11 Oktober Mumi attended endocryne check up di HSA. Last visit was June 8th. Prior to this visit, Mumi has been scheduled for thorough blood test.
Alhamdulillah, my T4 hormon, cholestrol jahat & everything (heart, kidney etc etc) showed good result. Doktor kata, at my age dengan result sebegitu, considered so good. Alhamdulillah...
What made Mumi happier was, I lost 4kg since last visit. Wow... bersemangat terus Mumi nak kurangkan lagi berat walaupun Mumi tak sure apa yang Mumi dah buat sampai turun 4kg tu hahahaha.
Cuma, sugar level Mumi masih border line. Jika next visit in Feb 2023 (insyaAllah) masih statik, doc will prescribe me with diabetic prevention medication. Aiyo. For time being, since Mumi had no diabetic history in our family line, maka Mumi perlu perbaiki gaya pemakanan, kena start practice suku-suku-separuh tu (I love rice and I am rice box huhu) & to minimize roti putih. Roti putih kegemaran Mumi juga.. Haish..
And Mumi perlu start to exercise more frequent. Serta, kena kembali penuhkan peti sejuk dengan sayur-sayuran & ulaman seperti peria katak kegemaran Mumi tu.
Apapun, alhamdulillah... this is the 2nd happy news yg Mumi perolehi untuk awal minggu ini. Yang d'1st, kejap2 lagi atau masa lunch break yang panjang slps urus anak2 ke sekolah tghari ni, Mumi simpan diarinya.
Alhamdulillah, Jumaat dah hari ni. Minggu ni Mumi ada few assignment yang selesai dengan baik dan dipermudahkan Allah. Sharing session Lawatan Penanda Aras Unisel belah pagi selesai seadanya with Mumi's simple briefing. Last Mumi ada sesi dengan Bendahari UNISEL ketika Mumi served TSSB dulu. Every now & then masa tu kena pi meeting kewangan di Menteri Besar Incorporation (MBI). Masa tu la ada networking sesekali. Tapi Bendahari UNISEL sekarang dah berbeza individu :-)
Oleh kerana Mumi yang kena beri briefing dalam sesi ni untuk slot jabatan Mumi, I made my 2nd boss & colleague accompanied me, right & left. Senang nak divert jika ada Q&A yang di luar bidang pengetahuan Mumi. Tapi biasalah, mereka mmg selalu jaga & protect Mumi hahahaha.
Lepas resign dari lecturing job, Mumi hanya appear for presentations untuk scriptwriting job Mumi. Sebab itu memang passion Mumi. Kalau kat office, memang Mumi tak kuasa sangat bab2 presentation ni. Mujur dapat colleague & bosses lelaki yg naturenya, 'tak pe, kami present, you standby je kalau ada apa2'. Haaa.... mudah sungguh hidup Mumi. I can make the slides, but you present, hahaha itu condition Mumi. Kerja dengan orang lelaki ni kadang2 memang mudah. :-)
Petangnya, Mumi mengiring boss Mumi (wakil kpd boss besaq) ke KPT untuk sesi defends anak-anak syarikat. Yang ini mmg kami bertiga sangat nervous kerana kebiasaanya bukanlah level kami pun nak deal di KPT. Tapi mungkin Allah aturkan begitu dengan hikmahnya. All well, went well. Harap2 keputusannya begitulah sehingga sudahnya. Sampai rumah ketika Isyak berkumandang. Pheww... Mumi memang tidaklah berapa suka kerja long hours & reach home memalam buta hahahah. That phase Mumi dah tinggalkan bila Mumi decided to resign from my private & GLC work life dulu.
We reached KPT 30 minutes earlier than the meeting time. Bukti kehadiran utk bossess yg ada tugasan di Sabah/Sarawak. Hmm... kami staff yg baik hahahah |
The hectic week, reda sedikit hari ni harap2nya supaya Mumi boleh bertenang dan tulis diary sebelum memulakan fasa seterusnya.
Dan hari ni pulak, mungkin disebabkan hectic sepanjang minggu ni, Mumi dah start suara serak dan blocking nose. Moga baik2 je...
Jangan lupa baca Al-Kahfi ya FRANs....
Okay, let's start work...
#hypothyroidcheckup
#hecticweek
#pa&bangminattendfatehcikibahnikahday@sgsamak
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.