Mid day Jumaat... hujan. Sama hujan dgn hati saya... Anak2... Ummi harap kamu tahu Ummi syg kamu. Moga Allah jaga kamu, samada di depan mata atau ketika jauh dari pandangan Ummi.
FRAN, tlg simpan memori awal Zulhijjah kami tahun ini ya....
He turned 49 on last Aug 13th. Hectic routine. Kek pun buat lepas Isya'. Simple je. Siap, about 15 minutes before 12 midnite untuk sampai tarikh tu, kami gather sekejap kat beranda tepi. Kids perlu tido segera, sbb esoknya Isnin, hari sekolah.
Babang baca doa utk Pa. Didik pun menambah sebaris dua. Baby MAHAN? Gelak je sbb tak sabar nak kacau kek Papanya.
Pa, happy birthday. Thank you for everything. We will always love you, semampu kami... selama mana diizinkan Allah. Semoga berkekalan dinaungi rahmat & kasih sayang Allah.
13th Aug 2018 @ 1 Zulhijjah 1439H juga... Allah panggil seorang closest cousin, pulang. Dia yg buka ruang pertemuan dgn seseorang yg inspired watak Darian Hamdan dlm Che Daisy. Dia juga yg redhakan leraian pertemuan itu. Bahkan dia jugalah saksi nikah saya & Pa. Dia, abang yg ambil berat ttg saudara dlm caranya sendiri. Sudah selamat pulang, abang. InsyaAllah, masa kami akan tiba utk menyusul nanti...
Dlm waktu yg sama, kena bedrest di rumah juga. Redakan batuk & dizziness. Boring tak buat apa. Tambah pula dlm hati ada mcm2 rasa. Papa, dlm sibuk & penatnya, usaha juga berdikit utk ruang ini... terima kasih Pa.
Belum sepenuhnya siap lagi. Hanya mampu guna leftover ceiling material projek Pa, botol2 yg tak digunakan & pasu dari kedai Eco. Itupun sejak jambatan tu siap, baru tahu ada kedai Eco @ kedai RM2 kat seberang sana. Teruknya saya...?!
RJ tu, sumbangan Kak Ina, jiran lama.. tq kak. Ada juga Pa minta dari rumah jiran TH sikit. Harap2 Allah izinkan RJ ni meriah dlm pepasunya. Utk theraphy mata & hati. Utk divert keletihan & stress harian, memoga...
Hopefully juga, kucing2 segan dgn gigi gegarpu tu. Tips dari kak Ina. Kalau tak buat begitu, nanti sakan la kekucing jiran dtg buang air dlm pasu. Dah byk tanaman kami mati di'watery'kan kekucing jiran.
Bukanlah salah kucing. Dah namanya kucing, gitulah perangainya. Nabi suka kucing, Tak salah pun nak pelihara kekucing. Tapi... jagalah baik2. Siapkanlah kelengkapan & kemudahan sewajarnya utk peliharaan. Jgnlah hingga jiran rasa annoyed & teraniaya dgn kencing & tahinya yg merata2 dlm pasu & kwsn rumah. Tak baik tau... kesiankan la kami yg 'alergy' dgn kekucing ni.
Bukan mudah utk terus saling bersabar menjaga hati ni. Tapi, as long as boleh tolerate, insyaAllah kami tolerate je la.
Hmm... we really missed our left & right neighbours at TPR2. Dianugerahkan jiran yg baik itu rezeki. Yg menguji itu juga sebenarnya ada lah tujuan Allah utk kita. Ya lah...
Begitulah catatan memori Zulhijjah kami tahun ini...
Kenapa rasa hati ni semcm je lately...?
Longing for something... or someone?
Moga Allah pelihara kita semua dalam sejahtera-Nya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.