Tuesday, May 26, 2020

Aidilfitri 1441H Style CovEID 2020

Aidilfitri hari ke-3. Alhamdulillah.

Mumi start tulis diary ketika sdg tunggu Wawa singgah utk jemput jenahaknya awal ptg tadi. Drive tru saja. Tetamu jika nak hadir, kita mgkn tak sampai hati utk tolak. Tapi sgt hargai jika tetamu punya pertimbangan yg sama spt kita.

We're still under PKPB's rule. Kunjungan hari raya cuma pd raya pertama. Tapi masih ada yg 'berkeperluan' utk saling berkunjung, ada yg 'selfish' & pretend 'tak tahu rule'. Masing2 ada akal fikiran, hati perasaan, accountability & integrity. Tanggung & jawab sendiri. Yg pasti, jika sesuatu hal yg tak diingin terjadi juga, bukan hanya kita yg menanggungnya, tapi ramai org di sekeliling kita turut mengalami impak & sengsaranya. 

Mmg setiap yg berlaku atas ketentuan & kehendak Allah. Tapi sekurang-kurangnya kita dah lakukan yg terbaik sbg usaha. Bersyukurlah bila ada pihak yg mengambil peranan & tanggungjawab dlm memastikan keamanan, keselamatan & kesihatan kita semua bersama. Hargailah dgn memberi walau sedikit kerjasama.

As for me & my own small family, we decided to celebrate this Eid on our own in our own small baiti jannati. 

Aidilfitri tahun ini ada kenangannya yg unik utk kita semua. Mumi bersyukur. Sgt bersyukur. Byk hikmah meskipun dlm hati Mumi ni ada luka yg masih dilukai. Belum pun kering parut lama, berdarah lagi.

Mumi byk dosa. Mumi terima ujian demi ujian ini sebagai timbal balas ehsan & peringatan Tuhan. Moga2 dgn luka yg terus berdarah ni yg Mumi hadap dgn sedaya upaya redha & pergantungan dgn Allah ni, kuranglah sikit balasan Allah di akhirat nnt utk Mumi...

Haish..
Mumi dah janji dgn diri sendiri tak moh nangis, tak moh sedih2. It's Eid!

Mumi nak simpan sedikit je memori yg ada utk Eid kami dlm tahun 2020 / 1441H ni, which many refer it as CovEid :-)

FRAN, simpankan memori kami ya..

Tak mungkin pernah mampu sempurna. Hanya mengharapkan kasih sayang Allah menerimanya...
Siang, khatam online utk UiTM, mlm khatam bsm keluarga pula, Besarnya nikmat & hikmah Allah.


Mumi teringin nak pasang pelita Malam 7 Likur. Tapi bila baca sana-sini yg sebut isu bidaah sgl tu, hati jadi bolak-balik. Tapi Mumi tetapkan pendirian & niat, nak pasang utk raikan kejayaan kami sekeluarga dpt khatamkan Al-Quran dlm bulan Ramadhan ni & hiburkan hati sendiri. 



Kami tak buat preparation apa sgt pun. Mumi tak masak rendang sbb kami bukan bff. Mumi x pernah reti masak rendang. Mujur Pa pandai anyam sarung ketupat. Merasalah juga suasana sehari sebelum raya tu. 

Yg kelakar, Pa craving for kari ayam pencen lps tgk satu video yg viral. Adeh, 1st time dlm hidup PaMi proses ayam pencen ni dari A-Z. Hasilnya Mumi kata dgn Pa, 'Perhaps this will be 1st & the last time la...' :-)

Mumi tau resepi tu sedap. Tapi... personally I prefer our (read as my) own curry making way. Sudahnya, dgn Pa pun sama tak lalu. I take it as my bad la. Tapi... Mumi tak moh lagi masak kari ayam pencen style gitu. Mumi tekak Melayu mix Minang mix China mix Belanda mix Jawa mix Banjar tok-tok. Mumi pun lots of mix juga :-) 

But seriously, apa yg Mumi masak for this CovEid semua ke laut. Mgkn hati Mumi ni sedih... pedih... luka. Walaupun buat2 tak ada apa2 tapi hasilnya keluar dari apa yg Mumi masak. Semua tawar, hambar, ke laut... haish. Sorry Pa.. sorry kids... Mumi perlu masa utk sembuh. Dulu bertahun, kemudian chapter tu closed. Kemudian another chapter terbuka lagi... haish, rasa a failure pun ada juga ni.


Sehingga tahun 2019, solat hari raya semua dibuat di masjid. Samada sempat ikut atau tak je, boleh solat dgn tak je. Istimewanya Eid 2020, eksklusif solat sunat & khutbah Aidilfitri dibuat di kediaman masing2 oleh ketua keluarga masing2. Sedih, tapi ambil hikmahnya... Allah Maha Besar, back to the root. Membina & memperkukuh diri serta keluarga untuk membina & memperkukuh circle yg lebih besar, InsyaAllah.

I know he's happy to have that moment picturing his kids...
Maaf ya Pa... saya isteri tak sempurna, masak pun tak pandai... kesian kita raya koboi je.

Ada tak da, kita syukuri kebenaran kerajaan utk berkunjung di hari raya pertama. Kita pi umah bik mah makan nasi arab, bik mah pula dtg umah kita dan kita jamu dgn steamboat & grilled :-)
Lepas tu kita berkurung semula di rumah... alhamdulillah.


Berhari raya norma baharu Aidilfitri... online. Alhamdulillah.
Rindu Ibu... tapi kita called dgr suara je la ye... tu pun mlm baru dia pick up. Haish...


Salam Aidilfitri 1441H
Kami tak pernah sempurna
Mohon ampun maaf dari kejauhan...
Moga hari esok kita akan lebih diberkati & dirahmati Allah...
Stay at home... stay safe... 
Kita cubalah hargai susah payah org yg concern dgn kehidupan kita semua juga.

Monday, May 18, 2020

...dawn

25 Ramadhan. Getting closer to d'end. Semakin terasa ngilu dlm hati. Sedih... bimbang, tapi tau semuanya ketentuan Tuhan.

Dlm keperitan wabak pandemik yg melanda, Mumi yakin & sedar byk hikmah Allah yg ada di dlmnya. I appreciate so much everything I am going through. Beautiful... perhaps ini kali pertama & terakhir merasa suasana PKP / MCO dlm hidup. Faham juga kesan PKP/MCO pd setiap orang. Even we are not all in d'same boat, but we are all in d'same storm. The struggle is real...

WFH. Dah clock in via system. Sekejap lagi baru boleh mula kerja, sbb duit dlm akaun masih belum kredit masuk dr peletakan STDT-i semalam. Once masuk baru boleh buat bayaran. Dan hari ni kena blast email throughout system utk beri makluman cut off time few work scope bagi tujuan cuti Eid.

So, smtra tunggu nak tunai solat Dhuha & habiskan portion bacaan al-Quran grup UiTM, Mumi nak simpan diari ttg memori subuh semalam & hari ini :-)

Baby sedang bantu Babang ikat kain pelekat. Nak berjemaah solat Subuh jam 6 pagi tadi.
...menunggu Subuh. 
Semoga kamu terus saling bantu membantu 
dgn kasih sayang, toleransi & hormat menghormati...

"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh Malaikat).
(Al-Israk, ayat 18)


Babang tak suka diambil gambarnya apatah lagi sbb dia tahu Muminya suka share di status whatsapp. Mumi kata... Mumi selalu 'belajar' dari status2 org lain. Ia spt perkongsian & dakwah melalui medium tu. Mumi tak pernah rasa negatif atau prejudis dgn status org lain. 

Kalau Mumi share gambar ni, mungkin ada seorang dua yg ter'inspire' utk gerakkan anak2 sama2 Subuh pd waktunya & kemudian bertadarrus sekejap, kan dah free2 kita tumpang sedikit pahala? 

Lalu Babang diam...


Selesai Subuh berjemaah, utk elakkan anak2 tidur semula (ni kalau Nek Enon depa ni pantang tidur lepas Subuh huhu), Mumi suh mengaji & bertadarrus. Lagipun kami baru sampai Juzuk 25. Nak kena speed up :-) Tadi pun Mumi mulakan tadarrus Mumi pada Surah Al-Fath. 

Allah... awal fajar yg damai ni, Mumi ditakdirkan baca Surah Pembuka. Moga dibukakan sgl pintu kebaikan, kesejahteraan, kerahmatan, keselamatan, kemurahan rezeki yg melimpah ruah & kemudhan urusan dari dunia sampai Akhirat. Dilembutkan hati utk terus istiqamah & sabar dlm menempuh kehidupan. Aaamiin....

Hikmah PKP juga, baby dah nak khatam Muqaddam. Pa kata minggu depan nak beli Quran baru utk Baby naik quran pula. Tiap kali anak2nya naik Quran, memang Pa belikan naskhah baru khas. Alamak... hiba pulak.


Baby pun sikit2 menurun perangai Mumi suka abadikan momen. Gambar Mumi mengaji pun Baby sempat snap & tulis note begitu. Tq sayang. Patut asyik tanya mcm mana nak eja 'nga'. :-) Dah selesai dia mengaji, dia sambung kerja2 engineering pula..


Dan ini moment Subuh semalam, 24 Ramadhan.  Inilah namanya 'tidur dalam iman' :-)

Didik terlena di riba Mumi, saat mengaminkan bacaan doa Pa selepas selesai Subuh berjemaah.


ALLAH
Only YOU know our thoughts & feelings
See & understand our hopes, desires & anxieties
Catch us back as we drift off

 In the stillness of this beautiful dawn 
We end our sahur moment
And we bow down to perform our prayer

YA ALLAH
Please forgive us, love us
Please bless us as we rest
Restore us as we sleep
Bless us with sweet dreams in this world
And bless us with Jannatul Firdausi in there after

Aaamiin...


#24&25Ramadhan
#subuh
#selepassahur
#al-fath
#pembuka

Friday, May 15, 2020

Hati Luka Yang Tersenyum

22 Ramadhan dah hari ini. 10 Ramadhan terakhir. Awalnya rahmat, di tengahnya keampunan, di akhirnya moga dikurniakan pelepasan dari api neraka. Itupun jika berjaya tundukkan nafsu & sgl sifat mazmumah.

Moga2 Mumi juga begitu. Mampu terus bersabar bila disalah erti, terus bertahan walau dikhianati & redha bila masih diuji. Kdg terfikir, apalah yg ada pd Mumi utk org merasa jaki...

Mumi fikir bila satu chapter've closed, Mumi akan dpt teruskan kehidupan semampu daya. Tapi sepertinya Mumi belum lepas with flying colours, maka another chapter with d'same content masih dibukakan. Ya lah, Mumi masih seorg pendosa yg sdg bertatih sucikan diri.

Walaupun lingkungan ini makin kecil, Mumi tetap bersyukur masih dipinjamkan Pa & anak2. I have my own life to live & be busy with. Tak apa... org luar lagikan ku maafkan. Inikan kamu. Namun jln terbaik kurangkan mudharat & kesan negatif dlm kehidupan, Mumi lepaskan kamu dgn persepsi & pilihanmu.

Ramadhan ini jadi saksi hati yg hancur bila dikhianati. Sbg manusia biasa, Mumi tentu menangis kenangkan pengorbanan yg tak dihargai. Tapi, Mumi sedar itulah atr medium penandaras keikhlasan. Moga Allah pelihara hati Mumi & terus sudi pinjamkan kekuatan sandaran utk Mumi.

Ujian utk setiap manusia tak pernah sunyi. Tapi jika ujian jadikan hatimu hitam & keras serta akhlakmu angkuh & biadap, biarlah Mumi bawa diri. Mumi tak mampu ubah kamu, hanya Allah. Dan Mumi dah tak ada byk baki usia utk tanggung sedih & hiba. Mumi nak happy2 je.. so, jika kamu hanyalah derita dlm hidup Mumi, biarlah kita berjalan di atas haluan sendiri. Bukan memutuskan perhbgn, tetapi mengelakkan kita saling mencatat dosa di dalam buku hidup. At least, itu pendirian Mumi. Yg berhak hakimi, DIA saja.

ehsan google

Hari Jumaat. Khabarnya bermula hari ni PKPB longgarkan lagi situasi. Masjid dibenarkan utk melakukan solat jemaah  tertakhluk kpd bilangan 12 @ 30 orang ikut warna zon / masjid yg dipilih. Ia sgt mengharukan... insyaAllah kita akan menang!

Dan Mumi nk simpan memori corat-coret PKPB beberapa hari ni untuk senyuman waktu hadapan Mumi nnt...

Hu hu.. Mumi sengaja letak gambar laksa dekat dgn pokok.
Nak abadikan dlm FRAN yg itu adalah pokok baru Mumi utk raya ni! "-)

Mumi adhocly teringin nak makan laksa. Mumi kutip balance umpan pancing Pa, si ikan kekecik dlm freezer. Mumi rebus & dera boys utk pipih ikan hingga mereka bosan :-)

Dan apa yg ada je dlm rumah, Mumi jadikan ia Laksa PKPB RAN yg ala kadar utk buka puasa kami sekeluarga.

Pa kata, "Ni, kalau buka kedai mesti orang datang lagi."

Ek Pa? Okaylah, nnt lepas kita pencen, kita buka warung laksa ye... :-)
InsyaAllah... kalau ada umur & kalau laraaat...




Dan smlm, Mumi balik kerja dlm keadaan yg 'sarat emosi' & kesedihan. Mujur Pa dah siapkan bahan2 utk iftar yg mereka rancang utk makan steamboat simple je. Ya lah... selagi masih Allah izinkan rezeki, kita makanlah apa yg ada.

Tapi disebabkan hati luka, Mumi tak lalu nak jamah apapun yg berat sejak dari waktu berbuka hinggalah sahur tadi. Lepas terawikh tu je Mumi jamah sehiris dua daging bakar & sahur Mumi habiskan sesuap nasi pinggan baby yg tak habis.

Pa kata, "Nanti pengsan kat office mcmana?"
Tq sbb bimbangkan Mumi. InsyaAllah tak... Allah kan ada...

Okay, Mumi nak take a break & mengaji sikit. Sekejap lagi office hour bermula semula...

PKP & PKPB ni walau dlm sengsaranya, ada juga hikmah & bahagia. Satunya, I appreciate WFH & WFO alternately. Ni lelama gini, mau naik lemak. Haish...


Blood makes you related, sincerity & loyalty makes you family.
... that's why the saddest thing about betrayal is that, 
sometime it never comes from your enemies...
(RAN)


#10Ramadhanterakhir
#laksaPKPBmumi
#steamboatathome
#whenu'rebetrayedbyyourownfnb


Friday, May 8, 2020

Hatiku di Haramain : Sisters

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...berbuat baiklah,
moga ia dpt menjadi 'alasan'
untuk Allah mudahkan kita dari kesusahan di masa akan datang...
*******************************************************

Jumaat ketiga Ramadhan. Msh dlm suasana CMCO/PKPB. Boleh keluar, byk kelonggaran. Tapi itu bukan tiket kebebasan penuh. Walaupun dah tak byk roadblocks dlm daerah, tapi situasi ini sbnrnya bermaksud 'pengawalan / jaga kendiri'. Sendiri jaga diri sendiri.

Smlm dikhabarkan ada kluster baru. Ya, everyday msh ada kes baru. Cuma bersyukur, kematian semakin sgt berkurang & yg sembuh semakin meningkat. Moga2 kita mampu melawan C19 ini akhirnya.

Smlm juga, kami buat operasi kemas rumah agak 'besar-besaran. Lap habuk segala. Sbb boys dah mula acum-acum, tanda2 rumah perlu di'sanitasi' dr habuk :-) Lega bila dah settle.

Dan smlm juga 1st time Mumi msk sambal paru utk berbuka. For d'boys, Mumi stim limaukan siakap. Habis seperiuk nasi depa makan. Maka, selamatlah Mumi, lgsg tak mkn nasi mlm td. Hopefully bolehlah bantu impian nak 'kurus' :-)

Hari ni Mumi nk simpan diari Tanah Suci sat...

Dlm pd hecticnya kejar setiap waktu emas di Tanah Suci, kita jaga juga hubungan silaturrahim yg baru terjalin. Oleh krn grup jemaah kami dlm seramai 43 org hanya terdpt 3 pasang suami isteri yg dtg berdua berbanding yg lain dtg dlm bilangan keluarga besar, maka kami jadi lebih mudah mesra. Mcm sisters... and definitely saya adik bongsu :-)

Kak Zaidah & Kak Camy suami isteri dah bbrp kali ke Tanah Suci. Maka byk yg saya belajar dari keduanya. Inspired utk jadi seperti mereka. Alhamdulillah... rezeki mereka murah. Moga2 berjangkit juga pada kami kebaikan hati & kemurahan rezeki mereka.


Kak Zaidah Harun (telekung putih) ni merupakan Yang Dipertua Persatuan Dialisis MJSAA, sebuah pusat dialisis dlm masjid di Petaling Jaya. Byk yg saya belajar dari Kak Zaidah yg sangat warm & talkative, baik hati, kelakar tapi sangat humble


Mujurlah Kak Zaidah ni suka bergambar. Ada la sikit gambar kami... dptlah juga saya simpan memori dlm Masjid Nabawi ni. Kalau ikutkan saya, tak teringat nak bergambar langsung dlm masjid yg indah tu. 

Baiknya hati Kak Zaidah, buat kerja2 amal secara sukarela. No wonder Allah murahkan rezekinya selalu.

Kak Camy (namanya panjang & orgnya secantik namanya) yg bertelekung hitam. She's a businesswoman herself. Owner butik kelengkapan/pakaian haji/umrah & pakaian @ Qamilla Collection. Butik utama Kak Camy ada di SACC Mall, Shah Alam. Ada cawangan juga... tapi saya lupa di mana.


Selain dari talkative, warm & kelakar, Kak Zaidah suka ambil gambar & bergambar. Pic ni dia ambil ketika kami dgr taklimat keberangkatan pulang, di Surau, Le Meridien Hotel Mecca. Purposely dia ambil gambar sederet kami & sederet pasangan masing2. Hu hu... Kak Zaidah yg comel... 

Ketika singgah ziarah sekejap & tunai solat (jamak) Maghrib & Isya di Masjid Qisas, dlm perjalanan menuju Airport Jeddah. 

Dan ketika dinner di Al Romansiah Restaurant, sblm ke Airport Jeddah


We were teasing Pa yg nak amek pic kami. Kak Zaidah suh pose pandang 'akhirat' :-)

She insisted to have this poto, 6 of us together sblm bertolak utk bermiqat & tunaikan umrah kali kedua bsm mutawwif & jemaah kumpulan. 
And.. Kak Zaidah 'marah' Pa sbb tak pakai putih. Dah tak seragam katanya :-)
Mrh2 syg ya kak... hu hu


#sisters
#persatuandialisismjsaa
#qamillacollection
#PKPBkawalankendiri

Tuesday, May 5, 2020

Hari Sotong Serumah

Hari ke-2, PKPB Fasa 5. Dgn terwartanya PKPB Fasa 5, maka PKP Fasa 4 dikatakan terbatal (walau belum cukup 14 hari sehingga 12 Mei spt asalnya).

PKPB Fasa 5 beri kelonggaran byk sektor beroperasi semula dgn syarat pematuhan kpd SOP yg ditetapkan. Dikatakan jika ada seorang ahli / pekerja syarikat / sektor berkenaan yg positif C19 maka seluruhnya akan ditutup serta merta.

So far kami msh tertakhluk kpd WFH kecuali yg berada dlm essential scope hgga U keluar garis panduan utk staff kembali bekerja. Like myself, hari ni kena pergi office seawalnya walaupun giliran wfh. Bendahari ordered to go to office utk release bayaran flight ticket para pelajar yg akan terbang pulang ke Kuching, Sarawak jam 8am tadi via operasi penghantaran pulang pelajar2 universiti. Failure which, stranded pulak kot bebudak tu kat airport. Kena kecam pulak Mumi n team nnt... 

Alhamdulillah, Allah tu mmg selalu kasihankan Mumi. Mudah urusan pagi ini. Bersyukur dgn gerak hati yg Allah beri pd Mumi ptg smlm. Terima kasih Allah.

Hari tu Mumi ingat nak simpan diari ttg lauk berbuka, kerabu sotong. Tapi kejadian pertama kali tu tak berapa cantik. Maka hari ni, d'last 2 portion sutun yg tinggal dlm freezer tu Mumi masak utk berbuka. Ikut selera boys. Paprik sotong utk Babang & Pa. Dan sekali lagi buat Kerabu Sotong as requested by Didik. Berhantu betul Didik dgn kerabu sutun :-)

Alhamdulillah kejadian kerabu sutun Mumi kali ni bolehlah diterima logik akal sedikit. Maka kita simpanlah dlm FRAN sbgi kenangan... :-)



Didik mmg ikut style selera Mumi mostly. Kalau makan di kedai, dulu jenis kerabu cenggini eksklusif utk Mumi. Tapi since dia tau betapa sedapnya kerabu sutun tu, haish... Mumi beralah je. Skrg dek krn MCO, Mumi pun dah 'terpandai' buat kerabu sutun sendiri. So lepas ni tak yahlah sesusah kita pi kedai tomyam tu ye... :-) 




Hari ni berbuka dgn lauk sutun serumah. 2nd portion sotong tu Mumi paprikkan sesuka hati Mumi ikut apa bahan yg ada. Mcm terlebih hitam sikit warnanya, tapi surely bukan dakwat sotong :-)  Mumi ada terbubuh kicap ke tadi? Adeh...

Plus bendi masak asam air je. Bik Mah ptg tadi hantar sebekas karipap & ada pula hamba Allah sangkutkan sedekah Ramadhan, murtabak. Alhamdulillah... cukuplah tu.

Mumi baru ingat nak tidur lepas tulis diari sbb esok kena masuk office. In fact, minggu ni boss dah pesan mungkin kena masuk everyday plus weekend utk settlekan hal byrn penghantaran pulang berperingkat students. Adeh... 

Tetiba Pa sebut 'ni kalau dapat maggie pepanas ni sedap ni...'

Mujurlah syurga isteri tu di bwh telapak kaki suami... motto ku yg mengikut perintah je la Mumi dari office sampai ke rumah :-). Tak nak buat, boleh je... tapi tergamak ke hati setiap isteri menghampakan harapan suaminya? Setakat maggie je bolehlah kot Mumi tunaikan. Jgn minta yg bukan2 sudahlah... krik krik...

Okay RAN... good nite & stay safe, luv.

Moga yg baik2 saja utk kita, keluarga kita semuanya, rakyat Malaysia, utk agama Islam kita & utk pertiwi tercinta, Malaysia.


#kerabusotongalaRAN
#papriksotongterlebihhitam
#PKPBFasa5
#hatistillhibadengarlagudoawiranegara


Sunday, May 3, 2020

Mee Kari Ketam ft Roti John Kebab

Ramadhan, hari ke-10 & MCO Fasa 4 hari ke-5.

Sejak kemas & re-arrange dapur semalam, kaki makin sakit bila dipijak. Both hands rasa bengkak. Haish, mmg langsung x boleh berkuat dah ke sekarang...? Nikmat yg perlahan2 dah mula diambil semula.

Kelonggaran PKP dah makin diberi. Ramai yg suka, ramai juga yg lebih bimbang. Bilangan kes baru pun dlm dua hari ni meningkat. Hari ni, new cases get back to 3 digits. Tak tau nak fikir apa & mcm mana. I will just do as suggested & ordered by the rulers. Jaga diri sendiri, jaga keluarga. Perhaps can't do much for others, at least when I take care of myself & my family, scr tak lgsg tak susahkan & tak bahayakan others juga. InsyaAllah... mudah2an, Allah bantu kita.

Mumi nak simpan diari rutin sehari ini. Walaupun tak beza sgt dari hari yg biasa since Ramadhan... tapi ia tetap sweet & precious moment buat Mumi. For my future to smile at... insyaAllah.


Alhamdulillah, baby msh penuh puasanya. Msh penuh solat & terawikhnya. Walaupun waktu sahur, matanya pejam. Maka Mumi la yg kena suap baby & didik. Nanti lepas sahur, kena kejut dia lagi utk solat Subuh. 

Ketika terawikh pula asyik tanya 'berapa rakaat lagi?' & kdg2 goyang ke sana sini, lenguh kaki la tu sbb Pa bawa bacaan panjang :-)

Alhamdulillah, since PKP kami praktiskan solat berjemaah hampir setiap waktu di rumah. Sweet hikmah. Kdg terfikir, apakah situasi ini sbnrnya Allah sdg beri peluang & ruang utk hamba-hambaNya memperbaiki diri & keluarga, kumpul sebanyak bekal & amal. Persediaan ke akhirat. Akhir zamankah ini...?

Hari ni, sama spt few days ago boys tetap tak moh nasi berlauk utk berbuka. Maka hari ni, Mumi masak mee kari (kaki) ketam je la. Ketam yg Pa order dari Sekinchan last 2 weeks, msh ada 2 portion lagi sbb Mumi bahagi2 dlm 5 plastik kecil, each plastic ada 2-3 ekor ketam sederhana saiz je. Cukuplah buat rasa dlm kuah kari nnt. Musim PKP ni, kena berjimat cermat :-)


Since ketamnya kekecik n 2-3 ekor je, maka Mumi bubuh fishball dlm kuah kari. And 1st time Mumi guna kentang rebus yg dilenyek utk pekatkan sedikit kuahnya. New things for me.

Alhamdulillah, apa ada je , but they liked it. Dpt juga hantar sebekas, utk balas pulut kuning & ayam masak diraja yg Bik Mah hantar petang tadi. 



Hari ni boys tlg di dapur. Babang, for 2nd time get his Roti John done.

Roti John ni sbnrnya ada kisah lucu. Last Friday, order roti john dari jiran taman. 3pm, dah dihantar. Aik, awalnya siap roti john? Rupanya dihantar roti yg diguna utk buat roti john, the mini size. Adeh... terfikir smd Mumi salah order @ salah sebut hu hu.

Nak tak nak, kenalah Mumi godek apa yg ada utk dijadikan Roti John juga. Hari ni, teringat ada ayam kisar yg beli dari officemate, few months ago. Tapi sblm ni Mumi tak reti guna sbb ayam kisar tu perisa sate. Takkan nak guna buat kuah spageti? Maka hari ni kita alter jadi Roti John Kebab la kununnya...


Roti John ni 1st time kami buat sendiri di rumah. Mujur juga salah komunikasi waktu order. Ada hikmahnya hu hu. 1st set tu buat on Friday, Mumi guna ayam kisar RAMLY & cheesedale. 2nd set hari ni Mumi guna ayam kisar perisa Sate Kajang Hj Samuri & Babang tabur keju parmesan, instead.

Yg berhantu makan roti john homemade ni si Babang & Baby la. Haish... makan lah nak, selagi mana Allah beri kemampuan rezeki pd kita. Hikmah Ramadhan dlm PKP... yg tak pernah buat sendiri pun, kita dah mampu buat sendiri seadanya.


Penutup hari, lepas terawikh & tadarus... Pa setakat ni tak miss moreh dgn buah mempelam susunya. Harum manis tak mampu, mahal sgt hu hu...

As usual, Didik adalah org yg paling suka buah especially mempelam. So, selalunya Didik & Pa la yg akan moreh wajib dgn mempelam :-)

Ayam golek tergolek2 yg Mommy Seha depa ni htr petang tadi kita buat lauk sahur je la nampaknya. Hari2 begitu... masak satu dua menu simple je. Nanti ada la yg hantar utk penuhkan meja. Masing2 mengejar pahala sedekah Ramadhan. Adeh... walaupun bersyukur dgn limpahan rezeki, tapi Mumi pening tgk makanan yg byk :-)

Moga saudara-saudara Mumi di luar sana juga Allah kurniakan rezeki yg baik2. Moga tiada yg berteman air mata krn tiada makanan ketika berbuka akibat ketidakmampuan. Dan Mumi hari ni sbnrnya masih sembunyikan airmata dlm hati... sometime, some things are better left unsaid. Tapi kdg, its hurt terribly, deep down inside. :-(


"Ramadhan... month of blessing & forgiveness. 
Terimalah penyerahan & harapan kami, Ya Allah..."
(RAN)



#meekariketam
#rotijohnkebab
#ramadhanday10th
#mcoday5phase4
#esokgilirankerjastillinpkpterm

Friday, May 1, 2020

Ku Pulangkan Adikku Kepada-MU...

Kecil hingga besarnya, dia belahan jiwa abah & ibu. Kemanjaan kami, his sisters. Walau hidup seadanya, kami adakan apa yg termampu utknya. Bila dah kerja, ku biayai dia sepenuhnya. Bkn sekadar wang ringgit. Tapi dgn tanggungjawab, kasih sayang, kebimbangan & kerisauanku utk keselamatannya, kegembiraannya & segala-galanya utk dia.


Di depan Baitullah, ku mohon bahagia keluarga. Doa yg sama agar kembali dia pd Ibunya. Agar diberi suluhan cahaya. Pulang, entah knp sarat rindu pdnya. Disember 2019, makin tak tertanggung. I had a wish & dream to have a perfect Eid picture of our family this coming May, perhaps to celebrate his 36th birthday. So, I told my heart... sabarlah.



Tiba khabar kau didiagnos denggi. Kronologimu lbh krg spt seorg patient Covid-19 yg dibaca. Hati berdetik. Bila kau ditolak ke ICU, ia jadi nyata. Isterimu sampaikan berita agar standby oleh doktor. Husnudzonlah hati utk 'standby to welcome you home, healthy & alive'.

Dlm situasi MCO, Pa lead solat hajat  & berjemaah bacakan Yassin 40 utkmu 7 mlm berturut. Spjg 7 mlm itu, doaku jadi bisu. Blank. Selesai mlm ke-7 solat hajat & Yassin 40, 9.35pm Khamis 26 Mac 2020, kau berundur.

Mlm itu Along & Pa dipanggil buat pengecaman. Hanya kami waris yg ada uruskan & iringimu. Siapa yg kata kau bersendirian tanpa keluarga?

Mlm itu, kami berdua dgn sut PPE dibawa lihat wajahmu utk akhir kalinya dari jarak 2 meter, mewakilil keluarga kita. Petugas KKM buka sealed bag yg hampir 3 lapisan itu di bhgn mukamu saja. Tak mengapa, kami faham & redha.


Along & Abg Nasir tunggu di Forensic spjg prosedur kamu ditayamum & disolatkan ringkas oleh petugas khas. Sdg Ibu kita dijemput Abg Ujang & anggota polis yg ditugaskan. Bersiaplah, kami ada.


Di sana, mereka sdg menanti. Alhamdulillah, perbincangan ttg lokasi kebumimu, siapa utk dihubungi & siapa utk membantu, mudah utk kami mlm itu walau sedikit keliru sini & sana.

Tak apa Dik, jalanlah dulu di hadapan. kami iringimu di belakang. About 2.30am, Friday 27th March, we're being escorted by police cars front & back. Ibu juga sdg dibawa ke sana. Tak mengapa, akan ku iring langkah akhirmu sebagaimana pernah ku iringi hampir setiap langkah permulaanmu dulu. No agenda, no interest. 


Dinihari hening. Kita tiba di Tanah Perkuburan Islam, Country Homes, Batu Arang Rawang. Dgn consent isterimu, ku penuhi permintaan Ibu utk semadikan kamu di sini. Agar kamu dekat dgn arwah Abah, dekat dgn kami.

Don't know how to describe d'feeling looking at you from d'distance. Couldn't get near you. Couldn't hug & kiss your for d'ever last time in d'world.  Perhaps you never know how much I long to hug you again as my lil bro. Till d'end of everything, I can only hug you in my dream, if ever I can have the dream... 

Tiada seluruh keluarga & sahabat handai utk sama2 berganding bahu turunkan kamu ke liang lahad.  Mereka cuma mampu hadir dlm group whatsapp keluarga bsm doa & dokongan perasaan. Kasihan juga Angah & Dik Sah sekeluarga. Mereka tak mampu brd di situ. 

Semua urusan disempurnakan petugas KKM yg lengkap dgn PPE. Kasihan mereka, our frontliners who in fact are our backliners. Pengorbanan & jasa mereka utk kamu & utk keluarga kita, hanya Allah yg mampu kurniakan sgl kebaikannya.


Kasihan Ibu bersendirian dlm kereta polis di depan tu. Along tak boleh turun temani Ibu. Kali akhir kamu bsm Ibu, spent a night with her, Disember lalu. Moga itu jadi penawar rindunya.

Selesai pengebumianmu jam 4 lebih pagi itu, kami singgah di rumah pusaka utk bersihkan diri sblm rentas kwsn hantar Ibu pulang ke rumah Dik Sah. Risiko virus Covid-19 perlu kami elakkan. 

Betapa jauh menungan Ibu. Dptkah ku selami perasaan seorg Ibu yg perlu terima hakikat anak kesayangannya pergi dahulu tinggalkan dia dlm keadaan dia amat perlukan kamu...? Dia tak pernah perlu duit, harta & kemahsyuranmu. Dia hanya perlu anaknya saja.


Selesai tanah dikambus, seluruh peralatan, petugas & kwsn persekitaran disanitasi. Done so, barulah kami dibenarkan turun. Tiada talkin. Namun krn yg terlibat, dari pemandu van jenazah, hingga yg uruskan prosedur, yg gali tanah pusara & imamnya adalah teman2 kamu, mereka doakan kamu semampunya mengikut keizinan Allah & pihak KKM. Terima kasih.




Byk yg ingin didiarikan. But sometimes, some things are better left unsaid. Percayalah, apa jua pilihanmu selama ini, kami sentiasa usaha iring kamu dgn doa & redha yg ikhlas. Asal saja kau bahagia.

Dik... I resigned to the fact that our family's Eid pic will forever be incomplete.  It's hurt, we're terribly hurt. Tapi kami redha. Biarpun sakitmu bersendiri, pergimu sunyi, tapi kepulanganmu dicemburui. Berbahagialah Dik, rehatlah.

Dari tempoh 100 harimu, Along dah terlalu rindu. Rindu yg luar biasa. Now onward, I've to carry this feeling  to d'end of my life.

One thing I knew Allah blessed me with. Sepanjang mana rajukmu, akhirnya kau 'balik' kpd ku. Utk ku iring langkahmu pulang pd Yang Maha Pencipta. Blood is always thicker than water. 

Hari ini, Jumaat, 8 Ramadhan @ 1 Mei... andai kau masih ada di dunia ini, seperti selalu, ku kirimkan melalui diari ini, Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Dik. Kami ikhlaskan semuanya. Tiada apa lagi yg ada. A chapter, closed.

Tuhan, 
Telah ikhlas ku pulangkan adikku,
anak bongsu ayahanda bondaku, kepada-Mu.
Kami mohon rahmat & kasih sayang-Mu utk dia di alam sana.
Ampunilah dia, ampunilah kami...
Kuatkanlah hati Ibu kami menempuh hari2 mendatang.



#wewillfightcovid19foryou
#24/1056
#catatansebuahkehidupan
#duludiamdanakanterusdiam
#chapterclosedalhamdulillah
#happybirthdaydik
#5thJumaatwithoutsolatJumaat

PAGEVIEWS