Pembukaan 2012, ku ditinggalkan keseorangan... heh heh.. tak ada maknanya...
Jam 10.00pm 31st Dis. 2011 Papa Nasir bersama abang sulungnya, Ayah Amin dan tekong bot Wak Pono telah menyusuri Sungai Selangor di Kuala Selangor untuk memancing udang. They spent their night and stepped into the 1st day of the new year di dalam bot.
Menyusur Sg. Selangor ini Papa Nasir kata kalau mudik ke hilir sedikit lagi akan sampai Kampung Kuantan yang terkenal dengan keindahan cahaya kelip-kelip di waktu malam. Dulu semasa bertugas dengan Tourism Selangor memang sudah biasa melihat Jabatan Produk & Tours menguruskan tempahan tiket ke tempat ini. Kalau mahu naik bot, susur sungai waktu malam untuk lihat cahaya kelip-kelip yang cantik samada boleh beli tiket, rasanya masih berharga RM10 di Kampung Kuantan atau boleh dapatkan di Tourism Selangor Seksyen 14 Shah Alam.
Hmm... secara tiba-tiba terkenang satu cerita yang Abah selalu perdengarkan kepada kami adik-beradik setiap malam sebelum tidur tentang 'sejarah' kelip-kelip atau sebelum ini saya panggil Kunang-Kunang. Ia memang antara aktiviti anak-bapa kami sewaktu dulu.
Mendengar cerita itu dulu, adik-adik saya akan akhirnya memeluk abah & tertidur. Tetapi saya akan menangis sehingga esok hari. Hari ini saya sedar saya tidak suka mendengar cerita itu! Ia sangat memedihkan hati. Semoga ia hanyalah cerita rekaan Abah semata-mata...
Sorry... ia hanyalah kenangan suatu masa dahulu kerana ia terbit bila Papa Nasir menyebut tentang kelip-kelip. Sudah ingat-ingat lupa...
Okay, back to Jelajah Joran mereka pada 311211-010112 yang lalu...
Tekong Wak Pono (pemilik bot) memulakan memulakan keberangkatan jam 10.00 malam 311211 bersama 2 'krew' hu hu |
Sungai Selangor... mujur tidak hujan sepanjang 12 jam mereka menyusur air mencari udang yang diidam |
Ayah Amin yang bersungguh memancing udang dari malam sehingga ke pagi. Papa Nasir kata dia sempat tidur malamnya itu... |
Udang galah yang menggembirakan Papa Nasir! |
Udang galah yang mereka dapat memang sangat besar... kepala pun sangat besar. Otak udang lah hai... |
Hasil pancing Papa Nasir membawa pulang 2 dozen udang galah... Alhamdulillah... |
wah sedapnye udang besa besa gituuu.. msti maniss
ReplyDeletemak aih...besornya. sedap ni...
ReplyDeletekalau wida..semangkuk tu mkn sorang jer..hehe
How do you make this dish? Can I know the recipe, pls>>>
ReplyDeleteIID, thank you for dropping by at FRAN. I'm not a good cook, it's only for family. But I've share it for you here ya, kalau tak sedap jgn marah hu hu:
Deletehttp://rysareesanasir.blogspot.com/2013/02/gulai-udang-boncit-papa.html