Friday, January 29, 2021

Dari Nek Mah Untuk Baby...

Bik Imah is Pa's aunty. She's staying near us since our 1st house in di TPR1. When Babang was born, I resigned from my job. Babang 8 bulan, Mumi got new job (boring duduk rumah). Tak tau nak letak Babang di mana, for actually I was not very keen dgn taska. 

Asked favour from Bik Mah, kononnya kejap je jagakan Babang till we got solution about babysitter. Tapi lama-lama agaknya Bik Mah pun dah seronok. Dari Babang, jaga pula Didik. Kemudian Baby.  Bila Baby dah besar, Bik Mah sendiri kata... kalau Baby ada adik lagi, mungkin kena cari babysitter lain. Bik Mah dah tak larat. Ya lah.. brp pula umurnya. Dia pun nak ke surau, masjid sgl... 

Masa tu Mumi senyum je. Sbb mmg pun dah tak moh ada anak lagi. Cukuplah Babang-Didik-Baby, alhamdulillah. Dari mula2 dulu doc kata Mumi mungkin tak ada zuriat disebabkan masalah hyperthyroid, skrg Mumi lihat anak2 Mumi membesar. My bodyguards... :-)

1/1/2021, Baby masuk umur 7 tahun.. scr rasminya selesai & sempurnalah babsitting task Bik Imah. Tapi disebabkan PKP/P/B, sejak March'20 Baby dah bertatih tinggal di rumah sendiri. Bik Mah bising suruh hantar sbb segan terima fees tapi budaknya tak pergi. Awal Jan'21 pun Bik Mah bising juga suruh hantar sbb masih belum buka sekolah.

Bila 20 Jan. 2021 tiba, official alam persekolahan bermula walaupun scr PdPR, maka rasmi jugalah Bik Imah selesai & sempurna mengasuh baby.

Malam tu, waktu Mumi solat Isyak lewat, terdengar soksek sedu sedan halus. Rupanya budak kecik tu nangis. Katanya, "Baby rindu Nenek Imah..."

Alahai...

Dan rupanya juga, Nek Imah wassap ke handphone baby. Mumi yg baca pun termenangis sama. Sedih hati Mumi, mungkin sedih lagi hati Nenek Imahnya melepaskan Baby...

I know this feeling... the same way felt by Abah & Ibu... bila kami jaga Aisyah sejak kecil... dan tiba-tiba dibawa pergi ibunya. Abah jadi gila bayang. Asyik pegang & cium baju Aisyah. Dan Abah dulu, berusaha menjejaki Aisyah sekeluarga. Now, Aisyah dah besar pun :-) Dah nak kahwin dah, tapi asyik tergendala disebabkan PKP huhu.



Terima kasih Bik & Paman. Bik & Paman adalah antara rezeki terbesar Allah buat kami. Kami tak pernah alami kesukaran babysitter sptmn yg mungkin parents lain hadapi. Malah Bik Mah jaga boys lebih dari kami. Spend more times dgn boys mungkin lebih dari kami. Didik boys lebih dari kami. 

There's so many things yg Bik Mah & Paman sekeluarga bantu kami. Malah merekalah atr kekuatan Mumi ketika ombak ganas rush into our small family few years ago. 

Pd boys, Nek Imah masak apapun sedap. Suruh Mumi buat apa yg Nenek pernah masak utk mereka. Tapi.. rasanya tak sama hu hu. 

Terima kasih Bik.. terima kasih Paman.. terima kasih Bang Chik Lan... 

Mereka ada dlm suka duka kami. Mereka lihat perkembangan kami bina keluarga. 

Thanks will never be enough...

Jangan sedih ya Bik... insyaAllah kami ada je. Akan selalu datang main2 ke rumah Bibik. Pasti akan selalu perlukan bantuan Bik & Paman sekeluarga. Perlu nasihat & tunjuk ajar sampai bila2...

Bik, Paman...
Terima kasih sampai hujung nyawa kami...
Tumpangkan kami & anak-anak kami selalu dlm doa ya...

Babang, Didik, Baby...
Selalulah ingat pd Nenek Imah, Atok Jamali & Bang Chik Lan ya...
Dan selalu juga jaga mereka...


#babydah7tahun
#byebyenenek
#babydahbesar

Wednesday, January 27, 2021

Hatiku di Haramain : GPS Cinta Kita @ 27 Januari

Ketika tulis tentang Kaabah & Jabal Rahmah di dlm GPS Cinta, Mumi bayangkan ia dari apa yg pernah dibaca. Dan 'peraturan'nya Mumi confirmkan dgn MIL.

5 tahun slps GPS Cinta lahir, Allah izinkan PaMi, berdua realisasikan hasrat yg berbelas tahun nak jejak Haramain sebagai tanda syukur disatukan. Waktu baca semula pages ttg Kaabah & Jabal Rahmah di dlm GPS Cinta bila ia dah dicetak, pernah terdetik hati nak bawa naik naskhah ini ke puncak Jabal Rahmah jika ada izin Tuhan ke sana.

Alhamdulillah, Allah izin ke sana. Cuma terlupa utk bawa naskhah GPS Cinta bersama. Mumi minta maaf ya GPS Cinta. Atau sbnrnya Mumi lebih suka tajuk asalnya 'Kerana Taufiq Vs Hidayah' :-)

Walau tak berpeluang dukung GPSC naik ke Jabal Rahmah, Mumi letak dia bersama kat sini dlm FRAN ya... memori Mumi selamanya.


Tiap kali sempurna tawaf, PaMi akan usaha utk dpt tempat solat & berdoa di sini. Berdepan dgn Multazam, Maqam Ibrahim & Hijr Ismail. Tak tahu bagaimana nak ucap dgn kata2 tentang perasaan bila duduk di situ renung kebesaran Allah yg satu ini. 

Hati rasa sebak sgt. Airmata turun tak henti. Fitrahnya keadaan insan yg byk dosa, rasa takut bila terkenang balasan & hukuman Allah. Lebih takut & hiba krn dlm keadaan yg berdosa ini, Allah yg Maha Pengasih & Penyayang masih sudi terima sebagai tetamu-Nya.

Satu momen yg akan Mumi bawa hingga hujung nyawa. Usai solat sunat di sini, rasanya di sudut yg sama dari mana Mumi ambil foto ini, kami saling pandang & menangis. Bila Mumi pegang tangannya (berlapik) utk ucap terima kasih & mohon ampun utk kesekian kali lagi & lagi... with his teary eyes, he whispered...

"Jangan tinggalkan abang sendirian lagi. Be with me... sentiasa ada dengan abang..."

Ayat tu mcm ayat buku hu hu. Tapi hanya Allah & kami berdua je yg mampu mengerti apa tersirat dlm maksudnya. Ujian & dugaan itu Allah beri memang ada tujuannya. Moga kita mampu ambil yg baik2 saja darinya.

Mumi selalu mohon Allah izinkan Mumi jadi sandaran Pa & harap Pa akan sentiasa kuat untuk terus jadi bahu tempat Mumi sandarkan keletihan jiwa. Kerana laluan kita selalunya tak pernah mudah walaupun taklah begitu payah.


Mumi yakin tak ada seorang pun yg diikat dgn akad pernikahan itu nak lalui kehidupan pahit & pedih dlm kehidupan berumahtangga hingga berpisah. Tapi, adakalanya ujian yg Allah beri itu tak terduga & terjangkau oleh kita. Kita manusia yg sgt biasa.

Kadang memang sgt berat. Kadang sgt melukakan. Hanya mampu memaafkan (mungkin dlm keterpaksaan) tapi entahkan dpt melupakan. Tapi yg berat & melukakan itulah yg mungkin jadi penyelamat akhir kehidupan kita di dunia demi akhirat. Redha, tak redha. Tahan tak tahan je lah. Wallahualam...



Apa yg termampu Mumi usahakan, hanya jadi diri sendiri, jaga iman & jaga hati. 

Apa yg selalu Mumi bisik pd Allah, andai Mumi adalah yg baik utk agama, dunia & akhirat Pa, maka izinkanlah kita terus bersama. Begitu juga jika Pa memang yg baik untuk agama, dunia & akhirat Mumi, moga awak jugalah orangnya yg akan cari Mumi serta anak-anak kita & pimpin kami ke syurga.

Moga jua, GPS Cinta kita sentiasa dipandu Allah agar selalu di atas redha & restu-Nya. Takdir Allah itu, rahsia-Nya. Apapun yg mendatang, apapun yg ada di jalan hadapan, moga yg baik-baik juga hikmahnya buat setiap kita. Aaamiin...

Sometimes Mumi wonder how you put  up with me... but then I remember that I put up a lot with you too Pa, so I guess that makes us even.

Happy 15th anniversary NASHRYS.... Alhamdulilah.

latest memory Mumi jot down di hari Jumaat yg mulia, 29012021...

Lewat petang 27012021, Syuhada (jiran lama @ TPR3 / UKZ23) & Ucop (partner PVC Ceiling job Pa) dtg hantar kek. Memula rasa pelik. Then baru teringat. Tq Syu & husband... bantu konspirasi Pa :-)

Tq Pa... it's lovely. Mumi appreciates. Tapi, bukan kek @ material yg Mumi nak sgt pun... cuma harap Pa sentiasa ada dlm susah senang, terima & tolerate dgn Mumi seadanya Mumi... jujur & ikhlas, sama2 selesaikan tanggungjawab & amanah kita di dunia demi akhirat kita bersama...

Tq for the You're My Everything song sung for our day... 
(Pa dah lama tak karaoke... rindula nak nyanyi la tu... :-)


#gpscinta
#jabalrahmah
#jodohiturahsiaAllah
#taufiqdanhidayah
#happy15thanniversary

Friday, January 8, 2021

Baby's 1st TKD Training

Hectic kerja-kerja pejabat akhir tahun 2020 dan pembukaan 2021 pd Mumi dah berkurangan sedikit. Tak la terkejar-kejar lagi. On the track utk selesaikan few pending closing matters. 

Dah 8 hari di tahun baru. Page 8/365. Hari ni lots of talking about what will happen tomorrow onwards bila kes baru Covid-19 semakin meningkat lately. Yesterday, 3,027 new cases. Nak kata tertinggi? Hmm... rasanya esok dan esok akan naik lagi statistik tu. Selangor pun masih tinggi kes baru setiap hari. Klang juga, near us juga... melihat dan mendengar new positive cases dan kematian. Even kawan bang chik lan boys pun yg meninggal baru2 ini di dalam tidur, dikebumikan ikut prosedur C-19 juga. So near us already.

Tak terbayang bagaimana Baby akan mulakan tahun 1, 20hb ni. Keperluan sekolah mmg tak beli lagi. Cuma staggeredly settlekan keperluan pendaftaran dan yuran serta buku2. 

Dan... just to make myself smile despite the worries... Baby dah mulakan 1st training utk TKD. Been counting days to see him in the training session. Alhamdulillah, dapat juga Mumi htr dan tengok baby on his 1st training. Walaupun tanpa uniform TKD yang segak tu, Mumi tetap happy Baby enjoyed & loved her 1st training session & asyik tanya bila lagi hari Rabu.

Ya, for Martial Art, boys memang kena ikut cakap Mumi. Taekwondo je. :-)

Waktu grading session yang lepas, Mumi wondered kenapa Didik tak pecahkan papan. Mumi nak je pi tanya Master hari tu, tapi sbb Papa larang, Mumi mengalah. Rupanya mmg betul la, Didik missed it sbb ada kesilapan aturcara. Ceh... terkilan Mumi! Tak kira, next grading session kalau silap lagi Mumi pi tanya sat2 tu juga. Mumi memang... bila beralah, Mumi beralah. Bila let go, Mumi let go. Kalau Mumi decide to fight, Mumi memang fight sampai menang. Eh?! Erk.... 


Welcome to the club, my dear baby. Uniform TKD kita sarung nanti nak dekat grading in April ya... sama2 kita doa semoga Covid-19 lenyap dari muka bumi by that time... Aaamiin...

Jaga diri... dan moga Allah sentiasa jaga kita semua.


#covid19@2021
#babyTKD1sttraining session
#pkplagi?

Sunday, January 3, 2021

New Pages of Life

Alhamdulillah, masih dipinjamkan nafas untuk meniti hari-hari awal di tahun baru 2021. Masih dipinjamkan segala kurniaan dan kasih sayang untuk melewati halaman-halaman baru kehidupan.

2020, dah berlalu pergi. Ada banyak cerita di dalamnya. Ada banyak kisah sedih, pedih, air mata di dalamnya. Tapi, bersamanya juga ada banyak rahmat Allah. Ada banyak kasih sayang Allah. Mumi mahu berusaha tanggap yang baik2 je... ambil yang baik2 saja...

2021, 3 hari dah hari ni. Sudah mukasurat ketiga kehidupan dalam tahun ini yang kita coretkan kisah hidup.

Benar, kehidupan dan ujian setiap manusia tu tak sama. Benar juga, mata yang memandang tak sama dengan bahu yang memikul. Tapi... itu bahagian kita masing2. Yang berbeza cuma bahagian, tapi Allah berikan ikut kemampuan setiap dari kita yang pastinya berbeza. Dan yang pentingnya, bagaimana penerimaan dan tindak balas kita terhadap bahagian kita yang ditakdirkan-Nya.

Hari ni Mumi akan mula revise 2 draft proposals Mumi untuk try RTM. Coach dah share Need Statement RTM utk keperluan content TV 2022. Mumi cuma mahu try... cari ilmu dan pengalaman. Keberhasilan dan kemenjadian tu, atas izin Allah. 

Sebelum Mumi lost in my world, Mumi nak simpan sini rakaman kehidupan untuk mukasurat awal kehidupan tahun baru... :-)


Page 1/365 @ 1 Januari 2021

Mumi mmg selalu rindu Tanah Suci & moments yang pernah ada di sana. End of 2020, teringin nak makan Nasi Arab padahal Mumi tak berapa makan nasi lain selain nasi putih. Pa orderkan #nasiarabmandy dari sepupunya #daporbaba @  www.wassap.my/60193613067. Maka on new year @ Jumaat yang barokah, Nasi Mandy pun sampai di rumah.

Walaupun tentu lain feelnya makan di Tanah Suci, tapi alhamdulillah anak2 happy dan kenyang. Mumi kata, nanti kita kumpul duit... kita pergi Tanah Suci sama2 lepas ni. Kita buat umrah sama-sama dan makan nasi Arab di Tanah Arab pula :-) InsyaAllah... aaamiiin...

New Year, Mumi gantung kuali. Malamnya, anak-anak took over the kitchen. PaMi belikan bebahan je, Kakak-Babang-Didik berganding bahu siapkan homemade-burger. Dan baby, dia seorang saja pun dah makan 2 ketul burger. Adeh... kuat makan sungguh baby sekarang ni.


Page 2/365 @ 2 Januari 2021

Sabtu, Pa insisted nak pergi fishing but Mumi made him stay at home. Next week onwards, PVC Ceiling works nya dah mulai busy semula. Please have enough rest ya Pa...



So, kami selesaikan kerja-kerja di rumah je. Pa seperti biasa akan layan baby bonsai kelapanya. Nampak serius Pa dgn hobi barunya ni sbb siap dah beli T'Shirt Akademi Bonsai Kelapa lagi. Adeh... 

Mumi pula selesaikan tanam pokok telang pemberian Bik Mah tu ke tanah. Dah, senang hati Mumi. Kalau ada rezeki pokok tu besar dan berbunga nanti, bolehlah Mumi masak nasi kerabu :-)

Dan seperti biasa, hanya Baby yg interested dgn kerja2 di OMG. Sampai memanjat tembok dia nak ambil keratan sbb nak replant RJ. Pa & Didik pula sangkutkan pasu2 di atas tembok luar. Mahu tak mahu Mumi pun kenalah isi tanah dan replant RJ dalamnya. Nanti kalau dah cantik berbunga waktu panas mentari bersinar nanti Mumi simpan gambar. Sekarang ni musim hujan dan cuaca redup hingga sejuk teramat.

Kakak & Babang pula Mumi kerah pasangkan glass wallpaper utk tingkap dapur. Sebabnya... Mumi malas nak pasang langsir kat situ hu hu. Bab2 pasang langsir dalam rumah ni, Mumi mmg dari dulu tak berapa gemar. Mumi rasa semak pulak. Petang, Mumi & kids varniskan rak bunga pula. Begitulah cara we spend our new year. Sbb tak de keperluan & x de hati untuk berada di luar apatah lagi ketika kes baharu C19 sgt meningkat ribu2 kes ni. Kita usaha jaga diri, sbb azam Mumi tahun ni 'tak moh susahkan orang'. So dgn tagline tak mau susahkan orang tu, banyak perkara baik kita boleh latih diri kita untuk ikut dan patuh.

PKPP seluruh negara extends hingga 31 Mac 2021 kecuali Selangor, KL dan Sabah. Selangor masih on PKPB hingga 14 Januari 2021. Sekolah pula, setakat ni masih dikatakan akan mengikut takwim yang dah dikeluarkan sebelum ni. So, minggu depan akan start beli uniform sekolah Baby dan lain2 keperluan Babang & Didik. 

Kat luar mendung dan hujan. Cuaca sangat sejuk. Rumah tak on kipas. Aircond pun dah lama direhatkan. Teringat pada saudara2 kita di Syria, struggle dengan keterbatasan kehidupan dalam musim sejuk. Semoga Allah melindungi kita dan mereka. Mumi pun agak kerap dgn inhaler. Agak short breath sbb tak tahan sejuk. 


Page 3/365 - Ya Allah, sejuk sangat cuaca hari ni. Boys yang jenis tak pakai baju walau tidur dalam aircond pun hari ni berbaju tebal. Mumi lagilah... kaki dan tangan dan rasa nak beku. 


Okay, Mumi zuhur dulu  ya...

Doakan Mumi berjaya rework on proposals sebelum masuk online discussion GM malam esok dgn kawan2 & coach SSAG.

Take care dear all...


#needstatementRTM
#PKPBextendstill14012021
#nasiarabmandy
#homemadeburgerbykids

PAGEVIEWS