Tuesday, February 26, 2019

5th

13 Feb. 2014 x 5 years now....
Baby MAHAN,
Sorry, Ummi lewat simpan diary baby dlm FRAN...

Baby, 

Ummi mohon Allah limpahkan utk kamu kasih sayang-Nya, rahmat-Nya, keberkatan & kesejahteraan dari dunia hingga akhirat. Terpelihara dari segala niat jahat manusia & syaitan. Terlindung dari segala bahaya, kezaliman, penganiayaan & fitnah. Terus dikurniakan & senantiasa ditambah nikmat iman & takwa yg, hati yg baik, tutur kata yg berhikmah & segala-gala yang baik di dunia hingga akhirat.

Kamu, bukti 'kekuatan' Ummi.
Kamu, akan jadi penanda untuk Ummi terus tahu membezakan kaca & permata.
Kamu, akan terus jadi saksi senyum & tangis Ummi...


Terima kasih Atok Jamali, Nenek Imah & Abg Chik. Terima kasih utk kek baby & gathering kecil kita-kita ni. Selalu ada utk kami yg jauh dari keluarga ni..

Tahun ni Baby sambut dgn BFFnya, Aqil... & Acik Zah. Tahun ni hga seterusnya (insyaAllah), satu kek je ye baby  :-)

Happy 5th birthday, Baby...
We love you. Ummi loves you.... sampai bila-bila, sampai hujung nyawa Ummi sambung sampai ke Syurga hendaknya kita sama-sama.


Walk to remember

Boys... we've met all your imunisation's & vaccin schedule. Kalau ada terkurang & terlalai, moga Allah lindungi seterusnya sebagaimana Dia melindungi kamu selama ini.

May not have any chance for doula & don't think need one even I have the chance. I am grateful, for 3 of you being delivered in hospital. Walau situasinya beda, walau attitude doktor & nurse berbeza. Alhamdulillah, dgn izin Allah mereka tetap ada jasa dlm hidup kita.

Nampak lubang bahaya di depan, beloklah jika ada alternatif yg kurang mudharat. Jika takdir slpsnya tak spt kita jangka, at least kita punya justifikasi bela diri & hati. Tetapi jika kita terjunkan anak2 kita ke dlmnya... putting their life in danger... worst if we involve others too in danger, moga Allah ampuni & pelihara kita...

Monday, February 18, 2019

OMG - Moment

Lately, rasa letih extraordinary. Mgkn sbb umur + 1 lagi. Hampir semua kerja rumah weekend lalu delegated to Pa & boys. Mujur diorang aman je walaupun maknya ni bebel2 sana sini. Entah apa yg stress. Mungkin current weight buat saya tak selesa.

Nak simpan diari birthday baby pun belum sempat. Cita2 besar. Nak tulis cecantik & videokan gegambar seketul dua yg ada. Masa & moodnya je yg belum ada.

Pun ingat nak EL sbb baby dah mula ‘perangai’ tak mau pergi sekolah since last Thu. Nak Umminya hantar ke sekolah. Bila fikir, boss kena mengadap VC baru (his 1st day today), dah tentu kena cover meeting dgn bank pagi ni, gagahkan juga ke pejabat slps settle baby. Riaknya mcm tak brp ‘syok’. Beza dgn hari2 awal dulu yg ceria.

Alahai anak… moga baik2 saja di sekolah ya.

Baby... ini utk memori kamu... cikgu sayang je dgn kamu.
Tak ada isu pun, mengapalah tak moh ke sekolah... belum habis lagi cuba memahami politiknya... 

Sabtu lalu, hga ke lepas Zuhur kemas OMG. Comot & bersemak. Replanted bayam brazil dgn Pa. Cabut semua pokok yg tua. Tak sedap makan dah sbb daunnya kecil2 & keras. Lega mata & hati bila dah kemas & trim pepokok di OMG.

Lps Asarnya baru ke VI. Pa ada latihan bola sepak tahunan, as usual. Boys pula nak rasmikan boot bola masing2. Pun nak motivate mood baby kot bersemangat semula nak pi sekolah. Rezekinya, hujan lebat. Pa & team, training juga dlm hujan. Boys? No-no-no. I will be busy in office, kalau korang demam… cane…?

Hari ni nak simpan memori OMG utk weekend & pagi tadi. Memori yg buahnya adalah senyuman. Tak mohlah join fikir pasal keributan flat-earth & prochoice segala. Hidup ini pilihan & dlm kehidupan tu pun byk pilihan. Jangan sampai mudharat dunia akhirat, sudahlah…

Petik terung antik utk campur dlm asam pedas ikan yg Pa pancing di laut dgn Ayah Man (12-13/2/19).
Tinggalkan yg sulung di pokok utk buat benih.
Berulamkan tenggek burung... sedap sgt... alhamdulillah lunch for last Saturday.

 
Che Garden Dahlia berbunga sulung. SubhanAllah, comelnya kamu!
Coming soon her sisters... got few other buds.
Che Daisy, jgn jealous ya... kamu tetap kesayangan Ummi...

Che Cili dlm pasu yg menyamar dah kemerahan... nak petik, rasa bercinta... 
Here she goes! The 4th colour of balsam in OMG. Light pink!
Susah payah buang cabang & daun, baru keluar sekuntum bunga... haish...
Tak apalah... satu pun bahagianya dah sedunia... Alhamdulillah.

Dan Che Melur yg menyemarakkan wangi di laman, dari malam ke pagi...
Damai rasa hati... 
Che Melur, doakan baby MAHAN baik2 je di sekolah ya...
Dan doakan Ummi RAN agar cekal utk mulakan Atkins Diet :-(

Tuesday, February 12, 2019

Hah, Sudah…


Waktu nak tamat cuti CNY…
U : Baby, siap2kan beg. Esok sekolah…
B : Eh, cuti la… 9 ari.
U : Dah habis dah 9 hari, baby
B : Ye ke…?

Baby.. tempoh 9 hari tu bukan static ye... time flies, dear...

Awal malam Isnin…
B : Ummi, esok boleh tak baby tak mau pegi sekolah?
U : Dah kenapa?
B : (Diam, teragak2, terfikir2)
U : Baby buat salah ke kat sekolah?
B : (geleng)
U : Cikgu marah baby?
B : (geleng)

In bed…
B : Ummi, bolehla esok baby tak mau pegi sekolah…
U : Kenapa?
U : Pegi sekolah tu atr tugas & tggjwb baby. Belajar cari ilmu…
U : Nnti Allah sayang… cikgu sayang…
B : (lambat2 jawab) Cikgu garang…
U : (erk?!) Cikgu garang? Ummi  lagi garang.
U : Hari2 cakap kuat & marah baby kan?
B : Tak… Ummi tak garang selalu. Ummi tak marah baby
U : Cikgu marah baby ke? Cikgu marah kalau kita buat salah…
B : Tak… cikgu tak marah baby.
U : Habis, cikgu marah siapa?
B : Marah SZ…
U : Oooo… tu mesti dia ada buat sesuatu perkara yg Cikgu tak suka. Buat salah…
B : Tapi kawan kata esok dia pun tak mau pegi sekolah.
U : Kawan yg mana?
B : SZ…

Hmmm... no wonder la...

Kalau di rumah, bila Babang & Didiknya dah mula kena leter @ kena marah, Baby yg dulu reverse semua action. Start simpan gadget, keluarkan buku, cari pencil colours. Mulalah politik dia tunjuk kerajinan & kebaikan extra ordinary… takut kang penyakit kena marah tu berjangkit ke dia pulak kot.

Same thing la ni ye baby? Cikgu tu pun tak de masa nak marah tak tentu pasal, baby. Cikgu marah tu bersebab. Kalau tak mahu kena marah... be good boy ya kat sekolah.





Walks to remember
Alhamdulillah, Vivix reduced Ibu's backache. Cuma rasa panas sarafnya msh ada. Aging factor. Doc said, final treatment - operation. Too risky. Ibu refused. We opt to KIV. Moga Allah beri rahmat & kasih sayang-Nya agar kurang kesakitan yg dirasai Ibu.

Usually, anak2 balik rumah ibubapa. Pulang semula dgn buah tangan dari kg. Tapi kami dah lama tak balik ke rumah pusaka. Smlm... dgn hati sedih, petik pucuk ubi, ulam raja & bayam brazil utk bekal ibu balik ke rumah Angah di Sepang. Kasih dari OMG... 

Thursday, February 7, 2019

OMG - Jaga Sendiri...

Memang bukan senang hidup di kalangan manusia. Kiri kanan depan belakang, ada kata-kata. Judgement. Assumption.  Jaga diri sendiri. Jaga hati sendiri. Moga dengan itu tak punya luang & ruang utk sempat melihat yang tidak perlu dilihat. Tak lah jadi judgemental sangat.

Skrg, OMG pun dah tak larat nak jaga. Pokok cili & kacang membesar dan berbuah di tapak semaian je. Apalah yg ku busy kan sangat sampai tak terbela dan terpindah pepokok tu? Adeh...

Semalam fetch Ibu dari Sepang. Minggu ni Ibu di rumah kami. Pagi2 tadi sewaktu saya tung-tang di dapur siapkan makanan mereka utk hari ni, Ibu dah berjalan melawat OMG. Lihat deretan pokok cili yg berbuah, Ibu dah mengucap panjang.

I : Eden goram boto tengok cili ni hah!
I : Kang den potik semuo eh!
P : (muka dah cuak hu hu)
U : (fikir alternatif sopan utk elakkan sawan petik Ibu datang)
U : Err.. cili merah tu Bu. Tunggu dia merah dulu baru best petik.
I : Iyo ko?
U : Kalau nak petik, Ibu petik terung tu... dah berbuah 3 biji.

Sebiji setiap pasu... nak petik pun sayang... 
seorang diri dia di situ... tak pe, diteman kawan2 yg lain juga di OMG...

Nak simpan memori OMG untuk beberapa hari cuti CNY yg baru lepas... Suasana ni tak akan kekal selamanya. Ia bersifat sementara. Semalam tak seperti hari ini. Hari ini tak tau esok lusa boleh sama. Maka kita abadikan dalam FRAN... utk memori...


Sebelum ke Sepang pagi semalam, Pa jumpa che cili ni. Nun jauh di belakang, hujung pagar. Elok pula tumbuh atas simen. Tak perasan langsung. Tak bertanah, tak berbaja, tak berpasu. Dgn izin Allah, hidup juga dia. Berbuah pulak. Elok survive tak diganggu bena putih. 

Happy ke kat situ che cili? Kalau happy, Ummi tak kalih ye. Sesekali PaMi jenguk kamu ya... jgn rasa terbuang tau! Kamu tetap menjadi kesayangan kami sama seperti yg lain di OMG.

Nak naik motor ke pejabat tadi, terperasan balsam yg terkepit di atr pokok kari & pokok ulam raja ni. Besar dah dia? Berbunga pula! Alahai... cantiknya kamu. Bahagia ye kat situ? Ummi pi keje dulu ya... InsyaAllah, kita jumpa petang nanti! 


Berbunga juga akhirnya balsam purple tu. Tanam dari biji benih dlm pasu. Batangnya gemok tapi tak berbunga. Susah hati. Saya buang semua cabang ranting & daun. Kot2 dia mabuk daun tak moh bunga. Dgn harapan juga nutrien dari tanah pasu akan sampai ke atas utk membolehkan bunga keluar. Alhamdulillah start berbunga last week, thank you Allah! Thank you che balsam purple!

Balsam pink belang putih yg Didik cederakan tu pun berbunga & berbenih. Nanti boleh biakkan supaya tak pupus di OMG.

Purslane bunga putih yg mendamaikan hati & mata... be happy in OMG ya!
Versi sepasu Ramen yg baru replant.

Dari keratan kecil, dah besar dia. Wajib dah pindahkan ni... nanti ye... 
tunggu mood Ummi datang. Skrg tgh dpt penyakit 'tak-de-mood'. 

Garden Dahlia yg disemai dari biji benih beli dari Eco dah mula menguntum bunga. 
Ummi akan terus sabar menunggu kamu...

Berkawan dgn pokok, sayur & bunga... selain tenang & cubaan kutip pahala. Boleh elak dosa harap2nya... sbb che pepokok, sesayur & bebunga tak pandai membawang. Kalau depa membawang pun, dlm bahasa tumbuhan la kot sesama mereka. Tak pa.. lantak hang la. Janji saya tak subahat... :-)

Hah! Kantoi lagi!

Hai Februari!

Monday, February 4, 2019

OMG - Fresh Breakfast

Ramai cuti panjang dari pejabat.
Nak 'raya' :-)

Kena masuk pejabat. Cover apa yg perlu bila ramai team-mate & big boss jabatan bercuti. Masing-masing ada urusan & ambil kesempatan :-), faham je. Lagipun, portfolio saya, walau tak penting mana, tapi kalau tak ada yg cover nnt takut ada yg stuck pula.

Bak kata Pa & juga Ustaz dlm tazkirah Jumaat lepas... kerja tu fardu kifayah bagi semua orang. Tapi bila seseorang dah take the job, maka ia jatuh jadi fardhu ain ke atas orang tu.

Tiap kali nak EL @ nak half day sbb 'malas' @ nak lari dari stress pejabat, mesti Pa tak benarkan. Katanya tanpa sebab musabab penting tak terelakkan, berdosa bila tinggalkan kerja & menyebabkan kesukaran kpd ramai pihak yg memerlukan kita. Adeh...

Ni, pi office pun mood nak keje slow gila.
Lagi tak boleh jalan bila Pa wa gambar boys kat rumah pepagi tadi mencopet kacang panjang. Adeh... nasib baiklah Misha Omar menang vokal terbaik AJL33 mlm tadi. She deserved it. Almost perfect.

.
Duh aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh aduh mencopet kacang panjang!


Tak sempat besar kacang panjang tu, mmg dipetik Didik & Baby. Makan mentah2 begitu. Nak simpan buat goreng dgn nasi pun tak sempat. 

Tak apalah... makanlah nak...
Alhamdulillah. Happy je sebenarnya bila anak2 suka makan fresh vege. Lagi-lagi ditanam sendiri. Tak ada chemical elements. Boleh & insyaAllah selamat dimakan gitu je bila2 ada.


Walk to remember :
Cuti sekolah seminggu ni nak sambung train boys buat kerja umah. 
Boys, belajar-belajarlah tolong Ummi buat kerja rumah. Baru kamu akan faham & rasai kesusahan seorang ibu & isteri. Baru nnt tahu menghargai. Jgn jadi spt lelaki-lelaki yg ada otak tapi tak ada hati. Emosi dari weekend lepas dgn kisah seorang wanita ditinggalkan suami lps didiagnos kanser rahim tahap 4, masih gigih cari rezeki menyara diri & anak2. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan buat dia & kita semua juga... 

PAGEVIEWS