Saturday, December 8, 2018

OMG - Hidup dan Mati


Suatu hari nampak pokok balsam bunga merah putih yg baru dibeli tu patah dua. Patah 2!?

Umi : Siapa yg buat balsam Ummi sampai patah 2ni!?
Bbg : Didik dgn Baby yg gaduh kat situ Mi. Didik terjatuh dan kena balsam Umi.
Umi : Didik!!!
Bby : Bukan salah Didik. Ni ha mainan Baby ni yg salah... 

(Hmmm.... baby tetap backing abang-adiknya. Baru nak move on dgn kes Daisy patah tengkuk, ni Didik buat lagi. Aduhai...)

Pagi esoknya Pa wasap tanya knp balsam tu bgt. Hmm... nak buat mcm mana. Yg saya tahu balsam membiak dgn biji benihnya yg meletup2 tu. Udahlah baru beli. Belum ada benih. Dah patah. Sedih, saya cucuk je keratan yg patah tu ke tanah pasu. Sambil kata 'Ummi tak taulah kamu boleh hidup semula ke tidak...'. 

Recently, tengok batang utama tu dah mati. Tapi keratan yg cucuk semula tu segar bugar semula. Berbunga pula tu! Dan membenih pulak tu! Eh, boleh ek balsam ni tanam dari batang cenggitu? Allah... happy sgt. Terima kasih Allah!


Happy sgt bila benih kacang bertunas. Kemudian membesar jadi pokok. Pa tlg buatkan tempat utk si buncit ni merayap. Mulanya berbunga meriah. Hati pun dah berbunga nak tunggu dia keluar kacang buncis.

Kemudian perlahan, sepokok mati. Eh? 
Pokok lain masih berbunga & ada yg dah jadi baby buncis. Tapi... usianya tak lama. Mati juga ketiga-tiga pokok buncis ni.

Jiran kata, pokok buncis mmg tak tahan. Begitu juga dgn pekebun di Kebun Komuniti yg kami pergi. Katanya mmg susah nak hidup pokok buncis ni. Ya lah... tak pa lah buncis... apapun tq tau sbb beri Ummi pengalaman melahirkan & membesarkan kamu. Dah di peringkat baby buncis... cuma tak ada rezeki lebih dari itu. :-)

Hmm...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS