Hari ni hari pertama Mumi hantar ketiga-tiga boys ke sekolah bersekali. Kalau minggu sebelumnya cuma Baby & Didik bergilir shift ke sekolah agama. Rutin harian biasa yang akan bermula. Tengahari tadi Mumi tumpangkan kawan Baby yang tertinggal bas sekolah dari sek agama ke sek kebangsaan. Memang tahun2 sebelum ni pun begitu. Kalau ada yg tercicir kenderaan, ustaz/ustazah akan tanya kalau2 Mumi boleh bantu bawa. Tentulah boleh... takkan la Mumi sampai hati tak mau bantu.
Oleh kerana beg Baby di seat belakang & Mumi perlu cari parkir utk settlekan Baby & tunggu Didik, maka Mumi dropped kan dulu gegurl tu di sekolah. Mumi dropped dia betul2 di laluan pagar terus masuk ke dalam sekolah & Mumi pastikan sendiri mata Mumi melihat dia melangkah masuk ke capaian guru di pintu pagar. Kes viral kemalangan anak tahun 1 di Sepang semalam, walau bukan yg pertama kali.. masih ada dlm kepala Mumi. Mujur saja Mumi mmg elak dari membaca @ melihat videonya. Kalau tak, maunya Mumi melalak seminggu. Tak apalah, takdir & bahagian kita tak serupa. Mumi yang hanya orang luar mendengar pun macam nak gila, apatah lagi kalau hati & bahu yg diuji, lagi lah... syurga jua tempatmu duhai anak... moga Allah permudahkan jua segala urusan orang2 yang diuji.
Sekolah bersemuka dah staggeredly bermula. Moga baik2 saja untuk anak2 & kita semua. Babang & Didik dah complete vaccine. Bila tiba giliran program vaksinasi anak2 sekolah hari tu, honestly Mumi susah-hati. Anak Mumi itu je la 3 orang. Belum sempat dipanggil utk program vaksin di bawah kelolaan sekolah, UiTM dah panggil dulu. Ketika dapat appointment di Hospital UiTM, Puncak Alam... Allah je tahu hati Mumi. Tapi Pa's positivity & pertimbangan Mumi, Mumi tawakal & mohon pd Allah agar dikurniakan yg baik2 saja untuk kita semua. Mumi berharap & percaya ada ramai orang2 baik di dunia ni. Dan setiap sesuatu tu Allah juga yang melorongkan dan mengizinkan, InsyaAllah...
1st dose Pfizer @ 30 September 2021.
Masa ni, Mumi punya bimbang Tuhan je tahu. Pa yg accompanied boys naik, Mumi jaga Baby kat bawah je. During observation, boys okay je kata Pa. Dalam kereta pun nampak okay. Cuma Didik kata dia start panas badan dlm kereta otw balik tu tapi dia tak cakap. No wonder dia baring kat seat belakang. Tapi sampai rumah, dia bounced back. Cuma Babang melepek sikit hingga 2nd day. Katanya sakit perutlah, badan tak bermayalah... risaunya Mumi. Bagilah ubat demam, vitamin C & jaga makan minum mereka. Mumi mohon sangat kat Allah moga baik2 je.... Alhamdulillah, they've passed that phase.
2nd dose Pfizer @ 21 Oktober 2021.
Bila tgk balik gambar2 ni, rupanya mereka bertiga ni sarung baju yg sama seperti mereka hadir utk dose pertama. Adeh... coincidence sungguh. Beza pada cap Babang je. Dan kali kedua ni mereka dah tak mahu bawa sweater walaupun Mumi takut mereka sejuk.
2nd dose tu, Babang kata tangannya agak sakit, tak berapa boleh angkat. Didik pun kata tangannya, tempat suntik rasa sakit. Okay, kiranya itu standard. Alhamdulillah, selain tu tak ada kesan sampingan yg obvious sgt. Masih seperti biasa.
Lepas vaksin, lapar kata boys. Dine in sekejap di Marry Brown Puncak Alam je... lalu saja mereka makan. |
Tinggal Baby saja yg belum vaksin C19. Mumi harap2 biarlah dulu... Papa pun sepertinya sependapat dgn Mumi kalau kami belum perlukan vaksin C19 utk Baby. Perhaps kami akan postpone jika mmg kena ambil sbb Baby masih kecil lagi...
Ya Allah... peliharalah anak2 Mumi & anak2 yg lain yg menerima vaksin C19 ni. Mereka nak bersekolah, menuntut ilmu yg moga2 berkat & bermanfaat utk dunia & akhirat mereka. Jaga mereka ya Allah...
Semoga terus sihat ya anak2 semua.
#COVID19vaksinanaksekolah
#Pfizer
#backtoschool
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.