Wednesday, October 29, 2014

Jualan Gudang Kumpulan Media Karangkraf 2014




Dulu2, deraf mss Seandainya... pertama kali dibaca oleh editor A21. KW jadi guru saya. Banyak perlu edit supaya boleh suit format penulisan penerbitan. Unfortunately so many things affected my focus. Saya asyik dapat penyakit mood-down dan malas. KW bagi semangat. Katanya, "KW sayang ilmu yang Rys ada... teruskanlah."

Terima kasih KW. KW guru yang baik, tapi saya ni murid yang nakal. Akhirnya ia terbiar je. Married to Papa few years later, dia pula tiup semangat. Akhirnya Seandainya... lahir di hospital KN hu hu... Alhamdulillah. Terima kasih KN kerana menerima kami seadanya.

Ironiknya adik kepada Seandainya..., si SUAMIKU HEROKU - ARYSA NASIR (saya lebih suka menyebutnya as Sayang You Kerana Dia) dibidankan dan dilahirkan di Buku Prima, kembar A21. OMG! Allah knows perasaan saya. Terima kasih En Ali n editors n all. Saya masih simpan keinginan to thank them personally.

2 Nov nanti, jika masih diberi peluang dan izin, I'll be with my 2nd baby, Suamiku Heroku, di Jualan Gudang Karangkraf 2014. Malu, segan. Saya sangat kecil.... (walaupun dah besar panjang dan hampir nak tua bangka hu hu...)

But I am more than excited to have this experience. Papa... tq sebab sudi jaga anak2 (walaupun saya tahu awak cuak nak kena jaga diorang especially MAHAN sendirian untuk tempoh 3 jam pagi Ahad tu hu hu...).

Tapi sayangnya ia clashed dgn bengkel penulisan skrip yang saya dah plan untuk hadir. Tak apalah kot... insya-Allah ada rezeki saya di lain kali. 

Jadinya, kawan2 semua jika ada yang membaca atau TERbaca sharing ni, sekiranya ada kelapangan, on behalf of penganjur (hu hu), jemputlah ya ke Jualan Gudang Karangkraf 2014 ni.

Bukan hanya ada fiction (tetiba teringat kat novel BHAK-Nazurah Aisyah), tapi banyak lagi medium bacaan yang boleh memberi ilmu dan pengalaman di sana. You can have them all with pretty discounted price, which can make u smile, hopefully.

TQSM!

A room without books
is like a body without a soul

Thursday, October 23, 2014

Dah Pandai Usik Orang!

MAHAN dah merangkak. Selalunya baby bila dah merangkak akan duduk sendiri. Tapi MAHAN duduknya belum, maunya terus berdiri je. Paut pada apa2 atau sesapa, dia akan berdiri. Tapi kelakarnya, bila dah berdiri, ada masa dia bising. Sebab MAHAN takut nak turunkan punggung hu hu...

MAHAN juga dah pandai usik orang....



A walk to remember :
Maal Hijrah 1436 akan menjelang. 
Abah... abah sudi tak ziarah Along lagi dalam mimpi...?

******

The best and most beautiful things in the world
can't be seen or even touched.
They must be felt with the heart.
-Hellen Keller-

Wednesday, October 22, 2014

Sayang Didie

Didie, anak ketiga Dik Sah ni satu2nya cucu perempuan dlm keluarga kami slps 5 Hang Bersaudara. Buat masa inilah...hu hu... 

Saya yg paling teruja. Maklumlah saya tak ada anak perempuan. Nak buat cemana, Allah perkenankan doa yang dulu. Tak apalah... saya percaya ada hikmahnya.

Umur Didie skrg baru nak masuk 3 bulan rasanya. Dan hanya saya seorang je yang panggil dia dengan panggilan Didie hu hu... saya sayang sangat dengan Didie. Dia bukan setakat anak saudara tetapi dah jadi anak susuan saya juga. 

Didie, cepat besar ye... nanti Ummi belikan baju princess lagi banyak2! Insya-Allah....

Ini atr moments MAHAN dengan Didie. Video ni diambil di rumah Ibu, during Aidil Adha yang lalu. Hai... MAHAN sangat ganazz. Dia fikir Didie tu anak patung bergerak agaknya hu hu....

MAHAN, janganlah macam tu nak... you've got to be a gentleman tau dengan orang perempuan. 


Didik tanya, 
"Eh. Ummi.... nape baby dengan Didie ni?
Kan baby dah ada Che Bunga?"
Hmm... Babang n Didik pun dah recognize 
Che Bunga as our future family... hu hu...

It wasn't my cheek you kissed.... but my heart.
(CB to MAHAN)

Tuesday, October 21, 2014

SETAHUN TANPA DIA...

Kali itu abah warded lama. Extra ordinary dari kebiasaan. Ibu, Bibik n Dik Sah bergilir jaga abah di HUiTM. Angah on n off menjaga keperluan semua. Saya tak diberi peluang. Mereka risaukan MAHAN dalam kandungan.

Aidil Adha tu Abah called. Teringin nak makan sup daging korban katanya. Kak Long Suhana tolong masakkan. Dari SB kami terus ke HUiTM. Dah lewat malam, tapi saya tetap nak hantar sup untuk abah. Tak nak abah kempunan.

Abah makan sesudu dua. Katanya, "Sedap sup ni. Kalaulah abah boleh makan lebih lagi. Abah dah tak boleh makan Long...." banjir dalam hati. Waktu begini bila nikmat sedikit demi sedikit ditarik... aduhai.

Esok dan lusanya saya masih di rumah Ibu. Kemas, masak, hantar bekalan ke hospital untuk Bibik n Ibu. Bila mereka makan, saya mengaji untuk Abah. Itu pesan Papa. Dalam waktu2 begitu tak ada apa yg boleh kita buat melainkan penyerahan kpd Tuhan Pemilik Jiwa.

Doktor kata waktu abah makin hampir. Tak de apa yg boleh dibantu lagi. Penuhilah hasratnya dalam waktu2 akhir itu. Redha. Tapi benteng hati meranap, tak mampu bertahan. 

For years abah turun-naik, keluar-masuk hospital. Diagnose sakit itu, ini ubatnya vv. Tapi abah tak sembuh. Abah selalu mengadu sakit. Tapi sakit apa? Kenapa ubat2 n rawatan doktor tak redakan sakitnya?

Eventually, HUiTM diagnosed abah menghidap kanser tulang tahap 4. So sudden?  Sejujurnya, saya lebih rela tak tahu hakikat ini hingga ke akhirnya. Takut abah hilang semangat. Having cancer at stage 4, what else could you expect!?

Ironiknya, hakikat itulah yg memberi abah damai. Redhanya terserlah. Abah tak lagi sedih2, tak lagi marah2, tak lagi persistent dgn ubat. Abah cuma lebih 'berehat' n 'bermanja'.

Diberi pilihan utk kimo. Tidak, cukuplah. Itu keputusan saya. Abah dah terlalu banyak menahan sakit. Inilah hakikat selepas bertahun mengulit harapan. Kami hanya mohon abah dizinkan melalui saat2 akhir itu sesempurnanya.

Sempurna? Bagaimanalah abah dapat lalui saat akhir dgn sempurna bila setiap waktunya dia khayal dgn morfin berdos tinggi. Itu saja yg dpt kurangkan kesakitan abah. 

Abah, kalaulah boleh Along kongsi untuk kurangkan sakit abah. Kalaulah boleh along tukar dgn sesuatu utk reverse semua ni. But this is not my manuscript. I can't change d story flow n plot. Ini novel Allah. 

Satu petang... saya, Papa, ibu n Angah ke hospital lagi. Abah kata dia suka sgt dgn mangga yg kami bawa tempoh hari tu. Mangga yang Papa tanam di umah No. 5 tu. Buah tu mmg sedap. Mgkn sebab Papa tanam n jaga dgn penuh kasih sayang.

"Rumah Besah dah siap ke? Pakai water pump lebih sng nak basuh." Abah... hingga saat2 begitu pun dia masih ingat anak2, masih mahu beri buah fikiran utk kesenangan anak2.

Tiba2 abah kata, "Long, pergilah cakap dgn doktor. Abah nak balik..." 

Bila doktor datang, dia terus berkata, "Tuan doktor, saya dah sihat sikit ni. Saya nak baliklah tuan doktor. Bolehlah bagi saya balik, sehari pun cukuplah. Lagipun anak saya jururawat, dia boleh jaga saya." 

The whole day he kept saying 'nak balik, nak balik'. Pedihnya hati. Saya kata pd Papa, "I dont care. Sy nak bawak balik abah. Dia nak balik umah dia. Tu umah dia. Dia rindu rumah dia. Kenapa nak halang dia?!" 

Papa peluk n tenangkan saya yg hampir histeria. Papa kata, "Mi, istighfar. Itu bukan balik dlm istilah katanya. Dia dah nak balik Mi. Dia nak BALIK..."

Malam esoknya kami mengulang lagi. Ibun n Bibik bertukar laporan. Saya amek wudhuk. Mengaji di tepi katil abah. Sejak abah masuk hospital saya tak pernah baca surah Yassin depan dia. Entah kenapa saya takut abah terasa hati. Saya hanya mengaji surah2 lain.

Habis mengaji, abah terbangun. Abah kata, "Long, abah belum Isya', tolong amekkan abah wudhu." Saya wudhukkan dia dgn bantuan Angah. 

Selesai solat abah kata lagi, "Long, abah nak baca Yassin. Tolong baca dgn abah, Long..."

Sy simpan airmata. Ambil Yassin, letak dlm genggaman abah. Abah dh tak nmpk. Sy mulakan dgn bismillah. Abah ikut bacaan sy hgga akhir ayat. Abah junjung n cium naskhah Yassin. Itulah surah Yassin pertama dan terakhir yg saya baca di depan abah di HUiTM.

Malam esoknya lagi saya tetap datang. Bibik kata abah asyik tidur. Senyap je dari siang. Riak Ibu dah lain. Ibu n Angah seru abah. Abah cuma menyahut lemah. Macam biasa, saya hanya mampu baca Al-Quran untuk selindungkan sengsara jiwa. 

Malam tu memang hiba saya luar biasa. Tak mau tinggal abah. Tapi apakan daya, malam itu dah ada giliran org lain. Saya beralah. Kesian abah tidur satu posisi. Dgn kudrat perempuan yg hamil 5 bulan, saya adjust pembaringannya. Agar abah tak lenguh,  tak kebas. Hakikatnya abah dah tak rasa semua tu. Abah sdg lalui perjalanan awalnya.

Ya Allah... saya sudah ada gerak hati itu tapi kemanusiaan saya menyebabkan saya seboleh daya utk menyangkal. Saya kata pd hati, "Tak apa, aku masih ada hari2 seterusnya lagi dgn Abah, insya-Allah. It won't be today..."

Nak balik tu saya bisik di telinganya, "Abah... along nak balik dah ni... along sayang abah... abah tidur dulu ye malam ni. Esok along datang..."

Abah tak buka mata... abah dah tak daya... abah cuma, "hmmm.... hmmm...". Aduhai... seandainya saya tahu manusia2 itu mungkir janji... 

Esoknya, berat sungguh hati nak balik. Papa called dari kelas MBA, "Tak payah balik dululah. Skrg jammed teruk jalan, kenapa ntah... tgu abah dulu..."

Say tak jadi balik bukan kerana itu. Saya tak jadi gerak sebab hati saya berat. Kepala saya pusing sgt. Saya kata dgn angah, "Along nak redakan sakit kepala jap, sat lagi kita pi hospital."

Lps Zuhur, Angah nangis2 kejut saya. "Long! Cepatlah! Jomlah! Mcm mana ni!? Bibik kata abah dh tak sedar! Long, kau dengar tak ni!?"

Kemudian Papa called, "Cepat siap... pergi hospital sekarang. Suruh Abby monitor awak. Abah dah tak sedar..."

Longlai di sofa Aladdin yg Angah beli tu. Tak ada airmata walaupun jiwa rasa pilu sgt. Out of the blue, instead of bersiap, saya bangun ambil penyapu dan terus sapu seluruh rumah. Saya kata, "Bah, abah nak balik dah ye? Okay, Along kemas rumah jap ye. Along kemas rumah utk abah. Nanti abah balik, umah kemas je. Senang hati abah nanti... abah nak balik kan...."

Saya tak mau pi hospital. Tapi Angah insisted. Katanya nak jumpa abah untuk kali terakhir. Nak jumpa abah sblm terlewat. AB pun kata Papa suh pi hospital juga. Hari gerimis. Saya memandu dlm linangan air mata. 

Papa n Naha dah tiba lebih awal. Mereka tunggu kami di parking HUiTM. MAHAN mengeras dlm perut. Sakitnya. Mata saya kabur n pedih. Kepala berdenyut2. Keluar dari kereta, saya nampak attendant hospital tolak wheel chair abah yg penuh dgn barangan.

My heart stopped beating. I heard him said, "Awak dah terlambat..." terduduk atas tar parkir. Abah... abah tak tunggu Along... abah rindu sangat nak balik ye...

Abah balik juga... ke rumah dia. Saya dah kemas rumah elok2, cantik2. Saya kemas katil untuk baringkan abah. Saya telan airmata bila Papa tutup wajah abah dgn selendang putih miliknya. Patutlah Papa beria ingatkan saya supaya masukkan selendang dia tu waktu kami packing baju utk balik ke mari tempoh hari.

Sekejap je rumah dah penuh dengan tetangga n org kampug. Dik Sah n family were speeding dr Kuantan. Kami semua tak sempat jumpa abah. Hanya Ibu... isterinya. Yg memberi penawar luka hanyalah bila memikirkan sy ada di sisinya few days terakhir memenuhi permintaannya. Abah... terima kasih...

Mereka nak bawa jenazah Abah untuk diuruskan di masjid. Saya berkeras, "Biar abah di sini! Ini rumah dia. Saya nak abah dimandikan dan diuruskan di sini je. Itu abah saya... dan ini rumah abah saya..."

Alhamdulillah mereka memahami n sudi. Saya bantu pasang kain penghadang tempat mandi abah. Kami adik beradik n menantu2 abah sama2 mandikan abah. It was the moment yg mendorong keinginan saya untuk belajar pengurusan jenazah. 

Abah disempurnakan di rumah. Wajah abah bersih sangat. Papa kata, "Abah senyum..."

Allahuakbar... saya baring peluk abah sblm abah dikafan. Wanginya abah. Saya duduk di sisi abah sepuas hati. Tatap wajah abah semaunya. Lepas tu nanti saya tak kan dapat tengok abah lagi. Cantiknya wajah abah. Seorang lelaki yg penyayang kpd anak2. Seorang lelaki yg berhempas pulas dgn tulang 4 keratnya mencari sesuap nasi n menyekolahkan anak2. Seorang lelaki yg walaupun sgt loud suaranya, tp suami sy kata 'abah tu seorg yg baik hati dan pemurah...".

Babang n Didik senyap sunyi lihat saya menangis. Mereka turut duduk mengaji utk Atok. Babang tak bertanya apapun. Didik je yg tanya, "Knp Ummi menangis? Atok Ummi knp?"

Dan jwpn yg saya beri pada Didik digunapakai oleh Babang sehingga kini. Kalau ditanya mana Atok Ummi, Babang akan kata, "Atok Ummi dah meninggal dunia, dia dah nak pergi syurga jumpa Tuhan dia. Kan Mi?" Aaamiin.... 

Saya ikut abah untuk dikebumikan malam itu. Hanya itu yang saya tak mampu tahan. Sebolehnya saya ingin abah bermalam. Maunye saja kebumikan abah esok pagi je. Mau beri sedikit ruang waktu abah berlama2an di rumah dunianya. Kesian abah, tak sempat balik utk lihat rumahnya ketika masih ada hayat terakhir.

Tapi mereka kata tak elok lambat2kan urusan. Bila Papa setuju, saya mengalah. Semuanya saya serah pd pertimbangan n keputusan suami saya. 

Abah dah selamat berpindah malam itu. Untuk hari2 seterusnya setiap jiwa kami penuh dengan rasa rindu. Teringin mau jumpa abah dlm mimpi. Sehingga hari ini, hanya saya yang bermimpikan abah. Abah datang kpd saya dengan satu kisah pada malam Maal-Hijrah. Kisah itu sempurna akhirnya, alhamdulillah. 

Abah... selamat pulang. Ampunkan Along sebab tak dapat luangkan lebih banyak waktu dgn abah. 

Abah... byk yg berlaku dlm hidup kita sekeluarga. Along tahu ada banyak yang abah bawa pergi. Insya-Allah, Along akan pangku tugas n tanggungjawab ni hingga dia kembali menggalas tugasnya.

Abah... abah tau tak? Dik Sah kata, walaupun menantu2 lelaki Ibu dapat markah 100%, tapi mereka tak boleh lawan markah abah. Ibu bagi Abah 200%. Ibu kata tak ada lelaki sebaik abah. Abah mesti senyum kan dengar apa yg Along bg tau ni?

Abah... abah nak tau tak lagi? Mlm Aidil Adha tu kan... Along masuk bilik Ibu nak cari spray nyamuk. Selalunya Ibu kunci pintu bilik dia. Tapi malam tu tak pula. Selalunya kalau sesiapa masuk bilik dia akan terjaga.

Tapi malam tu walaupun Along panggil, Ibu tak nyahut. Ibu tidur lena sangat. Along ambil je spray tu. Bila nak tutup pintu Along panggil lg. Pun Ibu tak nyahut. Tetiba Along jadi takut tengok Ibu terbaring telentang macam tu tak nyahut. Belum mampu melalui kehilangan lagi.

Waktu nak gerakkan Ibu, dalam gelap tu tetiba hati Along sayu. Baru Along perasan Ibu tidur berselimutkan 2 helai kain pelekat abah. Tutup kemas sekujur badannya. Aduhai... malam sebelum itu sampai je umah, Angah kata ibu terus ambil 2 helai kain pelekat abah n tidur sambil peluk kain2 tu.

Abah... kalau Ibu tu kreatif mesti dia akan kata, "Bah, Yam rindu awak 200%..."

Abah... ibu rindu abah. Kesian Ibu... Dia rindu, tapi dia tak dapat luah dan kongsi dgn kami. Dia harus tunjuk kuat dan bertabah dengan baki hidup ni. Along tahu rasanya. Kalau hati along sendiri pedih teramat bila kenangkan abah, apatah lagi Ibu. She has us with you... she has life with you... u were her love and lover... forever will be. Semoga Abah n Ibu jumpa kembali di Jannah ye...

Abah... setahun tanpa abah, semua yg berlaku dalam hidup along hanya membangkitkan memori dgn abah. Along rindu abah.. rindu serindu-rindunya...

Smg abah terima kuntum2 bunga dr along. Kalau segar, alhamdulillah. Kalau layu, minta maaf ye bah... along msh berusaha jadi anak n isteri yg solehah.

Abah tgu along ye... tgu kami. Smtr tu abah tolonglah kemas rumah dulu tau. Nanti kami semua akan ke rumah abah di sana juga suatu saatnya nnti...

Oh ye abah.... Along nak beri tau juga... ayahanda kepada Kak Long Suhana yang masakkan sup daging korban pd Aidil Adha tahun lalu sebagai memenuhi hajat terakhir abah... telah juga berpindah ke alam yang sama dengan abah  3 hari sebelum abah genap setahun pada tarikh 20 Oktober 2014, semalam. Kami sama2 dah tak ada abah dan ayah. ..

Tak apalah... abah sentiasa ada dalam hati kami... kerana darah abahlah yang mengalir dalam tubuh badan kami. Take care di sana ye abah...

MAHAN ikut pengebumian Atoknya 
bila dia 5 bulan lebih dalam kandungan. 
Kini MAHAN hya blh tgk Atok di pusaranye je...
AL-FATIHAH untuk ayahanda yg tercinta... 
kasih ke hujung nyawa sampai syurga hendaknya...
Aaamiin

Tuesday, October 14, 2014

WILD CHERRIES for SUAMIKU HEROKU (Arysa Nasir)

I love wild cherries since I was a small girl. 

Dulu di rumah abah n ibu, ada satu spot. Ada sebtg pokok ceri liar. Rendang n rendah. Di dpnnya terbentang lombong. Permukaannya tak nmpk air. Penuh dgn tumbuhan air. Ada water lily! Ada kuyau. May be I should keep diary about kuyau... ia memori indah bsm abah.

Kat situ ada pangkin kayu. Abah buat. Tiap2 petang we sit there. Sy suka petik ceri yg dah masak. Warnanya merah cecomel. Ngap ngap ngap... sedap!

Having a husband, rupanya Papa pun suka wild cherry ni. Often, out of nowhere, Papa bawakan sy bbrp biji ceri liar. Suh mkn. Berkhasiat katanya. Alahai... it just remind me of the time. It makes me missed abah even more...

Now, di jln masuk No. 9, ada sebtg pokok ceri liar. Ada waktunya Papa berhenti di situ. Petik buah ceri tu. N, since Suamiku Heroku dah lahir, ia buatkan sy teringat dgn Chapter 15 nya.


Adriana suka ceri liar. Navin tahu sgt (mcm Papa tau sy suka ceri juge hu hu). Persoalannya ada ke anak org kaya prefers wild cherry over apple n oranges n many other expensive n exclusive fruits?

My colleague argued, "Ada ke anak org kaya nak jadi jururawat?"

Pd sy, manusia unik in every aspects. Especially keinginan. Adakala seseorg tu rasa 'terlalu cukup' dlm suatu lingkungan hingga dah tak tertampung lalu 'melimpah'. Mungkin dia mahu dan perlu mencuba untuk merasai sesuatu yg dia tak biasa. For d sake of knowing d real life. Tak salah kan...? Ia subjektif.

Anyway... what's so good about wild cherries?

Ni yg sy jumpa dlm artikel en. google:

  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Ceri dari pokok liar lebih sesuai merawat batuk
  • Mengurangkan kesakitan dan kecederaan dalaman
  • Sangat bernilai mengubati penyakit kanser. Ada kajian yang mendapati ia mampu mengubati kanser sehingga 50%
  • Mengurangkan kesakitan dari penyakit artritis, gout dan sakit kepala
  • Merawat insomnia
  • Ceri antara buah-buahan yang tinggi sifat anti-oksidan (lebih tinggi dari buah-buahan beri dan anggur)
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Menjauhkan penyakit katarak (selaput mata)


Pictures speak louder than words.
Thank you dear... SUAMIKU HEROKU!
Thank you for every single thing n everything.
Semoga ada jodoh kita sampai syurga 
walaupun byk rintangan n cabaran
Cintaku Padamu Semerah Ceri
Hah.... satu tajuk lagi! Gila.

Err.. Pa! Tu ada tahi lalat posisi no. 51 kat tapak tgn kiri awak.
Smg dgn izin Allah hidup makmur & menyenangkan di usia senior
posisi tu ckp2 diorg, tp yg ni doa sy utk awak!

Aaamiiin Ya Robbal 'Alamin

Monday, October 13, 2014

Hidup Umpama Aiskrim?


HIDUP UMPAMA AISKRIM
NIKMATI IA SEBELUM CAIR

Cerita MAHAN...

MAHAN... your cousin si Firas dh tendang2 bola dgn Babah dia. Menantu pilihan Ummi si Che Bunga (erk, matiklah klu kena saman dgn LHN-Mak CB ni), pon dah merangkak kejar Roy. Awak ni msh nak bersenang. Cane nak ngorat Che Bunga utk Ummi ni!? 

Jgn buat dek je MAHAN. Lambat2 kamu merangkak nnti, si Che Bunga jatuh hati kat si Roy tu pulak! Ummi tak kira! Ummi ttp nak Che Bunga jadi menantu Ummi juga nanti!(err... asah story flow Che Bunga dan Inche' Bola je ni... hu hu). 

MAHAN dah mula merangkak sbnrnya. Tp dia 'penyegan'. Kekejap kang dia jatuhkan sml kedua lututnya. Engsot lagi. Dan sesekejap Ummi bgn, dia meraung. Naknya dia, Umminya ni duduk baring sblh dia je 24 jam. Adoi, mana blh cenggitu. 

Bila duk dlm walker, satu hal pulak. Meja mkn, sofa n almari sgl separas dia. Hbs semua brg ditarik. Pang pung, bedebush bedebash. Sib baik tak terbarai gula pasir n susu tepung Didik dikerjakan MAHAN. Almari kecik tpt simpan bbrp cawan n piring minum kopi, hbs dia selongkar.  

MAHAN juga ada pantang. Pantang nmpk makanan! Pantang nmpk org mkn! Semua dia bedal. Nasi, mee, kek, biskut, lauk. Yg paling MAHAN suka, aiskrim. Turun menurun dr Babang n Didik.

Tak pe lah MAHAN, kamu ni 2x5 CB je. Ada jodoh tak agaknye ni? Hu hu... Makanlah MAHAN. Sikit tak de hal lah insya-Allah. Apa2 bendapun kena bersederhana MAHAN. Kalau melebih tu yg mudharat. Lagipun askrim mmg tempting. Tak tahan betul dgn godaannya kan...? 

Maka, marilah kita nikmati aiskrim sblm ia cair & nikmati hidup selagi msh ada usia.

Notes to remember : Papa mrh bl sy kata nk carikan jodoh my boys. Papa kata 'Pandai2 awak je!?'. Alah... sy bkn ttpkan, sy harap je. Dh kebetulan hati sy jatuh kat si Dina n Che Bunga... hmm... utk Didik je tak jumpa calon lagi ni. Erk!?

Laugh when you can, APOLOGIZE WHEN U SHOULD, 
AND LET GO  OF WHAT U CAN'T CHANGE
Life's too short 2B anything... but meaningful happiness.

Sunday, October 12, 2014

Wayang Bayang

Baru2 ni, lps solat Maghrib, tgk mrk ni sdg main bayang2. Haish... membangkit memori sungguh.


Dulu masa kami adik beradik msh kecil, tiap kali abah blk kerja (abah sllu blk mlm, tp kami ttp tgu), dia buka baju, tak mandi @ mkan dahulu, abah peluk anak2 dia. Duduk atas katil, tutup lampu. Abah psg torchlight, hala ke dinding.

Our routine. Our version of bedtime stories.  Seronok sgt tgk wyg gmbr byg2 ni. Sambil buat gaya, mcm2 abah bercerita. He was such the best story teller...

Times up, waktu utk tidur. Abah proceed dgn urusan dirinya. Sy? Pura2 tidur. Nnt bila semua dlm rumah dh lena, sy bangun. Buat apa? Kemas umah. Gile? Tak. Sbb ms tu sy ahli Tunas Puteri. Terpengaruh dek legend story in Tunas Puteri tu ttg ahlinya ke perintisnya ke (x ingat) yg suka buat kerja tanpa pengetahuan org lain, kemas umah waktu semua org tidur. Esok semua org heran knp umah kemas sesgt. Angel came down from d star? Ibu... abah... angel tu Along la... hu hu

Abah... tengoklah... cucu2 abah tu pertama kalinya main byg2. Kekok sgt gaya mrk. Sian diorg, bah.... kalau Abah ada, mesti aktiviti ni lbh seronok sambil dgr cerita2 Atok. Especially cerita Si Kunang2 abah tu. I had that time once n I know how it feels. Nothing compares to that moment...

Abah tengoklah tu... Didik buat lawak, smpi nk masuk dlm bulatan cahaya... 

And MAHAN, kena paksa jd penonton... walaupun dia mcm tak brp nk suka... hah hah..

Okay boys... ini video yg Papa suh kamu tgk n try learn something from it ye...



“Tak ada satu hal pun tanpa bayang-bayang, 
kecuali terang itu sendiri.” 

Saturday, October 11, 2014

Throwback : Hati @ Eid Fitr 2014

Aidil Fitri dh lama berlalu. Aidil Adha pun. Raya korban thn ni tak de gmbr family. Lgpun, si Mimin warded di Tropicana Hospital. Aisehmen Mimin, raya2 awak duduk hospital pulak.

Tak de gambar, mcm x de kenangan. Sian MAHAN. Tak pe, Ummi ganti dgn cerita Aidil Fitri kita, boleh? Tapi... ohh... Aidil Fitri kita tahun ni pun x de warna kan....?

Memori : Few days before 1 Syawal lalu...

U : Pa... Ummi teringat kat Abah... sedih sgt...
P : Zikir, selawat... infaqkan utk Abah dan anak2 kita...
U : Ummi dah tak de abah...
U : Ummi dah tak de kampung halaman...
U : Ummi dah tak de byk saudara...
U : Ummi mcm tak de hati nak sambut raya tahun ni...
P : Me too...
P : Rasa mcm nak sambut raya di hospital...

Hospital n hidup sy sgt sinonim. Ibarat sweet escapism bila dlm persimpangan dilema. 

MAHAN x sihat few weeks sblm 1 Syawal tu. Tp dia berkorban n bertahan utk beri sy ruang bantu kelancaran tugas2 di jabatan dlm waktu handicapped. It was either 'berkorban' @ mgkn jg ia sesuatu yg sgt reconcile dgn sweet escapism kami... hmm....

MAHAN warded in DEMC on Friday for d'1st time, 2 days b4  1 Syawal. His left lung needed treatment.

Agaknya mesti MAHAN sdg fikir 'aku kena raya kat sini ke?' hu hu...

Babang n Didik had gone through this many times in their age.
I could see their faces of love n sympathy for their youngest kin.

We had our family break fasting in d room... 3 days in d row.

Obviously, slps ambil antibiotik n few other meds plus 2 hourly neb on the days, MAHAN kembali sihat. He slept very sound.  Alhamdulillah. 

MAHAN should spend another day in d ward. Yet, looking at Papa's gloomy face, MAHAN discharged mlm raya. Rwtn sambung di umah. Haru biru jiwa. Nak raya, ke tak...?  Slm ni suka je bila nk raya. Tp ini thn ulung, hati hlg bila nk raya. Acane?  

"Hati yg terluka umpama besi yg bengkok. 
Walau diketuk, sukar kembali ke bentuk asalnya..."

Sy manusia biasa yg hy tau ulit nombor n abjad. Bkn bar-bender. Hati ni di tgn DIA. Tutup n buka atas kehendak-NYA. Btpapun sy mohon, andai msh blm terbuka, skrip Hindustan kata 'dil kiya kare...?'. 

Notes to remember 111014: TQVM krn memudahkan penetapan pendirian sy. Now I know why I must always stick to my stand. Dear HEART, sorry ya for all the DAMAGES. N my dear BRAIN, YOU WERE RIGHT. Always right. Now, my heart finally told me 'enough is enough'. So RAN, learn your lesson n move on!  

Monday, October 6, 2014

Suamiku Heroku (Arysa Nasir) - Hadiah di Aidil Adha (I)

Bismillahirrohmanirrohim... 
Debaran msh, sentiasa n akan selalu ada. 

Sekurang-kurangnya few earliest feedback ini beri kelegaan n 'u light up my life' utk sy. If ever people could see how I smiled during Aidil Adha. 

Terima kasih! Terima kasih! Many more n more, tak terhingga, tak terbilang. Sebyk bintang di langit mlm. Kalaulah mampu sy petik bintang2 tu n hadiahkan kpd kalian yg sudi menyokong, mendukung, membaca, menerima, memahami n menerima SUAMIKU HEROKU dr Arysa Nasir, seadanya ia...

Terima kasih selagi hayat di kandung badan! Hu hu... 

Bro, I am seriously amazed by your digestion capabilities. 
Tq for sharing d same understanding with me. 
the way she is... 
TQVM for always be there for my works. 
I am very much n forever grateful...

Terima kasih utk Erin for your prompt reading n honest feedback. 
I owe you! Insya-Allah...

http://chien-puterirahsia.blogspot.com/search?q=Suamiku+Heroku
No matter who... 
TQVM, at least I got 4 stars for me to keep on dreaming, 
working n realizing!  



Di samping percubaan pertama msk nasi beriani di pagi Aidil Adha yg sy rs tak brp menjadi, yet Ibu loved it so much, comments di atas utk SUAMIKU HEROKU (Arysa Nasir) adalah hadiah istimewa utk sy di Aidil Adha. Terima kasih! Terima kasih! And forever terimalah kasih sy! hu hu...

Sy menunggu n akan sabar menunggu utk comments yg lain jika ada yg sudi. I really need the truth n honest n constructive comments. I am willing to take comments, come whatever them may.... sbb sy budak yg baru bertatih utk belajar n TQVM for helping me through.  

TQ Papa! 
This is d very 1st n d very special comment for Suamiku Heroku 
from d real n alive 'Suamiku Heroku'...
Terima kasih utk setiap pengorbanan yg awak beri utk saya... 
semoga ada izin Allah utk kita bersama sampai Syurga... Aaamiin...

Friday, October 3, 2014

Doa Untuk Mudah Ingat Bila Belajar

Sharing ni dh lama ada dlm draft. Dulu tense nye lain. Skrg kena guna tense n intonasi yg lain. Doa ini saya jumpa tertampal di dinding salah sebuah bilik Homestay TSP waktu kami kemas2 sblm masuk smtra bbrp bln lalu.  

Atr byk2 kenangan pahitnya, ini adalah yg manis dan baik. Tak apa kot sy share di FRAN. At least, kalau diamalkan, dpt juga pahala utk tuan/puan homestay TSP...


Bila baca doa, ia lbh khusyuk bila maknanya kita faham kan? Ia ayat ke-6 & ke-7 dlm surah ke 87 Al-A'laa (Yang Paling Tinggi). Ayat ke-6, 'sanuqri'uka fala tansa' tu biasanya diamalkan oleh org2 yg sdg menghafaz Al-Quran.

Terjemahannya spt dlm tafsir :

@ Kami akan membacakan (Al-Quran) kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa, 
kecuali kalau Allah mengkehendaki. 
Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang 
dan yang tersembunyi.

'Allahumma khirli wakh tarli'
Ya Allah, apa yang baik untukku, berikanlah padaku.

Aaamiiin Ya Robbal 'Alamin....


Ibu dah start puasa sejak semalam utk sampai ke puasa hari Arafah esok. Rasulullah saw bersabda, "Ia menebus dosa setahun yg lalu dan setahun yg akan datang." (Riwayat Imam Muslim).

Moga2 thn dpn sy dpt buat puasa hari Arafah.

Lusa Aidil Adha. Kejap lg Angah akan jemput Ibu blk kampung. Angah dah warning suh sy blk awal. Suh msk utk raya. Hmm, menu mrk punya, msk sy jg, cit! Tp sy msh blm pack. Kekejap lagi lah kot.

Syahdu pulak rasa. Aidil Adha... hari raya korban. Waktu2 begini setahun yg lalu... korban, mengorbankan, dikorbankan, berkorban, terkorban...utk sebuah pengorbanan.

Okay, Babang, Didik, MAHAN, anak2 semua n kita2 juga, nanti kita amalkan doa ni. Nak belajar bkn mudah. Kena minta Allah buka n terangkan hati. Susah payah menuntut ilmu (ilmu yg baik dan dimanfaatkan) tu pun satu pengorbanan. Juga berpahala.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Nota : Tetiba rasa nak bagi hadiah. Al-Fatihah utk mereka yg sdh pergi mendahului...

Wednesday, October 1, 2014

When They Sing Together, Maaflah jika ia tak sempurna...

October! Octoberian...? Only Dik Sah....

'Suamiku Heroku' sbnrnya quite good in drawing n painting. He loves singing very much too... eventhough kekdg salah tune... heh heh... sorry Papa...

Rasanya ia menurun kpd Babang n Didik. These 2 boys sgt suka melukis. N apparently they love singing too.

Boys, Ummi okay je kamu nak nyanyi. Asal seimbang dgn mengaji. Sejuk hati Ummi bila Babang n Didik menghafal surah2 lazim AL-Quran dgn bimbingan Papa. Ummi hrp ada umur utk sampai ke satu fasa solat berimamkan Babang & Didik nnt dgn bacaan surah2 yg kamu hafal n amal tu ye.

Suddenly rindu pd Ustaz Ishak (MRSMJ). Dulu tiap kali solat, mesti banjir airmata. Bacaan Ustaz dlm solat sgt-sgt-sgt... sgt tak terkata. Syahdu n menginsafkan. Masya-Allah, Subhanallah. Org yg baik sukar nak lupa kan...?

Tetiba sayu pulak. Phewww! Video ni senget n sy mmg tak pandai nk betulkannya. Maafkanlah jika saya tak sempurna ye... hu hu...

Lately addicted dgn drama adaptasi novel Achik Lana. Tetiap ptg rushing, tp sampai umah tetap juga dkt 7 lbh. Buku nya kat rak sy blm sempat baca, tgk TV dulu acilah ya? Papa kata Sara Ali tu comel n sy pulak rasa Fahrin nmpk getting older. Erk!

U : Cepat, cepat, cepat! TV3!
P : Apahal tu?
B : Ummi nak tengok Maaf Jika Aku Tak Sempurna....

Babang n Didik mmg dh arif sgt hobi baru sy ni. Redha je bagi sy pegang remote utk sejam kui kui kui...

Satu hari tu, Papa hampir tercekik waktu dinner bila dgr Babang nyanyi OST MJATS tu! Heh, yg tu menurun sapa? Jgn nak buat2 tercekik pulak ye Pa!


Alternatif utk diam2kan MAHAN bila Ummi drive
Kalau tak kang dia pusing sana sini pegang gear, stereng segala...
Didik... Didik... suka hatilah nak oi...

dedua cerita ni mcm tak berkait... tp sy kaitkan je la ye... 
harap dimaafkan! hiburan jgn sampai lagha udahle..

PAGEVIEWS