Buku baru dah dibuka. Sehelai dua helai mukanya dah bertanda. Mcm manalah catatan hidup sy di dlmnya. Favourable kah bhsnya... cantik ke nombor peratusannya, merah atau birukah warnanya..?
Sy bkn student major bahasa. Tak pandai bahasa, bkn cikgu bahasa. Kdg tak tau berbahasa, sbb itu sy lbh byk diam dr bercakap. Tp sy sgt sensitif dgn bhs. Sy blh terjemah perasaan, objektif n tujuan melalui bahasa.
Sbb sy pun bgt... bila saya guna bhs mdh, tandanya sy mls nk ckp pjng. Bila sy guna bhs cantik sikit, tandanya sy sdg mood baik n sdg berbudi bhs. Bila perkataan harsh keluar dr mulut saya, maknanya mmg saya sdg marah.
Hari ini lanjutan keletihan. Keletihan hati n perasaan. Menyapu rumah baru kami, hati ke lain. Menyapu cat undercoat ke dinding, fikiran melayang. Nak ckp dgn siapa? Dgn Tuhan atas tikar sejadah, tak blh... public holiday. Ckp dlm hati kemudian terbercakap sendiri, dah rupa org tak betul. Babang n Didik ada projek sendiri. Papa sdg fokus dgn persediaan hidup baru kami. MAHAN, sian dia... tak kan kecil2 sy nk bebankan dia dgn luahan sy. So, FRAN... come... listen to my heart...
Kdg tak faham dgn manusia... bila kita tunjuk our real, mrk marah, tak setuju sgl. Panas dgn panas akan meletup. Bila sy ajar diri beralah demi kptgn ramai, msh ada juga yg mrh. Apa sbnrnya yg dimahukan dr saya? Apa hanya akan puas hati kalau sy jadi hipokrit, remain there mcm tugu negara? Saya ni mannequin? Hati n perasaan blh di'frozen'kan ikut kehendak mrk?
Bila didalami, byk yg dipelajari. Saat2 beginilah baru terserlah true colour. Barulah tahu siapa kawan, lawan @ saudara. Barulah tahu siapa yg benar2 ikhlas, amanah @ ada potensi menjadi bom jangka.
Sy salute org2 yg sgt rapat ukhwah keluarga. Tp kesal krn sifat kekeluargaan itu menyebabkan mrk tidak nampak kelemahan n kekurangan anggota yg sepatutnya ditegur dan diperbaiki. Bila dibukakan hakikat, mrk jadikan nasab sbg tembok tinggi.
Satu dr seribu cerita yg mrk tahu tlh mrk jadikan kesimpulan tegar. Sy menterjemah bhs n maksudnya. Sy bercakap dgn maksud A, mrk buat penggulungan dgn hujah Z. Smd ia communication breakdown, atau fitnah jika ia lahir dr prejudis yg mengkal. Bila diteliti lg dgn kanta hati, ia seolah2 spt org lain ini jahil, tidak sehebat n sebaik mrk. Tidak tahu kalau Allah itu ada...tak tahu hukum derhaka... alahai...
Dlm senario pendidikan sy, org yg bersalah harus disedarkan akan kesalahan mrk. Yg bersalah harus meminta maaf. Bkn dimuakan atas aras nasab. Tapi siapalah saya utk berkata. Orang kecil yg hatinya kecil je, jahil dan tidak tinggi ilmu. Bukan dari golongan keluarga terhormat dan sebagainya. Harta benda jauh sekali.
Sy respect authority kalian. No denial on that. Tp sy juga mengemis sedikit understanding... sy ada perasaan. Jika sy diiktiraf sbg sebahagian dr kalian, apakah kosnya jika diberitahu sdkt awal spy sy blh buat persediaan mental n fizikal? Walaupun sbrnya sy sdh Allah berikan instinct lbh awal. Itu atr kelebihan sy, blh 'merasa'.
Tindakan kalian mengimplementasikan authority, mmg bnr hak kalian, sy terjemahkan sbg 'this is our people, our place, our nasab, you have no word, no choice but to obey'... regardless what I felt? Wow! Hebat...
Ataupun saya terjemahkan begini, kalian fikir saya kuat dan saya akan boleh melaluinya. Fahamilah sy hanya manusia biasa yg dah selalu dilukai.
Fahamilah juga bhw in every house, there is story. Dan fahamilah bhw bkn semua blh dibentang A-Z di depan manusia lain. Diam sy selama ini tak bermakna kalian berhak bertanggapan negatif dan prejudis. Diam saya tak bermakna semua kesalahan atas bahu saya.
Insya-Allah, sy lbh kenal diri sy, hati sy, malah sy kenal diri kalian juga. Sy dh cuba yg terbaik, sy dh cuba menjaga setiap hati. Namun bila semua asyik berulang, hati sy jadi tawar.
For my dear boys... bkn sng laluan hdp kamu krn kamu anak Ummi. Mrk yg kita anggap saudara, yg kamu tumpang bermanja, rupanya dlm hati berbuku rasa, terluah dgn kata2, ..."kau ingat aku hamba abdi anak2 kau!?' dan sepotong ayat '....anak-anak die...'.
Kasihan kamu... tak apalah, selagi Ummi bernyawa, insya-Allah Ummi akan bertahan membela kamu.
Sejujurnya, Ummi msh blh trm jika semua perkataan itu utk Ummi. Bertahun dah pun Ummi bertahan. Tapi the moment mrk libatkan kamu, there is it. Someday, bila kamu dewasa, jika ada izin Allah n usia Ummi, 'surat cinta' itu akan Ummi bentangkan di hdpn kamu. Mrk ada meminta, tp mrk blm berhak mengetahuinya sblm kamu bertiga.
Sehingga itu biarlah Ummi meneladani Papa kamu. Terus mengunci mulut... menelan prejudis dan pandangan orang... krn utk buku baru Ummi... Ummi dah cuba berlapang dada. Allow us to live our life in our own space, jika kehadiran kami hanya membazirkan kristal kalian.
Untuk kamu, terima kasih di atas semua pengkhianatan, kepayahan, airmata, calar maruah, nama buruk, badmouthed yg kamu berikan kpd saya dan tersimbah sedikit kpd anak2 saya. Saya tidak akan pernah lupa... saya jadikan ia pembakar semangat utk keluar dari zon selesa @ zon yg sepatutnya dilabel sbg zon pengorbanan, untuk saya melangkah ke dlm hdp baru. Pun terima kasih krn cabaran kamu itu, sy dpt hidup baru... rumah baru utk settle down... a transition in my life. Insya-Allah... dlm sedikit waktu lagi...
Buku baru tahun ini... menjadi sejarah dlm hidup saya... ditanda dgn airmata. Anak yatim ini dilabel derhaka. Tak apa... ini bukan sesuatu yg saya tak biasa....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.