Friday, January 17, 2020

Hatiku di Haramain : Menuju Baitullah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Perjalanan yang telah tertulis
Ya Allah, kami datang menyahut panggilan-Mu...
*******************************************************

Day 4 : 02 Nov 2019 (Saturday)


Sebelum berangkat keluar dari hotel, kami sempurnakan bbrp amalan sunat sebelum berniat ihram. Mandi sunat ihram di Rove al Madinah, bersiap2 - pakai minyak rambut, pakai bau-bauan pd tubuh badan (Pa calit minyak attar). Pa & jemaah lelaki yg lain siap2 berpakaian ihram sbb nnt nak berhenti di Masjid Bir Ali utk solat sunat ihram serta bermiqat (wajib umrah).

Tempat berhenti miqat pertama adalah Masjid Bir Ali. Dahulu disebut Dzulhulaifah. Ia tempat bermiqat bg jemaah yg dtg dr Madinah (dgn kenderaan darat) & menuju ke Mekah utk melaksanakan umrah wajib yg pertama. Jika menaiki pesawat, miqat adalah di lapangan terbang Madinah.

Selain Masjid Miqat, masjid Bir Ali juga disebut dgn nama Masjid Syajarah (pohon). Ini krn riwayat menyebut ttg Nabi Muhammad SAW yg pernah berteduh di bwh sbtg pokok jenis akasia di sini.

Bir Ali. Bir bermaksud sumur (kata jamak). Ali pula adalah Ali Bin Abi Thalib yg telah menggali sumur dgn jumlah yg byk di masjid ini. Kini dah tak nampak sumur2 tu. Dikatakan telah ditutupi bangunan2 di sekitar masjid serta Masjid Bir Ali itu sendiri.

Kami sampai di masjid ini slps 15-20 minit perjalanan (11km lebih kurang jaraknya). Check dlm album FB, tak ada satu gambar kami di sana. Fokus dgn tujuan yg satu nak sampai Makkah dgn sgl rasa dlm hati & diri, hingga lupa nak abadikan kenangan miqat pertama utk umrah wajib pertama saya di Masjid Bir Ali ini.

Tak apalah, kita cari gambar dlm google utk recall memori tu...

Sumber : https://www.shafaumroh.com/tutorial/sekilas-tentang-masjid-bir-ali.html

Usai bas berhenti di sisi bangunan masjid, kami menaiki tangga utk naik ke halaman. Masih saya ingat, bangunan & kwsn Masjid Bir Ali ni bersih & cantik. Byk pohon rendang & tumbuh-tumbuhan mcm taman.

Tak sempat berlama2an utk melihat2 sekitar kwsn. Selain berebut dgn waktu, keadaan yg agak sesak juga tak memungkinkan perkara lain selain menyempurnakan solat & niat. Bergambar pun tidak. Sedih pula rasanya skrg sbb tak ada memori yg boleh diulang lihat. Apapun tetap bersyukur, Allah izinkan saya dpt bermiqat di Masjid Bir Ali saat itu. Dan ia akan kekal dlm hati sampai hujung nyawa.

Di sini kami solat tahyatul masjid & solat sunat ihram. Seusainya, kami berkumpul semula di dlm bas, dibimbing Ustaz utk berniat ihram.

Lafaz niat ihram umrah :

 
"Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala"

Tetapi bagi jemaah wanita, jika bimbang didatangi haid ketika kerja umrah belum selesai, yg akan menyebabkan perlu membayar dam & umrahnya tidak tertunai, maka perlu utk berniat ihram umrah secara bersyarat (berniat ihlal). Dengan demikian, saya juga tertakhluk kepada lafaz niat ihram umrah secara bersyarat ini :

"Aku berniat mengerjakan umrah & berihram dengannya kerana Allah Taala. Sekiranya aku terhalang oleh sesuatu keuzuran  (sakit berat) / halangan syarak (haid) yg menyebabkan aku tidak berupaya meneruskannya, maka aku bertahallul ketika itu kerana Allah Ta'ala dan aku menjadi halal."

Dgn lafaz niat bersyarat ini, sekiranya saya tak dpt sempurnakan kerja2 umrah krn didatangi haid, maka saya boleh terus bertahallul. Saya tidak perlu bayar dam (menyembelih seekor kambing). Dgn ini saya dianggap halal @ bebas drpd ihram & pantang larang ihram.

Tapi dlm hati, sesungguhnya saya amat berharap Allah perkenankan permintaan utk diizinkan menyempurnakan kerja-kerja umrah. Hingga hari itu, saya berdisiplin ambil ubat yg dibekalkan doktor utk tujuan melewatkan haid. Moga-moga Allah kurniakan ehsan-Nya.

Apabila telah berniat ihram, maka kami tertakhluk kpd 13 larangan dlm ihram. Sekiranya melanggar larangan, akan dikenakan & perlu membayar dam.


Gigih saya buat sendiri pic 13 larangan ni. Semoga ia kekal dlm ilmu & berguna jika ada yg sudi memanfaatkan.

Kami berangkat 43 org jemaah dgn sebuah bas yg akan ambil masa sehingga 6 jam utk tiba di Mekah. Dari Masjid Bir Ali ini, msh ada lagi lebih kurang 450km jarak perjalanan utk kami lalui sblm sampai ke sana.

Di dlm bas, mutawif led kami bertalbiah. Sayu rasa hati. Ada kala terdetik 'betul ke aku sdg menuju Makkah ni?'. Rasa takut dlm hati tak dptlah nak digambarkan. Bgmn nnt keadaannya bila tiba di sana?

dipetik dari naskhah Haji Umrah Ziarah Pakej Muslim (Wira Saujana)

Bacaan talbiyah ini disyariatkan kpd jemaah dlm keadaan ihram. Semasa haji, sunat dilafaz dgn suara kuat bagi lelaki. Tidak melafazkan talbiah, tak bermakna tidak sah umrah & haji. Cuma rugi pahala fadhilatnya saja.

Apakah talbiyah & dari mana dtgnya tuntutan syariat bertalbiyah?

Talbiyah berasal dari perkataan Arab bermaksud membalas @ menjawab seruan. Sejarahnya, ketika Nabi Ibrahim selesai membina Kaabah, maka Allah perintahkan baginda utk memanggil seluruh umat Islam dtg menunaikan haji & umrah.

"Dan serulah manusia utk berhaji, mereka dtg kpdmu dgn berjalan dan berkenderaan unta yg kurus. Mereka dtg dari segenap penjuru yg jauh.
(Surah Al Hajj : 27)

Diriwayatkan lagi dlm sebuah hadis bhw seruan Nabi Ibrahim didengari semua org & mereka dtg sambil mengucapkan Labbaik yg bermaksud 'aku datang'.

Ya Allah... kami sdg mendatangi Baitullah-Mu. Terimalah kami, Ya Allah dgn ehsan & kasih sayang Mu...

Sehingga kini, lafaz itulah yg kita contohi. Saya percaya tak ada seorangpun dari kita umat Islam yg tak kan tergigil hati & gugur airmata tiapkali mendengar lafaz ini.

Terima kasih Allah utk izin ini...


#umrah2019
#menujubaitullah
#talbiyah
#masjidbirali
#ihram
#agarakutidaklupa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS