Wednesday, December 30, 2020

TKD Online Grading

Saturday, 26th December 2020
Year end TKD online grading.

Babang's last poom grading, going up to black, when he is unofficially 15yo @1/1/2021, and Didik will go to poom belt level, insyaAllah.

Can't wait for next month for Baby to join his brothers in TKD.


As usual, Babang akan dapat compliment dari Grand Master. Walaupun sbnrnya kick yang kedua tu Babang tersalah kaki :-)
I wish he can go further in TKD too. Capaikan impian Mumi hu hu...
Next grading, Mumi harap dpt tgk Didik dalam sesi patahkan papan pula.  

Savouring d'father & sons moment...


Dah 30hb Disember hari ni... counting hours to cross over to 2021... InsyaAllah...

Walaupun 2020 catat beberapa kepedihan dalam hati, tapi... Mumi tetap bersyukur kerana ada juga banyak hikmah yang Allah kurniakan dalam kehidupan.

Tak mengapalah... mmg dalam hidup ni kita perlu lalui bahagian yang telah ditentukan Allah utk kita. Ada yang kehilangan, ada yang kembali memiliki. Ada yang dulu menangis, kini berlapang dada bernafas lega. Ada pula yang dulu manis, kita sedang berjuang melalui detik2 pahitnya.

Semoga Allah sentiasa memandang kita... sentiasa merahmati kita... sentiasa kurniakan ehsan-Nya.

 

Tuesday, December 29, 2020

Corat-coret PKPB : Savouring d'December

Hari ni Mumi masih dlm self-quarantine sbb ranking naik ke kategori C. Udahlah final week 2020, byk kerja perlu diselesaikan & finalized sblm crossover ke tahun 2021. Tapi dah takdir Tuhan lain ceritanya... maka Mumi & 2 org lagi rakan sejabatan pun duduklah di rumah @ WFH :-)

PKPB di Selangor yg sepatutnya tamat 31 Disember ni, extend lagi hingga 14 Jan, 2021. Mumi tak kuasa nak fefeeling. Macam tak function je PKPB. Kes masih ribu-riban. Hari ni pun kes baharu 1,925. Selangor saja catat 747 kes baru.

Macam manalah baby nak masuk darjah satu 20 Jan depan?

Tak apalah, tak mahu fikir sgt. Janji Mumi buat tanggungjawab Mumi, jaga SOP dan jaga diri. Mumi nak simpan few moments n memory sepanjang minggu akhir Disember ni je sekarang sebagai terapi hati... :-)


13 Disember 2020

Ramai Decemberian dlm family sebelah Pa. Biasanya tahun2 yg lalu, disambut sekali semua, kira seperti family gathering. 

A day before the event, Cik Haris (MIL's brother) passed away in Teluk Intan. Walaupun dah sampai Klang, MIL dibawa pulang ke TI & kemudian PaMi & baby temankan bermalam di SB sblm bawa semula ke Sg Merab on the 14th. Program dan well-planned & kek dah tempah, maka kami teruskan je.

Waktu tu pulalah, Camry nak rest di bengkel. Kabel sambung ke baterinya terbakar waktu kami otw balik rumah utk packing baju. Sedih pula bila naik Avanza yg dah lunyai jadi site vehicle Pa tu ke Teluk Intan & bawa MIL ke Sg Merab. Waktu lihat kabel tu terbakar & putus, dlm hati terus terdetik 'tak pe, esok juga aku sign agreement!'.

Ya, sejak dua bulan lalu kami consider about having new family vehicle. Apatah lagi waktu pandemic ni, pembelian kereta tempatan ada rebat SST. Tapi... Mumi tak berani buat komitmen baru walaupun Pa kata insyaAllah kami boleh & mampu. Mumi seriau dgn hutang. Lagipun tak tergamak fikir, dlm keadaan skrg yg ramai org hilang mata pencarian, hilang punca rezeki, makan bercatu & segala kesukaran hidup, kita pula buat hutang baru beli sesuatu yg entah betul perlu atau sekadar mahu.

Tapi bila fikir2, bila timbang balik, bila lihat dari segala sudut... dan bila BIL kata 'ia dah jadi keperluan Long', bila lihat boys... n terfikir kadang2 perlu bawa Ibu & Mak, kami redah je lah.. Rezeki tu Allah yg kurniakan. Dlm hati Mumi kata, kalau mudah urusannya, mudahlah. Jika berliku urusannya, terpulanglah. Apapun, few procedure is done. InsyAllah... moga dipermudahkan urusan bawa baby baru ke rumah. 


... savouring the moments...


21 Disember 2020 

Mengaji Quran - Baby dah sampai Juzuk 3. Itupun seminggu sekali mengajinya... adoi... bila nak habis daaa baby...?


22 Disember 2020

Sambil2... create networking & silaturrahim, boleh luaskan circle marketing utk PVC Ceiling, dapat cari lauk untuk keluarga :-)

Walaupun Mumi sbnrnya berat hati, sbb cuaca sekarang yang asyik hujan... tapi redo je lah sebab dia pun dah berjanji dgn kawan barunya tu nak naik bot memancing udang di Sg Tanjung Karang.

Malam baru Pa sampai rumah dengan 2 ekor ikan dan si jenggot @ udang galah. Sat2 tu terus masak gulai kuning udang galah. Didik pula bantu garam-kunyitkan ikan sembilang yang Papa dah siang dan bersihkan lalu Didik sendiri yang goreng sebab Mumi & kakak mati-mati tak mau sentuh dan pegang. Makan lagilah tidak!

Last Papa memancing udang galah.... hmm... bila ya... ha, trip joran di Sg Selangor, Kuala Selangor pada 31/12/2011-01/01/2012, 8 tahun lalu tu.



25 Disember 2020

Cuti hari Krismas. Tapi waktu PKPB ni.. nak ke mana pun tak boleh sgt... huhu...

Kita duduk rumah tengok Papa belai baby kelapa bonsainya. Hari tu hari menjemur kelapa2 bonsai tu utk keringkan sedikit tempurungnya sebelum divarnis. Sekaligus utk dapat utraviolet B & vitamin D la kononnya. Sementara tu PaMi dating breakfast di warung. Balik2 je, ada satu dua kelapa bonsai merekah sikit tempurungnya. Overdose vitamin :-)

Pa pun sedih sbb kebetulan tempurung yg paling unik dan cantik pula yang mereka. Ala... tak pa lah Papa.. mana ada yg sempurna di dunia. Cacat sedikit itulah yang kadang kala beri keunikan. Nanti Mumi pakaikan dia hair band, cantiklah dia :-)



... life moves pretty fast, 
so savour every moment in life 
cause it will not come back again...


#PKPBextendsto14thJan2021
#decemberian
#kelapabonsai
#jenggotsgtanjungkarang

Wednesday, December 9, 2020

Kerapu Pancing Steam Chinese Style Ala RAN

Weekend 5-6 Disember tu, Mumi focused more on house chores. Since cuaca asyik mendung dan hujan, kain2 perlu diselesaikan utk kejar matahari. Mumi tak suka kain berlonggok atau tak kering2. Mumi juga tak berapa suka pergi laundry luar kecuali kalau terpaksa sangat.

Si OMG tu pun dah lama terabai sebab asyik dgn percubaan TV content proposals. Semak samun jadinya. Walaupun badan masih sakit2 lepas berubat few days ago, Mumi gagahkan juga clearkan OMG. Cabut rerumput. Sampai tak boleh genggam tangan. Worth, sbb lepas tu tenang hati & sejuk mata bila dah tak de sangat semak samunnya :-)

Lewat petang, tersedar dari tidur yg keletihan. Itupun sebab Pa kata dia dah mula lapar. Huhu... Mumi skip kan lunch mereka sbb masing2 masih kenyang due to heavy breakfast.

Maka, untuk segerakan lunch yang dah nak menjelang dinner, Mumi masak menu paling simple je la... kerapu yang Pa dapat pancing tu kita steam kan je. Pa request Chinese Style. Checked bebahan... kicap cair tak pernah ada. Tak apa, we make do dgn apa yg ada je lah ye...

Dari seekor kerapu tu, Mumi tinggalkan kepala je. Nanti2 kita buat kari.  Badan hingga ekornya kita steam kan...


Oleh kerana tangan Mumi tak boleh genggam sangat & cedera di jari, maka sbgi atr cara nak divertkan dari main gajet, Mumi minta d'boys tolong di dapur. Babang masak nasi dan bersihkan si kerapu tu dgn limau. Budak berdua ni siapkan sesayuran utk digoreng. Cendawan tu their favourites. Didik pula suka kacang polong & kubis bunga. Budak2 ni tak reti makan sawi & kangkung & sayur2 kampung. Very unlike Mumi, diorang ni... 

Okeh, inilah Kerapu Pancing Steam Chinese Style, tapi ala Mumi RAN la sbb tak berapa nak mengikut resepi sgt. Time PKPB ni malas nak keluar membeli barang sgt. Lagipun since shopping mall yg dekat tu khabarnya ada staff positif bebaru ni... sampai skrg PaMi macam malas nak ke sana. Tunggulah nanti2...

Boleh la... walaupun rupanya tak berapa attractive di dalam pic, tapi dah selamat membahagiakan perut ahli2 keluarga Mumi... Alhamdulillah.

Mumi searched kat google. Dlm bebyk resepi, Mumi preferred yg satu ni. Tapi Mumi terlupa kat mana Mumi screenshot. Kalau tak, boleh Mumi tulis kredit di sini. Apapun terima kasih kpd yg share resepi tu... semoga mendapat pahala dan kebaikan sebab Pa kata sedap sgt, makan bertambah dia. Pun sbnrnya kebuluran tu... hu hu...

Mumi simpan sini resepinya utk Mumi buat lagi lain kali...

#kerapusteamchinesestyle
#kerapupancing

Monday, December 7, 2020

Bonsai Kelapa

Mulai hari ni, Selangor on PKPB 3.0. Dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020. Cuma ada kelonggaran diberikan. Jumlah penumpang dlm kereta ikut kapasiti seat. Dah boleh merentas daerah dan negeri kecuali those under PKPD.

Tanya Pa, nak balik kampung tak? He said, sedang banyak kerja. Yang sbrnya juga tahu walaupun dia sgt rindu nak balik jumpa Mak, tapi dia bimbang dgn risiko. Pengalaman uruskan arwah Dik Us, buat kami trauma. InsyaAllah, when things get slightly better, kita balik ya...

Few months back, tiap kali balik kampung Pa will take home beberapa biji kelapa tua. Mumi pula 'busy' tak sempat ambil tahu the reason. Rupanya kat laundry area, dia dok cambahkan kelapa tua tu. Nak buat kelapa bonsai rupanya. Loh...

Cantik pula tu. Tapi Mumi kesiaaaaaannnn tgk kelapa bonsai tu sbb mcm kita hadkan fitrahnya. Pas tu kecik sangat la pulak pasunya, tak sesak ke nafasnya? Paman kata, dia bukannya manusia.... hu hu

Di rumah sekarang, inilah terapi minda Papa. Sibuk mengerjakan kelapa bonsainya. His friend circle is getting even larger sampai seluruh kampung. Nanti ada je yang call dia nak bagi kelapa2 tua yg bercambah tu. Haish... 


Antara step awal, kumpul kelapa2 tua ni... sbb tu Mumi kata kat rumah dah jadi mcm kilang kelapa. Mumi dah tak kuasa nak kemas hu hu...

Last two weekends, dengan Mumi sekali kena kerah ikut collect kelapa kat kampung berdekatan taman perumahan kami. Mumi redho je la... support la hobi suami. Dah Papa pun tak pernah tak support hobi & passion Mumi selama ni. Hu hu...


Dah landing kat rumah, mereka pun kena sorting la. Kekadang Mumi pun tersampuk sama. Bila tengok ada yang bercambah cecomel tu Mumi suh Pa dulukan. Mumi suka jenis yang kecil2, petite2 :-)


Ni namanya proses QC. Belek2 dan pilih2... 
Kadang sampai lewat malam pun dia dok membelek kelapa2 tu... sabar je la Mumi...


Step utk nurturing & decorating :-)
Trim akar dan dedaun.
Artistic... Kadang Pa tanya nak buat design macam mana? 
Oh tidak... Mumi bab design ni mmg tak boleh diharap. Rumah kita pun mana ada langsir ropol2 Pa oi. Togel je.. 'betapalah pandainya Mumi menghias & mendesign'
Kalaupun ada skill design tu, cuma mungkin dlm designing writing & story plot je kot... 
tu pun pecah kapla juga nak menjadikannya... huhu...


QC lagi.. kali ni check progress bonsai2 tu... 
Kadang Mumi tgk Papa ni mcm bercinta pun ye dgn bebonsai tu. Leka benar...


Ni antara gambar few weeks ago...
His 1st bonsai kelapa, katanya untuk 'my love'.
Mumi saja usik, siapa 'my love' tu...
huhu...

Kelapa bonsai ni, steps dan deco nya boleh cari je video kat youtube. Pa pun selalu tgk kat youtube untuk belajar dan cari idea. Katanya, sambil2 jadi terapi minda dan aktiviti masa PKPB ni... kalau ada rezeki, menjadi elok bonsainya... kot boleh jadi punca income juga bila keadaan dah kembali pulih nanti. Jadi item car boot sale ke... kan..? InsyaAllah...

Kalau Pa happy, Mumi pun happy. Hal rumah berselerak ni... tak apalah, Mumi pejam mata je lah.. tapi kalau sesekali Mumi terbebel tu, Pa pun kenalah redho juga ye.. dan silalah tolong kemas sama2. :-)


#kelapabonsai
#planforcarbootsaleitem
#kelapatua
#PKPB3.0

Friday, December 4, 2020

He, Who Ist Made Me A Mom...

Menjelang tengah malam masuknya tarikh 03 Disember 2020, he got all the wishes from his school friends. He was so excited. But all of us in the house remain silent. Then we went to sleep. Esoknya, kami masih buat tak tahu. I saw his expression, hoping for a wish before I took off to office. But I remained silent.

Petang, I got back from office, he said, "Mama, hari ni kita makan apa?"
I said, "Makan nasi je lah... kan dah ada lauk pagi tadi..."
"Mumi tahu tak hari ni hari apa...?"
Babang memang, kadang dia panggil Mumi, kadang dia panggil Mama. Sbrnya dalam rebellious dia tu, dia paling manja berbanding Didik dan Baby :-)

"Khamis..."
He whispered sadly, "Tak apalah...

Bila Pa got back from his site, he went out with Kakak to buy KFC. Kakak has even ordered he BF to deliver Pizza Hut. Baby masih di rumah Nenek Imah utk siapkan kek & hanya akan ikut Nek Imah & Atok datang lepas Isya. Mumi kat rumah pulak sorok2 siapkan cawan, piring dan sudu/garpu dan meja.

Tetiba, Babang ternampak dulang dgn piring dan gelas di meja depan. He laughed... ceh... 

Happy birthday, Sayang...
InsyAllah Mumi tak akan pernah lupa selagi Allah izinkan...
You're my 1st born. You're the 1st who has made me a mom.
Terima kasih ya Babang... dan Mumi minta maaf kalau Mumi masih belum dapat jadi Ibu yang terbaik untuk Babang, Didik dan Baby...


Kek ni Nek Imah yang buat dan sponsor juga. Nenek Imah tak mahu terima bila Mumi serahkan bayaran. Tq sangat to Nek Imah dan Atok Jamali. 

Kek ni Nek Imah kata ikut description Baby. Bila Nenek tanya, apa warna kesukaan Babang? Baby awalnya jawap biru, sebab semua bebarang Babang sampai handphone pun warna biru katanya. Tapi dah ready nak decorate, Baby changed his mind, "Baby rasa, warna kesukaan Babang, purple la nenek!"

Sabar je lah Neneknya...

Didik pula jadi tukang perhati Babang dan report pd Mumi 'keanehan' perangai Babangnya sepanjang hari. Huhu Didikrazi Mumi...



Mumi simpan sini status Papa dan paste some of the wishes & doa for you. Terima kasih pada semua yang memberi ucapan dan mendoakan anakanda kami.

Ya, carried  you inside me, mmg mendebarkan. Kesihatan Mumi tak stabil. Hyperthyroid crisis Mumi dikatakan boleh beri kesan kepada kamu. Doc pun acap kali minta kami bertenang jika perlu hadapi apa2 situasi. 

Petang 3 Dis, 14 years ago tu... Papa baru je balik dari hantar & teman Mumi makan sbb Mumi lapar sgt walhal masa tu dah kat labour room. Sbb Mumi masih aktif, nurse izin je Mumi jalan keluar masuk sana sini. Mumi ingat lauk tu sampai bila2, kangkung goreng dan ayam goreng. Papa tau je favouite Mumi si kangkung. 

Bila Mumi duduk semula on my bed, doctors n nurses rushed in. Mumi beku. Tirai pemisah ditarik. Yg Mumi nampak cuma lampu spotlight yg besar tu di katil sebelah. Haish, tu pun dah cukup gerunkan Mumi.

Tak kecoh apapun. Suddenly after a while semua bersurai. Mumi dengar esakan halus. Tapi Mumi tak dengar bunyi tangisan baby. Mumi tanya nurse yang sedang check Mumi. Kemudian troli baby masuk, dan keluar semula dengan baby yang senyap je di dalamnya. Mumi nampak baby tu gebu, agak besar. Nurse kata, baby dah tak ada... ibunya high blood risk. Stillbirth baby. Mumi telan liur.

Dan sepantas kilat, doktor masuk beri arahan pada nurse untuk get me ready. Ready for what? OT katanya. Hah? Mumi baru lepas makan nasi. Mumi belum rasa sakit pun nak bersalin. Mumi belum ada masalah pun kan... kenapa nak kena ceaser? Dahlah sat2 tu doctor suh siapkan Mumi dan tolak ke OT. Sbnrnya Mumi tau Doc tak mau ambil risiko jadi seperti katil sebelah sbb Mumi pun ada health problem. 

Mumi nak jumpa Pa dulu! Nanti kalau Mumi mati masa bersalin, tak sempat jumpa Pa pulak! Kang kalau sebut nak jumpa Ibu Abah segala, kot doc cubit Mumi pulak. Doc kata, tak sempat. OT tak boleh tunggu. Mujur ada seorang doktor tu baik, dia callkan Papa depan Mumi. OTW Papa patah balik ke hospital , Mumi pun dah OTW ke OT. Jumpa tengah2 jalan tu je la.

Mumi ingat lagi, selepas sedar dari ceaser, 1st thing Mumi tanya Papa, samada kamu cukup sifat. Sampai jari-jemari kamu pun Mumi tanya ada berapa. Allah Maha Pemurah dan Penyayang. Kamu lahir sempurna seadanya... alhamdulillah.  bersyukurlah dan hargailah nikmat yang Allah pinjamkan. Gunakan ke arah kebaikan ya Babang...

Tapi kamu kuning teruk. Kena duduk bawah lampu biru. Mumi tak sampai hati. Bila nurse pergi Mumi angkat kamu keluar. Bila nurse datang, dengan kepala Mumi masuk teman kamu bawah lampu biru. Biar Mumi sama2 rasa keperitan kamu. Akhirnya Mumi fight nak discaj juga sbb Mumi rasa tak larat dah duduk hospital tengok kamu dalam lampu biru. 

Tapi skrg, lampu bilik tidur kamu, kami pilih yg bercahaya biru juga! Haish!



Terima kasih Atok Nenek Bang Chik datang raikan Babang.

Dan yang ini...


... nampak well-bonding dah ye? Hmm... Mumi suka at 1st sight. Aunty Ros, kawan office Mumi pun kata nampak dr gambarnya di status wasap Mumi, dia rasa budaknya okay.... haa... good sign.

Jika ada rezeki, jodoh dan pertemuan yang baik dgn Kakak, insyaAllah... yang penting, persiapkan apa yg perlu dahulu untuk diri dan masa depan.

Mumi sentiasa doakan yang baik2 untuk semua anak2, walaupun Mumi bukan orang yang mengandung dan melahirkan kamu. Tapi kamu atr yg pegang syurga utk Papa, dan Papa juga kunci syurga Mumi... kita semua saling berkaitan dan memerlukan di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Mumi sedih pula di hari Jumaat ni... huhu...

Happy birthday Babang!
Mumi sayang kamu dunia sampai akhirat. Semoga kamu sentiasa dalam pelukan kasih sayang dan rahmat Allah. Sesungguhnya Mumi sentiasa redha atas kamu...

M : Kamu dah salam dan peluk semua orang. Tapi belum pun sayang Mumi..
B :  Mama, u're always my one and only Mama!

Dan lately, satu kebiasaan Babang bila Mumi asyik membebel dan kerah dia begitu begini, tiap kali dia rasa nak sentap atau 'terprotes', he'll say this first, "Haish! Nasib baik la mak aku cantik!"

Hahaha! Where do you think you get that 'handsome' label from? Takkan Papa sorang yang dapat credit, kaaaannnnnn? (sesekali up diri sendiri sbg motivasi, walaupun Mumi ni sbnrnya kategori comel sbb overweight).


#babang14thbirthday
#bakalmenantu?

PAGEVIEWS