Friday, April 19, 2019

Sup Jenahak Pancing

Biasanya saya tak berapa suka sup ikan. Samada yang orang lain masak, tambah2 kalau saya yang masak sendiri.

Sbbnya, kalau masak sendiri sup ikan rasa macam tak pernah jadi elok. Ada je kurangnya yang tak diketahui mcm mana lagi nak alter. Kesian diri sendiri yang tak pandai masak...

Tapi bila Ibu ada di rumah 7/4 lalu, Pa requested supaya jenahak yang dipancingnya tu disupkan je. Lagipun Ibu lately mmg tak boleh dah makan masakan yang pedas. Nanti panas saraf kakinya akan lebih terasa, katanya.

Jenahak buat sup? Selalu saya karikan je... cane ni?

Ajak Pa pi kedai beli bahan apa patut. Akhirnya siap. Yang peliknya saya rasa sup jenahak pancing yang saya masak tu elok pula kemenjadian rasanya. Papa pun kata okay juga (ikhlas ke tak, tak tahu... sbb dia almost selalu okay je).

Maka, bila hari itu dalam sejarah 1st time masak sup ikan menjadi, saya nak simpan la dia dlm FRAN. At least, utk kenangan pencapaian diri sendiri...


FRAN abadikan gambar je la ye Sup Jenaka Pancing versi RAN ni. Bukan blog masakan utk reference orang lain :-) dan saya pun rasa bahan2 nya sama je spt pengetahuan orang lain. Bawang merah bawang putih, halia, rempah ratus atau bunjut sup ikan, tomato, carrot, daun sup, daun celeri, serbuk lada putih sikit... tu je la.

Cuma tak tahu kenapa rasanya hari tu lain benar dgn sup2 yg pnh dicuba masak sblmnya. Mungkin sbb selalunya sup saya togel & bogel, berbahan asas je. Kali ni meriah warna :-) kot la itu penyebabnya.

Plus dimasak dgn harapan ibu akan suka, Pa akan suka & anak2 akan suka. Masak dgn harapan & kasih sayang yg lebih tinggi level dari biasanya... atau masak terlebih zikir jampinya. :-)


Walk to remember
Kalaulah percubaan menanam daun sup, ketumbar, celeri di OMG menjadi, mesti lagi mudah buat sup. Petik je. Disebabkan nak kena beli kat kedai rasa 'segan yg amat', tu yg masakan jadi togel & bogel selalunya. Tak pe, nnt senang2 kita cuba tanam lagi...

Gagal sekali, cuba lagi. Gagal lagi, cuba lagi. Gagal lagi dan lagi, kita cuba lagi-lagi-lagi dan lagi. Biar sampai si gagal tu malas nak layan kita, akhirnya moga kita dapat berjaya!

Salam Jumaat, 13 Syaaban 1440H. Counting to see Ramadhan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS