Happy birthday Babang. Hari ni, 3rd December 2019 Babang genap 13 tahun. Umur muda, tapi org2 yg lihat kamu ada kata you look like 17yo boy. Mungkin kamu cepat matured dari segi saiz & iras. Suarapun dah mcm orang bujang. Bila kamu dekat2 dgn Mumi, nak manja2, apatah lagi kalau nak kiss... Mumi rasa semacam je hu hu...
Tapi PaMi, especially Mumi yg lebih tahu bgmn msh 'kanak-kanaknya' kamu. Grow up, Babang. Masuk 1/1/2010, regardless your birthdate, you'll be considered 14 years old already.
You're my eldest. Belajarlah erti tanggungjawab. Belajar erti toleransi. Belajarlah erti pengorbanan. Pandai-pandailah jaga Didik & Baby. PaMi tak selamanya akan ada di dunia. Bila2, salah seorang atau kedua2 kami dijemput Tuhan.
Jangan sesekali tinggal solat. Larangan Allah jangan sesekali dibuat. Suruhan Allah lakukanlah sepenuh & seikhlas hati. Kamu lelaki.
Hanya Tuhan saja yg ada sebagai penolong hidup kita. Mohonlah dgn Allah agar sentiasa dikurniakan hikmah & hidayah. Dikurniakan ilmu, iman & takwa. Dikurniakan hati yg baik & sentiasa merendah. Dikurniakan lisan yg menyenangkan hati & pendengaran. Dikurniakan fikiran yg tahu membezakan baik-buruk, halal & haram.
Mohonlah agar dikurniakan Allah kekuatan agar dapat istiqamah di jalan-Nya.
Jadilah insan berguna utk agama, bangsa & negara. Jadilah anak soleh kami yg akan membantu kami dari dunia hingga di akhirat.
Ya, Mumi mmg garang. Mumi suka bebel & leter.
Tapi kamu pun kata, bila Mumi tak bebel & leter, kamu rasa rindu & rasa pelik. Kalau Mumi pergi nanti, kamu tak dengar dah bebelan & leteran Mumi...
Sorry ya Bang, tahun ni kita raikan nikmat Allah pd Babang, ikut kemampuan kita je. Siang Papa dah bawa tgk Ejen Ali dgn adik-adik. Malam kita simple dinner di kedai dekat dgn rumah je. Sekali utk Mumi berbuka bagi hari pertama puasa nazar Haramain Mumi.
Tak de vacation ya... Mumi ada meeting esok & lusa. Disember pun bulan busy Mumi di pejabat. Lagipun bulan ni bajet double triple allocated utk persediaan persekolahan tahun depan. Dan few other obligations yg dah due date :-)
Tak payah kek la ye... dah besar dah kan...?
Sentiasalah bersyukur dgn segala apa yg Allah kurniakan & pinjamkan kpd kita... Alhamdulillah.
PaMi, Didik & Baby sayang kamu sampai syurga.
Happy 13th birthday sayang...
May only the good things Allah blessed you with along your life's journey, here & thereafter.
Doa PaMi sentiasa bersama kamu...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.