Monday, May 3, 2021

Kacang Goreng Bawang Putih Balik Texas

Dah dekat nak raya. Orang sibuk buat cookies & kek raya... paling tidak pun order kuih raya. Orang sibuk amek baju raya yg dah siap kat tailor or shopping baju raya. Mumi n family...? Mcm almost every year. Raya is raya, tapi tak la beria sangat. Boys pun, mgkn sbb mereka lelaki.. maka tak rasa sangat hu hu...

Apapun, utk syarat... baju raya dah settle sepasang utk boys masa Nuzul Quran. PaMi, tangkap muat ikut colour boys je. Colour pun tak de nak fikir2 tahun dulu warna apa, 2,3,4,5, tahun dulu dah pakai warna apa. Apa je warna yg saiznya available utk 3 ketul hero tu, PaMi amek je. Mumi tak kuasa berlamaan kat luar, tambah kalau tempat public yg crowdedBoys warna smokey purple (ada ke smokey purple?), PaMi janji purple, okaylah tu...

Sekali... kakak kata dia beli warna biru. Siap beli sepasang #properhijab bersekali tudung utk Mumi. Adeh, nampaknya Pa & boys kena cari sepasang lagi baju raya warna biru la nampak gayanya.

Oh, sbnrnya Mumi nak simpan diari ttg orang sibuk buat kuih raya, tapi Mumi sibuk cuba buat kacang goreng bawang putih. Pa request. Sebenarnya Mumi yg suka kacang goreng ni. Kalau nampak di kedai, Mumi akan beli. Satu hari Pa ke pasar, katanya nampak kacang ni yg dah dikopek kulit. Katanya teringat kat Mumi suka makan. Maka dia beli yg raw, suh Mumi buat homemade kacang goreng bawang putih.

Punyalah lama Pa beli, baru 2 Mei 2021 sempat buat. Tu pun sebab petangnya Pa ajak berbuka puasa di luar, maka Mumi ada leisure time nak kemas dapur, peti sejuk & try resepi kacang goreng bawang putih ni.

Google, mcm2 cara. Ada yg guna santan. Idokle Mumi kalau yg jenis payah2 ni. Mumi cedok resepi sana sini situ situ sikit, maka Mumi buat sesuka hati Mumi je. Janji edible :-)

Tadaaa!



Okay, Mumi simpan sini utk Mumi refer bila nak buat lagi. Yg sukatan, mcm biasa Mumi tak reti. Mumi ikut suka hati je hu hu. Lepas ni tak yah beli kat kedai. Mumi dah boleh buat sendiri kudap-kudap ni :


Kami biasanya berbuka kat rumah je. Dan tahun ni agaknya dah bertambah umur, Mumi kurang kudrat ke dapur. Mujur Pa & anak2 spesis tak demanding, maka kami makan apa ada & apa sempat je. On 02/05, Pa ajak iftar di luar. Tak de la booking hotel @ branded restaurant pun. Plan nak makan ayam Nandos je tapi dah tutup pula kedainya di Klang Parade tu. Tak kuasa jejauh, dropped by Texas Chicken je dah. Alhamdulillah... after so many years, here we are again berkumpul dgn izin Allah. May time heals every wound... dan semoga apa yg pernah menguji kehidupan itu menjadikan kita hamba Allah yg lebih baik & menjadikan kita keluarga yang dirahmati-Nya.

Tgk anak2 dah besar panjang... terasa sungguh baki usia yg semakin sedikit. And Babang, dah tambah satu aksesori. Cermin mata. Bukan sbb rabun, tapi kerana silaunya tinggi hingga selalu sakit kepala. Adeh...

Oleh kerana kacang goreng tu Mumi goreng malamnya selepas berbuka di Texas (dah perap dari pagi), maka Mumi namakan dia Kacang Goreng Bawang Putih Balik Texas :-)


Walk to remember

Kes terus konsisten 3k. Kalau ikutkan Mumi nak je kurung boys dalam rumah. Hari ni SRI Al Amin tutup hingga 5/5/2021 utk penilaian & sanitasi. Maka PaMi rehatkan Baby & Didik dari school. Babang pun masih direhatkan. Masih menunggu announcement SOP Raya dan SOP PKPB/P. Kalau PKP, maknanya boys terus rehat sampai 13 Jun la jawabnya.


#kacanggorengbawangputihbaliktexas
#kudapkudap
#21Ramadan1442H
#texaschickenklangparade


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS