Friday, May 1, 2020

Ku Pulangkan Adikku Kepada-MU...

Kecil hingga besarnya, dia belahan jiwa abah & ibu. Kemanjaan kami, his sisters. Walau hidup seadanya, kami adakan apa yg termampu utknya. Bila dah kerja, ku biayai dia sepenuhnya. Bkn sekadar wang ringgit. Tapi dgn tanggungjawab, kasih sayang, kebimbangan & kerisauanku utk keselamatannya, kegembiraannya & segala-galanya utk dia.


Di depan Baitullah, ku mohon bahagia keluarga. Doa yg sama agar kembali dia pd Ibunya. Agar diberi suluhan cahaya. Pulang, entah knp sarat rindu pdnya. Disember 2019, makin tak tertanggung. I had a wish & dream to have a perfect Eid picture of our family this coming May, perhaps to celebrate his 36th birthday. So, I told my heart... sabarlah.



Tiba khabar kau didiagnos denggi. Kronologimu lbh krg spt seorg patient Covid-19 yg dibaca. Hati berdetik. Bila kau ditolak ke ICU, ia jadi nyata. Isterimu sampaikan berita agar standby oleh doktor. Husnudzonlah hati utk 'standby to welcome you home, healthy & alive'.

Dlm situasi MCO, Pa lead solat hajat  & berjemaah bacakan Yassin 40 utkmu 7 mlm berturut. Spjg 7 mlm itu, doaku jadi bisu. Blank. Selesai mlm ke-7 solat hajat & Yassin 40, 9.35pm Khamis 26 Mac 2020, kau berundur.

Mlm itu Along & Pa dipanggil buat pengecaman. Hanya kami waris yg ada uruskan & iringimu. Siapa yg kata kau bersendirian tanpa keluarga?

Mlm itu, kami berdua dgn sut PPE dibawa lihat wajahmu utk akhir kalinya dari jarak 2 meter, mewakilil keluarga kita. Petugas KKM buka sealed bag yg hampir 3 lapisan itu di bhgn mukamu saja. Tak mengapa, kami faham & redha.


Along & Abg Nasir tunggu di Forensic spjg prosedur kamu ditayamum & disolatkan ringkas oleh petugas khas. Sdg Ibu kita dijemput Abg Ujang & anggota polis yg ditugaskan. Bersiaplah, kami ada.


Di sana, mereka sdg menanti. Alhamdulillah, perbincangan ttg lokasi kebumimu, siapa utk dihubungi & siapa utk membantu, mudah utk kami mlm itu walau sedikit keliru sini & sana.

Tak apa Dik, jalanlah dulu di hadapan. kami iringimu di belakang. About 2.30am, Friday 27th March, we're being escorted by police cars front & back. Ibu juga sdg dibawa ke sana. Tak mengapa, akan ku iring langkah akhirmu sebagaimana pernah ku iringi hampir setiap langkah permulaanmu dulu. No agenda, no interest. 


Dinihari hening. Kita tiba di Tanah Perkuburan Islam, Country Homes, Batu Arang Rawang. Dgn consent isterimu, ku penuhi permintaan Ibu utk semadikan kamu di sini. Agar kamu dekat dgn arwah Abah, dekat dgn kami.

Don't know how to describe d'feeling looking at you from d'distance. Couldn't get near you. Couldn't hug & kiss your for d'ever last time in d'world.  Perhaps you never know how much I long to hug you again as my lil bro. Till d'end of everything, I can only hug you in my dream, if ever I can have the dream... 

Tiada seluruh keluarga & sahabat handai utk sama2 berganding bahu turunkan kamu ke liang lahad.  Mereka cuma mampu hadir dlm group whatsapp keluarga bsm doa & dokongan perasaan. Kasihan juga Angah & Dik Sah sekeluarga. Mereka tak mampu brd di situ. 

Semua urusan disempurnakan petugas KKM yg lengkap dgn PPE. Kasihan mereka, our frontliners who in fact are our backliners. Pengorbanan & jasa mereka utk kamu & utk keluarga kita, hanya Allah yg mampu kurniakan sgl kebaikannya.


Kasihan Ibu bersendirian dlm kereta polis di depan tu. Along tak boleh turun temani Ibu. Kali akhir kamu bsm Ibu, spent a night with her, Disember lalu. Moga itu jadi penawar rindunya.

Selesai pengebumianmu jam 4 lebih pagi itu, kami singgah di rumah pusaka utk bersihkan diri sblm rentas kwsn hantar Ibu pulang ke rumah Dik Sah. Risiko virus Covid-19 perlu kami elakkan. 

Betapa jauh menungan Ibu. Dptkah ku selami perasaan seorg Ibu yg perlu terima hakikat anak kesayangannya pergi dahulu tinggalkan dia dlm keadaan dia amat perlukan kamu...? Dia tak pernah perlu duit, harta & kemahsyuranmu. Dia hanya perlu anaknya saja.


Selesai tanah dikambus, seluruh peralatan, petugas & kwsn persekitaran disanitasi. Done so, barulah kami dibenarkan turun. Tiada talkin. Namun krn yg terlibat, dari pemandu van jenazah, hingga yg uruskan prosedur, yg gali tanah pusara & imamnya adalah teman2 kamu, mereka doakan kamu semampunya mengikut keizinan Allah & pihak KKM. Terima kasih.




Byk yg ingin didiarikan. But sometimes, some things are better left unsaid. Percayalah, apa jua pilihanmu selama ini, kami sentiasa usaha iring kamu dgn doa & redha yg ikhlas. Asal saja kau bahagia.

Dik... I resigned to the fact that our family's Eid pic will forever be incomplete.  It's hurt, we're terribly hurt. Tapi kami redha. Biarpun sakitmu bersendiri, pergimu sunyi, tapi kepulanganmu dicemburui. Berbahagialah Dik, rehatlah.

Dari tempoh 100 harimu, Along dah terlalu rindu. Rindu yg luar biasa. Now onward, I've to carry this feeling  to d'end of my life.

One thing I knew Allah blessed me with. Sepanjang mana rajukmu, akhirnya kau 'balik' kpd ku. Utk ku iring langkahmu pulang pd Yang Maha Pencipta. Blood is always thicker than water. 

Hari ini, Jumaat, 8 Ramadhan @ 1 Mei... andai kau masih ada di dunia ini, seperti selalu, ku kirimkan melalui diari ini, Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Dik. Kami ikhlaskan semuanya. Tiada apa lagi yg ada. A chapter, closed.

Tuhan, 
Telah ikhlas ku pulangkan adikku,
anak bongsu ayahanda bondaku, kepada-Mu.
Kami mohon rahmat & kasih sayang-Mu utk dia di alam sana.
Ampunilah dia, ampunilah kami...
Kuatkanlah hati Ibu kami menempuh hari2 mendatang.



#wewillfightcovid19foryou
#24/1056
#catatansebuahkehidupan
#duludiamdanakanterusdiam
#chapterclosedalhamdulillah
#happybirthdaydik
#5thJumaatwithoutsolatJumaat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS