Sunday, July 4, 2021

Anthony

Mumi tak pernah ada pet. Cuma dulu pernah jaga seekor kucing, sekejap je. Tak sempat bagi namapun. Entah mcm mana satu hari kucing tu ada depan tangga bila Mumi balik kerja. Sejak tu, few days dia mmg tunggu Mumi balik kerja. Oleh kerana masa tu mmg Mumi sedang broken hearted, dan few times keluar masuk wad hospital, maka Kucing tu jadi kawan Mumi. Tidur sama2 dalam bilik. Abah marah sbb Mumi ada asma. Tak lama lepas tu, Kucing tu dah tak ada. Mumi syak Abah put him somewhere.

Tak lama lepas Mumi kehilangan Kucing tu, Mumi pun jumpa Pa. Sampai lah sekarang jadi jodoh Mumi. 

Skrg pula tiba-tiba, si Babang ni asyiklah berkenan dengan si Kentot. Kucing jiran sebelah. Didik Baby pun sayang dengan Kentot ni. 


Mumi walaupun tak berapa gemar kucing masuk rumah, jadi kesian pulak bila tgk mata Kentot pandang Mumi. Alih2 Mumi pulak yang jadi tukang bagi makan, tukang rawat cedera si Kentot. 

Kentot ni tak suka dikongkong dan diatur2. Patutlah jiran Mumi kata si Kentot ni asyik merayap dan tak balik2. Tapi di rumah kami, kalau siang hari dia akan masuk time waktu makan. Tau aje. Dan dia mengada, tak mahu makan makanan yang dibeli utk kucing. Makan nak ikan rebus, ayam goreng. Ada masa Mumi bagi sosej rebus. Dan kalau tak sempat sangat, Mumi bagi roti krim Gardenia je. Kentot suka roti.

Mumi tak berkenan dengan nama Kentot. Maka Mumi panggil dia Atot. Lepas tu Mumi panggil dia Anthony :-)

Kadang siang hari dia tidur kat rumah. Entah apa yg penat sangat pun tak tau la. Pot yang paling dia suka kat atas loteng nak ke roof top tu. Demi Anthony, Mumi sangguplah bersusah payah bersihkan tangga dan loteng tu supaya Anthony selesa.

Kadang dia suka tidur kat atas seat Avanza berlapik sejadah kat ruang tengah ni. Lena betul dia tido. Tapi dia kalau dah mengantuk, parking merata je. Kalaulah terpijak... haish...


Lepas Maghrib dia akan minta keluar. Nak gi main n dating la tu. Nanti pukul 10 atau 11 malam dia akan balik. Tapi pernah satu malam tu dia tak balik2. Mumi punyalah susah hati fikirkan manalah dia tidur. Papa kata rumah seluruh taman ni semua rumah dia. Pun Anthony tengah angau bercinta sampai lupa balik rumah. Amboi...

Pagi2 dia dah bangun, nak sarapan. Lepas sarapan macam biasa dia akan keluar la main2. Suka hati dia je...

Ada satu waktu tu, bawah armpit dia kemerahan. Risau, Mumi tanya Mommy kucing, si Intan. Intan yang suggest ubat2 utk Mumi beli dan beri pd Anthony. Alhamdulillah, elok.

Kelmarin selepas dua hari tak balik, dia balik dengan keadaan kaki dengkot dan luka sana sini. Hah sudah! Gaduh dengan kucing mana pulak si Anthony ni!?

Maka selepas dirawat malam kelmarin, Mumi banned dia dari keluar malam. Tapi dia asyik mengagau nak keluar. Tiba-tiba!

"Mumi! Atot terberak atas tilam!" jerit Baby.

Adoi, rupanya dia nak keluar sebab nak berak. Memang selama ni Atot tak pernah berak kencing dalam rumah atau persekitaran rumah. Intan kata mmg kalau kucing yang kita pelihara tak akan berak kencing dlm tempat dia tinggal.

Alah... sian Anthony. Agaknya dia tak sihat, sakit perut. Mumi pula tak tau. Maafkan Mumi ye Anthony... Babang pun kena basuh kaki Anthony, dan tilam tu pun dibuang lalu dibakar esoknya. Pa tak moh guna dah. Pa mmg sgt allergic dgn tahi kucing :-)


Waktu boys online TKD training pagi tadi, Anthony sama juga berbaris. Haish, PaMi kena bayar yuran dan belikan kamu uniform  TKD juga ke Anthony?


Anthony bukanlah official kucing peliharaan kami. Kami tumpang kasih je, sambil jaga kebajikan dia. Lagipun dia mmg tak balik rumah dia kat sebelah sana. Kata Intan, kucing ni di mana dia dapat perhatian dan kasih sayang, kat situlah tuan dan kediamannya. 

Tapi Mumi takut terabaikan Anthony. Dan Mumi sbnrnya takut kehilangan... lagi...


"By helping others... we help ourselves..."


#anthony
#atot
#kucing


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS