Mcm dah lama tak simpan diari ttg OMG. Dah lama juga Mumi tak sempat nak attend pokok2 kat OMG Mumi tu. Tambah dgn musim panas skrg, kesian pepokok... kering kontang tanah. Pokok bayam brazil PaMi pun byk yg dah kekurus meninggi je. Tak gegemok gebu mcm dulu.
Since Khamis 03092020, Selangor ada krisis air mengejut sbb pencemaran. Makanya ramai yg tak dpt standby. Alhamdulillah, kami insyaAllah kalaupun berlaku krisis bekalan air, 2 tangki di rumah masih boleh cover keperluan kami (jika berjimat cermat) utk tempoh 2 minggu.
Ahad 6hb tu, air dah mula sampai ke rumah walaupun slow. Maka, Mumi pun bila siram pepokok, teruslah terajin replant bayam brazil sepasu dua. Kemudian replant pokok kesum sepasu lagi.
Sbbnya Mumi geram & ralat bila minggu lepas nak masak asam pedas tetiba bekalan daun kesum tak cukup. Ada sepasu kecik yg baru nak hidup. Dptlah dlm 5-6 tangkai. Grrr.... dedulu byk, tapi bila dah over supply mcm tu, Mumi rimas & clearkan. Skrg, tak cukup pula nak guna. Maka, Mumi berazam nak replant. Tapi tak cukup supply benih la pulak hu hu...
Godek FRAN, ternampak diari ni yg Mumi simpan lama dlm draft. Okey, che kesom... kita throwback ye... sbb Mumi rindukan awak...
16 December 2018
Satu hari pergi jln2 cuci mata di nursery. Nampak pokok kecil nama Garuda. Cium sikit. Wek! Serius busuk! Dan-dan tu nak muntah & sakit kepala sgt2. Cecepat pergi ke section polibag kesum. Petik daunnya & cium. Wangi kesum bantu rawat pening lalat saya.
Owner nursery kata ramai org India & China suka beli pokok Garuda sbb boleh hilangkan masalah & penyakit. Eg kalau anak asyik menangis, letak pokok Garuda berhampiran, nnt budak tu berhenti menangis. Erk!? Mistiknya? Tak apalah. Blm rasa nak letak Garuda di OMG. Kesian che bunga & che sayur saya nnt pening dgn bau dia.
Balik dr nursery hari tu, dok mengadap Che Kesum. Cerita dgn dia pasal Garuda yg busuk. Ini Che Kesum OMG setakat 13/12/2018. Setiap hari senyum pandang dia. Rasa bahagia sgt...
Dah bbrp kali petik semua pucuknya buat masak asam pedas. Cepat je dia naik & sihat walafiat. Dulu masa memula tanam, adeh mcm hidup segan mati tak mahu je dia. Letak sepasu lagi kesum batch pertama OMG tu di sebelahnya. Moga termotivasi juga dia utk sihat spt kesum di tepi pagar tu.
Yg sbnrnya kwsn tu agak strategik utk kesum. Dpt cahaya matahari pagi sekejap. Dan tempat turun air dari beranda kalau hujan @ kalau basuh beranda tu. Kesum kan suka tempat agak teduh tapi msh perlu sedikit cahaya matahari utk berfotosintesis. Dan dia suka pd kelembapan tinggi :-)
Section ni asalnya semai ulam raja. Tumbuh juga, tapi tak setara dgn tumbesaran section sebelah satu lagi. Sbbnya sebelah sini mmg redup, lgsg tak kena matahari. Ulam raja tu jadi bantut. Oleh krn tak mau dera ulam raja tu, Mumi cabut & gantikan dgn che kesum je. So far, so good. Tumbuh elok, segar je. Nnt nak tgk sama sihat mcm yg di tepi pagar sebelah sana tak...?
Nama botani kesum ialah Polugonum minus. Disebut juga daun cenohom. Katanya kaya dgn beta keroten, vitamin A & C, kandungan mineral - kalium, kalsium & fosforus. Bersifat antioksidan & antimikrob, herba bersifat panas & dikatakan alternatif yg baik utk :
Air rebusan daun kesum juga katanya bantu rawat masalah keputihan & juga minuman utk wanita lepas bersalin. Sbg alternatif rawat panau pula, katanya boleh campur secekak daun kesum dgn sedikit minyak tanah & gosok pd bhgn berpanau setiap hari hingga sembuh. Wallahualam.
Terbaharu Mumi cucuk batang kesum ke dlm polibag. Ntah knp suka sgt tanam kesum pulak. Sampai Pa naik hairan...
P : Nak buat apa tanam kesum bebyk ni?
U : Tak apalah...
U : Tanam dlm polibag je pun, mana tau ada yg nak nnt...
U : Kita boleh sedekah kan...?
P : Hmm... bijak... bijak...
Yg sbnrnya, Mumi excited sbb kesum dh serasi dgn Mumi. Cucuk je jadi. Kekunun dah jadi manusia tangan sejuk la hu hu. Lagipun, pokok kesum ni kita selalu guna. Selain guna sendiri, boleh juga jadi sumber pahala kalau sedekahkan pd org yg memerlukannya.
Nak sedekah duit, belum berlebih. Nak sedekah bebarang, kita pun cecukup pakai. Nak sedekah kudrat, dah tak berapa ada daya. Cane? Ini je lah harapan yg ada hu hu.
Yg pentingnya Mumi sayang che kesum sbb baunya wangi!
Dan baru terbaca juga, pucuk daun kesum elok dimakan mentah sbgi ulam waktu mkn nasi. Baik utk kekalkan stamina, kekalkan kesihatan & awet muda! Wah!
Okeh! Nanti Mumi cucuk lagi keratan kesum dlm polibag biar tumbuh baaaaaaaanyak-banyak! :-)
#daungarudaygbusuk
#daumkesumyangwangi
#septemberselangorkrisisair
#2nddayalaminrehatkanstudents
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.