Didik selalu mengadu sakit kepala. Sekali, dua kali bolehlah Mumi anggap perkara biasa atau disebabkan cuaca. Tapi bila dah selalu sangat, Mumi terus assumed ada kaitan dengan mata. Baru sempat nak bawa ke optometrist @ Gaya Eye Center di Klang minggu ni.
Optometrist tanya mmg Didik guna cermin mata ke sebelum ni. Memang tidak la. Rupanya Didik pun mengikut Babang. Silaunya tinggi dan memang rabun. Adeh...
Untuk cermin mata Didik ni, Mumi request lengkapkan dengan blue filter. Babang dulu tak ada blue filter sebab PaMi tak tahu dan optometrist tak suggest pun. Tapi untuk Didik ni sebab kebetulan Mumi terbaca tentang blue filter di FB Dr Imelda Bachin.
Blue filter ni untuk melindungi mata dari blue light. BL ni dikatakan wujud pada cahaya dari matahari dan juga skrin. Cahaya matahari tu adalah sumber semulajadi dan ada gabungan warna yang banyak iaitu merah, jingga, kuning, hijau dan biru (blue light) yang mencipta cahaya yang cerah.
Tapi cahaya cerah dari skrin handphone atau gajet mempunyai kadar blue light yang lebih tinggi. Blue light ni dikatakan mempunyai tenaga yang lebih kuat dari warna yang lain dan boleh masuk ke dalam mata dengan mudah. Ia boleh rosakkan sel-sel dalam mata yang sensitif pada cahaya.
Ia juga dikatakan boleh meningkatkan risiko 'Macula Digeneration' iaitu kerosakan yang tiada cara untuk dirawat.
Apabila mata selalu memandang skrin komputer, laptop, handphone atau digital gadget, mata akan cepat rasa penat. Obviously ia memang mengganggu tumpuan belajar anak-anak. Kesan buruk yang lain, yg memang Mumi akui ada pada anak2 Mumi sendiri adalah ganggu patern tidur mereka.
So bila Mumi terbaca tentang blue filter ni di FB Dr Imelda Bachin, terus Mumi decide nak cermin mata Didik pun dilengkapi dengan blue filter untuk usaha perlindungan jangka panjang.
Bila nampak Didik pun dah bercermin mata, tetiba Baby kata, "All my brothers are nerd". :-)
Tergelak Mumi... oooh... kalau pakai cermin mata tu maksudnya nerd la ye baby? Mana la dia dapat perkataan tu... huhu...
Pilihan cermin mata Didik ikut cara Mumi (tak sama langsung dengan pilihan Babang). Tengok dia bercermin mata begitu, nampak lain pula. Macam Superman :-) oh, for his age, superboy la...
Lepas collect cermin mata @ 07012022 tu ingat nak bawa boys dinner di Burger Abang Burn di Setia Alam, tapi dah tutup pula. Lastly, balik juga ke area berhampiran rumah... boys makan chicken chop je a jawabnya. A treat untuk Didik la kiranya for his achievement dalam MPKAFA.
Later mmg kena tukar la cermin mata Babang tu dari photogrey ke blue filter. Suruh tukar sekali dengan Didik, dia tak mahu pulak...
Now, hanya Baby je yang masih bermata 2. Kami semua dah memang kategori 'nerd'. :-)
#didikbercerminmata
#bluefilter
#mybrothersarenerd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.