Friday, October 14, 2022

Adhoc GDD @ Sri Pentas

Sebenarnya last week, motivasi merudum. Tak tau kenapa. Lately cepat bosan dgn persekitaran kerja di pejabat. Tanda2 burnt out. Rasa rindu nak tulis skrip, tapi RTM belum keluar result utk latest pitching. Proposals lain pun belum tahu untung kelapa @ untung sabutnya. 

Mumi pun kata pada Tuhan, 'Mumi boring la Ya Allah... bagilah Mumi apa2 perkara yg menggembirakan...' hahaha... Mumi memang selalu begitu. Kalau orang tengok, mungkin orang akan kata Mumi tak waras sbb kekadang, kat memana, bebila... Mumi akan bercakap sesorang. Sebenarnya Mumi sdg 'doa' atau mengadu hahahah

Sekali, terbangun jam 5 pagi Isnin, 10/10/2022 tengok ada mesej dari coach Mumi. Bila diberi adhoc assignment utk GDD, tetiba tak tahu smd nak nangis takut @ nak happy. Tak tau smd itu menggembirakan @ mengerikan hahahaha.

Assignment yg coach minta Mumi bantu ialah, sinopsis penuh utk 1 jam setengah tayangan drama bagi 4 episod untuk 4 cerita bagi 4 watak berbeza. Keseluruhan episod & watak utama ada 7, Mumi volunteer untuk bantu 4 sbb kasihan pd coach yg masih tak sihat & alami writer's block.

Bila dapat assignments Isnin almost tengahari, spjg petang pi Shah Alam cari baju warna baby blue sekeluarga ikut tema kenduri kahwin Yah 22 okt ni, nanti terus jadi baju raya tahun depan je. Balik dah penat... tengok laptop pun blank. Malam, baru nak duduk depan laptop, Pa & anak2 ajak pi dinner santai di Tg Harapan. Weh! Mumi nak kena siapkan 4 sinopsis utk submit esok paginya Selasa tu! Udahlah hari bekerja tu, adeh.... takut tak de harapan 4 sinopsis Mumi nak siap! Rabu pagi dah kena pi meeting di TV3!

Sepanjang malam kelintang kelintung dpt 3 sinopsis rough. After midnight dah tak boleh tahan. Pa & baby kena tido dgn lampu bedroom terbuka. Mumi tidur-bangun-tidur-bangun siapkan & touch up 3 sinopsis mcm zombie. 4.30a.m. terbangun lagi sbb sinopsis ke-4 tak datang2 ideanya. Mata segaris, otak mengantuk tapi jari kelintang kelintung taip ntah apa2... by 5am something Mumi email pd coach seperti yg dijanjikan. 5.30am... Mumi terlentang dan 'Ya Allah, Mumi minta tidur untuk 20 minit je lagi sebelum bangun utk subuh & bersiap pi kerja & hantar anak2 ke sekolah. Nanti kejutkan Mumi ya, Ya Allah...'. Lepas tu Mumi pun lelap!

Malam tu si Ginger pulak jadi peneman sblm Mumi angkut laptop ke bilik tidur...

Untuk meeting Rabu 13/10/2022 pagi, Coach nak Mumi ikut sekali meeting dgn TV3. Minggu busy di pejabat, Pa pun busy kat ceiling site. Mumi pun fikir2 cane Mumi nak lari ke TV3. Timbang tara atr kesulitan-keinginan-nak bantu coach, Pa arranged Yazin, his cousin grabkan Mumi dari office ke TV3. 

Dalam keadaan hujan sejak awal pagi almost every places, jalan yang jammed.... Mumi & coach sampai just on time je. Kesian Yazin kena reroute laluan & masuk antara jalan perumahan untuk make sure Mumi sampai on time. Tq Dik...

Dan tadaaaaa... akhirnya selesai meeting dengan TV3 bersama coach SSAG & director Heykal Hanifah. Wah... Mumi sangat excited dapat pengalaman baru yg kedua ni!

Nak balik tu, coach Mumi suruh bergambar dulu depan Sri Pentas. Hahahahah Mumi ketawa sebab segan... biasanya Mumi tengok je gambar2 penulis2 skrip hebat bergambar depan Sri Pentas setiap kali mereka pitching @ meeting. Tak sangkanya Allah kurniakan Mumi perkara yg menggembirakan ni... 

TQ Allah sebab selalu sayang Mumi! Mumi sayang Allah!  


Kalau sesiapa yang tengok NUR pada senyum Mumi ni pun dah boleh tahu 
Mumi sedang bahagia sangat! Hahahahaha

Tq Coach SSAG yang comel! Sebab selalu baik hati beri sedikit ruang & peluang untuk anak murid dia yg sgt clingy & serba tak tau ni untuk belajar & bermimpi... 

Mumi tak sabar nak mulakan tulis skrip ni! Huhu... azam dulu, usaha kendian hahahaha


#1sttimedisripentastv3
#7episodGDD
#sambilbantucoachsambilbelajar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS