Wednesday, December 9, 2020

Kerapu Pancing Steam Chinese Style Ala RAN

Weekend 5-6 Disember tu, Mumi focused more on house chores. Since cuaca asyik mendung dan hujan, kain2 perlu diselesaikan utk kejar matahari. Mumi tak suka kain berlonggok atau tak kering2. Mumi juga tak berapa suka pergi laundry luar kecuali kalau terpaksa sangat.

Si OMG tu pun dah lama terabai sebab asyik dgn percubaan TV content proposals. Semak samun jadinya. Walaupun badan masih sakit2 lepas berubat few days ago, Mumi gagahkan juga clearkan OMG. Cabut rerumput. Sampai tak boleh genggam tangan. Worth, sbb lepas tu tenang hati & sejuk mata bila dah tak de sangat semak samunnya :-)

Lewat petang, tersedar dari tidur yg keletihan. Itupun sebab Pa kata dia dah mula lapar. Huhu... Mumi skip kan lunch mereka sbb masing2 masih kenyang due to heavy breakfast.

Maka, untuk segerakan lunch yang dah nak menjelang dinner, Mumi masak menu paling simple je la... kerapu yang Pa dapat pancing tu kita steam kan je. Pa request Chinese Style. Checked bebahan... kicap cair tak pernah ada. Tak apa, we make do dgn apa yg ada je lah ye...

Dari seekor kerapu tu, Mumi tinggalkan kepala je. Nanti2 kita buat kari.  Badan hingga ekornya kita steam kan...


Oleh kerana tangan Mumi tak boleh genggam sangat & cedera di jari, maka sbgi atr cara nak divertkan dari main gajet, Mumi minta d'boys tolong di dapur. Babang masak nasi dan bersihkan si kerapu tu dgn limau. Budak berdua ni siapkan sesayuran utk digoreng. Cendawan tu their favourites. Didik pula suka kacang polong & kubis bunga. Budak2 ni tak reti makan sawi & kangkung & sayur2 kampung. Very unlike Mumi, diorang ni... 

Okeh, inilah Kerapu Pancing Steam Chinese Style, tapi ala Mumi RAN la sbb tak berapa nak mengikut resepi sgt. Time PKPB ni malas nak keluar membeli barang sgt. Lagipun since shopping mall yg dekat tu khabarnya ada staff positif bebaru ni... sampai skrg PaMi macam malas nak ke sana. Tunggulah nanti2...

Boleh la... walaupun rupanya tak berapa attractive di dalam pic, tapi dah selamat membahagiakan perut ahli2 keluarga Mumi... Alhamdulillah.

Mumi searched kat google. Dlm bebyk resepi, Mumi preferred yg satu ni. Tapi Mumi terlupa kat mana Mumi screenshot. Kalau tak, boleh Mumi tulis kredit di sini. Apapun terima kasih kpd yg share resepi tu... semoga mendapat pahala dan kebaikan sebab Pa kata sedap sgt, makan bertambah dia. Pun sbnrnya kebuluran tu... hu hu...

Mumi simpan sini resepinya utk Mumi buat lagi lain kali...

#kerapusteamchinesestyle
#kerapupancing

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS