Bila totally down due to AEBA minggu kedua April, duduk di rumah je bila dapat MC. Bila tak sihat begitu, hati pun mulalah sedih. Teringat begitu, begini, dulu, kini dan masa depan yang tinggal tak seberapa lama lagi.
Jumaat 12/04/19 tu tekak mula meminta nak makan. Tak tahu makanan apa yang boleh fullfill keinginan & selera. Sejak sakit, makan kat luar @ beli, sedap je tapi tekak rasa tak puas.
Tiba-tiba teringat dulu-dulu masa kecik2, Ibu suka masak lemak kuning. Dari kecik memang dah disuap nasi dengan lauk lemak kuning.
Maka, gagahkan juga badan yang tak larat untuk menggulai-kuningkan si siakap pancing Pa tu ikut versi tekak saya. Campur bunga kantan dan lada besar. Sebab itupun antara bahan yg selalu Ibu campur dalam gulai ikannya dulu.
Slowly tung tang kat dapur ikut kemampuan diri, jadilah Gulai Siakap Pancing Berkantan dan Bercili Besar versi saya ni. Ampunkanlah rupanya yang messy tu. Preparation oleh orang yg ketar-ketar ke dapur. Berkejar cari nafas sambil pujuk perut yg berkeroncong.
Hanya daun kunyit je amek dari OMG. Bahan lain dah tentu kena cari kat kedai. :-)
Dik Sah kata pernah tgk kat FB resepi cenggini. Angah pula kata pelik tengok gulai letak bunga kantan. Korang ni besar kat negara mana la pulak? Ibu selalu masak gitu la dulu! Haish!
Alhamdulillah, makan dengan nasi panas yang lembik, rasa puas sangat. Terasa tua benar sekarang bila nasi prefer masak lembik... teringat abah.. teringat ibu :-( Lagipun Pa pun dah prefer nasinya dimasak lebih air. Masing2 dah kurang gigi. Tua mengejar...
Waktu kecil, kalau sakit demam... Ibu ada untuk masakkan. Tapi bila dah berusia ni... gagahkan jugalah diri sendiri bila tekak mengidam ketika diri tak sihat.
Alhamdulillah, selamat juga simpan dua memori dlm diari FRAN hari ni. Rasa perlu rehat sat, sbb ulser dlm mulut ni dah mula mengamuk2 sakitnya. Ko dah kenapa? Nak aiskrim? Tak boleh la.. nanti semput balik, cane...?
Rasanya inhaler baru tu buat saya panas dalam... nnt nak kena tanya Dr Rose.
Walk to remember
2x ulang ke JPJ Pdg Jawa hingga tghari tadi nak tukar ownership si Kelisa. Blackout & offline dari pagi. Harap2 bukanlah kerana isu 24 orang tu. I need to settle this Kelisa asap.
Oh, sebelum take a nap, nak setlekan bacaan ttg Rome Statute...
#gulaisiakapberkantanbercilibesar
#waktukecilditimangibu
#mogamalaysiasentiasadilindungituhan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.