MAHAN dah tidur slps merajuk sekejap td sbb sy terpaksa biar abg2nya entertain dia lewat ptg blk dr kerja td hga sdh Maghrib. Babang n Didik dah baring2 tgk kartun.
Saya...? Saya sdg keringkan airmata. Sejak dlm pantang hari tu, saya dah pandai check FB tru phone. Sblm ni bkn x pandai.. tapi x sempat n mcm x selesa tgk FB dlm skrin kecil. Bila dah pandai, jadi addicted. Bila dah asyik dgn gadget n media sosial, maka byk berita terketahuan walaupun biasanya saya tak akan tgk berita2 tragis tu di TV @ surat khabar. Hmm... I just can't escape this life...
Lately, so many tragedies happened. And they happened to kids. Seram sejuk bdn saya. Airmata mudah luruh. Trauma yg lepas2, baru nak baik... mcm mendatang. Sekali terbaca, ssh betul nak lupa. Yg termampu, pujuk hati dgn mengingat Allah.. ingat mati.
Honestly saya sgt tak blh baca berita tragis yg berkaitan dgn kids. Tak boleh sgt... blh luruh jantung sy.
Dan dah lama sy tak suka pergi pasar malam @ jln2 kaki ke mana2. Sbb sy tak sanggup tgk org mengemis sambil kendong anak! Saya tak sanggup tgk anak2 tu comot n duduk di pangkuan ibu mereka, mengemis bawah mentari terik! Kena gerimis! Entahkan lapar, entahkan dahaga... saya betul2 tak sanggup... hati saya luluh sgt. Kalaulah saya ni mampu, saya ambil mereka semua!
Sy pnh mrh seorg pengemis di sebuah psr mlm. Mengemis sambil memangku anak. Dia di tepi tp anaknya disuakan ke tgh jln. Kalau hanya mmg mengemis itu mampunya kamu cari makan, tak apalah... tapi jgnlah modalkan anak tu! Tak kasihan ke padanya!!!!? Lainlah kalau awak tu bkn ibu dia! Emotional betul saya bila ingat semua tu...
Masa mengandungkan MAHAN dulu, sy tak sentuh FRAN. Bkn stkt mabuk @ tak sihat @ tak sempat. Tp sbnrnya ada few months tu sy hidup dlm trauma.
Mgkn ada yg msh ingat satu tragedi ini. I refused to be specific, sbb tiap kali ingat, bergetar baki trauma dlm diri. Tragedi tu betul2 beri kesan sgt dlm pd jiwa sy. Apakah krn sy sdg carry MAHAN, maka sy jd begitu? Mgkn juga... hormon org mengandung ni pun kekdg tak brp nak betul...
Disbbkan tragedi tu, tiap hari bila sampai parking lot office, sy pastikan cermin kereta semua buka sedikit (kkdg luas juga smpi pernah basah dimasuki air hujan). Sblm tekan remote to lock car, sy check setiap seat, dpn sampai blkg. Ada waktunya sampai but kereta pun sy jengah. Mcm org tak betul...
Tgh hari, bila nak fetch Babang dr Al-Amin utk hantar ke SKS7, masuk je kereta yg parked bwh matahari terik tu, tangan sy menggigil. Hawa dlm kereta tu panas. Masuk dlm kereta nak on engine, dgn badan peluh2, airmata sy luruh tup tup tup. Kabur. Kdg spjg jln sy menangis. Teresak2.
Hga sy kata pd Papa, sy tak sggp nak fetch n send Babang tgh hari everyday... bayangan tu kills me very softly. Tiap mlm pula sblm tidur, saya menangis. Setiap mlm! Drpd simpati, mendengar, memujuk, menasihat.. akhirnya Papa jadi marah dgn tahap melampau trauma sy.
Papa kata, "Tak payahlah awak nak ingat perkara tu lagi sampai mudharat mcm ni. Kita bkn kenal mereka pun... awak menangis mcm ni budak tu bkn blh hidup semula! Ingat Tuhan, Mi!"
Sy tak bohong.. itulah sy utk bbrp bln ketika mengandungkan MAHAN n ketika tragedi tu diperkata org. Sy tak blh pdg kereta warna kuning, tak blh masuk kereta time cuaca panas apatah lagi ddk di dlmnya.. sbb sy akan teringatkan tragedi tu... terbayang2 detik yg tak pnh sy nmpk tu...
Hingga sy paksa minda berimaginasi bhw apa yg kita pandang dgn mata kasar ni hanyalah ilusi duniawi. Sy paksa minda utk bayangkan dia tak sakit, dia tak sengsara.. krn waktu itu, Malaikat sdg menggenggam jemari kecilnya dan berkata, "Jom, sayang, it's time to go back to your eternity home... you can play again in the garden... in d beautiful heaven... your Mom n Dad will come later...". Smiling happily, her soul then gone with the wind...
Betulkah begitu? Betul tak betul, cuma itulah yg sy mampu buat spy sy tak jadi gila... supaya sy dpt lindungi MAHAN dlm rahim sy... dan peluk dia waktu lahirnya.
Betul tak betul, itulah manuskrip yg sy tulis dlm minda n perasaan spy hancur hati sy ni tak luluh seluluhnya...
Aduhai Tuhan... kalau sy ini yg tak pnh bersua, tak pnh menyentuh, bkn sesiapa... pun blh hancur hati hgga trauma begitu, bagaimanalah ibunya.. bagaimanalah bapanya...?
Sy syg anak2 sy... walaupun ada masanya sy marah mereka, tp itu tak pnh melunturkan kasih syg sy. Sedikit luka pun dah buat sy ssh hati sgt2, Didik hilang di GIANT hari tu pun, jantung sy dh berhenti degup. Nasib baik je Allah msh cukupkan bekalan oksigen dlm tubuh badan saya.. aish...
Kita ibubapa utk anak2 kita. Kita tmpt mereka bergantung hidup hga mereka berupaya berdiri atas kaki sendiri. Pandang Babang, Didik, MAHAN... kdg airmata sy menitik. Teringat semua yg berlaku pd kanak2 di luar sana. Hilang jiwa krn atau mgkn juga bkn krn kecuaian ibubapanya. Ada yg hilang kedua ibubapa dlm sekelip mata, demam rindu tak tertanggung jiwa.
Sy pnh berhdpn dgn jiran yg dtg meminta sedikit duit buat beli susu anak. Dia tak punya duit... anaknya hanya minum air sirap cair dlm botol susunya. Waktu itu sy telan airmata dlm hati. Saya pnh tanya dgn Tuhan bila emosi tak terkawal dek hati, "Kalau mereka tu tak mampu jaga anak sebaiknya, knp beri mereka anak? Kasihan anak2 itu tak terbela..."
Kemudiannya sy sedar kembali, Allah tak turunkan sesuatu yg memberatkan hamba-Nya. Allah tak turunkan sesuatu tanpa ada hikmah di sebaliknya.
Allah... ampunkanlah kami... peliharalah kami dalam kasih-Mu, jauhkanlah kami dari azab dunia, azab barzakh dan azab Akhirat... kasihanilah kami Ya Allah... kasihanilah anak2 kami...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.