Wednesday, January 12, 2022

IQKC @ Tulen, Bang...

Dalam diary Calendar 2022, Mumi tulis yang Mumi dah mula tak ada keinginan lagi nak pursue impian dalam scriptwriting. Cepatnya putus asa? Tak juga... mungkin lebih kepada rasa doubtful utk keupayaan diri. 

Sebabnya Mumi kadang2 rasa tak mampu be in the industry. Nak cari idea utk proposal, nak cari producer yang boleh bawa proposal tu kepada stesen TV, nak tunggu keputusan, nak pergi pitching, meetings, nak buat segala benda berkaitan dengan storyline, treatment dan kemudian skrip.... tu belum dgn maccam2 isu dan sepak terajang dunia kreatif tu. Tetiba Mumi rasa bimbang tak larat nak hadap semua tu.

Walaupun ada coach SSAG yg bantu, tapi sampai bila la Mumi nak susahkan dia? Coach pun ada urusan sendiri. Untuk Mumi berdikari sendiri sepenuhnya, I doubt that. Mumi tak mungkin selalu ada waktu untuk urusan2 dengan producer la pitching la meeting la. Kerja dan urusan sekolah anak2 akan selalu buat Mumi hectic. Alasan kan? Tapi... it is just not a reason. Itu realiti kehidupan Mumi...

Jumaat lepas, balik kerja nak dekat Maghrib. Letihnya mmg macam biasa la walaupun dah lama bersederhana dalam urusan kerja kat pejabat. Dah tua2 ni tak mahu sangat mengejar kerja. Kejar kenaikan gred lagi Mumi dah tak kuasa huhu...

Settle Solat Maghrib, tengok2 ada mesej dari Coach. Bila baca, rasa macam salah baca. Macam tak faham pun ada huhu...



Proposal telemovie IQKC ni tajuk asalnya Tulen, Bang...

Tapi sifu pertama Mumi tak luluskan proposal ni utk diberi kepada producer. Sifu kedua Mumi ni pula, tak berkenan tajuk asalnya huhuhu. Walaupun sbnrnya Mumi ada reason & justification kenapa Mumi guna tajuk tu sebab ia bukan seperti typical assumption. Tapi, tak moh derhaka, Mumi pun tukar jugalah tajuknya kepada IQKC.

Coach SSAG kata dia hantar proposal ni pada producer @ April 2021 walaupun proses semakan draft dengan coach dah berlaku since Aug'20 huhu. Less than a year dah dapat jawapan, coach kata 'syukur'. Ya, she knows better how the industry works.

Panjang lagi sebenarnya proses IQKC ni. Takut juga Mumi nak lalui proses2 tu sebab ini pertama kali bagi Mumi. Apa2 pun boleh berlaku. Samada berjaya menjadi realiti di kaca TV ataupun revoke, semuanya atas izin Allah.

Apapun, dah lepas ke fasa ni, satu bonus dalam usaha dan pencapaian Mumi. At least Mumi dah buat coach Mumi happy. Tak adalah dia rasa penat je ajar anak murid tapi anak murid tak menjadi hu hu.

Mumi susah hati bila kena edit cerita ni ikut kehendak TV/producer. Coach minta submit selewatnya Ahad 9/1/22. Mmg blank dan blur la Mumi. Minta tolong sungguh-sungguhlah Mumi dengan Allah.

Alhamdulillah, Mumi dah selesai hantar edited version pada coach jam 9.51pm @ 8 Jan 2022 (simpan memori). Coach dah semak (tanpa pindaan huhu) dan producer pun dah hantar semula ke TV3. Harap2 okaylah...

Dan, Mumi juga happy bila telemovie Coach yang Mumi wakilkan untuk buat pitching di RTM tu lulus. Tengah shooting! Tak sabarnya nak tengok kat RTM :-)

Alhamdulillah... Mumi was happy that time bila Coach minta Mumi tolong pitchingkan sebab masa tu dia dah balik ke kampungnya di Utara sebab PKP akan dibuat semula masa tu. 

(credit : facebook Siti Solehah Abdul Ghani)

Telemovie IKHLAS, skrip coach Mumi yang Mumi pitching di RTM pada 15 April 2021. It was my 3rd pitching experience & I really appreciate the opportunity given. Kiranya coach Mumi tu berani juga gamble suruh Mumi pitch sedangkan Mumi sangat2 newbie dan belum cukup pengalaman. 

Kadang rasa dah tak moh, tapi kadang rasa sayang nak back-off. Macam-macam hal la Mumi ni... sindrom orang dah berumur kot.. huhu..

Apapun, Mumi harap ini akan jadi motivasi untuk Mumi bersemangat dan terus tabah mencuba. 

Dear 2022, please be kind-hearted to Mumi, okay?


Walk to remember :
Hari ni ada 1st IV untuk W41. Semoga anak2 buah Mumi di pejabat yg terpilih utk IV dimurahkan rezeki oleh Allah & berjaya. InsyaAllah mereka masih muda & road to success tu sentiasa terbuka luas. Perhaps one day Mumi may be able to see one of them become someone important & Mumi boleh claim credit that Mumi pernah works with them :-)

Moral of story dari pengalaman mereka yg attend IV hari ni, ialah jangan pernah putus asa. So, Mumi!? What say U utk your scriptwriting journey & dream?! Huhu... Mumi cuba... insyaAllah.

#telemovie
#tulen,bang...@IQKC
#telemovieikhlasbyssag
#pitchingrtm
#lulustv3
#switchonentertainment

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS