Wednesday, January 12, 2022

IQKC @ Tulen, Bang...

Dalam diary Calendar 2022, Mumi tulis yang Mumi dah mula tak ada keinginan lagi nak pursue impian dalam scriptwriting. Cepatnya putus asa? Tak juga... mungkin lebih kepada rasa doubtful utk keupayaan diri. 

Sebabnya Mumi kadang2 rasa tak mampu be in the industry. Nak cari idea utk proposal, nak cari producer yang boleh bawa proposal tu kepada stesen TV, nak tunggu keputusan, nak pergi pitching, meetings, nak buat segala benda berkaitan dengan storyline, treatment dan kemudian skrip.... tu belum dgn maccam2 isu dan sepak terajang dunia kreatif tu. Tetiba Mumi rasa bimbang tak larat nak hadap semua tu.

Walaupun ada coach SSAG yg bantu, tapi sampai bila la Mumi nak susahkan dia? Coach pun ada urusan sendiri. Untuk Mumi berdikari sendiri sepenuhnya, I doubt that. Mumi tak mungkin selalu ada waktu untuk urusan2 dengan producer la pitching la meeting la. Kerja dan urusan sekolah anak2 akan selalu buat Mumi hectic. Alasan kan? Tapi... it is just not a reason. Itu realiti kehidupan Mumi...

Jumaat lepas, balik kerja nak dekat Maghrib. Letihnya mmg macam biasa la walaupun dah lama bersederhana dalam urusan kerja kat pejabat. Dah tua2 ni tak mahu sangat mengejar kerja. Kejar kenaikan gred lagi Mumi dah tak kuasa huhu...

Settle Solat Maghrib, tengok2 ada mesej dari Coach. Bila baca, rasa macam salah baca. Macam tak faham pun ada huhu...



Proposal telemovie IQKC ni tajuk asalnya Tulen, Bang...

Tapi sifu pertama Mumi tak luluskan proposal ni utk diberi kepada producer. Sifu kedua Mumi ni pula, tak berkenan tajuk asalnya huhuhu. Walaupun sbnrnya Mumi ada reason & justification kenapa Mumi guna tajuk tu sebab ia bukan seperti typical assumption. Tapi, tak moh derhaka, Mumi pun tukar jugalah tajuknya kepada IQKC.

Coach SSAG kata dia hantar proposal ni pada producer @ April 2021 walaupun proses semakan draft dengan coach dah berlaku since Aug'20 huhu. Less than a year dah dapat jawapan, coach kata 'syukur'. Ya, she knows better how the industry works.

Panjang lagi sebenarnya proses IQKC ni. Takut juga Mumi nak lalui proses2 tu sebab ini pertama kali bagi Mumi. Apa2 pun boleh berlaku. Samada berjaya menjadi realiti di kaca TV ataupun revoke, semuanya atas izin Allah.

Apapun, dah lepas ke fasa ni, satu bonus dalam usaha dan pencapaian Mumi. At least Mumi dah buat coach Mumi happy. Tak adalah dia rasa penat je ajar anak murid tapi anak murid tak menjadi hu hu.

Mumi susah hati bila kena edit cerita ni ikut kehendak TV/producer. Coach minta submit selewatnya Ahad 9/1/22. Mmg blank dan blur la Mumi. Minta tolong sungguh-sungguhlah Mumi dengan Allah.

Alhamdulillah, Mumi dah selesai hantar edited version pada coach jam 9.51pm @ 8 Jan 2022 (simpan memori). Coach dah semak (tanpa pindaan huhu) dan producer pun dah hantar semula ke TV3. Harap2 okaylah...

Dan, Mumi juga happy bila telemovie Coach yang Mumi wakilkan untuk buat pitching di RTM tu lulus. Tengah shooting! Tak sabarnya nak tengok kat RTM :-)

Alhamdulillah... Mumi was happy that time bila Coach minta Mumi tolong pitchingkan sebab masa tu dia dah balik ke kampungnya di Utara sebab PKP akan dibuat semula masa tu. 

(credit : facebook Siti Solehah Abdul Ghani)

Telemovie IKHLAS, skrip coach Mumi yang Mumi pitching di RTM pada 15 April 2021. It was my 3rd pitching experience & I really appreciate the opportunity given. Kiranya coach Mumi tu berani juga gamble suruh Mumi pitch sedangkan Mumi sangat2 newbie dan belum cukup pengalaman. 

Kadang rasa dah tak moh, tapi kadang rasa sayang nak back-off. Macam-macam hal la Mumi ni... sindrom orang dah berumur kot.. huhu..

Apapun, Mumi harap ini akan jadi motivasi untuk Mumi bersemangat dan terus tabah mencuba. 

Dear 2022, please be kind-hearted to Mumi, okay?


Walk to remember :
Hari ni ada 1st IV untuk W41. Semoga anak2 buah Mumi di pejabat yg terpilih utk IV dimurahkan rezeki oleh Allah & berjaya. InsyaAllah mereka masih muda & road to success tu sentiasa terbuka luas. Perhaps one day Mumi may be able to see one of them become someone important & Mumi boleh claim credit that Mumi pernah works with them :-)

Moral of story dari pengalaman mereka yg attend IV hari ni, ialah jangan pernah putus asa. So, Mumi!? What say U utk your scriptwriting journey & dream?! Huhu... Mumi cuba... insyaAllah.

#telemovie
#tulen,bang...@IQKC
#telemovieikhlasbyssag
#pitchingrtm
#lulustv3
#switchonentertainment

Monday, January 10, 2022

GPSC : CINTA ORANG MATANG

Mumi dah lama tak simpan diari tentang baby-books. Sebabnya... Mumi dah lama tak memandang skrin lappy untuk sambung manuskrip novel. Dah few years Mumi hilang interest untuk tulis novel. Malah pada Mumi, MDH adalah anak bongsu Mumi walaupun dalam hati ni teringin sangat nak sudahkan ADI. Tapi belum berkeupayaan...

Lunch break tadi my Bursar datang borak2. Tanya 'how's your novel?'. Dan Mumi jawab dah bertahun saya tak menulis.... I couldn't find the time and the passion. Ke laut...

Terbaharu, Mumi dapat review dari kawan Pa. A ghostwriter, she is. Arwah abangnya adalah orang dalam industri layar kreatif dulu, in fact he was one of the scriptwriter for One Two Jaga movie.

Mumi boleh anggap review itu sebagai penyedap hati (sbb dr kalangan orang yang kita kenal). Tapi knowing her for her honest, open and daring views and comments... perhaps I should take her credit to re-gear my motivation :-)


Ya, Mumi sbrnnya hanya reti menulis baby books ikut tahap umur Mumi. Mumi tak reti nak tulis cerita orang muda remaja yang sweet. Ada orang kata juga baby books Mumi berbaur sentimen 'ego'. Erk?! 

Tapi... semua orang memang ada ego dalam diri kan? Cuma perlu sesuaikan ego tu dengan keadaan dan keperluan supaya ia tak memudharatkan tuan punye badan, orang lain dan persekitaran :-)

Anyway, tq so much sis Zade for this err... err... beautiful and soothing and inspiring and motivating review. Having few good news dalam bulan pertama tahun ni, utk my novel matters & scriptwriting, Mumi harap passion Mumi untuk menulis akan kembali dalam tahun 2022 ni & juga rezeki utk content TV juga menyusul... aaaamiiin... insyaAllah.

Mode : Masih menunggu jika ada rezeki proposal drama bersiri GPSC ni diterima. InsyaAllah Mumi akan sabar menunggu dan terus mencuba.


#gpscinta
#review 
#ghost

Saturday, January 8, 2022

Blue Filter for My Nerd Superboy

Didik selalu mengadu sakit kepala. Sekali, dua kali bolehlah Mumi anggap perkara biasa atau disebabkan cuaca. Tapi bila dah selalu sangat, Mumi terus assumed ada kaitan dengan mata. Baru sempat nak bawa ke optometrist @ Gaya Eye Center di Klang minggu ni.


Optometrist tanya mmg Didik guna cermin mata ke sebelum ni. Memang tidak la. Rupanya Didik pun mengikut Babang. Silaunya tinggi dan memang rabun. Adeh...

Untuk cermin mata Didik ni, Mumi request lengkapkan dengan blue filter. Babang dulu tak ada blue filter sebab PaMi tak tahu dan optometrist tak suggest pun. Tapi untuk Didik ni sebab kebetulan Mumi terbaca tentang blue filter di FB Dr Imelda Bachin. 

Blue filter ni untuk melindungi mata dari blue light. BL ni dikatakan wujud pada cahaya dari matahari dan juga skrin. Cahaya matahari tu adalah sumber semulajadi dan ada gabungan warna yang banyak iaitu merah, jingga, kuning, hijau dan biru (blue light) yang mencipta cahaya yang cerah. 



Tapi cahaya cerah dari skrin handphone atau gajet mempunyai kadar blue light yang lebih tinggi. Blue light ni dikatakan mempunyai tenaga yang lebih kuat dari warna yang lain dan boleh masuk ke dalam mata dengan mudah. Ia boleh rosakkan sel-sel dalam mata yang sensitif pada cahaya.

Ia juga dikatakan boleh meningkatkan risiko 'Macula Digeneration' iaitu kerosakan yang tiada cara untuk dirawat.

Apabila mata selalu memandang skrin komputer, laptop, handphone atau digital gadget, mata akan cepat rasa penat. Obviously ia memang mengganggu tumpuan belajar anak-anak. Kesan buruk yang lain, yg memang Mumi akui ada pada anak2 Mumi sendiri adalah ganggu patern tidur mereka.

So bila Mumi terbaca tentang blue filter ni di FB Dr Imelda Bachin, terus Mumi decide nak cermin mata Didik pun dilengkapi dengan blue filter untuk usaha perlindungan jangka panjang.


Bila nampak Didik pun dah bercermin mata, tetiba Baby kata, "All my brothers are nerd". :-)
Tergelak Mumi... oooh... kalau pakai cermin mata tu maksudnya nerd la ye baby? Mana la dia dapat perkataan tu... huhu...

Pilihan cermin mata Didik ikut cara Mumi (tak sama langsung dengan pilihan Babang). Tengok dia bercermin mata begitu, nampak lain pula. Macam Superman :-) oh, for his age, superboy la...



Lepas collect cermin mata @ 07012022 tu ingat nak bawa boys dinner di Burger Abang Burn di Setia Alam, tapi dah tutup pula. Lastly, balik juga ke area berhampiran rumah... boys makan chicken chop je a jawabnya. A treat untuk Didik la kiranya for his achievement dalam MPKAFA.

Later mmg kena tukar la cermin mata Babang tu dari photogrey ke blue filter. Suruh  tukar sekali dengan Didik, dia tak mahu pulak...

Now, hanya Baby je yang masih bermata 2. Kami semua dah memang kategori 'nerd'. :-)


#didikbercerminmata
#bluefilter
#mybrothersarenerd

Monday, January 3, 2022

Calendar 2022

Hari terakhir 2021, Mumi tak sempat nak simpan diari bye-bye 2021 and welcoming 2022. Ada banyak perkara dalam kehidupan perlu diuruskan.

Tahun 2022, Mumi dah buka dengan bersilaturrahim dengan keluarga dan sanak saudara. 1hb di Sabak bersama Mak dan keluarga belah sana. 2hb walaupun sekejap, dapat jumpa Ibu di Sekinchan. Mumi sedih dan hiba... tgk Ibu dan Mak... kedua-duanya dah makin berusia. Kurus pun ya... Semoga Allah jaga Ibu dan Mak dalam kesejahteraan dan rahmat-Nya.

Hari ni pula hari pertama dalam tahun yang baharu ni Mumi mulakan kerja di pejabat. Mumi belek kalendar 2021 Mumi yang seperti tahun-tahun terdahulu penuh contengan, peringatan dan sebagainya. Work & life... 

Ya, dah jadi habit Mumi note down atas kalendar. Mumi lebih selesa di situ berbanding simpan dalam hp. Mumi masih 'orang lama'.

Mumi dah kena simpan table calendar 2021 tu. Tengok pula table calendar 2022 yang masih bersih dan kosong. Baru berisi sikit as today Mumi baru mulakan kerja. Long way ahead, insyaAllah.

Anak-anakpun hanya akan mula ke sekolah secara bergiliran semula next week, maka minggu ni Mumi masih boleh ada 'me time' during lunch hour utk bersama FRAN.


Apa yang ada dalam tahun 2021 yang akan Mumi kenang...?

Semuanya... ya, semuanya adalah moments buat Mumi. Akan Mumi simpan dalam memori dan kenangan Mumi. Walau jika ada pahitnya, walau jika ada pedihnya, walau jika ada sakitnya, walau ada suka rianya, apapun ia... Mumi bersyukur. Mumi terima dengan rasa malu kepada Tuhan sbb dalam kekurangan dan kelemahan, dalam banyaknya dosa Mumi ni, masih Allah yang Rahman dan Rahim tu bermurah hati kurniakan nikmatnya...

Bak kata Papa, tahun 2021 ini kami lebih tenang. Lebih bahagia... seadanya kami dengan cara kami. 

Terima kasih Allah... atas segala yang telah Engkau anugerahkan dan pinjamkan.

Untuk 2022, kalau ikutkan banyak je wish list. Tapi... tak ada rasa excitement pada wish list tu. Termasuklah utk impian jadi scriptwriter pun, Mumi rasa Mumi dah makin menjauhkan perasaan.  Mumi serah je pada Tuhan.

Wish list yang ada, satu dua je kot. Satunya, Mumi nak bersedekah. Mumi harap sangat Allah izinkan Mumi sentiasa 'istiqamah & mampu' bersedekah. Biarlah walau dengan cara atau bentuk apapun, Mumi ingin ia jadi 'sedekah' Mumi.

Keduanya, Mumi nak usaha besarkan anak2 Mumi supaya jadi better person. Ketiganya... hmm... 

Tambah tahun, bermakna tambah nombor pada usia, seterusnya semakin dekat dengan pemergian dan jemputan Tuhan. 

Mumi juga harap, sebelum dipanggil pulang, Mumi nak sangat Allah izinkan Mumi ke Haramain lagi.... dengan Pa dan anak-anak Mumi.

Aaamiin...

Selamat datang wahai 2022... moga yang baik2 saja untuk Mumi, keluarga Mumi dan kita seluruhnya.


#tahunbaharu
#2022
#sedekah
#020122dahjumpaibudanmak


PAGEVIEWS