April is actually my favourite month. Tentunya kerana ia bulan saya dilahirkan. Sebabnya juga, April selalu jadi bulan raya ‘buku’. Dan, April tu tak tahu kenapa, cantik bagi saya.
Tapi dah few years, April menjadi momen duka bagi saya. Duka yg beri erti & kesedaran dalam hidup. Duka yg mengajar diri jadi lebih ingin mensyukuri kehidupan yg
dipinjamkan. Duka yg mengajar diri lebih memahami kesedihan, kehilangan, kekuatan & redha yg ikhlas.
Seperti tahun lalu, ulangtahun pd April kali ini juga dikelilingi
berita kepulangan. Ditakdirkan Allah ‘mengenali’ secara tidak langsung
dua orang saudara sesama Islam, saya ternampak-nampak hikmahnya.
Untuk Ibu Arissa yg telah pulang pd April 20, semoga segala
kesakitan terubat bila berada hampir dgn Arissa Adni, dgn izin Allah. Melihat other half nya yg masih review blog arwah, terlihat sekeping hati suami yg kesedihan & kesunyian. Dan... terus terbayang, apakah Pa pun satu hari nnt mampu nak lihat semula diari-diari hati saya dlm FRAN... :-(
Untuk seorang lagi cancer fighter, Nor Azlin yg akhirnya juga berundur
diri pd April 29, lebat airmata saya, pasti lebat lagi airmata separuh jiwa yg
ditinggalkan permaisurinya, anak-anak yg ditinggalkan bondanya, juga
keluarga & teman2nya yg turut sama menanggung rasa.
Tak tertanggung luluh
hati saya, orang yg tidak pernah ‘kenal langsung’ & tiada pertalian, pasti
lebih luluh hati Armin, Arissa & Anisa yg harus meredhakan pemergian. Walau hati yg
luluh itu sudah dipupuk redha & ikhlasnya.
Satu kebetulan (atau apakah ia suratan) yg nyata, pd takdir ‘pertemuan’ kehidupan kami ini, ada nama Arissa yg mengiringi sebuah hikmah.
Sentiasa ada ‘Arissa’ utk Arysa…
Terima kasih Allah, ‘temukan’ saya dgn saudara saya yg berdua ini.
Terima kasih Allah kerana terus memupuk ingatan & sedar pd penantian sebuah ‘kepulangan’ yg pasti
akan menjemput suatu masa nanti.
Saya cuma berharap diizinkan Allah utk melangsaikan bbrp perkara
dlm hidup sblm dipanggil pulang. Berdoa agar sempat mengumpul bekal
sebelum hari amalan dihitung. Bermohon waktu utk melihat anak2 berdikari, tanggungjawab & tugas dunia saya tertunai semampu daya, dan
mungkin juga untuk sempat melihat Daisy serta dua tiga lagi manuskrip saya duduk di atas
raknya. Dan entah kenapa tiba2 ada hasrat baru semalam untuk hasilkan senaskhah
skrip dari baby-books saya yg ada… andai ada izin-Nya.
Selamat jalan April'2018.
Selamat berehat saudara-saudaraku.
Hanya Al Fatihah yg mampu dariku.
Tak ditakdirkan hampir di dunia, moga di sana nanti ada peluang kita bertegur sapa.
Allah pasti sentiasa menjaga orang-orang tercinta yg kalian
tinggalkan.
Suatu waktu yg pasti, akan berkumpul jua, InsyaAllah.
‘Mengenali’ Nor Azlin dari jauh, saya belajar darinya dan akan terus memegang redhanya :
‘Biarlah semuanya berjalan apa adanya, berlalu dengan semestinya, dan BERAKHIR dengan seharusnya…’
Angah : Skrg ibu selalu sedih, dia dah terasa masa dah semakin dekat.
(Allah... kurniakanlah kami lebih waktu & upaya untuk membahagiakan Ibu.)
Tahniah baby, team Mica Oma baby menang juga.
(RAN vs baby MAHAN - sbb RAN dulu & skrg fanatik Siti Sarah :-)
I knew it from the start Elvira pasti juara. She's good. Alina 'bagus' tapi saya tahu dia takkan sampai stage tu. Ntah kenapa. Cuma mlm tadi, my personal view, vocal Alina lebih 'kemas'. Atau, mungkin juga telinga saya senget & misheard Elvira sbb mata basah mengenangkan Lin malam tadi. Lagu2 diorang pun, alahai... macam tahu2 je melodi hati Arissa & Arysa ni.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.