Thursday, August 9, 2018

Diary Che Daisy - Small Family

Been little bit ill this week. Kalau dulu, sakit teruk pun masih reluctant pergi klinik. Walau dpt arahan warded, still insisted to sort things out kat office dulu. Skrg, bila badan terasa lain, cepat2 jauhkan diri dari kerja. Cepat2 bedrest. Ya, at this level of age, saya mungkin prioritize kesihatan sedikit lebih berbanding hal lain. Kalau diri sendiri tak terjaga, mcm mana nak jaga urusan lain kan...? 

Tambah2 skrg kena jaga baby girl ni pula... Che Daisy :-)

Bila Che Anis bagi tau Che Daisy nak lahir, we kept talking about ‘expecting a baby girl’ in the house. Kami kata, baby daisy comel. Baju dia warna kuning. Ada bunga & rama2 kat atas kepala dia J

Mulanya baby MAHAN tantrum, nangis, jealous sgl. Lama2 dia redha. Boleh tolak ansur. Mahu dipanggil abang baby kpd baby daisynya. Alahai, anak kecik Ummi ni...

Hari pertama bawa che daisy balik rumah…

U : Baby, hari ni Pa & Mi dah amek baby daisy tau…
B : Baby daisy? Mana baby daisy?
U : Ada dlm kete… biarlah dia dlm kete je.
B : Hah? Dlm kete!? Umi pegilah amek baby daisy! (persistently insisted)

Bila Pa handed over daisy to him...
B : Ini bukan baby!
P : Baby la tu... baby daisy. Kan baju dia warna kuning, ada bunga, ada rerama.
B : Tapi knp dia tak de kepala? Tak ada tangan. Tak ada kaki pun…?

Babang & Didik tergelak. Ya, dia tak ada kepala, tangan & kaki. Sbb dia cuma sebuah buku yg kita namakan MENUNGGU DAISY HATI @ Che Daisy. Baby girl kita. Yg Ummi impikan lahirnya sejak 17 tahun yg lalu. Alhamdulillah, d'3 brothers love daisy so much like their own real baby girl. 

Sejak ada baby girl kecil ni, rutin sedikit berubah. Berbanding selalu, masa dgn hp lebih sedikit. Rupanya baby MAHAN terasa hati. Suatu malam, dia berbaring utk tidur...

B : Ummi, cepatlah baring dgn baby. Baby nak tido dgn Ummi
U : Baby baring dulu... Ummi tgh jawab soalan pasal baby daisy kejap ye
U : Baby baca doa tido dulu ya...
B : Hmm... Ummi ni sekarang asik dgn handphone je... (rungutnya perlahan)

Kemudian, baby MAHAN lelap sendirian. Allah... terasa bersalah sungguh. Maafkan Ummi ya abang baby. Ummi janji tak buat lagi. Mcm manapun Ummi happy dgn kelahiran che daisy, kasih sayang Ummi pd kamu tetap lebih sejati.



I am so blessed my boys share d'same excitement about these baby books. Satu hari nanti, bila Ummi dah tak ada, moga baby books ini akan selalu jadi atr memori kamu dgn Ummi ya...

Mgu lepas Didik kata,
D : Ummi, pinjamkan saya satu buku, nak bawak pi sekolah
U : Nape?
D : Kawan saya tak percaya saya cakap Ummi saya tulis buku cerita
D : Dia suruh bawak bukti.

Adoi Dik, tak yah susah2. It does not matter much, dear. Yg penting, Didik nmpk baby books tu atas rak di rumah kita setiap waktu. Dan kalau bertuah, bila pi kedai buku pun, nampak juga. It's all that matters la sayang...


Dan Pa Che Daisy ni, sgt-sgt busy lately cari rezeki utk keluarga. Bila Allah kurniakan rezeki, non-stop dia attend tugasnya. Kadang kesian tgk dia. Nmpk penat sgt (nak ajak tgk che daisy kat nursery pun tak sampai hati. Nak ajak tgk wayang cerita Pulang pun serba salah hu hu). 

Nak buat mcm mana. Andai mmg begini hidup kita Allah aturkan, terima dgn Alhamdulillah. Yg penting, jujur dlm hidup. Bahagiakan anak & isteri seikhlas hati, moga dgn izin Allah, terbaiklah tempatmu di sisiNya, wahai suami.

Slps bbrp lama, baru hari ini dia dpt reward dirinya sendiri di kolam pancing. Hmm... sukanya Pa dpt kerapu gergasi tu!

Che Daisy, 2 ekor kerapu tu Pa tak bawa balik utk awak ye. Sbb Umi kurang berkenan dgn rupanya. Jenahak tu je yg blh bawa balik utk dinner kita :-)

#MenungguDaisyHati
#CheDaisy
#KerapuGergasi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS