Showing posts sorted by relevance for query Kesum. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query Kesum. Sort by date Show all posts

Monday, September 7, 2020

OMG : Che Kesum vs Garuda (II)

Mcm dah lama tak simpan diari ttg OMG. Dah lama juga Mumi tak sempat nak attend pokok2 kat OMG Mumi tu. Tambah dgn musim panas skrg, kesian pepokok... kering kontang tanah. Pokok bayam brazil PaMi pun byk yg dah kekurus meninggi je. Tak gegemok gebu mcm dulu.

Since Khamis 03092020, Selangor ada krisis air mengejut sbb pencemaran. Makanya ramai yg tak dpt standby. Alhamdulillah, kami insyaAllah kalaupun berlaku krisis bekalan air, 2 tangki di rumah masih boleh cover keperluan kami (jika berjimat cermat) utk tempoh 2 minggu.

Ahad 6hb tu, air dah mula sampai ke rumah walaupun slow. Maka, Mumi pun bila siram pepokok, teruslah terajin replant bayam brazil sepasu dua. Kemudian replant pokok kesum sepasu lagi.

Sbbnya Mumi geram & ralat bila minggu lepas nak masak asam pedas tetiba bekalan daun kesum tak cukup. Ada sepasu kecik yg baru nak hidup. Dptlah dlm 5-6 tangkai. Grrr.... dedulu byk, tapi bila dah over supply mcm tu, Mumi rimas & clearkan. Skrg, tak cukup pula nak guna. Maka, Mumi berazam nak replant. Tapi tak cukup supply benih la pulak hu hu... 

Godek FRAN, ternampak diari ni yg Mumi simpan lama dlm draft. Okey, che kesom... kita throwback ye... sbb Mumi rindukan awak...


16 December 2018
Satu hari pergi jln2 cuci mata di nursery. Nampak pokok kecil nama Garuda. Cium sikit. Wek! Serius busuk! Dan-dan tu nak muntah & sakit kepala sgt2. Cecepat pergi ke section polibag kesum. Petik daunnya & cium. Wangi kesum bantu rawat pening lalat saya. 

Owner nursery kata ramai org India & China suka beli pokok Garuda sbb boleh hilangkan masalah & penyakit. Eg kalau anak asyik menangis, letak pokok Garuda berhampiran, nnt budak tu berhenti menangis. Erk!? Mistiknya? Tak apalah. Blm rasa nak letak Garuda di OMG. Kesian che bunga & che sayur saya nnt pening dgn bau dia.

Balik dr nursery hari tu, dok mengadap Che Kesum. Cerita dgn dia pasal Garuda yg busuk. Ini Che Kesum OMG setakat 13/12/2018. Setiap hari senyum pandang dia. Rasa bahagia sgt...


Dah bbrp kali petik semua pucuknya buat masak asam pedas. Cepat je dia naik & sihat walafiat. Dulu masa memula tanam, adeh mcm hidup segan mati tak mahu je dia. Letak sepasu lagi kesum batch pertama OMG tu di sebelahnya. Moga termotivasi juga dia utk sihat spt kesum di tepi pagar tu. 

Yg sbnrnya kwsn tu agak strategik utk kesum. Dpt cahaya matahari pagi sekejap. Dan tempat turun air dari beranda kalau hujan @ kalau basuh beranda tu. Kesum kan suka tempat agak teduh tapi msh perlu sedikit cahaya matahari utk berfotosintesis. Dan dia suka pd kelembapan tinggi :-)


Section ni asalnya semai ulam raja. Tumbuh juga, tapi tak setara dgn tumbesaran section sebelah satu lagi. Sbbnya sebelah sini mmg redup, lgsg tak kena matahari. Ulam raja tu jadi bantut. Oleh krn tak mau dera ulam raja tu, Mumi cabut & gantikan dgn che kesum je. So far, so good. Tumbuh elok, segar je. Nnt nak tgk sama sihat mcm yg di tepi pagar sebelah sana tak...?

Nama botani kesum ialah Polugonum minus. Disebut juga daun cenohom. Katanya kaya dgn beta keroten, vitamin A & C, kandungan mineral - kalium, kalsium & fosforus. Bersifat antioksidan & antimikrob, herba bersifat panas & dikatakan alternatif yg baik utk :


Air rebusan daun kesum juga katanya bantu rawat masalah keputihan & juga minuman utk wanita lepas bersalin. Sbg alternatif rawat panau pula, katanya boleh campur secekak daun kesum dgn sedikit minyak tanah & gosok pd bhgn berpanau setiap hari hingga sembuh. Wallahualam.



Terbaharu Mumi cucuk batang kesum ke dlm polibag. Ntah knp suka sgt tanam kesum pulak. Sampai Pa naik hairan...

P : Nak buat apa tanam kesum bebyk ni?
U : Tak apalah... 
U : Tanam dlm polibag je pun, mana tau ada yg nak nnt...
U : Kita boleh sedekah kan...?
P : Hmm... bijak... bijak...

Yg sbnrnya, Mumi excited sbb kesum dh serasi dgn Mumi. Cucuk je jadi. Kekunun dah jadi manusia tangan sejuk la hu hu. Lagipun, pokok kesum ni kita selalu guna. Selain guna sendiri, boleh juga jadi sumber pahala kalau sedekahkan pd org yg memerlukannya.

Nak sedekah duit, belum berlebih. Nak sedekah bebarang, kita pun cecukup pakai. Nak sedekah kudrat, dah tak berapa ada daya. Cane? Ini je lah harapan yg ada hu hu.

Yg pentingnya Mumi sayang che kesum sbb baunya wangi!

Dan baru terbaca juga, pucuk daun kesum elok dimakan mentah sbgi ulam waktu mkn nasi. Baik utk kekalkan stamina, kekalkan kesihatan & awet muda! Wah!

Okeh! Nanti Mumi cucuk lagi keratan kesum dlm polibag biar tumbuh baaaaaaaanyak-banyak! :-) 


#daungarudaygbusuk
#daumkesumyangwangi
#septemberselangorkrisisair
#2nddayalaminrehatkanstudents

Thursday, November 1, 2018

OMG : Asam Pedas - Daun Kesum @ Bunga Kantan?

Bila joint FB Kebun Bandar, mcm2 perkara saya belajar. Kekadang gelak sendiri dgn komen2 diorang. Jenis yg blh tolerate dgn humor tu okaylah. Mcm cerita pokok kesum ni. Tuannya tanya knp pokok kesumnya menjalar tak menegak? Salah tang mana? Ada commentor jawab, cuba nyanyi lagu Negaraku kot2 dia nak tegak. Adeh...

Barulah tahu kesum ada 2 jenis - menegak & menjalar. Yg menjalar, daunnya besar, warna hijau agak pekat & kesat. Bau lebih kuat. Oh, no wonder la daun pokok kesum saya comey2. Dok la tanya dia hari2, 'awatla hang ni che som? cinonet manjang? bila nak gemok?'. Rupanya jenis menegak ni daun lbh kecil & krg baunya.

Pokok kesum sepasu ni beli di nursery Sg Buloh. Masa tu tak reti lagi nak tanam sendiri. Asalnya letak  di ruang laundry. Hidup je. Tapi mcm kesian, tak gemok mcm che puan yg jaga dia. Kak Mah kata, selalu potong & cucuk ke tanah. Nanti kalau biar lelama, takut mati.

Alih ke beranda sisi, biar kena matahari sikit.
Mcm okay sikit keadaannya, tp msh tak gemok :-) Redha je la...

Saya google la cara biakkan pokok kesum. Jiran lama, Lani pun bagi tips juga. Tq Lani!


1st experiment tumbuhkan akar keratan kesum. Alhamdulillah, selepas 2-3 hari keluar akar! Haish, Tuhan je yg tahu bahagianya. Gardening is not just an art. It is indeed happiness!

Kami turunkan ke tanah guna bekas sabun terpakai. Bekas tu Pa dah siap2 tebuk lubang supaya akar pokok kesum blh menjalar turun ke dlm tanah nantinya. 


Tapi growth mcm agak lambat. Daun pun bit yellowish. Bila fikir2 silapnya & agreed with Pa, saya tambah tanah supaya lebih tinggi. Baru nampak pulih. Ala.. sorrylah Che Som. Ummi ni newbie in gardening. Maaflah kalau kamu sengsara sekejap ya. Ni dah getting better kot kan?  Ke kamu tak suka direct sunshine? Tak pe... let me observe you bit longer ya. Jadi tahan lasak la sikit Che Som :-)

Kemudian tried cucuk lg btg kesum dlm tanah di polybag. Letak atas tanah (dgn niat biar akarnya nnt tau turun cari tempat dlm tanah ground tu), tepi pagar, bwh rimbunan pokok pucuk ubi kesayangan saya. Bit shady for Che Som there. Wah! Cepat naik! Hijaunya pun cantik. Much better dari Che Som dlm bekas sabun tu.

Gambar last week ... skrg dah semakin tinggi. Happy sgt!
Ooooo.... kamu suka shady place ya? Tak pe, Ummi sengaja nak didik Che Som dlm keadaan bervariasi. Eksperimen! :-)

Azam nak jaga pokok kesum ni sbb nak msk asam pedas guna bhn dr laman OMG sendiri. 2nd dish yg disukai family. Sblm ni tak pandai masak asam pedas. Few times & recipes tried. Tak juga dpt taste yg acceptable  di tekak sendiri. 

Last weekend tried one more time. Altered resepi yg diguna. Kali ni tak letak air asam jawa. And, I guessed it suits our preference better. Alhamdulillah, Pa kata dah lulus msk asam pedas.

Another tip dari Lani, kalau msk asam pedas, guna salah satu je either bunga kantan @ daun kesum. Kalau guna both, nnt diorang confuse nak bg rasa yg mana. Kelakar, tapi it worked for me. Patutlah slm ni letak sgl benda, ttp tak dpt rasanya. Tq Lani for always helping this sister. Semoga Allah beri sgl kebaikan buat Lani di atas kebaikan hati Lani tu...

Asam pedas siakap pancing (ku fikir jenahak) versi RAN. Rupanya ala-ala kari, tapi it's indeed asam pedas :-)

Asam pedas ni saya masak few weeks ago. Guna bunga kantan beli di kedai. Tak guna bunga kesum dari OMG spt selalu. Mcm kedekut nak guna Che Kesum sbb nak diorang sihat menggemuk dulu.

Weekend baru ni pula Bik Mah htrkan bbrp tangkai daun kesom. Buat benih katanya. Daunnya ya hijau pekat, bebesar & kesat. Ha, ni mesti jenis menjalar! Dah selamat cucuk dlm 3 polybag. Harap2 berjaya hidup.

Wahai Che Kesom @ Persicaria Odorata sayang, tumbuhlah & membesarlah dgn sihat & bahagia ya...

Asam pedas pilih yang mana?
Daun kesum atau kantan?
Pilihlah salah satu sahaja
InsyaAllah sedap dimakan! 

#ourminigreen
#daunkesum
#asampedas

Monday, December 10, 2018

Kebun Komuniti Seksyen 20

11 November 2018

Pagi, boys ada program di Al Amin. Selesai sign report card Didik di Al Amin, mereka nak stay di sekolah utk Kanival hujung tahun. Masih berbaki 2 jam sblm mula kenduri kahwin anak boss di Taman Botani. 

"Pa... tak ada kebun sayur ke nursery bunga ke kat area sini?"
Pa dial kawannya... :-)


Aktiviti biasa dlm kapasiti yg mampu... 
kita cari tempat yg boleh beri terapi mata, hati & jiwa sekejap! :-)

Mereka dlm proses re-plant sbb musim hujan menyebabkan kebanyakan batas tanaman terjejas.


Geramnya tengok batas Pegaga Jepun ni! Gemuk-gemuk! Majmuk dgn pokok bayam brazil. Mungkin tak boleh campur begitu kot, sbb bayam brazil nya jadi kekecil daunnya. Mungkin kalah.

Feeling mcm naik kebun sayur di CH walaupun masa tu panas teriknya ampun...
Hari tu mereka sdg buat clearance batas. Nak buang je pegaga (saya panggil pegaga gajah sbb gemuk) & bayam brazil tu. Kami disuruh ambil je brp byk yg mahu. Selain ambil sedikit pegaga utk buat ulam kat rumah, Pa minta izin utk cangkul setompok pegaga dgn tanahnya sekali. Kita tanam kat dlm pasu di rumah ye! Happynya!

Seorg kakak tu dikatakan pakar menyemai tumbuhan & pakar menyediakan medium tanah utk semaian. Waktu tu dia sdg semai pokok kesum :-)


Katanya Pokok Ginseng. Rasa dlm satu polibag kat rumah ada pokok cenggini. Tunggu dia besar sikit, baru compare dgn gambar ni, sama tak nanti...





Sebelum balik tu, sekumpulan pelajar UiTM dtg buat interview & kajian :-) 
Bestnya zaman belajar...

Sayur2 di sini boleh dibeli. Nanti mereka timbang utk tentukan harga. Tapi jauh lebih baik dari harga pasar n kedai rasanya. Kami hari tu sekadar dianggap pelawat. Ambil pegaga & belalai gajah diberi FOC. Byk batas lain sdg dlm proses replant. Utk hargai penat lelah mereka, beli seplastik asam keping buatan mereka sendiri. Bakinya yg kecil kami 'wakafkan' je utk kebun. Itu saja kemampuan kami... 

Semoga Kebun Komuniti Sek 20 semakin murah rezeki, hijau & subur & semakin maju!

Haish, lain sungguh direction hidup kebelakangan ni.
Tak apalah... janji direction tu tak susahkan & tak mudharatkan orang lain...

Last week, jiran cum kawan sekerja datang ambil bunga matahari utk anaknya. Excited dia lihat pokok kesum yg comel di tepi pagar. Katanya tanam belum pernah berjaya. Mujur ada bbrp polibag pokok kesum bawah pokok ubi. Hadiahkan buat dia.

Beri juga benih kacang panjang renek & sepasu pokok terung antik. Bahagianya saya bila lihat dia gembira sgt2. Dia pula bersungguh membalas dgn bbrp keping belacan & keropok yg dibeli suaminya ketika outstationed ke Terengganu. Alhamdulillah, dptlah isi perut smtr tunggu Pa & boys sampai dari kampung mlm tu :-)

Org berbudi kita berbahasa. Org memberi dptlah juga kita merasa. Kegembiraan org, kalau betul caranya biarlah juga jadi bahagia kita. Begitulah sepatutnya nilai murni Islam yg dibawa. Adakala tak boleh jadi Melayu sgt...  

Monday, May 27, 2013

Hijau dan Berguna

Hari ni sy tak larat pi kerja. Tak sedap badan, sore throat, sakit kepala n rasa nak collapsed. Dari 2 minggu lepas saya rasa mcm ni. Pagi tadi kerah jg tenaga sediakan lunch in advance. My boys dah pandai berdikari. Babang ambil sendiri honey star dr dlm peti sejuk dan minta saya buatkan milo utk ganti susu HTL yg blm sempat di re-stock. Mereka 2 beradik sarapan bsm sambil sy sudahkan basuhan.

Pi klinik tadi ditemani Babang n Didik. Saya pun berdikari utk seminggu ni hu hu. Lung, blood pressure n sugar saya all clear n normal. So, what caused this dizziness? Doc suruh saya obey monthly check up. Hmm.. saya baru ponteng last 15th nye. Doc worry saya overdose camazol dan dpt hypothyroid pula. Doc said I gain weight a lot.

Hmm... tak mohlah fikir lagi. Saya nak buat terapi sekejap. Tulis diari dlm FRAN.... about what I did last weekend... hu hu...

Saya pnh simpan surrounding view di rumah my inlaws sblm ni. Kali ni nak simpan kenangan di rumah Ibu dan Abah pula lah. Last Saturday, pagi2 saya dh bangun. Rindukan suami sy yg sdg brd di Taipei hu hu... mengada2. Breakfast dah siap, tapi org dlm rumah ni msh dlm bedroom memsg. Cuma saya, Ibu dan Bibik je yg dh sibuk dgn urusan dapur. 

Hati rindu saya bawa berkeliling rumah. Agak lama saya tak balik. Byk dh pepokok baru dan kebun kecil Ibu yg baru diusahakan. Knplah Ibu dan Bibik bersusah payah tnm pokok bunga, serai, kunyit, pisang dan mcm2? Jawapannya : It's actually therapy for them. Aktiviti yg menenangkan perasaan.... sama spt sy tenangkan perasaan dgn membaca, mengaji dan dgr muzik.


Pokok pandan - khasiatnya DI SINI hu hu... malas nak type hu hu
tapi biasanya kita jadikan pewarna atau pewangi dlm masakan kan...?
Atau hiris halus2 utk jadikan renjisan bunga
waktu  majlis kahwin n cukur jambul...
err.. Papa selalu simpul2 daun pandan dan letak dalam kereta -
elakkan lipas dan biar kereta bau wangi semulajadi.
Ada bbrp pokok limau di sekeliling rumah Ibu. Buahnya byk spi melendut...
sy pnh diketawakan krn ambil daun limau ni sbb sy ingat ia daun limau yg sy sll guna bila msk tomyam... kesian saya... hu hu...
Pokok daun misai kucing - elok untuk kurangkan tekanan darah, lawaskan air kecil, anti peradangan, sakit buah pinggang peringkat awal, batu karang n diabetes.
Pendek kata Ibu panggil ia pokok ubat hu hu...
Pokok ni dari anak pokok kari yg Bibik ambil dr rumah saya. Bibik tanam dekat dgn dapur tingkap, nak masak kari petik je dari tingkap dapur hu hu... Khasiat daun kari : atasi masalah haid n gonorea, hilangkan rasa loya n pening2 lalt org preggy, sembuhkan cirit-birit n penyakit buang air besar berdarah, air rebusan kulit batangnya blh ubati diabetes.. hmm....
Waktu saya sampai rumah Ibu tgh hari Jumaat tu, Bibik sdg tnm pokok daun kesum ni. Hu hu... bibik mmg suka bercucuk tanam sama mcm Ibu. Senanglah nak masak asam pedas dan laksa. Raya ni saya dah plan nak buat laksam. Khasiat daun kesum : bantu pulih masalah penghadaman dan kelemumur
Ibu tanam byk pokok serai. Eloklah, ibu pun asik-asik masak rendang hu hu...
Citral yg lbh tinggi dlm serai dikatakan boleh matikan sel kanser.
Antara tanaman yg ada di kebun kecil ibu - pisang, serai, lengkuas... ibu kata org kedai runcit di kampung beli hasil2 tanaman Ibu ni... Ibu kata ada jiran tanya knp ibu susah payah bercucuk tanam begini, tapi ibu kata dia saja suka-suka dan jiran2 sekeliling pun boleh tumpang sekaki kan.... hu hu... sedekah tu elok ibu... betul tu...

BERBUDI KEPADA TANAH
HASILNYA WALAU SEDIKIT SAMA MERASA

Saturday, August 22, 2020

Ikan Patin Masak Tempoyak versi Gambang

Loh, godek2 draft diaries FRAN, terjumpalah draft ni. Punyalah lama... tak finalize rupanya. This should link to diary Bawal Masak Tempoyak Meletop Sakit Perut Mumi yg lalu. Ayat2nya adalah ayat ketika ditulis pd 05/04/2013 dulu. 7 years ago! Kata ganti nama 'saya', Mumi kekalkan je la ye.

Walaupun sbnrnya tempat & waktu ini ada kaitan dgn memori lepas yg pedih, tapi utk buktikan pd diri sendiri (I have no obligation to prove to others anyway) yg Mumi mmg dah move on & memaafkan, Mumi finalize je la diari ni skrg. InsyaAllah Mumi okay. Happy je dgn life Mumi. So many beautiful things Allah grants me with, no reason to keep looking back at the pain.  Erk! RAN?!

Tapi hari ni Mumi agak down. 6 proposals Mumi tak diluluskan Cikgu SP utk submission ke Media Prima. Kena rework utk try ASTRO pulak, which Mumi sbnrnya cuba elakkan sbb mcm tak brp rajin nak isi borang, agak complicated. Pheww, sabarlah RAN. Usaha tangga jaya! Chaiyok!

Mujur 2 proposals dah producer submit ke TV3/9 & 2 lagi Cikgu SP dah submit ke Al Hijrah. Moga ada izin Allah kat situ dulu utk proses Mumi mulakan peringkat pembelajaran.

Maka malam ni, Mumi tulis diari FRAN la dulu utk rawat hati n utk dptkan mood & feel isi borang ASTRO & rework proposals

************************************************

Throwback 05/04/3013

Berehat di Carribean Bay Resort, Bukit Gambang Resort City, last 10th-11th Feb., d'1st time makan ikan patin masak tempoyak la. Actually, tak makan ikan sungai.

Once checked in, Chef Shahar @ Bro Odeng suruh turun cafe, minum ptg. All in d'hse. Since kami mmg blm mkn, Pa order nasi n lauk. Recommended by the chef.

I tried. Satu suap. Hmm... blh tahan walaupun terasa-rasa juga some kind of taste yg sy tak brp nak favour. Suapan kedua, okay... blh juga diterima tekak. Alih-alih 1/3 nasi n lauk tu sy yg mkn. 

Hmm... nnti nak cuba msk sendiri ikan patin masak tempoyak ni. Google dulu cari resepi yg ada. Sng jadi reference in future bila nak masak hu hu.... 

Ikan Patin Masak Tempoyak di Bukit Gambang Resort yg terhidang di depan Mumi waktu tu :-)

Bahan-bahan :
Seekor ikan patin (siang n perap 1 jam dgn asam jawa + limau nipis utk hlgkan hanyir)
2 ulas kunyit hidup
6 biji bawang kecil
20 biji cili padi (nak pedas, letak lebih)
2 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
2-3 tangkai bunga kantan
Sedikit asam keping
Air
Garam dan gula secukup rasa

How to cook?
1. Tumbuk halus kunyit hidup, bawang kecil dan cili padi.
2. Gaul dgn tempoyak.
3. Masukkan air  n bahan (1) ke dlm periuk. Kacau rata.
4. Masukkan asam keping,
5. Letak atas api selama 3 minit.
6. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Biar sampai mendidih dan kuah agak pekat sedikit.

Hmm... mcm senang. Resepi ni dari http://fadelicious-fadelicious.blogspot.com/2012/07/ikan-patin-masak-tempoyak.html. Err.. baru belajar baca. Nenanti kalau saya jumpa ikan patin, saya belajar praktiskan pula.


#diari7tahunlepas
#patinmasaktempoyakgambangresort
#mumidownsebabcikgutaklepaskanproposals

Friday, September 7, 2018

OMG - Our Mini Green : Che Bayam Oversea

Hampir nak dekat exam ni, Babang & team struggle study. Cikgu2 & ustaz ustazah pun sama bergerak gempur dgn anak2 didik. Banyaknya pahala para guru. Semoga anak2 semua dpt memanfaatkan ilmu dunia & akhirat.

Dah settle anak2 tghari ni awal tadi. Maka rebut masa utk FRAN sekejap sblm kita ber'al-Kahfi' sekejap lagi. Sebabnya sdg happy sgt nak simpan diari ttg OMG! :-)

Our Mini Green ni sbnrnya lebih kpd terapi hati & perasaan. Pd baki kehidupan ni, tak mahu fikir berat. Tak mahu ambil tahu ttg perkara2 di luar kemampuan & kawalan. Pendek kata, tak mahu stress dgn dunia. The rest of this time granted by Allah, nak hidup happy-happy je. Urusan lain, cuba lalukan spt seharusnya. Semampu daya, seadanya dgn izin Tuhan.

Perkara lepas, walau msh pedih parutnya, usaha tolak ke tepi. How do I push them aside? Dgn menolak semua negatives, pains, sadness jauh dari kehidupan. Tak mahu tahu, tak mahu terlibat & tak mahu toleh lagi. Sesuatu yg hanya beri @ bangkitkan kesedihan & kesakitan, mengapa perlu diulang tayang & pandang?

Hanya dgn begitu baru blh move on. Begitu, baru mampu grow. Mcm che-che bunga & che-che sayur di OMG kami tu :-)

Nak cerita ttg che sesayur sbnrnya. Oleh krn halaman blkg dah utilized utk luaskan dapur, Pa tanam sayurnya ala-ala hyroponic. Bkn total hydroponic. Hydroponic lebih kpd style penanaman working water without soil.

Tapi cara Pa ni, ada both tanah & sistem pengairan. Ala-ala green wall & hydroponic kot.

Satu sudut di ruang laundry saya letak pasu pokok kesum & pudina. Senang nak capai dari dapur. Sepasu Che Bayam Brazil (CBB) tu duduk di situ, tak direct kena matahari. Hmm... mcm sihat je, tapi kurang cepat nak besarnya.

Hari ni nak simpan cerita ttg Che Bayam Oversea - Bayam Brazil & Bayam Thailand. Nnt2 nak tanam Bayam Popeye dlm tangki hitam tu pulak.

CBB ni sejak kami pindah ke SD37, Pa dah mula pelihara. Abg Shah yg berikan. Kiranya baby Pa la CBB ni. Dari sepokok kecil, Pa biak-biakkan sampailah berpasu-pasu & ada yg kami beri pd saudara mara & kawan2.

Recently alih ke side veranda. Responsive. Agak meninggi berbanding bila dia di ruang laundry.

Suka bereksperimen dgn CBB ni. Sayurnya comel, sedap & crunchcy dibuat ulam. Pa pnh masak dgn maggie pun! Kalau lunch / dinner, Pa akan petik utk buat salad campur sikit mayonis. Jealous sbb saya syg nak petik. Mudah dibiakkan. Patahkan & cocok ke tanah je. Senang hidup tapi mcm agak lambat nak besar.

Ada bbrp anak pokok kami beri pd bbrp orang, mesti mereka tanya 'knp dia tak besar2?'. Even yg diberi pd Bik Mah pun mati! Bik Mah kata sakit jiwa sbb pokok tu mati. Hu hu. Sampai hari ni pun kami msh bereksperimen to get to know which condition @ spot yg mana sesuai dgn kehendak CBB ni. Apa yg kami baca di google, cuba praktiskan tapi nmpknya ada juga yg kena buat experiment sendiri.

Abg Shah kata CBB kuat minum air. Means, kena siram la. Lately saya try siram dgn air basuhan beras. Nmpk okay. Kalaulah mati, teruklah kena leter dgn Pa. Ada terbaca, air basuhan ikan pun blh disiram jadi baja. Tapi.... nnt jadi bau hanyir pulak CBB ni. Tak pe lah.. Ummi mandikan awak dgn air biasa & air basuhan beras je dah la ye. Jgn minta air yg bukan2 tau CBB!

Sepasu kecil kami try letak di ruang laundry di bhgn yg kena cahaya matahari pagi. Cahaya matahari ptg sikit tak brp direct. nmpk cantik tumbesarannya. Betul kot Bik Mah kata CBB suka matahari pagi tp tak suka matahari petang. 


Atr few yg duduk dlm pasu di Green Wall OMG. Kena sikit matahari pagi tapi mgkn lebih matahari ptg sbb Green Wall ni duduk di dinding side verandah. Belah matahari jatuh. Mcm okay pulak dia di situ berselang seli dgn pasu RJ. Cecomel mcm tu. Buat sejuk pandangan mata. Nak petik buat makan, tak tergamak pulak. Sudahnya jadi hiasan juga awak ni nanti CBB... 

Hari2 dok tenung & tanya, bilalah kamu nak besar? Yg dlm pasu panjang tu selama ni duduk di bawah green wall hydroponic Pa di belakang. Tempat redup. Tak ada direct sunlight. Memang cenggitu je la besarnya. Alih ke depan. Nanti nak tgk respond dia...

CBB dlm bekas 'hydroponic' Pa. Kdg saya kesian tgk diorg dlm bekas ni. Saya pula rasa yg rasa sempit utk diorang. Sian korang Bayam... 
Yang ni Pa kata Che Bayam Thailand (CBT). Lebih kurang bentuk mcm CBB tapi daunnya lebih halus-halus. Belum cuba makan CBT ni. Kecik2 lagi, tak sampai hati nak petik :-)


Pa! Lepas ni kita cari pula Che Bayam New Zealand. Ha, lengkap koleksi :-)



Tentang Che Bayam Brazil (CBB)

Asal - Brazil
Nama lain - Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu & Sambu Lettuce
Nama saintifik - Althernanthera Sissoo

Khasiat - fight cancer, utk kesihatan mata, sumber vitamin K, kuatkan tulang, elok utk sistem penghadaman & elak sembelit, lancarkan darah & cegah anemia, nutrisi utk pembesaran & kekalkan stamina, ikat kalsium & kuatkan tulang, tingkat sistem imuniti, atasi masalah gusi & kekalkan kesihatan mulut, cegah penuaan pramatang. Ibu mengandung elok makan che Bayam Brazil katanya utk kekalkan kesihatan.

Dan paling best, Che Bayam Brazil boleh bantu turunkan berat badan. Serius? 
Cepatlah besar Che Bayam Brazil. Ummi RAN nak kuruskan badan ni!


#bayambrazil
#bayamthailand

Sunday, December 4, 2011

Travelog WPF1002 - Day 1

Since I had no hope anymore on Pedu, I let Papa Nasir scheduled the holiday for us. Saya dan anak-anak ikut je...

So, inilah destinasi pertama percutian kami. Sangat lapang, sangat tenang (kalau tak ramai oranglah kan...), sangat hijau, sangat nyaman dengan oksigen yang fresh dari tumbuh-tumbuhan yang pelbagai, sangat banyak nyamuk kalau hari hujan hu hu...

 
 





Tapi sebenarnya ia bukanlah destinasi ulung-ulung kali pergi, sebab ini rumah mertua saya di Sabak Bernam hu hu... Sebenarnya bila dah tolong Papa Nasir di kebun Abah Hussien Sabtu lepas, teringat pula hendak abadikan memori di rumah ini. 
Anak saudara kami si Wafiq memetik rambutan
Wafiq dapat 4A dalam UPSR lalu
Rambutan yang merah ranum yang manis dan sangat lekang
That's the best thing live a life in kampung. Macam-macam boleh tanam kan... Kalau di rumah kampung Papa Nasir ini semua pun ada - pisang, nangka, cempedak, buah limau bali etc. Kalau nak masak pun semua rempah dan daunnya ada - serai, daun kunyit, cekur, kesum, kucai, bunga kantan dan macam-macam lagi. Patutlah wujud pepatah berbudi kepada tanah....

Hmm....

PAGEVIEWS