumi. Apa2 pun boleh berlaku. Samada berjaya menjadi realiti di kaca TV ataupun revoke, semuanya atas izin Allah.

Apapun, dah lepas ke fasa ni, satu bonus dalam usaha dan pencapaian Mumi. At least Mumi dah buat coach Mumi happy. Tak adalah dia rasa penat je ajar anak murid tapi anak murid tak menjadi hu hu.

Mumi susah hati bila kena edit cerita ni ikut kehendak TV/producer. Coach minta submit selewatnya Ahad 9/1/22. Mmg blank dan blur la Mumi. Minta tolong sungguh-sungguhlah Mumi dengan Allah.

Alhamdulillah, Mumi dah selesai hantar edited version pada coach jam 9.51pm @ 8 Jan 2022 (simpan memori). Coach dah semak (tanpa pindaan huhu) dan producer pun dah hantar semula ke TV3. Harap2 okaylah...

Dan, Mumi juga happy bila telemovie Coach yang Mumi wakilkan untuk buat pitching di RTM tu lulus. Tengah shooting! Tak sabarnya nak tengok kat RTM :-)

Alhamdulillah... Mumi was happy that time bila Coach minta Mumi tolong pitchingkan sebab masa tu dia dah balik ke kampungnya di Utara sebab PKP akan dibuat semula masa tu. 

(credit : facebook Siti Solehah Abdul Ghani)

Telemovie IKHLAS, skrip coach Mumi yang Mumi pitching di RTM pada 15 April 2021. It was my 3rd pitching experience & I really appreciate the opportunity given. Kiranya coach Mumi tu berani juga gamble suruh Mumi pitch sedangkan Mumi sangat2 newbie dan belum cukup pengalaman. 

Kadang rasa dah tak moh, tapi kadang rasa sayang nak back-off. Macam-macam hal la Mumi ni... sindrom orang dah berumur kot.. huhu..

Apapun, Mumi harap ini akan jadi motivasi untuk Mumi bersemangat dan terus tabah mencuba. 

Dear 2022, please be kind-hearted to Mumi, okay?


Walk to remember :
Hari ni ada 1st IV untuk W41. Semoga anak2 buah Mumi di pejabat yg terpilih utk IV dimurahkan rezeki oleh Allah & berjaya. InsyaAllah mereka masih muda & road to success tu sentiasa terbuka luas. Perhaps one day Mumi may be able to see one of them become someone important & Mumi boleh claim credit that Mumi pernah works with them :-)

Moral of story dari pengalaman mereka yg attend IV hari ni, ialah jangan pernah putus asa. So, Mumi!? What say U utk your scriptwriting journey & dream?! Huhu... Mumi cuba... insyaAllah.

#telemovie
#tulen,bang...@IQKC
#telemovieikhlasbyssag
#pitchingrtm
#lulustv3
#switchonentertainment

Monday, January 10, 2022

GPSC : CINTA ORANG MATANG

Mumi dah lama tak simpan diari tentang baby-books. Sebabnya... Mumi dah lama tak memandang skrin lappy untuk sambung manuskrip novel. Dah few years Mumi hilang interest untuk tulis novel. Malah pada Mumi, MDH adalah anak bongsu Mumi walaupun dalam hati ni teringin sangat nak sudahkan ADI. Tapi belum berkeupayaan...

Lunch break tadi my Bursar datang borak2. Tanya 'how's your novel?'. Dan Mumi jawab dah bertahun saya tak menulis.... I couldn't find the time and the passion. Ke laut...

Terbaharu, Mumi dapat review dari kawan Pa. A ghostwriter, she is. Arwah abangnya adalah orang dalam industri layar kreatif dulu, in fact he was one of the scriptwriter for One Two Jaga movie.

Mumi boleh anggap review itu sebagai penyedap hati (sbb dr kalangan orang yang kita kenal). Tapi knowing her for her honest, open and daring views and comments... perhaps I should take her credit to re-gear my motivation :-)


Ya, Mumi sbrnnya hanya reti menulis baby books ikut tahap umur Mumi. Mumi tak reti nak tulis cerita orang muda remaja yang sweet. Ada orang kata juga baby books Mumi berbaur sentimen 'ego'. Erk?! 

Tapi... semua orang memang ada ego dalam diri kan? Cuma perlu sesuaikan ego tu dengan keadaan dan keperluan supaya ia tak memudharatkan tuan punye badan, orang lain dan persekitaran :-)

Anyway, tq so much sis Zade for this err... err... beautiful and soothing and inspiring and motivating review. Having few good news dalam bulan pertama tahun ni, utk my novel matters & scriptwriting, Mumi harap passion Mumi untuk menulis akan kembali dalam tahun 2022 ni & juga rezeki utk content TV juga menyusul... aaaamiiin... insyaAllah.

Mode : Masih menunggu jika ada rezeki proposal drama bersiri GPSC ni diterima. InsyaAllah Mumi akan sabar menunggu dan terus mencuba.


#gpscinta
#review 
#ghost

Saturday, January 8, 2022

Blue Filter for My Nerd Superboy

Didik selalu mengadu sakit kepala. Sekali, dua kali bolehlah Mumi anggap perkara biasa atau disebabkan cuaca. Tapi bila dah selalu sangat, Mumi terus assumed ada kaitan dengan mata. Baru sempat nak bawa ke optometrist @ Gaya Eye Center di Klang minggu ni.


Optometrist tanya mmg Didik guna cermin mata ke sebelum ni. Memang tidak la. Rupanya Didik pun mengikut Babang. Silaunya tinggi dan memang rabun. Adeh...

Untuk cermin mata Didik ni, Mumi request lengkapkan dengan blue filter. Babang dulu tak ada blue filter sebab PaMi tak tahu dan optometrist tak suggest pun. Tapi untuk Didik ni sebab kebetulan Mumi terbaca tentang blue filter di FB Dr Imelda Bachin. 

Blue filter ni untuk melindungi mata dari blue light. BL ni dikatakan wujud pada cahaya dari matahari dan juga skrin. Cahaya matahari tu adalah sumber semulajadi dan ada gabungan warna yang banyak iaitu merah, jingga, kuning, hijau dan biru (blue light) yang mencipta cahaya yang cerah. 



Tapi cahaya cerah dari skrin handphone atau gajet mempunyai kadar blue light yang lebih tinggi. Blue light ni dikatakan mempunyai tenaga yang lebih kuat dari warna yang lain dan boleh masuk ke dalam mata dengan mudah. Ia boleh rosakkan sel-sel dalam mata yang sensitif pada cahaya.

Ia juga dikatakan boleh meningkatkan risiko 'Macula Digeneration' iaitu kerosakan yang tiada cara untuk dirawat.

Apabila mata selalu memandang skrin komputer, laptop, handphone atau digital gadget, mata akan cepat rasa penat. Obviously ia memang mengganggu tumpuan belajar anak-anak. Kesan buruk yang lain, yg memang Mumi akui ada pada anak2 Mumi sendiri adalah ganggu patern tidur mereka.

So bila Mumi terbaca tentang blue filter ni di FB Dr Imelda Bachin, terus Mumi decide nak cermin mata Didik pun dilengkapi dengan blue filter untuk usaha perlindungan jangka panjang.


Bila nampak Didik pun dah bercermin mata, tetiba Baby kata, "All my brothers are nerd". :-)
Tergelak Mumi... oooh... kalau pakai cermin mata tu maksudnya nerd la ye baby? Mana la dia dapat perkataan tu... huhu...

Pilihan cermin mata Didik ikut cara Mumi (tak sama langsung dengan pilihan Babang). Tengok dia bercermin mata begitu, nampak lain pula. Macam Superman :-) oh, for his age, superboy la...



Lepas collect cermin mata @ 07012022 tu ingat nak bawa boys dinner di Burger Abang Burn di Setia Alam, tapi dah tutup pula. Lastly, balik juga ke area berhampiran rumah... boys makan chicken chop je a jawabnya. A treat untuk Didik la kiranya for his achievement dalam MPKAFA.

Later mmg kena tukar la cermin mata Babang tu dari photogrey ke blue filter. Suruh  tukar sekali dengan Didik, dia tak mahu pulak...

Now, hanya Baby je yang masih bermata 2. Kami semua dah memang kategori 'nerd'. :-)


#didikbercerminmata
#bluefilter
#mybrothersarenerd

PAGEVIEWS