Journal of an ordinary human's life: Manusia merancang dengan cita, DIA merancang dengan ciNta. Maka, biarlah semua berjalan apa adanya, berlalu dengan semestinya, dan berakhir dengan seharusnya.
Tuesday, May 11, 2021
DAMAI
Monday, May 10, 2021
HOI HOI YA OI
Hati dan semangat pun tetap perlu dipelihara, supaya tak jadi depression atau mental disturb.
Apapun, dalam pada live our life, we should and will always be adhered to the SOP given.
Semoga Allah sentiasa pelihara kita dalam keselamatan dan iman...
Friday, May 7, 2021
Our Ramadan & Early 'Eid' of 1442H
Hari ni, Jumaat terakhir dalam Ramadhan kali ini. 25 Ramadhan 1442H. Another 5 days berbaki, moga Mumi dapat kejar hari2 terakhir Ramadhan tahun ini...
Plus, we're in PKP3.0 now. 06/05/2017-17/05/2017. As expected :-) Raya PKP sekali lagi. Tak apalah... moga ia adalah untuk kebaikan bersama.
Ramadan ni, Alhamdulillah... dapat sekali sesi bersama Ibu di Sepang & Mak di Sabak.
Dan, satu kali sesi unplanned family's gathering di rumah kecil kami @ 04/05/2021 baru ni. Gather mana yang ada & sempat je. Pun dah happy sangat kami sebagai tuan rumah. Dan Mumi tau Pa lagi happy sebab dia berpeluang beri happiness pd Mak yg nak sangat anak2 menantu2 & cucu cicitnya semua berkumpul Ramadhan ni untuk tahlil. Tapi nak berkumpul semua sekali mmg agak tidak berapa digalakkan dalam keadaan pandemik yang masih cari peluang utk bervariasi & bermutasi waktu manusia leka SOP ni.
Okay... Mumi simpan moment ni dalam diari FRAN je ye...
Monday, May 3, 2021
Tua Mengejar...
Mumi officially dah getting older, mid 40-series 27 April 2021 @15 Ramadhan 1442H lalu. Sedih pulak rasa. Umur makin bertambah, tapi bekalan akhirat masih sangat bertatih. Tapi yg makin bertambah dengan ketara ialah, berat badan. Wa wa wa! Cane nak kurus semula pun tak tau la...
Walaupun dah terbiasa dgn birthdays yg meriah sbb anak-anak biasanya suka sambut birthday, tapi Mumi dah lama rasa mcm nak skip je birthday sendiri. Tiap kali sampai birthdate tu tandanya bertambah umur yang telah utilized dan semakin kurang usia untuk di'utilize' di dunia. Scary pula rasa... hari2 ingat mati.
Tapi, yg best waktu birthday ialah bila ramai yg wish & doakan kita. Aaamiin kan doa mereka, semoga yg baik2 itu ada yg Allah perkenankan untuk kita dan juga dikembalikan kebaikan yg sama utk orang yang murah hati mendoakan itu. :-)
All the chocolates & cakes sekejap je hilang direbut boys. Makanlah nak... Mumi happy tgk semua anak2 Mumi happy... alhamdulillah.
Alhamdulillah, terlalu banyak nikmat Allah untuk Mumi dalam hidup ini. Dugaan dan ujian tu, Alhamdulillah... Mumi sedar ada di antaranya peringatan, kifarah, penghapus dosa malah juga teguran kasih sayang Allah. Tanda Allah ingat pada Mumi yg kecil tetapi banyak salah ni.
Terima kasih abah dan ibu yang bawa Mumi lahir lihat dunia.
Terima kasih Pa terima segala kekurangan dan always willing to put up with me.
Tq anak2 yg sentiasa menjadikan Mumi, ibu yang sentiasa berusaha buat dan dapatkan yg terbaik semampu kudrat Mumi utk kamu semua.
Moga2 angka-angka usia yang Mumi tinggalkan di belakang, menyimpan walau sedikit kebaikan untuk Mumi bawa sebagai bekal nanti. Dan Mumi berharap masih dipinjamkan usia... sbb ada banyak lagi hasrat dan impian Mumi dalam hidup ini demi hidup yg kekal tu nanti.
Aamiin...
#thankyouAllah
Kacang Goreng Bawang Putih Balik Texas
Dah dekat nak raya. Orang sibuk buat cookies & kek raya... paling tidak pun order kuih raya. Orang sibuk amek baju raya yg dah siap kat tailor or shopping baju raya. Mumi n family...? Mcm almost every year. Raya is raya, tapi tak la beria sangat. Boys pun, mgkn sbb mereka lelaki.. maka tak rasa sangat hu hu...
Apapun, utk syarat... baju raya dah settle sepasang utk boys masa Nuzul Quran. PaMi, tangkap muat ikut colour boys je. Colour pun tak de nak fikir2 tahun dulu warna apa, 2,3,4,5, tahun dulu dah pakai warna apa. Apa je warna yg saiznya available utk 3 ketul hero tu, PaMi amek je. Mumi tak kuasa berlamaan kat luar, tambah kalau tempat public yg crowded. Boys warna smokey purple (ada ke smokey purple?), PaMi janji purple, okaylah tu...
Sekali... kakak kata dia beli warna biru. Siap beli sepasang #properhijab bersekali tudung utk Mumi. Adeh, nampaknya Pa & boys kena cari sepasang lagi baju raya warna biru la nampak gayanya.
Oh, sbnrnya Mumi nak simpan diari ttg orang sibuk buat kuih raya, tapi Mumi sibuk cuba buat kacang goreng bawang putih. Pa request. Sebenarnya Mumi yg suka kacang goreng ni. Kalau nampak di kedai, Mumi akan beli. Satu hari Pa ke pasar, katanya nampak kacang ni yg dah dikopek kulit. Katanya teringat kat Mumi suka makan. Maka dia beli yg raw, suh Mumi buat homemade kacang goreng bawang putih.
Punyalah lama Pa beli, baru 2 Mei 2021 sempat buat. Tu pun sebab petangnya Pa ajak berbuka puasa di luar, maka Mumi ada leisure time nak kemas dapur, peti sejuk & try resepi kacang goreng bawang putih ni.
Google, mcm2 cara. Ada yg guna santan. Idokle Mumi kalau yg jenis payah2 ni. Mumi cedok resepi sana sini situ situ sikit, maka Mumi buat sesuka hati Mumi je. Janji edible :-)
Tadaaa!
Okay, Mumi simpan sini utk Mumi refer bila nak buat lagi. Yg sukatan, mcm biasa Mumi tak reti. Mumi ikut suka hati je hu hu. Lepas ni tak yah beli kat kedai. Mumi dah boleh buat sendiri kudap-kudap ni :
Oleh kerana kacang goreng tu Mumi goreng malamnya selepas berbuka di Texas (dah perap dari pagi), maka Mumi namakan dia Kacang Goreng Bawang Putih Balik Texas :-)
Walk to remember
Kes terus konsisten 3k. Kalau ikutkan Mumi nak je kurung boys dalam rumah. Hari ni SRI Al Amin tutup hingga 5/5/2021 utk penilaian & sanitasi. Maka PaMi rehatkan Baby & Didik dari school. Babang pun masih direhatkan. Masih menunggu announcement SOP Raya dan SOP PKPB/P. Kalau PKP, maknanya boys terus rehat sampai 13 Jun la jawabnya.
#kudapkudap