Mulai hari ni, Selangor on PKPB 3.0. Dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020. Cuma ada kelonggaran diberikan. Jumlah penumpang dlm kereta ikut kapasiti seat. Dah boleh merentas daerah dan negeri kecuali those under PKPD.
Tanya Pa, nak balik kampung tak? He said, sedang banyak kerja. Yang sbrnya juga tahu walaupun dia sgt rindu nak balik jumpa Mak, tapi dia bimbang dgn risiko. Pengalaman uruskan arwah Dik Us, buat kami trauma. InsyaAllah, when things get slightly better, kita balik ya...
Few months back, tiap kali balik kampung Pa will take home beberapa biji kelapa tua. Mumi pula 'busy' tak sempat ambil tahu the reason. Rupanya kat laundry area, dia dok cambahkan kelapa tua tu. Nak buat kelapa bonsai rupanya. Loh...
Cantik pula tu. Tapi Mumi kesiaaaaaannnn tgk kelapa bonsai tu sbb mcm kita hadkan fitrahnya. Pas tu kecik sangat la pulak pasunya, tak sesak ke nafasnya? Paman kata, dia bukannya manusia.... hu hu
Di rumah sekarang, inilah terapi minda Papa. Sibuk mengerjakan kelapa bonsainya. His friend circle is getting even larger sampai seluruh kampung. Nanti ada je yang call dia nak bagi kelapa2 tua yg bercambah tu. Haish...
Antara step awal, kumpul kelapa2 tua ni... sbb tu Mumi kata kat rumah dah jadi mcm kilang kelapa. Mumi dah tak kuasa nak kemas hu hu...
Last two weekends, dengan Mumi sekali kena kerah ikut collect kelapa kat kampung berdekatan taman perumahan kami. Mumi redho je la... support la hobi suami. Dah Papa pun tak pernah tak support hobi & passion Mumi selama ni. Hu hu...
Dah landing kat rumah, mereka pun kena sorting la. Kekadang Mumi pun tersampuk sama. Bila tengok ada yang bercambah cecomel tu Mumi suh Pa dulukan. Mumi suka jenis yang kecil2, petite2 :-)
Ni namanya proses QC. Belek2 dan pilih2...
Kadang sampai lewat malam pun dia dok membelek kelapa2 tu... sabar je la Mumi...
Step utk nurturing & decorating :-)
Trim akar dan dedaun.
Artistic... Kadang Pa tanya nak buat design macam mana?
Oh tidak... Mumi bab design ni mmg tak boleh diharap. Rumah kita pun mana ada langsir ropol2 Pa oi. Togel je.. 'betapalah pandainya Mumi menghias & mendesign'
Kalaupun ada skill design tu, cuma mungkin dlm designing writing & story plot je kot...
tu pun pecah kapla juga nak menjadikannya... huhu...
QC lagi.. kali ni check progress bonsai2 tu...
Kadang Mumi tgk Papa ni mcm bercinta pun ye dgn bebonsai tu. Leka benar...
Ni antara gambar few weeks ago...
His 1st bonsai kelapa, katanya untuk 'my love'.
Mumi saja usik, siapa 'my love' tu...
huhu...
Kelapa bonsai ni, steps dan deco nya boleh cari je video kat youtube. Pa pun selalu tgk kat youtube untuk belajar dan cari idea. Katanya, sambil2 jadi terapi minda dan aktiviti masa PKPB ni... kalau ada rezeki, menjadi elok bonsainya... kot boleh jadi punca income juga bila keadaan dah kembali pulih nanti. Jadi item car boot sale ke... kan..? InsyaAllah...
Kalau Pa happy, Mumi pun happy. Hal rumah berselerak ni... tak apalah, Mumi pejam mata je lah.. tapi kalau sesekali Mumi terbebel tu, Pa pun kenalah redho juga ye.. dan silalah tolong kemas sama2. :-)
#kelapabonsai
#planforcarbootsaleitem
#kelapatua
#PKPB3.0
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.