Monday, January 3, 2022

Calendar 2022

Hari terakhir 2021, Mumi tak sempat nak simpan diari bye-bye 2021 and welcoming 2022. Ada banyak perkara dalam kehidupan perlu diuruskan.

Tahun 2022, Mumi dah buka dengan bersilaturrahim dengan keluarga dan sanak saudara. 1hb di Sabak bersama Mak dan keluarga belah sana. 2hb walaupun sekejap, dapat jumpa Ibu di Sekinchan. Mumi sedih dan hiba... tgk Ibu dan Mak... kedua-duanya dah makin berusia. Kurus pun ya... Semoga Allah jaga Ibu dan Mak dalam kesejahteraan dan rahmat-Nya.

Hari ni pula hari pertama dalam tahun yang baharu ni Mumi mulakan kerja di pejabat. Mumi belek kalendar 2021 Mumi yang seperti tahun-tahun terdahulu penuh contengan, peringatan dan sebagainya. Work & life... 

Ya, dah jadi habit Mumi note down atas kalendar. Mumi lebih selesa di situ berbanding simpan dalam hp. Mumi masih 'orang lama'.

Mumi dah kena simpan table calendar 2021 tu. Tengok pula table calendar 2022 yang masih bersih dan kosong. Baru berisi sikit as today Mumi baru mulakan kerja. Long way ahead, insyaAllah.

Anak-anakpun hanya akan mula ke sekolah secara bergiliran semula next week, maka minggu ni Mumi masih boleh ada 'me time' during lunch hour utk bersama FRAN.


Apa yang ada dalam tahun 2021 yang akan Mumi kenang...?

Semuanya... ya, semuanya adalah moments buat Mumi. Akan Mumi simpan dalam memori dan kenangan Mumi. Walau jika ada pahitnya, walau jika ada pedihnya, walau jika ada sakitnya, walau ada suka rianya, apapun ia... Mumi bersyukur. Mumi terima dengan rasa malu kepada Tuhan sbb dalam kekurangan dan kelemahan, dalam banyaknya dosa Mumi ni, masih Allah yang Rahman dan Rahim tu bermurah hati kurniakan nikmatnya...

Bak kata Papa, tahun 2021 ini kami lebih tenang. Lebih bahagia... seadanya kami dengan cara kami. 

Terima kasih Allah... atas segala yang telah Engkau anugerahkan dan pinjamkan.

Untuk 2022, kalau ikutkan banyak je wish list. Tapi... tak ada rasa excitement pada wish list tu. Termasuklah utk impian jadi scriptwriter pun, Mumi rasa Mumi dah makin menjauhkan perasaan.  Mumi serah je pada Tuhan.

Wish list yang ada, satu dua je kot. Satunya, Mumi nak bersedekah. Mumi harap sangat Allah izinkan Mumi sentiasa 'istiqamah & mampu' bersedekah. Biarlah walau dengan cara atau bentuk apapun, Mumi ingin ia jadi 'sedekah' Mumi.

Keduanya, Mumi nak usaha besarkan anak2 Mumi supaya jadi better person. Ketiganya... hmm... 

Tambah tahun, bermakna tambah nombor pada usia, seterusnya semakin dekat dengan pemergian dan jemputan Tuhan. 

Mumi juga harap, sebelum dipanggil pulang, Mumi nak sangat Allah izinkan Mumi ke Haramain lagi.... dengan Pa dan anak-anak Mumi.

Aaamiin...

Selamat datang wahai 2022... moga yang baik2 saja untuk Mumi, keluarga Mumi dan kita seluruhnya.


#tahunbaharu
#2022
#sedekah
#020122dahjumpaibudanmak


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS