Ramadhan, hari ke-10 & MCO Fasa 4 hari ke-5.
Sejak kemas & re-arrange dapur semalam, kaki makin sakit bila dipijak. Both hands rasa bengkak. Haish, mmg langsung x boleh berkuat dah ke sekarang...? Nikmat yg perlahan2 dah mula diambil semula.
Kelonggaran PKP dah makin diberi. Ramai yg suka, ramai juga yg lebih bimbang. Bilangan kes baru pun dlm dua hari ni meningkat. Hari ni, new cases get back to 3 digits. Tak tau nak fikir apa & mcm mana. I will just do as suggested & ordered by the rulers. Jaga diri sendiri, jaga keluarga. Perhaps can't do much for others, at least when I take care of myself & my family, scr tak lgsg tak susahkan & tak bahayakan others juga. InsyaAllah... mudah2an, Allah bantu kita.
Mumi nak simpan diari rutin sehari ini. Walaupun tak beza sgt dari hari yg biasa since Ramadhan... tapi ia tetap sweet & precious moment buat Mumi. For my future to smile at... insyaAllah.
Alhamdulillah, baby msh penuh puasanya. Msh penuh solat & terawikhnya. Walaupun waktu sahur, matanya pejam. Maka Mumi la yg kena suap baby & didik. Nanti lepas sahur, kena kejut dia lagi utk solat Subuh.
Ketika terawikh pula asyik tanya 'berapa rakaat lagi?' & kdg2 goyang ke sana sini, lenguh kaki la tu sbb Pa bawa bacaan panjang :-)
Alhamdulillah, since PKP kami praktiskan solat berjemaah hampir setiap waktu di rumah. Sweet hikmah. Kdg terfikir, apakah situasi ini sbnrnya Allah sdg beri peluang & ruang utk hamba-hambaNya memperbaiki diri & keluarga, kumpul sebanyak bekal & amal. Persediaan ke akhirat. Akhir zamankah ini...?
Hari ni, sama spt few days ago boys tetap tak moh nasi berlauk utk berbuka. Maka hari ni, Mumi masak mee kari (kaki) ketam je la. Ketam yg Pa order dari Sekinchan last 2 weeks, msh ada 2 portion lagi sbb Mumi bahagi2 dlm 5 plastik kecil, each plastic ada 2-3 ekor ketam sederhana saiz je. Cukuplah buat rasa dlm kuah kari nnt. Musim PKP ni, kena berjimat cermat :-)
Since ketamnya kekecik n 2-3 ekor je, maka Mumi bubuh fishball dlm kuah kari. And 1st time Mumi guna kentang rebus yg dilenyek utk pekatkan sedikit kuahnya. New things for me.
Alhamdulillah, apa ada je , but they liked it. Dpt juga hantar sebekas, utk balas pulut kuning & ayam masak diraja yg Bik Mah hantar petang tadi.
Hari ni boys tlg di dapur. Babang, for 2nd time get his Roti John done.
Roti John ni sbnrnya ada kisah lucu. Last Friday, order roti john dari jiran taman. 3pm, dah dihantar. Aik, awalnya siap roti john? Rupanya dihantar roti yg diguna utk buat roti john, the mini size. Adeh... terfikir smd Mumi salah order @ salah sebut hu hu.
Nak tak nak, kenalah Mumi godek apa yg ada utk dijadikan Roti John juga. Hari ni, teringat ada ayam kisar yg beli dari officemate, few months ago. Tapi sblm ni Mumi tak reti guna sbb ayam kisar tu perisa sate. Takkan nak guna buat kuah spageti? Maka hari ni kita alter jadi Roti John Kebab la kununnya...
Roti John ni 1st time kami buat sendiri di rumah. Mujur juga salah komunikasi waktu order. Ada hikmahnya hu hu. 1st set tu buat on Friday, Mumi guna ayam kisar RAMLY & cheesedale. 2nd set hari ni Mumi guna ayam kisar perisa Sate Kajang Hj Samuri & Babang tabur keju parmesan, instead.
Yg berhantu makan roti john homemade ni si Babang & Baby la. Haish... makan lah nak, selagi mana Allah beri kemampuan rezeki pd kita. Hikmah Ramadhan dlm PKP... yg tak pernah buat sendiri pun, kita dah mampu buat sendiri seadanya.
Penutup hari, lepas terawikh & tadarus... Pa setakat ni tak miss moreh dgn buah mempelam susunya. Harum manis tak mampu, mahal sgt hu hu...
As usual, Didik adalah org yg paling suka buah especially mempelam. So, selalunya Didik & Pa la yg akan moreh wajib dgn mempelam :-)
Ayam golek tergolek2 yg Mommy Seha depa ni htr petang tadi kita buat lauk sahur je la nampaknya. Hari2 begitu... masak satu dua menu simple je. Nanti ada la yg hantar utk penuhkan meja. Masing2 mengejar pahala sedekah Ramadhan. Adeh... walaupun bersyukur dgn limpahan rezeki, tapi Mumi pening tgk makanan yg byk :-)
Moga saudara-saudara Mumi di luar sana juga Allah kurniakan rezeki yg baik2. Moga tiada yg berteman air mata krn tiada makanan ketika berbuka akibat ketidakmampuan. Dan Mumi hari ni sbnrnya masih sembunyikan airmata dlm hati... sometime, some things are better left unsaid. Tapi kdg, its hurt terribly, deep down inside. :-(
"Ramadhan... month of blessing & forgiveness.
Terimalah penyerahan & harapan kami, Ya Allah..."
(RAN)
#meekariketam
#rotijohnkebab
#ramadhanday10th
#mcoday5phase4
#esokgilirankerjastillinpkpterm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.