Hari ke-2, PKPB Fasa 5. Dgn terwartanya PKPB Fasa 5, maka PKP Fasa 4 dikatakan terbatal (walau belum cukup 14 hari sehingga 12 Mei spt asalnya).
PKPB Fasa 5 beri kelonggaran byk sektor beroperasi semula dgn syarat pematuhan kpd SOP yg ditetapkan. Dikatakan jika ada seorang ahli / pekerja syarikat / sektor berkenaan yg positif C19 maka seluruhnya akan ditutup serta merta.
So far kami msh tertakhluk kpd WFH kecuali yg berada dlm essential scope hgga U keluar garis panduan utk staff kembali bekerja. Like myself, hari ni kena pergi office seawalnya walaupun giliran wfh. Bendahari ordered to go to office utk release bayaran flight ticket para pelajar yg akan terbang pulang ke Kuching, Sarawak jam 8am tadi via operasi penghantaran pulang pelajar2 universiti. Failure which, stranded pulak kot bebudak tu kat airport. Kena kecam pulak Mumi n team nnt...
Alhamdulillah, Allah tu mmg selalu kasihankan Mumi. Mudah urusan pagi ini. Bersyukur dgn gerak hati yg Allah beri pd Mumi ptg smlm. Terima kasih Allah.
Hari tu Mumi ingat nak simpan diari ttg lauk berbuka, kerabu sotong. Tapi kejadian pertama kali tu tak berapa cantik. Maka hari ni, d'last 2 portion sutun yg tinggal dlm freezer tu Mumi masak utk berbuka. Ikut selera boys. Paprik sotong utk Babang & Pa. Dan sekali lagi buat Kerabu Sotong as requested by Didik. Berhantu betul Didik dgn kerabu sutun :-)
Alhamdulillah kejadian kerabu sutun Mumi kali ni bolehlah diterima logik akal sedikit. Maka kita simpanlah dlm FRAN sbgi kenangan... :-)
Didik mmg ikut style selera Mumi mostly. Kalau makan di kedai, dulu jenis kerabu cenggini eksklusif utk Mumi. Tapi since dia tau betapa sedapnya kerabu sutun tu, haish... Mumi beralah je. Skrg dek krn MCO, Mumi pun dah 'terpandai' buat kerabu sutun sendiri. So lepas ni tak yahlah sesusah kita pi kedai tomyam tu ye... :-)
Hari ni berbuka dgn lauk sutun serumah. 2nd portion sotong tu Mumi paprikkan sesuka hati Mumi ikut apa bahan yg ada. Mcm terlebih hitam sikit warnanya, tapi surely bukan dakwat sotong :-) Mumi ada terbubuh kicap ke tadi? Adeh...
Plus bendi masak asam air je. Bik Mah ptg tadi hantar sebekas karipap & ada pula hamba Allah sangkutkan sedekah Ramadhan, murtabak. Alhamdulillah... cukuplah tu.
Mumi baru ingat nak tidur lepas tulis diari sbb esok kena masuk office. In fact, minggu ni boss dah pesan mungkin kena masuk everyday plus weekend utk settlekan hal byrn penghantaran pulang berperingkat students. Adeh...
Tetiba Pa sebut 'ni kalau dapat maggie pepanas ni sedap ni...'
Mujurlah syurga isteri tu di bwh telapak kaki suami... motto ku yg mengikut perintah je la Mumi dari office sampai ke rumah :-). Tak nak buat, boleh je... tapi tergamak ke hati setiap isteri menghampakan harapan suaminya? Setakat maggie je bolehlah kot Mumi tunaikan. Jgn minta yg bukan2 sudahlah... krik krik...
Okay RAN... good nite & stay safe, luv.
Moga yg baik2 saja utk kita, keluarga kita semuanya, rakyat Malaysia, utk agama Islam kita & utk pertiwi tercinta, Malaysia.
#kerabusotongalaRAN
#papriksotongterlebihhitam
#PKPBFasa5
#hatistillhibadengarlagudoawiranegara
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.