Friday, November 26, 2021

Kisah Atot Anthony (III)

5/8/2021, Atot balik dalam keadaan berkaki-tiga. Satu lagi kakinya tak sentuh lantai/tanah. Dah kenapa pulak anak jantan seketui ni?

Lepas sehari dua tu Mumi tak puas hati sbb Atot masih berjalan & berlari dgn 3 kaki. Mumi ambil gambar dan tanya dengan 'mak kandungnya'. Nurul kata mungkin terseliuh, suruh urut nanti lelama baik. Hmmm?

Mumi kalau 'mungkin-mungkin' ni Mumi tak berapa gemar. Lepas tu Mumi perasan kakinya bengkak pulak. Haish, tak boleh jadi. Mumi tak sanggup la tengok dia menderita sakit. Mumi minta Pa bawa kami ke Vet. Dengan pandangan & nasihat serta carrier yang Intan pinjamkan Mumi pun buat appointment dengan Vet.

7 Ogos 2021 tu, first time dalam hidup Mumi pi Vet! Pheww...

PaMi bawa ke Paw Love Veterinary Clinic di Bandar Baru Klang. Alhamdulillah, servis di situ Mumi suka & rasa selesa. Tapi Mumi tak de gambarnya... sbb masa tu PKP fasa berapa ntah, the concern jaga SOP & Atot yg restless dlm carrier tu buat Mumi tak ingat apa2 yg lain. 

Mumi masuk dgn Atot ke bilik Vet. Terangkan apa yg berlaku segala lah. Bila Vet nak mulakan rawatan, Mumi diminta keluar. Dari luar Mumi dengar Atot asyik miow-miow, kesiannya! Macam mana Mumi risau kalau bebudak ni nangis2 dulu bila di tangan doktor, begitulah juga Mumi risaukan Atot masa tu. Haish...

Rupanya kaki Atot yg bengkak tu, cedera. Macam ada luka tusukan. Vet cukur fur Atot & bersihkan luka. Vet beri antibiotik & ubat anti radang juga. Bila dah keluar dari bilik Vet, Atot monyok je dalam carrier. Penat menangis sakit kot... sian Atot.

Tu la! Sapa suruh asyik bergaduh je. Kan Mumi dah pesan, kalau nampak si Oyen tu, terus masuk rumah! Ni nak gaduh, awak tu kecik.. penakut pulak. Kan PaMi juga yang susah hati!

Atas nasihat Intan, kami tak benarkan Atot keluar dari rumah. Sebab Vet pun pesan, kena jaga sampai lukanya sembuh. Cemana pulak Mumi nak jaga sebab dia bukan reti potty kalau nak biarkan bebas dalam rumah. 

Intan suruh pinjam cat-cage dia. Anak2 bulusnya tak pakai katanya. Besar sangkar tu. Mumi pun bawa balik & letak bantal kat situ, dgn potty & bekas air serta makanan.

Tapi, as expected... Atot memang tak suka hidup dlm kurungan. Mumi hanya keluarkan bila nak suh Pa & Babang beri ubat, lepas tu masuk semula dlm sangkar. Sudahnya sepanjang malam dia mengiow minta keluar. Tak boleh tidur Mumi dikerjakannya. Tak boleh tidur bukan sebab dia bising, tapi sebab sedih kenangkan dia pun tak tidur bila asyik protes macam tu. Alahai...

Hai lah... macam nak berperang bagi Atot makan ubat. Susah betul...

Lepas 2-3 hari, bengkak kaki Atot surut dan dia pun dah mula berani guna 4 kaki. Alhamdulillah... lega Mumi lihat dia dah sihat.

Sebelum tu dalam bulan Jun, Mumi tengok tangan Atot ada macam kesan melecet kemerah-merahan. Dah kenapa pulak? Susah hati Mumi. 


Intan kata takut kena Sporo. Mumi pun google...


Haish... Mumi pun guna minyak kelapa dara yang dulu Dik Sah beri sebotol besar beli masa dia kerja kat Arab. Minyak tu Mumi guna untuk rawat kulit Babang waktu dia kena PLC dulu. Mumi pun istiqamahlah titis minyak kelapa dara tu kat kulit Atot yang melecet dan kemerahan tu.

Alhamdulillah, lama2 baik. Terima kasih Allah!

End of October baru ni pulak, tetiba Atot monyok. Asyik masuk menyorok bawah katil Didik. Makan tak nak, minum tak nak. Dah kenapa?

Papa kata, dia ada tanya2 dgn Faiz (tuan kandung Atot). Faiz kata kucing2nya yang lain  pun begitu tak mau makan & minum. Tanya dengan Intan, Intan pun sama kata anak2nya tak berapa lalu makan.

Haish, dah kenapa? Memang ada musim2 yg kekucing ni semua hilang selera makan ke apa? Mumi bab2 kucing ni mmg zero-knowledge la...

Day by day, Mumi tgk Atot makin lemah. Asyik menyorok bawah katil. Bila jalan pun, Mumi tengok dia huyung hayang. Kadang2 asyik bersin. Mumi tak kasi Babang mandikan lagi si Atot tu  takut dia sejuk kena selsema ke apa ke...

Intan kata kena bawa vet takut2 kena penyakit Parvo. Apa pulak la penyakit Parvo ni. Masa tu pula Papa non-stop dgn site ceiling-jobnya. Mumi kena ikhtiar cara lain sementara tunggu Papa free.

Borak2 dgn Intan, Intan suruh datang ambil satu supplement untuk kucing yang dipanggil TF. Transfer Factor. Ini untuk cat immune booster. Mahal supplement ni, sebotol harganya ratus2. Tapi hari tu Intan beri beberapa kapsul, katanya dia belanja Atot. Baiknya Intan.... semoga Allah sentiasa rahmati dan kurniakan yang baik2 untuk Intan sekeluarga.


Bukan mudah nak jaga pet. Jaga tu antara kategori istilah bela vs pelihara yg Mumi percaya ada beza. Kalau pelihara, kita ambil berat tentang keselesaan dia, kesihatan dia. Which is rumit & renyah la juga. 

Mumi tak boleh bela kot... sbb Mumi tak sampai hati tgk kucing2 tu duduk dalam sangkar je, tak bebas. Atau tidur atas lantai & tanah. Mumi tak boleh tengok kucing2 tu comot2. Mumi tak sampai hati tengok kucing2 tu termenung kat luar sendirian. Mumi sedih...

Mumi percaya kucing2 tu pun pasti nak tempat yg selesa, at least kita sediakan alas tempat tidurnya. Tak lah dia tidur merata2. Especially ibu kucing yg sedang menyusu anak. Kesian ibu n babies tu baring je atas simen yg berhabuk n berpasir tu. Mumi mmg tak boleh tengok gitu. 

Sebab tu lah selama ni Mumi mmg sebolehnya tak mau bela apa2pun... sbb Mumi sedar Mumi ni 'senget' sikit. Semua benda nak ambil berat sampai tak larat hati menanggung. 

Hari ni hari akhir & kertas akhir (Bahasa Arab) Didik menduduki MPKAFA, penilaian yang menggantikan UPKK. Sementara tunggu Didik selesai sek. agamanya jam 630 nanti, Mumi share 2nd diari Atot ni di sini. Or else.. ntah bila la Mumi ada kesempatan.

And Atot sebenarnya kat rumah tu cedera lagi satu kakinya. Tapi Pa & Babang dah Mumi suruh beri antibiotik utk elak bengkak. Malam tadi bagi TF. Tadi pagi nampak dah boleh pijak sikit2 kakinya. Atot... Atot... Penin Mumi dengan anak jantan seketul ni...



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS