Monday, February 4, 2019

OMG - Fresh Breakfast

Ramai cuti panjang dari pejabat.
Nak 'raya' :-)

Kena masuk pejabat. Cover apa yg perlu bila ramai team-mate & big boss jabatan bercuti. Masing-masing ada urusan & ambil kesempatan :-), faham je. Lagipun, portfolio saya, walau tak penting mana, tapi kalau tak ada yg cover nnt takut ada yg stuck pula.

Bak kata Pa & juga Ustaz dlm tazkirah Jumaat lepas... kerja tu fardu kifayah bagi semua orang. Tapi bila seseorang dah take the job, maka ia jatuh jadi fardhu ain ke atas orang tu.

Tiap kali nak EL @ nak half day sbb 'malas' @ nak lari dari stress pejabat, mesti Pa tak benarkan. Katanya tanpa sebab musabab penting tak terelakkan, berdosa bila tinggalkan kerja & menyebabkan kesukaran kpd ramai pihak yg memerlukan kita. Adeh...

Ni, pi office pun mood nak keje slow gila.
Lagi tak boleh jalan bila Pa wa gambar boys kat rumah pepagi tadi mencopet kacang panjang. Adeh... nasib baiklah Misha Omar menang vokal terbaik AJL33 mlm tadi. She deserved it. Almost perfect.

.
Duh aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh aduh mencopet kacang panjang!


Tak sempat besar kacang panjang tu, mmg dipetik Didik & Baby. Makan mentah2 begitu. Nak simpan buat goreng dgn nasi pun tak sempat. 

Tak apalah... makanlah nak...
Alhamdulillah. Happy je sebenarnya bila anak2 suka makan fresh vege. Lagi-lagi ditanam sendiri. Tak ada chemical elements. Boleh & insyaAllah selamat dimakan gitu je bila2 ada.


Walk to remember :
Cuti sekolah seminggu ni nak sambung train boys buat kerja umah. 
Boys, belajar-belajarlah tolong Ummi buat kerja rumah. Baru kamu akan faham & rasai kesusahan seorang ibu & isteri. Baru nnt tahu menghargai. Jgn jadi spt lelaki-lelaki yg ada otak tapi tak ada hati. Emosi dari weekend lepas dgn kisah seorang wanita ditinggalkan suami lps didiagnos kanser rahim tahap 4, masih gigih cari rezeki menyara diri & anak2. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan buat dia & kita semua juga... 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS