Hari ni Mumi masih dlm self-quarantine sbb ranking naik ke kategori C. Udahlah final week 2020, byk kerja perlu diselesaikan & finalized sblm crossover ke tahun 2021. Tapi dah takdir Tuhan lain ceritanya... maka Mumi & 2 org lagi rakan sejabatan pun duduklah di rumah @ WFH :-)
PKPB di Selangor yg sepatutnya tamat 31 Disember ni, extend lagi hingga 14 Jan, 2021. Mumi tak kuasa nak fefeeling. Macam tak function je PKPB. Kes masih ribu-riban. Hari ni pun kes baharu 1,925. Selangor saja catat 747 kes baru.
Macam manalah baby nak masuk darjah satu 20 Jan depan?
Tak apalah, tak mahu fikir sgt. Janji Mumi buat tanggungjawab Mumi, jaga SOP dan jaga diri. Mumi nak simpan few moments n memory sepanjang minggu akhir Disember ni je sekarang sebagai terapi hati... :-)
13 Disember 2020
Ramai Decemberian dlm family sebelah Pa. Biasanya tahun2 yg lalu, disambut sekali semua, kira seperti family gathering.
A day before the event, Cik Haris (MIL's brother) passed away in Teluk Intan. Walaupun dah sampai Klang, MIL dibawa pulang ke TI & kemudian PaMi & baby temankan bermalam di SB sblm bawa semula ke Sg Merab on the 14th. Program dan well-planned & kek dah tempah, maka kami teruskan je.
Waktu tu pulalah, Camry nak rest di bengkel. Kabel sambung ke baterinya terbakar waktu kami otw balik rumah utk packing baju. Sedih pula bila naik Avanza yg dah lunyai jadi site vehicle Pa tu ke Teluk Intan & bawa MIL ke Sg Merab. Waktu lihat kabel tu terbakar & putus, dlm hati terus terdetik 'tak pe, esok juga aku sign agreement!'.
Ya, sejak dua bulan lalu kami consider about having new family vehicle. Apatah lagi waktu pandemic ni, pembelian kereta tempatan ada rebat SST. Tapi... Mumi tak berani buat komitmen baru walaupun Pa kata insyaAllah kami boleh & mampu. Mumi seriau dgn hutang. Lagipun tak tergamak fikir, dlm keadaan skrg yg ramai org hilang mata pencarian, hilang punca rezeki, makan bercatu & segala kesukaran hidup, kita pula buat hutang baru beli sesuatu yg entah betul perlu atau sekadar mahu.
Tapi bila fikir2, bila timbang balik, bila lihat dari segala sudut... dan bila BIL kata 'ia dah jadi keperluan Long', bila lihat boys... n terfikir kadang2 perlu bawa Ibu & Mak, kami redah je lah.. Rezeki tu Allah yg kurniakan. Dlm hati Mumi kata, kalau mudah urusannya, mudahlah. Jika berliku urusannya, terpulanglah. Apapun, few procedure is done. InsyAllah... moga dipermudahkan urusan bawa baby baru ke rumah.
21 Disember 2020
Mengaji Quran - Baby dah sampai Juzuk 3. Itupun seminggu sekali mengajinya... adoi... bila nak habis daaa baby...?
25 Disember 2020
Cuti hari Krismas. Tapi waktu PKPB ni.. nak ke mana pun tak boleh sgt... huhu...
Kita duduk rumah tengok Papa belai baby kelapa bonsainya. Hari tu hari menjemur kelapa2 bonsai tu utk keringkan sedikit tempurungnya sebelum divarnis. Sekaligus utk dapat utraviolet B & vitamin D la kononnya. Sementara tu PaMi dating breakfast di warung. Balik2 je, ada satu dua kelapa bonsai merekah sikit tempurungnya. Overdose vitamin :-)
Pa pun sedih sbb kebetulan tempurung yg paling unik dan cantik pula yang mereka. Ala... tak pa lah Papa.. mana ada yg sempurna di dunia. Cacat sedikit itulah yang kadang kala beri keunikan. Nanti Mumi pakaikan dia hair band, cantiklah dia :-)
... life moves pretty fast,
#decemberian
#kelapabonsai
#jenggotsgtanjungkarang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.